Thursday, 10 January 2013

Aktiviti awal tahun 2013: Pruning taman & angkut air

Sebelum pruning

Selepas pruning

Selepas disusun


Selepas disusun


Hasil sisa buangan

Salam kengawan

Hari isnin lepas g bersosial ke rumah Kak Seri, rumah dia saja je le tempat daku lepak2.  Sblm tuh kak seri dtg umah daku tgok pokok daku yang serabai ni. Pahtu g lepak rumah dia coz dia nak tunjuk bunga halia dia.  Hahaha xpenah daku tau halia mengeluarkan bunga.  Suker sangat tengok pokok2 kak seri yang terjaga rapi.  Tak de le kekuningan macam pokok2 daku ni.  Yg daku nampak kak seri rajin pruning pokok dia, tu yang sihat jek pokok2 dia.  Dah le cukup baja, cukup kasih sayang lagik tuh.  Yg lucu tuh kak seri punya pokok mangga subur dan tinggi giler. Daku ckp ngan kak seri 'Kak, pokok mangga ni akak harapkan dia tumbuh subur ke harapkan buah dia?'.  Kak Seri ckp 'entah le'.  Kalo kat tanah tuh, dah mula belajar berbuah dah mangga sebesar tuh.

Jadi tengok2 tu terfikir sy nak susun balik.  Rasa stress plak tengok pokok daku yg tak terurus ni.  Masa seblm pegi umah Kak Seri tuh rasa macam biasa jek, tapi lepas balik dari situ baru le terasa stress.  Hahahah....dasar penjeles!!!.   Baru sekarang rasa malu ngan kemalasan diri sendiri.  Sebelum ni sikit punya ramai dah org dtg umah, tadak plak rasa apa-apa. Kahkahakah... Sib baik kak seri ckp pandan sy tuh makin besar (pandan yang Kak Seri kasi hari tuh). 

Malam selasa sy minta hubby tlg prunkan pokok2 sy tuh, coz kalo harapkan sy mmg tak terbuat.  Bukan malas tau, tapi sayang!!!.  Sy minta hubby prun limau purut dan tengek burung tuh.  Limau purut tuh batangnya dah macam ular dah coz dia menjalar kejar mataharikan.  Tenggek burung plak makin meninggi, sampai banyak betul dahan baru dan menyebabkan daun2nya jadik ciput.  Jadik hubby telah dgn rajinkan potongkan pokok limau purut dan tenggek burung.

Selasa ptg sy pergi ke nursery beli pokok jambu air.  Saja jek nak cari pokok yang besar skit.  Jadi dah arrange balik sumer pokok2 tuh.  Baru le cun skit.





Sumer gambar di atas adalah dari FB hubby coz dia jek le yg rajin ambik gambar, daku tak koser arrr...fikiran serabut fikir pasal air.

Air kami dah habis.  Sebenarnya hubby ckp ambik air biar le berpada2 coz dia fikir yang krisis air ni akan tamat dalam beberapa hari lagi. Jadi kami simpan air sikit je le. Tup-tup tgok berita sampai CNY.  Apa?.  Sebulan lagi tuh..gilak!!!.  Terus kami malam tuh beratur g ambik air.  Hubby tido awal dan dia pesan kejutkan dia kalo lori dtg. Jam 11.30 mlm, baru nampak lori syabas dtg.  Kami pun berlari turun ke Blok C coz lori tuh g situ dulu.  Dapat le 1 box dan 2 baldi air.  Pahtu lori air tu singgah blok A plak coz satu tangki telah diletakkan disetiap blok sekarang ni. Hubby sempat ambik lagi 1 box sebelum dia sambung tido.

Pahtu hubby ckp air kat blok kami ada dah syabar refill, jadi daku plak dalam jam 2.30 tuh sambung ambik air kat bawah coz orang pun dah tak ramai sgt.  Hubby plak sebelum tuh perli sy salu guna byk air.  Oooiiiii...mesti le nak guna byk airkan. Daku penuhkan sumer storage box yg ada...puas hati aku.

Sekarang ni air tuk minum kami beli jek.  Baju plak hantar dobi. Kalo kebetulan ada air paip, kami basuh le kan.  Kalo tak antar dobi jek.  Tp sy tetap masak le kan coz tak suker le beli jek manjang.  Lgpun sian hubby penat2 ambik air, mesti mudah laparkan.

Hati isnin demam + sakit mata + selesa, g klinik jap coz tunggu2 lori air tak tiba2 jgk.

Dalam kekalutan ni sempat gak hubby menunjukkan bakat terpendam dia membaiki plug ni. :)

Habis sumer storage box dlm stor jadik tempat simpan air.  Baru siap mop

Rabu sy dah mula keje, ingatkan dah malas dah nak fikir pasal air dah coz ada byk lagi simpanan air kat umah. Tapi bila sampai umah, terpengaruh plak tengok orang ambik air.  Kali ni boleh sauk sendiri dari dalam kolam, xpayah beratur dah.  Daku terus naik atas ambik baldi2 sumer tuh....termasuk baldi kecik untuk sauk air.  Kebetulan semlm sy dah kuarkan 2 storage box yg besar gajah letak kat balkoni. Standby kalo ada air kat paip nak isikan jek.


