Thursday, 17 January 2013

Snowdrop ku dah sampai




Salam kengkawan

Sy baru je terima shopping online sy  iaitu cloth pad sy jenama Snowdrop.  Ada byk lg jenama lain yg jual CP ni, boleh tgok link entry sy ttg CP di sini.

Sebenarnya sy beli snowdrop ni 2x, semasa ada diskaun 30% hujung tahun hari tuh. Yg pertama sy beli untuk test saja coz nak tgok saiz dia mcmana, sy beli Minky Heavy Stream, Minky Medium dan Minky Light. Lepas tuh sy sempat pakai saiz Mingky Light sekali, rasa macam selesa dan plan nak order lagi untuk saiz lain pulak yg lebih kecik.  Seminggu selepas itu sy order set Minky Light Kit.  Yg kit ni ada Minky Light dan Dry Flux Liner pulak. Gambar kat bwh ni sy tunjukkan perbezaan saiz bagi memudahkan korang memilih CP yg sesuai. Bagi sy CP snowdrop ni saiznya agak besar untuk sy yg bersaiz kecik ni terutama yang Minky Heavy Stream dan Minky Medium tuh.  Jadik kengkawan kena pandai pilih saiz yang sesuai dengan kita.  Boleh tengok dan ukur sendiri ikut ukuran yg diberikan dalam website tuh.  Sy ni jenis yang tak leh masuk kalo ikut agak2 jek...blur skit, kena tengok dan ukur yg sebenar punya.baru puas hati.

Yg ni sy dah gandingkan CP yg sy beli ni dengan Pad Kotex saya.  Dari kiri yea...Pantyliner + Dry Flux + Slim + Minky Light - Maxi + Minky Medium + Overnight + Heavy Stream

Oleh kerana sy ni jenis kecik molek orang nya, jadi kalo pakai pada biasa, kalo untuk overnight sy pakai overnight, kalo untuk biasa2 sy pakai slim/pantyliner jek.  Jarang pakai maxi coz tebal sgt.  Jadik selepas pakai dan ukur2 CP Snowdrop nih, saiz yg sesuai untuk sy adalah Minky Light dan Dry Flux. Mungkin Minky Medium untuk overnight.   Saya hari tuh ada tunjuk CP ni kepada hubby. Hubby tunjuk kat Heavy stream dan ckp 'ehhh ni untuk org saiz xxxl bolehlah'. Cisssss.....sy ckp itu untuk overnight la bukan pakai hari biasa.  Dengki tau!. Jadik kengkawan, jom kita bertukar kepada CP! Mula-mula jek kita kuarkan duit banyak, lepas tuh pakai le sampai bertahun2 punya.  Sy tak beli lagi brand lain, tunggu le ada sale nanti baru le beli.

Nak cuci senang dan kena pastikan CP dijemur hingga betul2 kering. Kain ni kan byk lapis jadik kena pastikan ia kering luar dalam, takut nanti kena infection plak. Sy biasa lepas pakai terus cuci, pahtu rendam lg dgn air sabun semlman...coz sy ni malas skit. Esoknya sy masuk mesin basuh coz sy nak ia cepat kering. Pahtu jemur...siap dan simpan bila kering...mudah kan...yay..yay...

Setakat ni ada 11 jek, nanti le nak menambah lagi.  Nak try brand lain plak.

Jom sama-sama bertukar kepada Cloth Pad!!!!




2 comments: