Thursday, 29 November 2012

Ajari Aku by Anuar Zain

Salam kengkawan

Suker sgt video klip ni.  Suka sangat Nora Danish dalam video ni, touching sangat dengan lagu
Anuar Zain ni.  Video ni pun mmg sangat cantik dan hebat dari segi pengarahannya.  Best...best...best...  Part paling suker masa Nora Danish kena mekap, pahtu dia berpusing2 dengan gaun pengantin!!!  Masa dia turun tangga pun best jugak.







Tuesday, 27 November 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang




Salam kengkawan

Hari ni nak berjiwang-jiwang kejap yea.  Semalam adalah hari lahir hubby yg ke-35, eeehhhh tertulis plak. Selamat Ulang Tahun kepada hubby Syed Saifuddin Syd Ahmad, love you soo much.  Sebenarnya kami lahir tahun yg sama, tapi saya bulan jun dia plak bulan november.  Semlm masa jumpa dia sy ckp kat dia 'Bie, awak dah tua dah, dah sebaya sy!!!'.  Hahahahaha... Dia salu perasan sebab sama besday dengan Pak Lah!!.

Isnin lepas keje, bergegas nak g sogo carik hadiah besday hubby coz busy benor xsempat nak kuar g beli minggu lepas.  Tahun lepas kasi hadiah kemeja Valentino kat dia, tahun sebelum tuh cokelat coz tgh gaduh. Syukur jugak le, dia pakai kemeja tuh.  Hujan plak, balik ikut plus jemm plak bila masuk mrr2.  Sampai bandar tun razak dah 5.40, naik tren g sogo.  Tetiba hubby msg nak ajak tgok Twilight mlm ni, beberapa minit kemudian msg balik tak jadik coz dia ckp ada program lain Boleh?.  Daku ala2 sentap terus merayap jap g sogo, beli kek Black forest tuk besday boy..  Seblm tuh g Kedai Warisan ke apa yg jual byk baju batik tuh.  Nak cari color merah tapi tadak plak saiz hubby, konon nak sedondon ngan batik yg hubby belikan hari tu warna merah hitam.  Terus belikan dia design baru warna hitam putih coz dah juling bijik mata tgok color. Yg best kolar dan tangan warna putih.  Kotak disediakan dengan sedikit tambahan RM.

Hmmmm tahun depan kena belikan benda lain plak nih...kena fikir dari sekarang nak beli apa nih.  Balik umah, tengok dia tgh sibuk buat assigment dia.  Hampeh...program le sgt kan!!!.  Pahtu tgok dia edit2 gambar2 kami main futsal masa raya haji lepas.  Daku pun tumpang sekali sebab gambar2 tuh sumer daku yang ambik. Ehhhh...lepas ni boleh le pinjam kamera hubby bawak g obersee.  Ingatkan nak ajak dia dinner kat luar, tapi sibuk le plak.  Terus masak nasi + telur goreng jek coz hubby tak nak makan.

Semlm baru le hubby ajak g tgok Twilight Part 2.  Pas dia blik keje terus kami bergegas g 1Shamelin tgok wayang kat situ.  Pahtu g makan Subway dan bergegas naik tgok.  Tak ramai sgt org, tu yg best tuh.  Hubby seperti biasa le kalo tgok wayang, muka dia melekat kat skrin tuh.  Hubby semenjak dua menjak ni agak jiwang skit, suker sgt dia part 2 ni.  Bagi sy part 1 tu lagi best, lagi banyak gaduh dan bercakaran.  Hubby suker part 2 coz ada feeling2 skit, protection skit, ada suspen skit.  Dah abis tgok wayang terus balik umah.

Semenjak dua menjak ni busy sangat.  Tiap minggu mesti ada task/event, rasa hidup makin singkat plak.  Ditambah lagi alat IC tengah rosak.  Dah lama dah rosaknya, semalam baru company dtg tgok tapi nampaknya bacaan dia tak accurate plak.  Mungkin kena tukar guard column.  Bukan manusia jek ada guard, column pun ada guard jugak!!!!.  Kena tunggu company analisis result semalam dan dtg baiki sekali lagi.  Tu yang hidup agak huru hara lately tuh.

