Monday, 11 March 2013

Jln2 cari nasi lemak

Salam kengkawan

Semenjak dua menjak nih rajin cari nasi lemak untuk bekpas di sekitar Bandar Baru Bangi. Setakat ni adalah beberapa tempat yg dah jumpa yg sedap.  Mula-mula pindah bangi dulu, rasa sedih sgt coz xtau mana nasi lemak yang sedap.  Pusing punya pusing, kekadang g ngan Keqwa, kekadang daku lone ranger jek g, akhirnya jumpalah beberapa nasi lemak yang agak sedap ditekak daku nih.  Boleh le share ngan korang, mana tau korang pergi Bangi nantikan, boleh le try tempat2 ni.

Dulu masa student kat Bangi ni, makanan sedap tidak termasuk dalam agenda coz faham le kan masa tu bajet ciput.  Tu yg skrg ni kalo nak kuar makan dengan student kat opis ni....bila dorg citer pasal makanan yg best, daku berkerut kening dgr coz itu dalam bajet dorang, bajet student.  Bajet org yang dah keje ni lain skit, bajet penamak jek lebih.

Aiyooo...dah makan byk nasi lemak ni kena le fikir2kan nak membakar lemak plak.  Paling kurang 2 pusingan Tasik permaisuri nih.




1. Depan Klinik Kesihatan

Yg ni staf kat pej am kami yg bgtau. Kekdg ada jgk pensyarah yg beli kat sini. Dia bukan gerai tp just lori yg menjual nasi lemak. Ada jgk beberapa kerusi disediakan untuk makan. Selain nasi lemak, ada juga jual kuih muih.  Senang jek nak pergi, kalo dari bulatan BBB yg dekat UKM ni, sebelum traffik light depan UKM ni ada simpang ke kiri.  Dekat situ pun rasanya ada signboard tulis Klinik Kesihatan jugak.  Lepas tu ambik kiri, haaaaa...klinik kesihatan ni depan rumah2 orang tuh.


2. Kedai Makan Maria

Yg ni kat seksyen 3. Dekat2 jgklah dgn Sek Men Jln 4 yg glamer tuh, tp bukan le depan dia betul2. Kedai ni kat rumah teres end lot mcm tuh. Nasi dia sedap dan wangi.




3. Kedai Makan kat Pasar Basah BBB.

Yg ni senang, g jek parking depan pasar tuh. Gerai dia paling depan sekali. Ramai org, sampai kena beratur bila nak beli, tp jgn risau dorg cepat jek serve. Yg terbaik kat sini, paru dia lah....wallah garing!. Lauk dia jgk byk. Selain tu ada nampak mcm mee spagethi, mungkin Laksa johor kot, pahtu kuih muih biasalahkan dan popia basah. Kuih2 dia ada yg siap dah bungkus, jd senang nak ambik. Mi goreng dan bihun grg pun ada nampak dan beberapa lg lah mknn yg ada.  Mula2 pergi hari tu, terserempak plak ngan staf daku tgh mkn kat situ...kantoi!!!  Aku yg kantoi ke dorang yang kantoi ni.  Kebetulan staf daku tuh duduk semeja dgn staf Keqwa.  Hahahaaaaa...




4.  Wisma UNIKEB UKM

Wah, nak jugak kasi glamer UKM ni.  Kat wisma Unikeb kat luar tu pun ada kedai makan yg best.  Sebenarnya kedai makan dia satu je pun yang ada kat situ, tapi parking mmg kena bersabar byk le kalo nak g situ.  Bangunan Unikeb ni jalan nak g Bangi lama tuh, tepi jalan jek.  Restoren kat sini selain dari nasi lemak, sy paling suker bubur dia.  Kalo tak silap ada 8 jenis bubur.  Dulu daku suker beli bubur beras hitam tapi ntah satu masa tuh, nampak kakak ni ambik bubur labu.  Daku pun tanya le sedap ke bubur labu, akak tuh jawab 'entah le dik, akak salu campur2 jek, lagi sedap'.  Semenjak tuh, daku pun kasi campur2 sumer...hhhhmmmmm lagi sedap.  Tu le kebaikkan nyer suker bertanya ye dak? Selain tu ada ikan bakar dan makanan makan tengahari yang boleh tahan jugak le. :)

