Tuesday, 1 January 2013

Tahun baru 2013 dan cerita mengangkut air di malam tahun baru

Begitu tertib dan sabar dorang beratur tuk ambik air, tangki dan lori tertutup oleh pokok

Salam kengkawan

Selamat Tahun Baru 2013 yea kengkawan. Harapnya tahun baru ini akan memberikan seribu rahmat dan rezeki untuk kita, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, bertambah iman di hati, anak yg soleh dan solehah, ibu bapa mithali, dikurniakan cahaya mata (amin...doakan tau) dan kebahagiaan yg berkekalan.

Tahun baru ni disambut dengan...MASIH TAK DE AIR DI UMAH DAKU!!!!. Jadi xde mood nak menyambut tahun baru pun.  Malam tahun baru, orang lain bersukaria diluar sana, daku n Amoy mengangkut air dari bawah ke atas, 2 kali round lagik. Sebelum tuh g Tesco makan dan beli troli 4 segi tuh, troli barang dah abis.  Tak larat sgt angkat air guna baldi sebab nanti bahu sakit.  Dah tua2 ni lagi le, mudah sgt sakit badannya.  5 minit sebelum jam 12.00 malam, baru daku ready mandi dan dok tengok tv.  Terjerit2 le daku ngan Amoy yg masih kat bilik air, suh kuar tuk tgok bunga api.  Sib baik dok tingkat atas, boleh jugak tgok bunga api dari serata pelusuk KL.  Bunga api dari genting pun nampak walaupun dari kejauhan.  Bukan selalu Amoy boleh tgok bunga api dan tengok kemeriahan kl dari atas awan nih.  Bunga api kat dataran, bukit bintang, genting dan byk lagi area cheras nih.  Terubat le kesedihan di hati. Nasib baik Amoy ada dtg teman, kalo tak keseorangan le daku menyambut tahun baru 2013 nih.  Dah le hubby pergi bercuti ke Medan dengan kengkawan dia.  Kena berusaha tuk dapat baby nih, kalo tak sampai tua le daku menyambut tahun baru tiap tahun agaknya.

Hasil shoppingan, baldi tu best sbb ada tutup.  Jadi bila letak dalam troli, xle tumpah.

Byk berjasa troli Kak Seri nih.  Guna troli boleh angkat air sekali banyak.  Kena g beli troli ni jap lagi coz troli ni ramai peminatnya, jiran sebelah menyebelah pun pinjam gak.

Malam tadi Syabas hantar tangki air yang super panjang

Pagi tahun baru tuh kawan anak buah sy dtg rumah sebelum dia tlg antar Amoy g Negeri Sembilan.  Menyambut tetamu dengan takde air seadanya, mandi pun belum daku masa tuh.  Nasib baik tetamu memahami dan siap tapaukan nasi lemak.  Lepas dorang keluar, daku plan nak pergi Giant sebab nak cari troli air yg main tolak tuh.  Troli yang sekarang ni boleh letak botol air mineral 5 liter dan tong kecik jek.  Boleh le untuk permulaan tapi jenuh jugak le nak turun naik byk kali.

Bila daku turun jek, guard ckp ada lori syabas dah sampai.  Daku yg kebetulan tgh bwk gelen terus beratur dan ambik air dari tangki syabas.  Tetiba ada sesorang memanggil daku, eehhhhh...sape plak yg pangil2 nih.  Rupa2nya Kak Seri, jiran sebelah tengah beratur kat barisan sebelah tgh bawak baldi.  Hahaha lucukan, masa macam ni le kita nak kenal jiran2.  Pahtu Kak Seri nak ikut g Giant, kami beli air mineral jek coz troli dah abis, gelen besar pun dah habis. Pastu kami g kedai hardware kat Bandar tun Razak, xde jugak yang berkenan.  Mmg kena pilih2 jugak nak cari bekas dan tong air ni coz nak cari yg mudah nak simpan dan menjimatkan ruang.  Yelah...nak ambik2 air ni kejap jek, nanti mestilah kena simpan dalam stor kan. Daku dah ada tempat simpan yg agak sempit sebelah katil tetamu, jadi xleh le cari yg gajah sgt.  Kak Seri ajak g Hero plak, kami g beli baldi yang bertutup.  Sy beli 2, lgpun semlam dah beli bekas air yg besar tuk bilik air. Jadi baldi ni just tuk angkut2 air je le.

