Wednesday, 30 January 2013

Pangkor dan CH Trip






Salam kengkawan

Dah balik dari bercuti ke kengkawan sumer?. Kali ni sy pergi bercuti2 Malaysia jek ke Pulau Pangkor dan Cameron Highland. Sebenarnya pergi ke rumah kakak sy di Bruas, kakak sy cikgu yg pindah Bruas coz abg ipar sy tentera laut kat Lumut.  Sy pergi naik bus ke Lumut dari Puduraya naik bas Arwana dgn harga tiket rm24.70 sehala dan sy turun kat Stesen bas Seri Manjung.  Ni dah kali kedua sy pergi Bruas, jadik dah tahu lah. Cuma bas ni lalu Bidor dan Teluk Intan, ni first time sy pergi ikut Teluk Intan. jadi sy mcm blurr skit le. Sy tanya dgn adik kat sebelah ni, dia ckp mmg bas ni akan singgah Seri Manjung. Seblm ni sy pernah naik bas lain tau, masa tuh lalu Ipoh, ada ke patut dia xsinggah pun Seri Manjung punya stesen bas. Dah le sy baru first time dtg sini. Dulu pernah naik kereta dgn hubby g Lumut tp xingat jln sgt. Bila sampai Setiawan dah tau le lepas ni akan lalu Seri Manjung kan, tp mana le tau kedai2 kat Setiawan n Seri Manjung ni bersambung. Bila sy perasan dah lalu Seri Manjung, sy terus ke dpn tanya driver bas. Driver bas ckp td dia ada tanya ada sapa turun kat Manjung tp xde org jwb. Dah duduk tgh baskan, mana nak dgr.

Dah sy kena turun kat bus stand depan sekolah, dan kena menapak g stesen bas, sempat g Mc D tp ramai org le plak. Terus sy tanya org kat mana stesen bus. Sy nampak bgnn Billion kat situ, terus mencekik kat kedai apa ntah dlm tuh. Adik sy dtg dr Kuala perlis xsampai2 lg.

Oleh kerana tak nak pisang berbuah 2x 3x 4x, bila sampai stesen bus teluk intan, sy ckp kat adik driver tuh sy nak turun Seri Manjung. Jgn dia menonong plak jln terus ke lumut. Sebenarnya lumut dlm 10-15 minit perjln jek dari Seri Manjung tuh pun. Tp dah janji nak bertemu dgn adik sy kat Seri Manjung, pahtu kakak sy dtg ambik. Windu nyer ngan budak2 nih.

Dtg sini hari khamis cuti Maulidulrasul, jadik jumaat tuh kami dok umah je le bersama dgn dua org budak comel nih, Aiman dan Waie. Pagi kami naik basikal g pasar pagi dgn gigihnya, best beli mknn dan ketam, sayur, petai bagai. Nasib baik naik beskal, xyah le menapak jauh sambil bwk brg. Adik sy dan Aiman naik beskal, sy dah Waie jln kaki. Sempat singgah beli aiskrem plak kat kedai.  Pekan Bruas ni kecik saja dan kebykkan bangunan masih bangunan lama lg, aman dan tenteram duduk sini, dekat plak ngan bukit dan ada air terjun. Tengahari kakak sy dan si bongsu blik. Tetiba ada jiran sebelah kasi 2 kg ketam yg dah siap siang. Apalagi melantak ketam le kami thgari tuh. Best nyerrr...fresh giler. Ptg nyer kami g pantai remis beli ikan. Harga lebih murah skit jek dr KL tp dijamin fresh.  Singgah Billion dulu sblm balik tuk beli limau mandarin.


Kat Jeti Marina ni pun dah ada feri malam tapi harganya mahal skit le, kalo tak silap dalam RM16 sehala.

Kaunter beli tiket








Byk nyer org parking kete kat sini tp xpasti berapa harga

Sila beratur siap2 yer walaupun feri xsampai lagi

Feri

Sempat posing dalam feri

Esoknya, kami pergi ke Lumut untuk ambik bas ke Pulau Pamgkor. Dulu sy pergi naik kat jeti kat lumut tp kali ni abg ipar antar kami ke Marina jetty. Dr sini lg canggih dan lebih dekat. Beli tiket kat kaunter dan adnaik feri jam 10.30. Dlm jadual mmg xde ferry jam 10.30. Tambangnya rm10 untuk pergi blik. Sila simpan tiket yea. Tak panas lg bontot duduk tetiba dah sampai!. Dah nampai huruf 1 dan kuildi lereng bukit tuh. Mcm tak percaya plak. Rupa2nya menyeberang jek pun.  Tp sy pun xpasti ada kenderaan awam ke tak ke tempat ni. Kalo xde, naik je le dr jeti lumut tuh, tambang pun sama jek rm10. Kalo ada kereta sendiri, boleh
 park kat sini, ada luas tempat parking berbyr dia


Apakah yg berlaku?