Ahad hari tu anak saudara saya Amoy dan kawan dia dtg rumah, jadik sebelum hantar dorng g komuter blik, sempat masak nasi lemak.  Nasi nyer xsempat ambik gambar daaa.  Mula2 nak masak sambal udang tapi kawan Amoy ni xmkn seafood plak, jadik goreng ayam jek le.  Ni mungkin kali yang terakhir makan nasi lemak tuk bulan ni...jemu asyik mkn nasi lemak jek semenjak dua menjak nih. Timun tu sy guna timun jepun coz lagi rangup.

Pesanan kepada kengkawan yg masih bujang dan akan berkahwin.  Kita kena pandai masak masakan2 yang tertentu sebab kekdg ada saudara mara dtg rumah, kira kena ada masakan yang kita pandai dan sedap le untuk tetamu.  Kekdg saudara mara sendiri boleh le kawtim tp kalo saudara mara belah hubby tuh xleh le nak kawtim plak kan.  Biasa sy masak nasi putih @ nasi lemak @ nasi ayam, yg simple2 jek atau pun kekadang mihun jek...lepas ni nak try masak . Kalo malas order Domino jek....:) dasarrrr

Dulu2 masa mula2 kawin suker jgk buat agar2, kek, bubur dan pastry etc tapi bila dah lama2 kawin ni dah tau dah hubby suka makan dan tak suker makan.  Dah byk dah try dan error kasi dia makan.  Sekarang ni masak bende yg tau dia nak makan, kalo tak nanti daku jek sorang2 mkn xbest jgk.  Kalo bende yg dia xminat mkn, daku beli kat luar je dan makan time opis.  Untuk tetamu belah hubby pun mcm tu jugak, dorang dari pantai timur jadik mknn yang canggih2 moden ni kureng skit.  Berbeza ngan belah sy, dorang sumer tak memilih makan, syukur alhamdulilah.  Mungkin dah terdidik dulu2 hidup susah, jadi makan je le rezeki yg ada depan mata. :)



4 comments:

  1. huwaa..pagi2 dah baca terliur tengok..akk,try nasi lemak rm1 kat pasar bdr tun razak.pagi2 selalu pasar tu ad,tiap2 hari ad.org yg jual tu letak nasi lemak dalam bakul cmtu..kat dia je ad nasi lemak rm1.ad jugak mee,bihun kalau xsilap.kalau weekend2 boleh la try kalau malas masak.hihi..lagi satu bihun sup kat atas pusat komuniti bdr tun razak tu.kalau naik tangga kat tepi jpn tu,dia belah mengadap belakang..kedai pertama..boleh tahan la bihun sup dia.hikhik..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..ok tq...dah lama xpergi pasar BTR tuh. Sedap yea bihun sup kat situ?, sy selalu pergi makan nasi lemak dan lontong kat sebelah gerai bihun sup tuh. Salu nampak ramai jek org kat gerai bihun sup tuh pepagi tapi xpernah plak try. Nanti nak trylah :)

      Delete
  2. Wah. Tour nasi lemak. Kena pandai masak untuk tetamu ey. Hmmm. Owkey. Kena biasakan diri masak untuk tetamu nih. Terima kasih nasihat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeezeerr, jgn lupa yea Salwa, sediakan jugak pinggan mangkuk yang mencukupi. Beli jek yang comel2 kat IKEA tuh. Dulu mula2 kawin ada saja yg nak bertandang ke rumah, nak kenal2 le kiranya. Kawan sendiri, kawan suami, mertua, adik beradik dia... Suami sendiri pun tak berapa nak kenal lagik masa tuh..heheheee

      Delete