Ahad hari tu pergi kursus pengukuhan pasukan kat SwisGarden Kuantan.  Perggghhh tempat ni kalo nak makan seafood mmg heaven le.  Terutama dinner le makanan dia mmg sedap2 dan penuh dengan seafood.  Masa sampai hari tu, sy terasa macam pernah dtg plak tempat ni.  Confuse sekejap, lama2 pusing2 hotel baru le perasan mmg xopis penah pegi dulu.....itu pun perasan bila tengok pantai dia.  Lepas tuh double confirm ngan Anum, xopismate jugak.  Pergi kali ni dengan pegawai baru dan lecturer baru.  Bygkan dalam group tuh sy le paling tua!!!.  Ada le lagi yang tua tapi group lain.  Sy pergi ni plak sebab tak cukup lagi 7 hari kursus.  Bukan kurang kursus pegi tapi kursus yang pegi tuh tak dimasukkan plak dalam sistem latihan.  Tak tau le plak kursus ni tuh staf muda....cissss....  Nasib baik ramai pegawai dari fakulti dtg, jadi best le ada member bergumbira.

Yg paling best ada Explorece pada last day.  Kena g Pusat Rekreasi Air naik van dan pergi menchanting batik dan mengukur kelapa. Dorang yg muda2 tuh terkejut dgn keteroran daku mengukur kelapa, malu le plak.  Terus sy ckp kat dorang cover malu 'Ni le orang muda zaman sekarang ni, mengukur kelapa pun tak reti'.  Dorang gelak jek........... First time menchanting batik...rasa kami dah warna paling cantik tuh...tetiba bila keputusan tiba, group kami paling corot dalam menchanting batik.  Group kami silap percaturan masa aktiviti kat pantai.  Kami kena angkat secawan air guna kain, setiap orang pegang penjuru.  Dalam group kami ada sorang tuh mmg pintar, engineer le katakan tapi kami diminta pilih ketua yg paling muda.  Jadik faham2 le kan.....Dalam group kami 2 lecturer engineering dan 4 pegawai.  Lecturer bijak ni dah ckp dah cawan xleh isi penuh tapi yg lain degil. Jadik kami telah dipintas dgn sebuah kumpulan plak.  Tahu sy jadik apa?.  Oleh kerana sy pompuan, kecik dan paling tua, ahli kumpulan salu risau ngan daku.  Yg best nyer kursus kali ni, pompuan ada 8 orang jek...lelaki dalam 20 org. Jadik daku hanya ditugaskan tunggu kat tepi pantai dan ditutup mata, keje daku adalah tuangkan air dalam botol air mineral jek. Hampeh ngan fasilitator tuh, ada ke patut dia jadi batu api kacau2 masa tengah tuang tuh.  Siap tuang air mineral lagi kat tangan daku suh kasi confuse.  Eeeehhhhhhhh...to tell you the truth, walau dah tutup mata tapi masih boleh lagi nampak skit2 muncung air mineral tuh...kikikikikik....  Trick dalam permainan ni adalah cawan plastik tuh jgn penuh sgt dan kain kena tegang.  Tu yang lambat skit group sy ni sampai kami jadik n0 3 dalam explorece ni dan effect markah keseluruhan, kami jadik no 2.

Sebenarnya sebelum explorace ni, kami adalah group ditangga no. 1.  Yg engineer muda ni mmg hebat, byk soalan2 matematik berbelit2 dia boleh selesaikan.  Mmg kagum le ngan dia, wife dia plak sweet sgt!!!.  Dia dtg dgn wife dia kat group sebelah, loving couple.  Yg mengagumkan, walaupun dorang dtg suami isteri, dorang tetap g makan asing2.  Yg wife dia g makan sesama pompuan, kecuali last day le.  Mula2 dorang kena 1 group tapi hubby dia bgtau kapten, terus dorang dipisahkan.  Dua-dua baru balik dari oversee sambung belajar, sejuk perut mak pak dorang ngandungkan dorang berdua ni kan!!!. Yg lain menarik jugak, lecturer yang sorang lagi tuh aktif suka ragbi, jadi kami punya sorakan ala-ala group All Black NZ tu le.  Cuma couple ni lagi menonjol pada mata sy coz dorang dtg suami isteri dan sangat sweet.  Ada jugak doktor2 perubatan muda tapi malas nak tegur coz nanti tersingkap kenangan lama..