Harga teksi mmg dan fix


Aiman



Sampai Lumut, ntah apalah nasib malang, ada pemandu2 teksi mogok plak. Ada le peniaga kedai bgtau kenapa tp xleh tulis kat sini :). Padan le sikit punya ramai org mcm terkandas kat jeti nih. Sampai ada pelancong blik Lumut blik. Nasib kami baik skit coz ada jumpa kereta sewa, tp kami minta bwk pusing2 pulau jek sbb pulau ni bukan le besar sgt dan minta hantar dan ambik ke Teluk Nipah dgn byran rm50. Kira oklah kan, nak sewa pun boleh tp sewa 3 jam dalam RM60 dan mana le sempat, dah le plan nak mandi sampai lembam. Dimaklumkan teksi pun ada jgk pakej pusing2 pulau ni tp xpasti berapa. Sebenarnya pengangkutan awam sangat mudah di Pangkor ni, teksi byk dan harga pun berpatutan coz dia van. Boleh sumbat 1 family masuk. Cuma kebetulan hari tuh jek nasib kurang baik. Oh ya tambang teksi mmg dah ditetapkan mengikut jarak perjlnn.

Lepas sampai, kami pergi tukar baju kat tandas awam dan bermulalah aktiviti berendam kami. Dlm 2 jam jgk le mandi manda dgn budak2 ni. Nilah saat2 gembira dgn dorg tuk kenang2an nanti. Nanti cepat jek masa berlalu, dorg dah besar dan masuk U dan kawin!. Mkn kat sini xde masalah, byk jek gerai2 tepi pantai. Kat sini ada jgk pakej g pulau Coral island dpn tuh jek tuk snorkling, ada jugak trip pusing2 pulau, kayak, banana boat pun ada. Sediakan saja ongkosnya, tp harganya berpatutanlah coz dulu sy pergi jgk Coral island tuh. Mulanya kami nak g situ tp bila nampak pantainya ok dan xramai org, kami mandi di situ je le.



Terasa macam dugung plak!





 Kul 3.30 kami call driver tuh dtg ambik dan kami naik feri balik Lumut blik. Mogok masih berterusan yea. Sian yg bwk family dan bwk beg besar2 tuh. Ehhh sblm tuh pergi memborong ikan bilis. Tak sangka ikan bilis ni byk jenis jgk, byk saiz. Sy beli yg belum kopek jek coz yg dah kopek harganya double.  Kena merajinkan diri tuk mengopek yea.

Hari sabtu kami pergi ke Cameroon highland plak, trip yg tetiba dtg dlm otak coz rupa2nya dorg xpenah g situ pun. Kami guna Garmin, ada le jgk menderhaka kat Garmin ni bila kami ambik jln sendiri. Dlm 2 jam jek dr Bruas pun. Sampai Kg raja tuh ok lg, sempat singgah kat strawberry farm pergi toilet. Tapi bila nak naik ke EQ tuh, hambik ko, berejam2 nak naik situ. Nak cr parking pun susah. Lastly singgah kat Brincang yg ada Muzium ke apa tuh. Sempat le merasa strowberi cokelat dan aiskrim strawberry. Kat situ je pun shopping coz dah jumpa parking.














Lepas tu kami menuju ke Brincang town pun jem jgk. Jadik kami decided nak blik ikut tapah jek coz xlarat nak harungi jem teruk lagi. Sampai Brincang pun hujan, kami terus je g Tanah Rata, kat sini xde le sesak mcm td tuh. Tp xde dah le jual bunga sumer, pahtu kami singgah kat Bharat teh dan turun ke Ringlet. Ingatkan kat situ ada jual bunga, rupanya xde..huhuhuhu...melepas nak beli bunga ros.  Nak pergi Tapah tu jln mmg simpang siur dan mmg dah mlm masa kami turun. Sempat lagi singgah tepi jln beli tikar dan papan memotong.  Rasa lalu Simpang Pulai lagi ok coz kat situ kita lalu atas bukit, nampak pemandangan.  Tapi lalu Tapah ni lalu kat bawah bukit yang jalan berbelit2. Macam pergi sekali imbas je le g CH nih. Patutnya jumpa kedai terus singgah dan shopping sepuas2nya kalo ada parking. Kalo kat Strawbery farm tuh mmg kebanyakkanya disediakan parking yg luas, ada tandas, boleh petik2 stawberry, ada jual bunga dan mcm2 lagi.   Tak tau plak jem gila babas mcm nih. Singgah mkn kat Gopeng, mkn udg galahhh...best nyer. Tgh mlm baru sampai Bruas. Terus packing coz esok nak balik KL dah.



Itu le pengalaman sy bercuti ke Bruas + Lumut + Pulau Pangkor + CH. . Ehhh pehal daku pokai skrg ni, bercuti pun dlm Malaysia jek. Hhmmm...skrg tgh pulun simpan duit tuh saving dan masuk rumah baru. Coz nanti dah ada rumah baru mesti payah dah nak menyimpan byk2kan. Dan jgk dah mula berangan nak buat apa kat rumah baru tu, dan semestinya memerlukan bajet yg byk. Tp rasa mcm nak pergi satu trip tahun ni selain blik Sabah ler. Tp xtau lg g mana.

Isnin blik KL balik naik bas Arwana jgk lalu Bidor dan Teluk intan, perjlnn dlm 4 jam jgklah.  Naik bas jam 10.15 sampai KL dalam jam 2. Terus kami g simpan barang dulu kat Pudu, pahtu jln kaki g Jln Tar dan sekitarnya.  Simpan beg ni murah jek, RM2 satu beg dan boleh simpan sampai 9 mlm.  Ada le beberapa kedai yang menyediakan khidmat menyimpan brg ni.




3 comments:

  1. seronok baca blog awak..follow me back ya..
    http://nazsue1983.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan kak Bahiyah. Habis satu Perak singgah bercuti. Bestnyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan jugak dari saya untuk Salwa. :)

      Delete