Daku pun g isi air dlm baldi dan storage box, tetiba hubby terpacul kat belakang daku.  EEEeehhhh terkujat den.  Terus hubby plak ambik bahagian bawak naik air dlm storage box.  Manakala daku g angkat baldi2 yg lebih kecik sama2 dgn Kak seri.  Lif plak jemmmmm...lambat le tunggu nyer.  Hubby dah turun blik pun lif kami belah sini tak ada lagi.  Hubby bawak plak 2 baldi besar naik guna lif sebelah sana.  Sampai atas, terjumpa dengan hubby kat depan grill.  Dia bawah masuk baldi dulu, sementara daku angkat baldi dan gelen2 tuh.  Tetiba lepas hubby angkat baldi besar masuk umah, tetiba paaaaaaaanggggggg.....daku tgok baldi besar tuh dah jatuh dan  tumpah kat ruang tamu umah..banjir kejap.  Rupanya pemegang baldi tuh tercabut...hubby plak terkejut dan dibiarkan jek baldi tuh tumpah habis.  Bukannye nak selamatkan baldi tuh at least kalo cepat dan tangkas, boleh le diselamatkan setitis dua kan.  Hubby mengekek gelak besar...daku pun speechless.  Punya le penat2 nak angkut, tetiba tumpah macam tu saja.  Daku pun cepat2 masuk, hubby plak dok gelak2 sambil kaki dia kuis2 air macam dok tepi pantai gamaknya.  Saja je tuju2 air tu kat sy.  Hampeh tuh...daku pun xlarat nak marah dah terus gelak sama.  Ya Allah, menguji kesabaran betul, lucu pun ada.  Tak de keje plak nak kena mop....adoyaiiii... Sy ckp kat hubby suh dia turun ambik air 10x lagi coz dia dah tumpahkan air.  Hahahaahaaa...

Lepas drama tuh kami turun lagi ambik air.  Sorg AJK penduduk ckp dorang tgh usahakan masukkan air dalam tangki dan pam masuk dalam rumah.  Jadik ada sesetgh rumah dah ada air le.  Kami pun bawak naik jek air yang ada. Masuk umah, umah kami air xsampai coz air ada dari tingkat 1-13 jek.  Buat masa ni ada jam2 tertentu saja management bukak air.  Bak kata AJAK tuh 'kalo ada rezeki adalah'.  Hmmmmmmm...kami pun tak kisah sgt dah coz stok pun dah byk kan.  Sehari 2 nih nak rehat dari mengangkat air.

Minggu ni banyak kisah lucu pasal angkat air.  Selain dari hubby yang tumpahkan sebaldi air kat ruang tamu tu kan.  Maid rumah orang hujung tu pun penah tumpangkan sebaldi air betul2 depan umah Kak seri.  Kahkahakah...dia bawak troli dari lif, pahtu nak corner L le konon nyer, ending nyer tertumpah. Susah susah je dia g mop air tuh kasi bersih balik.

Masa tengah nak angkut air isnin hari tu, sy ada nampak sorang makcik tuh.  Sy pandang dua kali kat dia sambil terfikir macam ada yg xkena.  Fikiran pulak masa tu tgh bercelaru, jadi otak pun lambat skit nak proses info.  Pahtu baru le sy menyedari yang makcik tuh pakai seluar pendek sampai lutut tapi pakai tudung!!!.  Makcik ooooiiii...tau le risau pasal air, kalo yea pon takkan lupa nak pakai kain!!!

Banyak lagi le, ada jugak yang turun pakai short pant je. Yelah lori dtg tengah mlm, dengar lori air agaknya terus capai baldi dan lari turun lif.  Ada yang bawah tupperware kecik2 tuk isi air, bekas tong sampah, baldi, botol 1.5 liter tu pun ada, bekas ari sebesar alam, rice cooker punya bekas nasik pun ada, ada yang guna stroller anak tuk angkut air, lelaki pompuan selamba pakai kat batik/sarung beratur. Ada jugak yang jumpa malam rambut kerinting, jumpa pagi pakai tudung elok plak. Ada jugak yang dah pangkat nenek2 angkut air, pahtu ckp siap makan ponstan lagi coz penat!!  Selain itu ada jugak yang bising2 meroyan coz ada le sebhgn kecik yg tak reti2 nak byr duit maintenance, buat muka bodoh plak tuh bila di tegur.  Ada jugak yang cool n steady jek walau dah tunggu lori kat bawah tuh 1-2 jam.

Syukur alhamdulilah dalam hari khamis dan jumaat ni kekadang ada le jugak air walaupun tak deras sgt.  Boleh le cuci kain dan simpan air sikit2.  Hari ni dengar berita masalah air ni mungkin akan selesai dalam hujung minggu ni coz keje2 pintasan air tengah dibuat.

Masa demam hari tuh minta hubby beli mknn di luar.  Pahtu dia beli ni jugak.....:)

Syukur alhamdulilah..boleh cover kos tak de air




4 comments:

  1. InsyaAllah ada AIR itu nanti kak bai..A-Air, I-itu, R-Rahmat..saya tergelak jer baca stori akak pasal makcik pakai suar kontot tp pakai tudung..wuhaha..kakak tudong pagi elok pun ada yer,mlm kerinting..hehe..pecah perutku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tu le Zaila, mcm2 drama masa xde air nih. Doakan le yea zaman kekeringan ni berakhir!! :)

      Delete
  2. terima kasih sebab sudi singgah blog ciksu ye akak :D
    salam kenal ..

    memang susah tak da air kan. minggu lepas rumah saya pon tak ada air. ni pon berjaga2 juga ;D

    habislah semua dibawa keluar utk isi air ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, tq jugak sebab ciksu dtg ke blog sy nih. Geram betul tengok udang2 galah tuh, td sy ada tulih komen tapi ntah tak boleh plak.

      Pengalaman berharga le xde air ni, syukur le dah 3 hari air ada nih.

      Delete