Monday, 4 March 2013

Negeri di bawah bayu negeri tempat tumpah darahku



Salam kengkawan

Selama beberapa hari ni daku dalam mood bersedih mengenangkan negeri kami yang telah dicerobohi.  Hati mana yang tidak risau mengenangkan tanah tumpah darahku dibanjiri darah.  Walaupun kampung daku jauh di bahagian pantai barat Sabah tapi kami bernafas di negeri yg sama.  Kedukaan yg dilalui oleh rakyat kami di bahagian barat jugak mendukacitakan dan dirasai oleh kami.  Dirasai jgk oleh daku yang berada beribu batu di sini.  Semenjak jumaat lepas, daku tak boleh tidur, makan pun tak ada selera sudah dan sentiasa risau mengenangkan negeriku itu. Hari ahad lepas pun terus demam!! Tiap masa tengok FB tengok status terkini.  Daku mula membaca ttg kesultanan Sulu dan geografinya.  Dulu ingatkan Mindanao tuh le Sulu, rupanya lagi selatan.  Daku mula membaca media online dari Manila sebab infonya lebih cepat dan terkini lgpun update terkini di FB telah dilarang atas keselamatan negara. Selain itu dapat melihat drama ahli keluarga 'waris Sultan' ini.

Selama daku lahir di Sabah 35 tahun yg lepas, daku tidak pernah mengetahui tentang 'waris Sultan Sulu' ni.  Entahkan berjumpa depan mata, tengok gambar pun tidak pernah...macamana org ini claim dia adalah 'Sultan' kami.  Semasa ibu bapa kami melarikan diri ke dalam hutan semasa pendudukan jepun dulu, makan pun tidak menentu, keselamatan di hujung tanduk...di manakan 'Sultan' ini berada?

Setelah kami maju barulah nak claim macam2.  Setelah diketahui negeri kami banyak minyak, barulah nak claim.  Kami sudah biasa hidup dengan aman damai walaupun negeri kami terdiri dari berbilang kaum, toleransi hormat menghormati adalah pegangan kami.  Kami tidak mahukan peperangan dan pertumpahan darah.  Kami berusaha untuk maju sama-sama dengan negeri lain di Malaysia.  Kami bersatu menjadi rakyat Malaysia yang setia dan kami berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Hiduplah di dalam realiti, ni zaman yang moden bukan zaman tahun 1800 dahulu.  Buat apa mau ungkit kisah dan sejarah lama.  Ada sebab kenapa kerajaan kamu sendiri tidak mau teruskan tuntutan kepada Sabah.  Mulih kamu ke negara kamu sendiri sana.  Daku percaya kepulauan kamu punya tarikan yang tersendiri seperti Sabah jguak, pantai yang cantik, air yang jernih, keindahan alam yg menakjubkan dll.  Kamu boleh majukan negeri kamu seperti yg rakyat kami usahakan kepada Sabah.

Kami tidak akan sesekali membiarkan negeri kami diceroboh dan membiarkan mundu menghuru harakan negeri kami.  Kami akan bersatu memperjuangkan kedaulatan negeri kami.  Sekarang ni kami rakyat Sabah percaya yang Polis dan Tentera akan berjaya mengusir kamu keluar.  Tapi kamu perlu ingat, kami berdiri menyokong dibelakang Polis dan Tentera bersedia untuk mempertahankan negeri kami jika tenaga kami diperlukan. Jaga ko mundu jgn ko main2 sama orang Sabah!

Takziah Al-Fatihah dan RIP kepada wira kami yang gugur.  Semoga wira kami syahid.  Kami berterima kasih dan akan mengingati perjuangan yang wira kami lakukan.  Kepada yang telah cedera, moga cepat sembuh.  Amat sedih dan terharu bila melihat gambar2 wira kami yang telah pergi, melihat isteri yang kehilangan suami, melihat ibu ayah yg kehilangan anak, melihat anak yang kehilangan ayahnya.  Kami jugak turut bersedih kehilangan wira yang berani dan sedia berkorban untuk negara.

Doakan negeri kami kembali aman seperti sebelum ini dan tidak ada lagi wira kami yang terkorban. Doakan supaya dibukakan hati penceroboh untuk meninggalkan negeri kami dengan aman tanpa pertumpahan darah. Doakan agar mereka tidak akan pernah lagi menjejakkan kaki di Negeri di bawah bayu.  Amin.

5 Mac 2013



8 comments:

  1. InsyaAllah...doa rakyat Malaysia utk Sabah moga kita tetap teguh bersatu, selamat dari ancaman penceroboh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kaksu. :) Harap lepas ni dorang serik nak dtg lagi. Harap juga lepas ni Sulu aman, kita pun boleh dtg melancong ke sana. :)

      Delete
  2. baru fhm sikit pasal masalah ni lepas baca fakta akk bg.=)akk jgn susah hati ok,kita rakyat malaysia sama2 doa yg terbaik untuk negara kita.al-fatihah untuk perwira kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Izzah, mcm2 kisah orang Sulu ni. Dari Abu Sayyaf, MNLF, MILF, SSDI dan kisah pewaris2 sultan yang tersangat le ramainya mengaku sultan. :)

      Delete
  3. akak, saya tumpang sama perasaan yang akak alami..kita semua rakyat Malaysia, ini tanah tumpah darah kita! saya dulu masa form 6 ada studi dalam subjek Sejarah Malaysia termasuk asia tenggara..kalau tak silap saya tuntutan tu memang dah berzaman depa ni dok mintak agar lepaskan sabah (walaupun bukan semua)..apapun 'kesultanan sulu' hanya tinggal nama. kita rasa sedih sebab pertempuran dan perebutan melibatkan kehilangan nyawa. semoga anggota-angota pertahanan kita yang terkorban mendapat syafaat dan rahmat daripada yang Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zaila. Mundu ni mmg salu datangkan masalah kepada org kg, merompak bot nelayan tu dah jadik perkara biasa dah (diambiknya bot dan ditinggalkan org kg kat tgh laut dgn sekeping papan jek), jadikan org tebusan dan minta tebusan juta2 plak tuh, serang balai polis, serang kedai emas, keluar masuk Sabah sesukahati. Macam2 hal dorang ni.......lanun profesional!



      Delete
  4. Pray for Sabah! Family akak kt Sabah ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Husna. Family akak ok jek, org sulu ni merata2 ada termasuklah kat tempat akak(sulu tempatan, PATI, yg ada passport). Harapnya dorang tu bukan le pengikut Kiram nih.

      Delete