Monday, 26 November 2012

Makanan beracun untuk lipas




Salam kengkawan sumer

Pernah tak korang mengalami pengalaman bila masuk kete korang jek, ada budak menjerit meroyan 'maaaaak cockcroach!!!!!!' sebab takutkan lipas yang berlari-larian kat dashboard kete korang? Sy pernah!!!.  Perasaan anda macamana?.  Perasaan sy rasa agak terhina sedikit walaupun yg jerit tuh budak2.  

Beberapa minggu yang lepas sy ada bawak jiran sy tuk tengok umah kat PS2 tuh.  Akak tuh berminat nak tgok semi-D, almaklumlah akak tuh bersuamikan datuk!!! Harus le kan beli umah semi-D atau banglo.  Apa kelas umah link house nih.  Kaya nyer akak ni, hubby dia penah nak belikan umah semi-D 2 bijik, pahtu nak jadikan sebijik umah.  Imagine!!!!.  Terasa nyer miskin daku golongan marhaen nih.  Tapi xpe, bukan nak citer pasal kakak tuh punya kekayaan tapi nak cite pasal Cik C nih.

Macam citer kat atas tadi le kan, bila masuk jek kete, little SH tuh terus jerit sebab takut lipas.  Sebenarnya sy mmg jarang le nak bersihkan kete ni, mkn kat kete pun jrg jugak. Tapi nape le lipas2 ni suker benor berkoloni kat kete daku nih.  Semalam sedang bergosip2 dengan Mrs M dan Ms E kat pejabat am, tetiba tercerita isu lipas2 ni.  Mrs M pun ckp menghadapi masalah lipas2 cenonet nih.  Ntah kenapa, tetiba terpancul depan mata kami 2 staf pest control tengah bertanyakan nama sorang kakak lab, dia nak sembur racun serangga kat makmal.  Apalagi Mrs M pun ckp kat dia 'Dik....dik dari pest control kan?, tau tak caner nak hapuskan anak-anak lipas2 dalam kete?'.  

Mula2 nak minta petua le konon, pahtu adik tuh ckp 'Oooo ada kak kami ada jugak jual dalam bentuk gel, bukan anak lipas tuh kak...itu mmg jenis lipas yang saiz dia kecik2'.  Lepas tu adik tu terangkan le biasa lipas ada 2 jenis....lipas kecik cam dlm kete tuh, lipas rumah dan lipas amerika yang besar tuh.  Kalo kat rumah, biasa lipas ni banyak kat loji tahi.  Jadik yg kat rumah tuh tak semestinya dia membiak dan beranak pinak kat dapur umah kita.  Kalo kat rumah dorang suggestkan sembur le tuk lipas, semut etc.  

Tapi kalo untuk kereta dia suggestkan dalam bentuk jel.  Jel ni akan jadi macam makanan lipas yang beracun le, nanti dia akan kong lepas makanan ni.  Cuma ni kategori racun, mmg xleh letak sebarangan le, kalo boleh letak tempat2 terselindung dalam kete, bawah kerusi ke apa.  Coz takut nanti kalo anak2 kita termakan plak.  Adik tu insist jugak tuk kasi demo coz dia ckp letak sikit jek letak, letak macam letak dot dot jek dalam kete.  Tapi kami menolak, menolak sebab kete macam tongkang pecah!!!!!.  Nanti kita akan tgok racun ni hilang separuh, pahtu korang carik le bangkai2 lipas tu kat dalam kete tuh.

Harganya dalam RM60-RM70 satu, agak mahal le tuk golongan marhaen cam kitaorang.  Jadik kami g share beli 2 orang.  Semalam sy dah letak kat dashboard kete dah.  Pagi tadi bila nak turun kete, baru perasan 2 ekor Cik C terpeliut tak bernyawa kat sini.....(sila tgok gambar kat bawah).  Pagi tadi dah selamat kasi kat Mrs M plak.  Racun ni boleh ulang letak balik dalam 2 bulan, kalo masih ada lipas le.  Kalo pakai sorang jek boleh tahan bertahun2 gunanya. Oh ya boleh letak gel ni kat umah jugak, mcm dalam kitchen kabinet ke etc.

Sehari selepas letak, dah nampak dah beberapa 5 ekor lipas terlentang kat atas dashboard dan kat celah2 kerusi.  Yg dalam2 xkorek lagi coz minggu ni busy yg amat.  Hari tu dah ambik gambar lipas2 yang dah mati tuh tapi xleh upload kat blog coz limit gambar dah nak maximum.  Ni pun dah delete skit2 kat picasaalbum, kalo tak mmg xleh dah upload gambar.  Rupanya sumer gambar yg kita upload dorang letak dalam picasaalbum ni, jadik kena delete gambar kat baru boleh upload gambar balik.  Eeeiiii xbest nyer xleh letak gambar bebanyak lagi...hu...hu...hu...  Kat dapur xnampak pun ada lipas mati.

Kepada sape2 yang berminat2 tuh, intai2 le pest conroller yang dtg opis korang tuh.  


Tuesday, 20 November 2012

Buku hubby, dating di MV




Salam kengkawan sumer

Semenjak hubby sambung study ni, daku le yang jadik research assistant dia.  G hantar dokumen g GSB, g pinjam buku2 dia kat library.  Kira setiap semester le g pinjam kan buku tuk dia.  Dah hampir 14 tahun habis belajar ni, terkial2 jugak le nak guna gemilang tuk search tajuk2 buku kat PTSL ni.  Menapak dari fakulti g libray nak mengangkut buku2 yang tebal nih.  Tapi satu kepuasan bila nampak hubby baca buku2 ni dan buat rujukan tuk buat tesis.  Lagi satu dulu dok berpusing2 kat rak tuk buku2 sains sekarang ni terkial2 g cari kat rak buku business plak.  Hubby mmg boleh pinjam buku macam student lain tapi sebab sy staf jadik sy boleh pinjam buku sampai 2 bulan dan boleh pinjam buku banyak skit.  Jadi boleh pinjam buku hampir sepanjang semester le, xpayah nak fotokopi bagai.  Semlm dapat buku penulisan tesis free dari staf opis (Tq yea Mrs M sbb kasi free!!!).  Hubby minggu lepas minta tlg g beli tapi daku tak tau nak beli kat mana.  Rasanya dulu2 beli kat penerbit U.  Bila tanya kat staf pej am, dorang kasi free plak.

Syukur ni dah semester ke dua dah dia, mula2 dulu rasanya dia agak culture shock jugak dgn skema pemarkahan U kami nih.  Yelah sebelum ni dia study kat universiti lain yang dia mmg selalu jadik pelajar cemerlang punya, dapat anugerah dekan bagai.  Bila exam hari tu dia agak terkejut jugak tgok result dia kot, kemurungan seketika!!!.  Tak pe le, lain universiti lain caranya, mmg universiti kami ni agak susah jugak nak dapat CGPA yg mencanak2 naik.   Hopefully dalam masa 4 tahun lagi dah boleh le konvo nyer!!! Nak uruskan sticker parking plak nih, nak kasi satu sticker kat hubby supaya dia senang nak parking memana masa dtg jumpa lecturer.  Bila sy offer sticker hari tu dia siap ckp lagi 'kalo sticker student tak nak' dan 'oooo kalo sticker staf boleh parking memana ke'.  Sy jwb 'boleh parking kat mana2 selagi tadak sign parking orang lain'.  Jgn plak parking kat parking profesor emeritus plak kang.  Amboiii demand bukan main.......dapat bini staf nak kemudahan macam staf jugak yea!!!



Ahad lepas hubby teman g midvaley.  Sy ajak hubby coz sabtu tuh dah berhempas pulas mengemas rumah.  Rajin plak hubby bantu pasang sarung kusyen bila diminta.  Biasa dia buat dek jek...ha...ha...ha..  Bukan manja tapi sarung kusyen tuh mmg susah nak pasang balik.  Kami kuar dalam jam 10.30 macam tuh.  Tak sampai 15 minit dah sampai midvaley....wah...wah...wah...byk giler lagi parking kosong.  Mungkin rezeki kami, tak ramai orang kat Mid valey pada sabtu lepas.  Tak ada niat nak shopping2 pun, just nak keluar jenjalan ngan hubby jek, jalan2 cuci mata dan ambik2 gambar.  Dalam 3 jam kemudian balik umah dah.  

Kuar kete jek ambik gambar kete dulu, kang jenuh plak nak mencarik

Ada Chef Riz tengah buat demo memasak.  Tinggi le dia nih...

Sempat lepas gian makan Asam Laksa kat Jusco, tingkat atas...ntah Teri Garden ke apa ntah nama dia.  Mmg dari bujang lagi suker mkn sini, bila tghari sesak dan kena berdiri tunggu tepi meja orang yg tgh mkn tuk booking tempat!!!  Sanggup tuh

Bunga2 ni dorang buat dari kertas (nipis) jek....



