Sunday, 31 March 2013

Belajar jahit Crumble manik

Salam kengkawan

Tetiba je daku berminat nak belajar buat crumble manik ni.  Sebenarnya sy sangat minat pada crumble manik dan shimmering flora.  Hari tu ada jugak plan nak pergi kursus jahitan manik kat Shah Alam. Tapi bila check2 map, sy tak confident nak drive sorang2 ke situ.  Kalo area PKNS atau stadium tu sy biasa le jgk pergi.  Serius kawasan Shah Alam mmg tempat sy selalu sesat barat, xreti nak carik2.  Kalo kengkawan nak pergi kelas ni boleh bukak blog ni, klik sini.  Selain itu sy jugak suker blog ni, klik sini.

Sebelum ni ada jugak beli buku asas jahitan manik, boleh belajar skit2 teknik jahitan manik. Kalau nak cantik teknik2 jahitan manik ni kena gabung2 baru le hasilkan design yang cantik2 dan kemas.

Buku besar tu boleh dpt byk teknik, contoh pattern etc.  Buku kecik ni walaupun kecik tapi mudah difahami dan banyak tips berguna


Ada byk teknik kat dlm buku kecik ni, teknik tali air ni byk sy guna bila buat crumble manik ni.  Ehhh ada 2 page sebenarnya..ni page 1.  Naikkan benang ke bawah manik no 3, lepas tuh masukkan semula dalam manik no 4,5 dan 6.  Lepas tu tambahkan 3-6 manik dan matikan dan boleh ulang semula.  Ni akan menyebabkan  manik2 tu tersusun rapat dan tak ada ruang kosong antara manik.

Antara tips yg sy rasa sangat berguna untuk sy.  Walaupun renyah skit nak matikan setiap kali masukkan pearls tapi hasilnya pearl terletak dengan elok.  Selain itu, dari pengalaman sy jahit CM ni, kain pun kena cari yang agak tebal macam cotton, batik sutera etc, xsesuai sutera atau kain yg nipis.  Pearl pun xboleh byk sgt coz nanti berat masa pakai.  CM ni lagi senang nak jahit banding shimmering flora.  Kena pandai matchingkan warna2 pearls dan saiz pearl dan bagi warna naik kata org.  Sy lebih suke jahit pearl ikut aturan, susunan yg teratur. Kena gunakan pearl, manik dan kristal yg berkualiti baru cantik.  Masa pakai hari tu ada plak sejibik pearl yg dah tercabut, walaupun buat dgn hati2 tetap tercabut jgk.  Sy pernah dengar org letak perwarna kuku kat simpulan benang supaya jahitan tak tercabut.  Hmmmm kena mencarik perwarna kuku plak le pasni, syg plak kalo tercabut. :)  Selain tu boleh gabungkan CM dengan SF, ikut kepada kreativiti masing2. 

Sy ada belajar jahit manik crumble dari sorang adik nih, tgok blog dia le.  Senang nak ikut cara nih...klik sini.  Memandangkan budak baru belajar, jadik daku pun buat sebijik macam Cik Puan Ena ni buat siap ada lakaran bulat2 dan plan saiz manik dan warna manik lagi.  Malu nak tunjuk yg sy buat, korang refer kat blog adik ni je le yea.  Masa pergi beli manik kat GM Chow Kit (naik monorel, turun kat stesen Chow Kit...korang kuar monorel kat pintu menuju ke pasar chow kit dan pandang atas sambil pusing2 kepala..nanti nampak bangunan GM Chow Kit tuh), daku pun bawak sekali lakaran tu supaya senang nak rujuk.  Bagus jugak coz byk sgt manik, sampai pening nak pilih yg mana.  Beli manik kat sini, kena beli cara borong dgn beli 6 utas minimum.  Tapi sebab harga seutas pun tak sampai RM2 untuk pearl, jadik sy pun apa lagi memborong le sikit punya banyak.  Ni sumer memborong untuk 2 baju sekali.  He..he.hee..  Ada 3 kedai yang sy jumpa kat situ tapi sy berkenan yg kat tingkat 1 tu, kualiti pearl dia bagus cuma tak sebanyak pilihan kat tingkat 4/5 tuh.  Selain itu suker beli glass kristal kat kedai tingkat 4/5 coz shining dia mmg wallah...cuma seutas dekat RM10, boleh beli seutas 2 je le, pahtu cari color yang boleh guna untuk baju2 lain jgk.  :)

K
Beli bekas siap2 untuk simpan pearls

Sempat jugak memborong brooch

Ni beli kat kedai kat tingkat 4 ke 5 tuh, xingat tapi byk sgt pearl kat kedai tuh...juling bijik mata tgok

Ni pearl kat kedai tingkat 1





Dah siap!  Oklah kan untuk amatur nih.  Mula2 nak buat pearl color kuning + gold + oren jek tapi dah kain dia ada color biru + merah + hijau bintik2, jadi kena le buat cam color ni ikut warna pada kain.

