Wednesday, 13 February 2013

WMB Day





Suka kedai ni coz kalo org perempuan dia akan layan dulu coz tau perempuan jenis yang malas nak tunggu lama2.  Selain tu lepas anak buah dia buat keje, bos dia akan tengok dan buat QC balik mana2 yang perlu dibaiki


Salam kengkawan

Hari ni ambik cuti semata2 nak bwk WMB g servis. Selalunya major servis bwk kat Pusat servis proton tp kalau servis biasa bwk g kedai ni kat Bdr Tasik Selatan jek. Coz malas bebenor nak buat appointment. Wmb dah berusia lapan tahun setgh, jadi servis mmg kena kerap. Rasanya servis hari tu dlm 5 bulan lepas kot. Lgpun sekarang jauh berulang ke bangi tiap hari, jadik kena jaga le servis kete nih.  Tadi tukar minyak engin, minyak gear, check tayar, top up aircond gas etc. Semlm pam tyr kat belakang pressure 150, pelik jgk. Jadi tadi suh org tuh check tyr belakang tuh, rupa2nya ada paku. Mana jumpa entah paku nih, paku kecik jek. Oleh sbb tayar ok lg, jadik tampal je lah. Baru first time tgok org tampal tayar, dulu time kecik2 salu tgok org tampal tyr basikal jek.

Td nak dkt rm400 jgk servis ni coz ada byk buatnya. Lepas servis pergi pusing ke Tesco Extra Cheras plak, suker betul dgn gerai air kat sini coz carrot jus dia sedap, Mata ni dah makin rabun, kena le mkn jus carrot byk skit. Hubby ckp kwn dia mkn carrot sebtg setiap hari, setahun kemudian xpyh pakai spek dah! Lama tuh setahun, kalo ada org gaji tlg buatkan jus tiap2 hari ok jgk. Blik keje nak rehat, pahtu masak tuk dinner.....adoyai...xlarat nak buat jus2 bagai.

Bila park keta parking nampak ada booth cuci kete kat parking Tesco Extra ni, terus cuci Wmb, alang2 dah kuarkan byk duit tuk dia, meh kita kasi cuci dia, Kesian Wmb mmg jarang sekali cuci dia coz xsuker pergi tempat cuci kete coz becak dan banyaknya warga asing. Yg ni best le, modern tempatnya. Harga cuci, vakum dan nano antibakteria apa ntah Rm35. Tinggalkan sejam kat situ, pusing2 dlm Tesco.

Hari ni rasa best sgt coz dpt manjakan Wmb, masuk kete pun wangi. Td masa buka pintu lepas cuci tuh, tetiba ada asap kuar, terkejut sy. Org tuh ckp itu antibakteria ke apa ntah. Terkujat jgk ngan asap2 nih. Hmmmmm....best le esok drive g keje dgn kete br servis dan wangi. :)


No comments:

Post a Comment