Sunday, 18 November 2012

WELCOME TO THE HUSBAND STORE




A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband.


Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.

You may visit the store ONLY ONCE! 

There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights.

There is, however, a catch...you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building!

So, a woman goes to the Husband Store to find a husband...

On the first floor the sign on the door reads: 

Floor 1: These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads: 

Floor 2: These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:

Floor 3: These men have jobs, love the Lord, love kids and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going. 

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4: These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.

"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!" 
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5: These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6:  You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!

** Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!

REMEMBER:  Greed!. 
You have to learn to be grateful for what you have to get more. When you are ungrateful you end up with nothing.




Friday, 16 November 2012

Red valvet cake

Salam kengkawan

Tahu kat mana ada jual kek red valvet yg sedap? Sy ada jumpa satu kedai melayu yg jual kek ini kat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Biasa le ni outing time rehat, hari keje.  Mula staf opis yg beli kek ni, jadi harus le minta direction kat dorg. Setelah pusing kepala nak mendigest instruction dari Erna, akhirnya dpt jgk. Erna ckp dkt dgn Restorent Bamboo n dibelakang Butik Manjaku yg daku tak familar. Jadi rehat tuh bergegas beli 2 pieces tuk diri sendiri n jugak hubby. Hubby ckp 'oklah'. Kira sedap le tuh coz biasa hubby geleng kepla jek. Kalo nak cari g google Restorent bamboo tu yea dan kedai ni selang beberapa kedai jek dr situ.  Kalo dari Tol Kajang (amboi jauh nyer nak carik kek!),keluar cari jln nak g Bandar Baru Bangi, lepas traffik light.....terusssss.... sampai jumpa trafgic light kat simpang 3 tuh. Dari situ dah nampak dpn mata Butik manjaku tuh, ambik kanan dan lepas tuh ambik kiri. Agak2 le n cari jln nak masuk ke deretan kedai belakang Butik Manjaku tuh. Kat situ le kedai2 dia. Area situ jgk ada kedai jual brg2 buat kek. Kedai kek velvet ni namanya Bread Time Bakery, speciality mmg buat kek valvet!. Daku tadak apa2 share dlm kedai ni, cuma nak berkongsi info ngan korang yea....  Bertambah le list tempat beli kek daku....

Sebenarnya nak try jugak buat red velvet ni, tengah cari resepi yg best.  Ada jugak google resepi org putih, tapi tgh pening nak cari bahan-bahan pulak.  Jadi kena le taste dulu caner rasa kek nih, nanti baru boleh buat benchmarking ngan kek sendirik kan...kan!!!.










Ada jugak cokelat comel2 macam ni, beli jgk sekotak tuk hubby! Saja kasi suprise letak atas meja study dia sebelum keluar pergi Manjung hari tuh.



Friday, 9 November 2012

Pingin terbang: Soar into the sun

Salam kengkawan


Maghrib td hubby pesan suh bersiap, hubby ajak g tgok movie kat 1shamelin.  Tak ckp nak tgok citer apa coz biasa hubby pilih tiket.  Seblm tuh g mkn Subway mkn sandwiches. Hari ni sandwich of thr day adalah Chicken slice. Rabu yg sy suka coz meat ball.  Tp td sy tak xambik Chicken slice, sy ambik beef slice. Hubby ambik Chicken slice.  Sambil org subway tuh prepare daku sempat memgintai. Hmmmmm dia letak daging 4 keping yg dia lipat skit, salad, timun, tomato, zaiton jeruk, timun jeruk, bawang hiris, cili hijau jeruk. Biasa sy mmg letak sumer kecuali cili hijau jeruk......harus lepas ni g carik kat tesco. Selain itu dia letak sekeping cheese yg dihiris dulu sblm itu, dan dimasukkan ke dln microwave. Ehhhhh ada capsicum hijau hiris gak. Hubby ambik thousand island n sweet onion tuk sos, dan sy ambik mayonis dan bbq.  Sampai ke meja hubby ambik sandwich dia dan start mkn, sy tanya betul ke itu ayam....dia angguk. Bila buka sandwivhes sy, rupanya yg ni chicken. Waaaaaa....hubby dah gigit sandwich sy!!!!. Tukar jgk tak kira.....

