Sunday, 17 February 2013

Berakhirlah sudah kekeringan selama 16 hari




Salam kengkawan

Entry ni patutnya dah publish bulan lepas tapi ntah napa busy benor xsempat nak update blog.  Ni kena le publish jugak sebab nanti boleh jadi kenangan.  Yelah kan 16 hari xde air hari tuh, bukan selalu dapat merasa.  Iskk..jauh2kan le plak berulang.

Masa kekeringan hari tu jenuh le jgk kami laki bini bangun sebelum subuh mengejar lori tangki.  Balik keje pun sama gak, kekadang air masih berbaki kat rumah tapi saja je teruja bila tengok orang beratur ambik air. Daku turun2 dari kete pun pergi beratur sama, botol siap letak dalam kete lagi.

Kejadian ni banyak memberi pengajaran pada kami sumer, bersyukur le kita duduk kat Malaysia yang aman dan tenteram ni.  Betapa berharganya air, sehari xde pun rasa tak senang nak duduk.  Selama 16 hari xde air ni, tak pasti daku sempat tengok tv ke tidak hari tuh.. Dalam pala asyik fikir nak ambik air jek.  Asyik telinga mengintai bunyi lori syabas jek.

Ingat dulu masa kecik2 kat kg air paip xde, ehhhh sekarang ni pun kami xde air paip berklorin jugak tapi air paip kami dtg dari air jeram nun jauh di dalam hutan sana. Org kampung bergilir ikut turn melawat jeram tu kasi bersih supaya paip tak tersumbat.  Kekadang paip tersumbat lepas hujan.

Semasa belum ade air paip ni, kami hidup dengan air hujan dan air sungai jek.  Kat kg ada le sungai tapi sungai kecik jek tempat mandi manda.  Tapi kami byk guna air hujan le, tangki air dapat free masa nak pilihanraya. :) Pergi sungai untuk cuci kain dan mandi manda jek.

Lama kelamaan masa sekolah menengah baru ada bekalan air bukit, itu pun lepas kami pindah rumah ke bawah bukit skit.  Sampai le sekarang kami guna air bukit jugak.  Air nyer sejuk dan bersih...confirm xde klorin.  Cuma byr RM5 jek sebulan untuk masuk dalam tabung, kekadang ada le bende2 nak ganti.  Dulu2 pun kami salu masuk hutan untuk melawat tanah arwah ayah kat dalam hutan rimba tuh, masa tuh arwah masih hidup lagi.  Asalnya dulu ada kayu balak lagi kat tanah tuh....dulu yea...sekarang ni ada jugak tapi xbyk le, yg anak2 jek lagi tinggal.  Coz masa buat rumah ni dulu arwah ayah pergi upah org untuk tebang dan buat kayu untuk bina rumah kg.  Lgpun masa tu ada  org yang curi balak yg dekat2 dengan sempadan tanah, sesukahati je kan ambik balak org.  Kalo jalan kaki dalam sejam boleh sampai ke tanah tuh dengan melalui bukit2...ala2 macam Bukit Broga tu le.  Ada satu puncak bukit tuh, bila sampai atasnya, boleh nampak Teluk Brunei....cantik sgt.  Xde jalan yea cuma denai2 jek yang bila lalu, badan kita confirm akan bersentuhan dengan tumbhn kiri kanan.  Dah lama dah xpergi semenjak arwah ayah xde.

Kat situ rumah orang pun xde, ada org pun hanya beberapa penoreh getah.  Dulu ckp ngan mak kenapa tanah tuh xtanam pokok buah2an, mak ckp kalo tanam hari ni, minggu depan dah xde pokok tuh...ntah sape ambik.  Manusia ke binatang tak pasti.  Kat situ ada sungai yang agak besar skit, ada batu2 jugak.  Dulu ada jugak family sy yg pergi ke situ untuk mandi2 sambil melawat2 dan memancing dan membubu ikan keli.  Sekali sekala masuk hutan mmg best.

Kenapa ada tanah tetiba dalam hutan?.  Hahahhaaaa...penah dulu tanya mak masa kecik2. Mak ckp dulu2 dorang hidup macam nomad, cari tanah yang subur.  Masa beranakkan kakak sy yg sulung iaitu 55 tahun yang lepas (perghhhn lamanya), dorang masih duduk disitu lagi tanam padi huma.  Tapi bila kakak sulung dah sekolah, mereka kembali ke kg balik sebab jauh kakak sy nak pergi ke sekolah.  Itu pun bukan le dekat benor dari sekolah, nak g sekolah tu dari kg kena jalan kaki 1km.  Nak naik basikal xbest sebab jln berbukit, penat jek tolak basikal naik bukit...suker lg jln kaki.  hehehe...  Mmg ayah sy mementingkan pelajaran kepada anak2 dia. Sanggup jual getah basah (yg xsempat kering lagi) semata2 untuk sekolahkan anak2. Syukur kakak2 dan abg2 boleh belajar dan masuk maktab jadik cikgu.  Kami pun anak-anak ni mudah nak dapat biasiswa sambung belajar sebab adik beradik ramai.  Masa kecik mmg jarang nak keluar main dengan kawan sekampung sebab kena jaga adik dan buat kerja rumah. Abg kakak sumer dok maktab atau dok asrama.

Ehhh..terimbau kenangan lama plak.  Sebenarnya rindu nak balik Sipitang, homesick!.  Last hari tuh balik masa tahun baru cina tahun lepas.  Ni tengah skodeng tiket murah2 nak balik le nih.  Nak balik dalam bulan April sebab raya puasa nanti giliran raya kat Sipitang plak.  Yay..yay..yay....











Ulat ni time xde air ni sempat plak berziarah ke rumah kami...ambik gambar sebab spesies ni lain dari yg hari tuh


Hubby kasi hadiah, dia ada 2, satu dia ambik dan satu lagi kasi kat bini dia nih..TQ cyg!


Tahun ni dapat 2 diary jek...Yg Bank islam tuh hubby kasi jugak..:)




6 comments:

  1. malam tadi on blog nak comment, baru nak ketuk-ketuk keyboard pasal ulat tuh..dah connection down..eiiii kak bai, begitu geli geleman saya melihatnya..naik bulu romaku..apa dah jadi dengannya sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah campak dr tingkat 17 time tuh jugak!. Gelikan? Seblum ni warna ijau tadak bulu2, yg ni macam ada design plak kat badan dia. Ntah le dtg dari mana. Zaila ada tanam pokok tak kat rumah, akak pun tgh fikir2 jgk nak tanam pokok rambutan dan mangga sazi kecik nanti kat ps2, tp tu le kena rajin le menyapu daunnya. Kat belakang akak plan nak buat edible garden...berangan!

      Delete
  2. betul-betul ulat makan daun...cantik tapi menakutkan..subhanallah............

    ReplyDelete
  3. kat depan rumah kami rasa-rasanya kangkang kera lagi besar kak..ha ha..belum ada lagi projek tanam-tanaman..kat belakang dapur jer dah start tanam daun bawang dengan saderi..pokok daun roda yang baunya busyuk pun sy tanam..saya tawakal kak sebab sy ni takut ulat..bila tengok ulat tu dalam blog akak sy dah seri seram..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaaa...akak pun takut gak ngan ulat, 1st time dulu nampak kat daun limau kasturi. Biasa dia dtg sepasang tau!. Masa tu bgn sahur, terlompat2 akak kat balkoni. Padan le habis daun limau akak gondol ( ni indicator dia ada). Sempat lg akak ambik gambar dia, pahtu akak ambik penyepit dan potong daun yg dia bertenggek tuh...pahtu dussss campak ke luar cecepat!! :)

      Depan umah akak pun sama, rasanya dalam 2 kaki x 10 kaki jek ada tanah, yg lain developer dah letak tiles. Akak plan nak tanam jgk tumbuhan hijau mcm bird paradise, pokok lirik ke etc. Supaya sejuk sikit rumah ada pokok, pahtu suka kalo burung dan rama2 dtg singgah. :) Tp mcm nak selit jek pokok mangga kat situ, tgok dia boleh hidup ke tidak.



      Delete
  4. wah..saya dah imajin rerama dan burung kelicap singgah kat pokok-pokok yang tumbuh melata di rumah baru akak nanti...tenangnya....... ")

    ReplyDelete