Ptg tuh kami angkat air sama.  Kebetulan Kak Seri ada troli, jadi kami angkat 4 baldi air dlm 1 troli dengan kami tindih 2 troli.  Jadik sorang tolak dan sorang jaga baldi2 tuh supaya tak tumbang.  Macam pesta plak kat bawah tuh, ramai orang. Syabas pun bagus jugak, dia siap letakkan tangki lagi supaya penduduk tak kehabisan air dalam masa yang lama. Yg bagusnya kat lori syabas tuh ada 3 paip tempat kuar air, jadi masa menunggu tu xle lama sgtkan. Kami ni risau tak de air, org syabas pun keje overtime pastikan kami dapat air.  Kekadang sampai tengah malam dorang isi air dalam tangki. Tq yea Syabas serta staf dorang yg cekap tuh dan ini jugak hasil dari pengurusan Amani jugak dan penduduknya sekali.  Dalam sehari ada le 6 lori dtg, setakat yg daku lihat le.  Coz bila dengar orang seret troli dan bunyi wisel guard kawal kereta kuar masuk amani, maksudnya lori ada le kat bawah tuh.  Dan lagi satu, rasa macam ada connection le ngan lori syabas tu, macam boleh dengar bunyi lori syabas setiap kali dorang dtg!!! Hahahahaaa..

Air minuman mmg kena letak stok bebyk 

Bekas air ni fit dengan dinding, jimat ruang.  Lgpun boleh letak byk air dalam ni. Hasil shoppingan ngan Kewqa isnin lepas kat kedai Hardware tepi Gulatis Bangi.  :)

Tong 30 liter beli kat kedai hardware kat seksyen 3, bangi.  Yg ni besar skit dan sesuai angkut guna troli.  Mahal jugak tong macam ni yea, RM35 sebijik.  Pokai betul time xde air ni, sumer kena beli. Aiyooo.....abes bonus.

Updated 2.1.2013:  Dah beli dah troli baru ni kat kedai harware sebelah Gulatis.  Masa sy sampai rumah ptg tuh, sy nampak lori air baru sampai.  Sy pun terus keluarkan tong dan troli dan pergi berbaris.  Ehhhh...tetiba sy nampak suami sy pun tgh berbaris jgk dengan baldi.  Hahahaha....lucunya.Sebelum tuh mmg sy pesan kat dia suh g ambik air coz dia cuti kan hari nih.  Rupa2nya dah penuh dah tong kat rumah dia g isi.  :)


Setelah mengalami beberapa minggu tak ada air, sy boleh simpulkan yang 
STORAGE BOX adalah bekas air yang paling sesuai untuk simpan air bagi saya, untuk rumah bertingkat macam sy ler.  SB ni mmg dah ada kat stor isi barang2, jadik sy keluarkan isinya dan gunakan untuk simpan air.  Dalam SB ni boleh simpan banyak air, senang untuk bawa ke bawah untuk ambik air guna troli.  Lepas kemarau dah tamat, boleh simpan balik dalam stor.  SB jugak boleh dilapiskan bertingkat, untuk menjimatkan ruang.  Apa yg sy tgok guna baldi ni tak best sgt, sbb isi kurang dan xde tutup.  Percayalah berbaldi2 boleh muat dalam SB tuh.  SB sy jenis beroda jadi senang nak tolak2 susun. Tong plak, leceh nak tunggang tunggingkan nak kuarkan isinya.  Tempat yang byk jual tong air dan baldi dikawasan sy adalah di Hero Bandar Sri Permaisuri.  Baldi2 dia cantik2 dan colorful! i like....

4 comments:

  1. alahai...ramai-ramai angkut air la ni....
    tak ada air memang tak besh..kalau letrik ok lagi kan....

    ReplyDelete
  2. Yaaa...sengsara betul bila xde air nih. Kalo xde letrik boleh lagi masak guna gas. Ni xde air, g keje pun tak tenteram. :)Dah 4 hari xde air nihhh..

    ReplyDelete
  3. as-salam kak :)
    salam kenal dari saya..
    kebetulan pula singgah sini bab air..
    rumah saya pon tak da air ni..huhu

    penat kan mengangkut air.. mmg betol botol tu agak mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. Salam perkenalan jgk dari saya. Qaseh dok permaisuri jgk ke? Blok sy ni ok skit coz kekdg ada jek air. Boleh le kumpul air n cuci kain. Tp blok A tu kesian, manjang xde airnya, dorg je le yg setia tunggu lori syabas tuh.

      Sy pun baru jek beli troli rm70, dah cukup dah, xnak beli dah mcm2. Redha je le.... Cepat2 le masalah air ni selesai.

      Delete