Pahtu masuk panggung dgn perut kenyang tgok movie Soar into the sun. Perghhhh mmg best le movie ni. Dari awal lg nak kuar g toilet tp sanggup tahan sampai habis citer. Pelakon dia Rain, suker suker. Filem ni best sbb tak penah tgok life seorg pilot jet pejuang sblm nih.  Tak tau le nak kata apa dah, speechless!  Balik dr movie ni sy ckp kat hubby sy nak jadik pilot! Best nyer jadik pikot, boleh terbang celah2 awan, sembang ngan jet sebelah, boleh pusing2 di ydara, boleh menjunam, leh terbang dicanyon, tgok pokok, tgok awannnnnn......best nyer jadik pikot!!!




Rain ni le penyeri citer nih....



Wednesday, 7 November 2012

Jualan Ulangtahun ke-26 Habib Semua House, 10-18 Nov 2012

Salam kengkawan sumer

Semlm baru dpt surat dr Habib Semua House tentang sale nih.  Apalagi, kepada yg bercdg nak tambah koleksi tu, sila2 le yea bwk RM cash byk2 skit tuk sale kali nih.

Ada yg potongan sampai rm8-rm20 segram. Nampak nyer belum nampak lg Habib update dlm fb ttg sale kali nih.  Hmmmmm teringin plak nak trade in gelang yg dah rosak tuh.  ; Tengok le nanti caner.  Pendant yg beli hari tu pun xabis byr lg.

Kwang..kwang....kwang.....



Untuk sape-saper yang nak beli cincin kawin tuh boleh le beli masa sale nih....murah skit + boleh beli yang besarrrrrrrrrrr skit.  :)

Suker sgt gelang bulat2 nih...





Tuesday, 6 November 2012

Beli tiket di Puduraya



Salam kengkawan sumer

Bila kali terakhir korang pegi Puduraya? Sejujurnya lepas dah beli kete 8 tahun yg lepas, pegi puduraya ni boleh dibilang dgn jari.  Bila dah kawin pulak, jadik mem jek kat seblh.  Paling2 pun just drop by org jek kat luar Puduraya tuh. Hari tuh adik sy bgtau yg Puduraya dah cantik tp sy buat2 tak dgr coz ingatkan dia main2 jek. Mmg tau le jgk hari tuh Puduraya ada renovation tp bila tgok kat luar mcm xde apa2 perubahan. Rasanya kali terakhir masuk sana adalah pd 3 tahun yg lepas sebelum kami kawin. Masa tuh ambik hubby coz masa tuh dia nak g mana ntah. He..he...dah lupa, sbb tuh sumer event kena masuk dlm blog nih,

Jadi sabtu lepas sy parking kat stesen LRT Bdr tun rzk dan naik lrt ke stesen Plaza Rakyat. Menyusuri lorong ke Puduraya, sy tgok kat stesen lrt ni pun ada company bus punya kaunter jual tiket.

Bila masuk Puduraya, perghhhhh.....terkejut den. Tadak rupa Puduraya dulu.... Lantai tiles dan reka btk dlman moden. Hebat nyer le designer yg buat interior design ni, terasa nak nangis bila tgok perubahan tuh. Gerai2 kecik tepi dinding tu tetap ada tp ruang2 yg dulu kusam dah cantik berseri.  Ada ruangan menunggu yg beraircond. Tangga nak turun bwh tetap sama. Cuma TBS-BTS lg canggih le coz nak g platform bas kat bawah tuh turun guna eskalator dan ada guard check tiket sblm turun.  Jadi maling2 kurang le berpeleseran kat bas, mengambil kesempatan mencopet beg orang yang lambat turun dari bas.  

Dalam perjalanan dari LRT Plaza Rakyat tuh ada jugak nampak ulat2 tiket.  Tapi buat2 dek jek dan tak layan sgt.  Beli tiket kat kauter tiket yea kengkawan, jgn dari orang diluar.  Nanti tak pasal2 kena tipu.  Kat dalam ni sikit punya banyak kaunter tiket, boleh pilih2 nak naik syarikat bas mana.  Sy nak beli tiket ke Seri Manjung, Perak.  Kakak sy pesan suh beli tiket company Sri Maju.  Nak pergi hujung minggu ni nak melawat kakak sy yg mengajar di sana.  Baru setahun dok perak, sebelum ni dia mengajar kat Tuaran, Sabah.  Ni berpindah mengikut suami yang bertugas di Lumut.  Rindu dengan anak buah ku 3 orang tuh.  Aiman yg sulung baru jek konvo tadika minggu lepas.  Nanti nak puas2 main2 dan ambik gambar dengan dorang. Yay..yay...yay....