Untuk manik tabur tuh sy guna manik yang dulu2 punya masa rajin jahit manik.  Biasa manik kecik2 ni sy beli manik jepun kat Kedai Bunga Reben, Jln TAR.  Kalo nak cantik boleh guna pearl swaroski/glass yg lebih berat dan shining.  Untuk kristal plak mmg cantik guna glass kristal le coz lagi shining banding dengan kristal plastik.



30 comments:

  1. canteknyaaaaaaaaaaa ") so kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zaila, sebenarnya terlebih pearl ni...berat plak rasanya bila pakai. Pasni nak try buat shimmering flora plak. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tq GlowIn TheDark. :) Jahit CM ni kena dalam keadaan yang tenang, baru boleh buat cantik. :)

      Delete
  3. Masa nak jahit tu kena lukis dulu la ya? Aalamak... saya bab melukis ni lemah sket.... sebab tu masa sekolah dulu tak ambik lukisan..hehhee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kena lukis, ala lukis bulat2 jek sebesar pearl yg kita nak jahit tuh. Baru boleh agak kedudukan pearl tu kat mana dan susun ikut aturan supaya tak senget. Mula2 buat jek lukis, nanti dah teror dah boleh agak2 dah. :).

      Delete
  4. byk faedahnya tutorial ni utk saya, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulilah, tq yea Rosnita :)

      Delete
  5. sy ni baru nak berjinak2 dgn manik... so tertarik sgt2 dgn jenis2 crumble nie... so baju raye tahun nie ingt nk try...:) thnx sgt2 atas tunjuk ajar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...sy pun sama, baru jgk belajar. :) Wahhhh...meriah le baju raya tahun ni yea.

      Delete
    2. Tq sbb bg tnjuk ajar.dh berjaya wat kt tdg chifon,dpt 1 tempahan dh.tq!!

      Delete
    3. Tq sbb bg tnjuk ajar.dh berjaya wat kt tdg chifon,dpt 1 tempahan dh.tq!!

      Delete
    4. Tq Nanee, syukur alhamdulilah boleh jugak menambah pendapatan. :)

      Delete
  6. nampak kemas dan cntik..sayanpena try buat tapi sparuh jalan..hehehe...cerewet kerja ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba le sambung balik tuk raya nih :). Yea..mmg cerewet, terutama masa nak jahit pearl ni satu2, mmg kena tarik benang dan jahit ketat2, baru le pearl akan terletak. Tq Fazliana.

      Delete
  7. Thanks atas komen adik! Hrp2 ada info dr rakan2 dia kuantan kalo mrk ada buat kelas ke sbb x lehla akk kalo x tempah baju manik, sbb tiap tahun time raya memang tempah dr adik ipar.....

    ReplyDelete
  8. Memang cantik buat baju manik ni, akk memang minat gila tp nk buat x sempat, ada anak kecil lak tu, mana nak g keje lg, memang x ada masa tp kalo kat kuantan ni ada kelas menjahit manik, ingat nak join, ada rezeki boleh jahit kat baju anak2 yg 2 orang tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada tuh kak yg buat kelas kat Kuantan, akak cuba le tanya dorang. :)

      Delete
  9. cantik nya... geram tengok.... berangan nak jahit sendiri... doakan saya tercapai.

    ReplyDelete
  10. cantiklah,dan kretip awak kan..bilalah sy nak belajar wat jahit manik nie..minat tp tak reti....huhuhu...tetiba lak terjah salam kenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Salam perkenalan kembali Eda dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. :) Suka2 jek jahit manik ni, buat kat baju sendiri.

      Delete
  11. Replies
    1. Sy beli buku ni kat Kedai Buku 1Malaysia di Puduraya@Pudu Sentral.

      Delete
  12. Salam. Awak beli manik tu dalam bentuk utas kan? Jadinya dia kena potong ke atau macam mana? Saya baru belajar jadi tak sure macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sy beli dlm bentuk utas. Kat kedai utas2 ni digantung,kena minta salesgirl tlg potong.

      Delete
  13. cantik dan kemas. cubaan saya untuk jahit manik agak menghampakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Cuba buat kat kain yg tebal dan tahan lasak seperti cotton, batik dll. Kalo kain yg lembut, jarang, nipis kekdg xsesuai. Setiap kali jahit pearl kena pastikan ketat dan matikan. Kalo tetiba pearl tu terjahit berjarak antara satu sama lain, gunakan teknik tali air kat atas tuh. :)

      Delete
  14. Salam...nak tye..untuk buat jahitan macam ni kne gune manik saiz ape yer???

    ReplyDelete