Lepas dari Puduraya terfikir nak beli bunga kat Chow kit tapi malas le plak g musim2 hujan ni.  Sy balik terus le....

Kaunter tiket kat tingkat atas kat tingkat 2 kalo xsilap. Pahtu kat tingkat atas ada byk gerai, ada A&W, Kedai buku 1malaysia, kedai kain 1malaysia dll. Kat tingkat bawah pun banyak jugak kedai-kedai.  Tak cayer? Layan gambar kat bwh ni......





Ada banyak kedai2 kat dalam ni


Kaunter tiket 




Informasi ketibaan pun ada 


Kedai buku 1Malaysia ni ok jugak

Kat sini ada beberapa kedai untuk letak beg dgn kadar yang sgt berpatutan

P/S:  Depan Puduraya ni sekarang dah letak pagar, jadik susah sikit nak turun atau ambik org. Tapi boleh naik ke tingkat atas yg tempat parking kete tuh dan drop by jek orang kat atas tu (kat luar kaunter tiket) pahtu buat u-turn dan akan turun kat jln menuju ke LRT dan keluar ke jln besar balik, jln yg menuju ke Pasar Seni tuh. :) Tempat tu mmg tempat menurun dan mengambik penumpang, xyah byr parking ke apa.

TQ sebab sudi singgah ke blog saya!!!


Sunday, 4 November 2012

Putrajaya 2012 Diabetes Day Walk, walking with friends










Salam kengkawan

Tahukah anda 14 november adakah hari diabetes sedunia? Bersempena dgn event ini, diadakan Diabetes Walk di Taman Wetland yg berlangsung pada 4 November 2012. Hubby dah lama bgtau ttg event ni n daku dah pesan kat dia siap2 daku nak ikut. Memandangkan ni just jalan2 cari kawan jek, jadi xbyk le persediaan dilakukan.  Hubby ni pegi sbb kawan dia terlibat dlm event nih. Acara hari ni anjuran bersama Hospital Putrajaya, Perbdnn Putrajaya, Novartis dll. Seawal jam 5.00 pg lg kami bergegas bgn.

Semlm pun sy dah pinjam backpack hubby sbb nanti senang nak letak brg. Dah sumbat siap2 wallet, air minuman, baju ujan, payung sumer dlm tuh. Baju nak pakai dah sediakan kat hanger siap. Tau je le hubby bersiap cepat, kang masa tuh jgk nak cari2 baju tak pasal2 kena tinggal.  Jam 5.40 kami gerak cox pendaftaran jam 6.30. Hari tu sy dah 3 kali pergi tanan wetland ni tp sesat jgk le sampai 3 kali pusing putrajaya baru jumpa.  Dari traffic kat dpn putrajaya tuh ada plak 3 simpang, xtau pilih yg mana. Masuk simpang tengah, sesat sampai kena pusing kat Bgnn Pusanita, pahtu g situ blik, hubby plak g gatal2 ikut simpang kiri, pusing blik kat Pusanita tuh jgk. Kali ke3 kami terus jek menghala ke KL baru le jumpa pintu masuk ke situ. Terus parking kat situ coz tgok ramai org dah dtg masa tuh. Menapak pegi kepadang pahtu register. Hubby dah register online tp nama ntah xde, mungkin labat register kot....jadik kami register le on the dot. Baju tak dpt. Tp bila kwn hubby dtg, dia kasi kami baju. Terus g toilet tukar baju. Ahaaaaa....baru le ada mood nak jalan kan.

Seblm lari ada senamrobik termasuk gangnam style plak. Dlm jam 7.30 baru mula  gerak dari tempat Start. Tak jauh pun pusing2 dlm taman wetland tu jek.  Maklumat lanjut tentang Taman Wetland ni boleh bukak web Perbadanan Putrajaya di sini.  Ramai je syarikat buat hari keluarga disini dan kat sini best boleh pusing-pusing taman naik basikal yang boleh sewa. Maklumat lanjut boleh call je dorang atau boleh pergi ke pejabat dia kat situ jgk. Naik tram pun boleh dengan bayaran yang agak murah.  Byk aktiviti boleh buat kat sini terutama bersama keluarga.  Tempat paling sy suke adalah tengok Swan  berenang kat tasik nampak sangat Gorgeous!!!.  Laluan nyer senanga jek, lalu menara tinjau terus ke tempat Swan tuh pahtu lalu Muzium, terus ke Flamingo pond dan pergi balik ke padang tadi.  Rasa dlm 2 ribu ada kot yg dtg ternasuk baby dlm wakler. Ada jgk coloring contest bg budak2 yg parent pergi berjln. Jauh perjln dlm 5km tapi serius xrasa pun sejauh itu coz dgn suasana pagi dan pokok2, terasa best sgt!. Walaupun tema walking with friens tp xjumpa pun kwn baru. Sambil2 jln sambil ambik gambar. Lastly penat, tumpang kamera hubby jek, pahtu g minta hubby ambik gambar sama untuk kenangan hari tua.

Dlm 30 minit dah sampai garisan penamat n kami diberi roti dan air mineral. Lepas tuh ambik goodies bag. Happy coz dlm tuh ada sijil dan ada le mknn kesihatan. Dah namanya diabetes walk, jadik jgn mimpi le dpt nasi lemak plak kan!. Ada ucapan dr penganjur dan pengerusi perbdnn putrajaya. Best event ni coz x formal sgt. Berucap pun sambil berdiri saja, xde podium bagai. Lepas tu tibalah saat yg ditunggu2 iaitu cabutan bertuah. Daku xmengharap sgt coz daku bukan salu bertuah pun. Ingat masa g Fun run masa Kidney day hari tu, terasa nak nangis xdpt ipad. Punya le byk hadiah, satu pun xsangkut. Bila panggil no yg ke 5 kot, tetiba nama daku naik. Yay..yay...yay.  Terus tunjuk no kat hubby, kot2 le daku perasan sgtkan. Pahtu hubby suh g ambik. Aiyooooo.....ala2 terkejut tgok hadiah nyer aduhai cenonet nyer. Sampai jek kat hubby, terus ckp 'ni vitamin C Kot'. Terus xde mood nak bukak masa tuh, terus masuk goodies beg n terasa nak ajak hubby blik time tuh jgk.









Nampaknya xde le grand2 sgt hadiah dia, ada bungkusan mcm penimbang berat pun ada. Pahtu ada voucher mph. Yg paling grand rasanya  voucher jgk kot, ke apa ntah. Kira biasa2 je le, almaklum le kan event free. Ada lucky draw pun dah untung besar.  Suami ku hampir2 frust tak dpt hadiah, pas abis cabutan bertuah hubby ajak blik. Padahal ada lg 14 hadiah utk kuiz. Nak jwb angkat tgn. Tp kami terus menapak blik bersama2 org lain. Ehhh...sblm lari td ada org edarkan sebijik pil pharmaton.

Sampai cheras g mkn kat tepi stesen lrt bdr tun razak, pahtu daku plak gatal mulut tanya hubby pasal planning semlm nak tgok wyg. Pas mkn mcmana ntah hubby ckp nak g terus tgok wyg kat 1 Shamelin.  Daku plak terkejut ckp 'apa, dgn busuk2 ni kita g?'. Hubby iyakan coz dia ckp takut xsempat kejar movie jam 11.30. Kami tgok citer apalagi james bond le. Daku bukan peminat JB ni tp boleh le. Dgn kasut sukan basah ni, xselesa betul nak tgok wyg.  Ala....nape le ejen 007 kali ni xhensem. Pelakon sumer org tua mcm org scotland zaman dulu, akibat dr itu hanya tgok 5 minit pertama dan 10 minit terakhir jek. Skyfall ni rupanya nama tempat asal ejen nih kat Scotland. Ehhhh....terbocor rahsia plak...g le korg tgok sendiri! he...he...he....

Ehhhh mesti korang teringin nak tau apa sebenarnya hadiah cabutan bertuah tu kan
Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bukan Vitamin C ok...NO...NO...NO!





Comel kan?  Macam pegang sebijik telur saiz C jek, sesuai beli kalo kengkawan jenis suke jogging. Mmg sesuai sgt untuk daku.  Nak setting pun senang, just masukkan info macam berat, tarikh, jarak langkah etc.  Letak kat pinggang dan set masa bila nak lari, nanti lepas lari boleh check berapa KM dah kita lari, kalori berapa dan berapa langkah kita.  Senang kan.......ni yg bersemangat nak jogging hujung minggu nih.

TQ sebab sudi baca blog saya