Thursday, 30 August 2012

Jamuan Raya PPSSSA 2012

Salam sejahtera kengkawan

Pada 29hb ogos 2012 yg lepas telah di adakan Jamuan FST untuk tahun 2012.  Sy tahun ni baru pertama kali terlibat dgn sambutan jamuan raya, tahun lepas dtg bwk badan jek.  Tahun ni persiapan agak ok le, ramai jgk staf yg tutprun petang selasa ubtuk pasang mana yg patut. Cuma persiapan kami mmg agak terhad banding dgn pusat lain yg ala2 kenduri kawin jek.  Perhiasan kami bawak apa yg termampu dari rumah masing2.  

Seawal jam 9 ramai dah sraf turun dan kami sempat ambik gambar. Bila dah announce boleh ambik mknn, dgn sekelip mata booth kami kosong, rupa2nya masing2 dah pergi booth lain untuk ambik mknnan, tinggallah tetamu yg dtg termanggu2 dan bila sy dtg balik ke boooth setelah mcm xsedar diri g cr mknn kat tempat lain, dah siap ambik lemang bagai, aru le sy tingat kat booth kami.  Bila sy sampat nampaklah beberaoa org tgh cedok mi kari.  Ala-ala xde sapa yg layannnn.....memasing sibuk mkn. Sabor je le. Nampaknya tahun depan kenabuat mknn yg jadik favorite skit supayakita xyah g booth org lain.

Apa2 pun tq kepada kengkawan yg sportingm kakitgn lab n pej am yg bergotong royong memasang perhiasan walaupun daku tersalah beli bendera wilayah! Tahun depan kita rancang jamuan raya tahun 2013 betul2 tau, kita hias hias khemah kita lagi cantikkkkkkk punya! Caiyok...caiyok...





























Tuesday, 28 August 2012

Aidilfitri 2012

Dah 3 tahun kami raya berdua, doakan kami mendapat zuriat sendiri tahun depan yea kengkawan

Sempat beli kek anniversary kedua kami

Di pondok ini le tempat kami melepak

Baby Imam yang sangat comel dengan Pak Lang nyer

Syukur, ada juga le gambar kami berdua

Hubby dah tak kekok pegang baby...moga kami dapat baby cepat2..amin..amin...

Aiseymennnnnnn...

Adik bongsu dan adik ipar


Hari kedua raya,. kakak sulung buat kenduri.  Menu:  Kari kambing + sayur kacang goreng + ayam goreng + ikan goreng + nenas masak lemak + sambal belacan + dessert.  Ni Saza ngan mama dia tengah cuci periuk.

Saza ngan Cik Lah DJ Kukur


Di Pekan makan makanan mamak, baru balik beraya makan buah nipah kat Tanjung Ubai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masih belum terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan dan pembaca blog ni.  Mohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata yang mengguris hati.  Kekadang sy suker membebel kat blog ni.  Semoga anda dapat menyambut raya dengan gembira bersama keluarga tersayang.  Semua dah balik raya kan?

Kali ni adalah kali ke2 beraya di Kuala Rompin dan raya yang ke3 bagi kami sebagai suami isteri.  Dah tak kekok dah beraya di Rompin, berbeza dengan kali pertama beraya dulu.  Ramai orang bertanya beza raya di Rompin dengan di Sipitang.  Raya di Rompin, kami banyak beraya kat rumah orang manakala di Sipitang ramai org datang beraya kat umah.  Nak beraya sakan mmg kena balik Sipitang le nampaknya.  Bukan tak meriah raya kat Rompin tapi kat sini ramai orang luar duduk kampung ni.  Jadi masa raya, dorang pun balik kampung masing2, yg tinggal adalah beberapa bijik rumah je yang ada.  Budak2  pun tak ramai yang kita nampak dtg meraya. Kalo kat Sipitang, sesangat le meriah sampai tak sempat nak rehat.  Dari raya pertama hingga ke-3, dari pagi hingga ke malam le ada orang dtg bertandang.  Yang sebenar2nya, adik beradik kami berkumpul reramai pun dah nampak macam kenduri...

Hari pertama kami pergi ke rumah bekas ADUN, kat sana macam2 menu ada...yg paling meriah kambing golek.  Kat sini pergi mana2 kenduri mesti tak lari dengan kambing.  Menu lain adalah sate, pelbagai jenis mi, nasi briyani dll.  Selepas tu pergi beraya kat mertua Kak D dan mertua Kak Yati.  Dah full perut, terus balik rumah dan lepak kat rumah jek sampai ke malam, ehhh petang sempat lepak kat pantai hiburan kejap.  Raya kedua Kak Di buat kenduri plak.  Jadik sepanjang hari raya kat rumah dia je le.  Ada sanak saudara dari Dungun datang, petang lepak2 kat pondok.  Hari raya ke3 pergi kenduri jiran, rumah adik ipar Ina dan terus pergi ke Felda Selendang rumah mak angkat hubby.  Hari ke4, adik ipar sy Ima balik Perak...jadik pagi masak Laksa lemak putih dan tengahari pergi beraya ke Kg Ubai dan Pekan, malam pergi beraya kat rumah adik ipar Ika.  Hari ke5 tengahari pergi makan KFC dan pergi ke pasar malam di Tanjung Gemuk.  Hari ke-6 balik KL dah.  Singgap kejap kat Seremban rumah kawan hubby makan tengahari, sementara hubby g semayang jumaat sy sembang2 ngan wife kawan hubby.  Pas jumaat, balik semula KL.  Back to normal.  Hari sabtu tuh ada budak2 menjerit2 kat luar nak beraya tapi tak larat nak bukak pintu, kebetulan plak nak masak tuk hubby dan ready tuk antar hubby ke ERL, hubby nak g Auckland.

Adegan paling lucu time raya tahun ni bila ada sorang member adik dtg, budak ni mmg salu lepak kat rumah ni, biasa le duduk kat kg memang macam ni kan.  Mula2 dia dtg raya ke2 kalo tak silap, hubby kasi dia baju coz dia ckp dia tadak baju dan dok pakai baju adik dia, yelah org2 kat umah masa tu dok komplen baju dia.  Biasa le hubby mmg suker beli T-shirt kat obersee pahtu bila balik kg, g bwk baju2 yang dia tak nak pakai lagi.  Punya le byk T-shirt dia, satu almari penuh...jenuh daku nak ngemas nyer.  Pahtu malam budak tu dtg lagi, dia ckp lagi tadak baju...apa lagi adik ipar sy ni ala-ala sound direct dengan kuat nyer 'Amboiiii..dtg rumah orang nak minta baju'.  Pahtu yg lain bantai gelak sakan coz dah tau kat rumah ni mmg dorang suker ckp kasar2 macam tu tapi sebenarnya gurau2 jek.  Budak ni yg duduk kat tangga terus merajuk start enjin dan balik umah dia.  Bila Ima dah balik KL, baru dia datang lepak balik...ha...ha...ha...lucu betul.

Itu je catatan raya kami ni tahun ni.  Agak meriah dan  puas beraya banding tahun 2010.  Tahun depan giliran beraya kat Sipitang pulak.  Yuhuuuuuu......

Raya 2012 kat Sipitang, tak ramai ada raya pertama tahun nii...

Mama and anak-anak daranya!

Open house kakak sulung, ahli makin bertambah dengan kehadiran abg sefamily dr negara Brunei. Tahun depan balik lagik tau...kita raya sakan! Udah besar-besar anak buah daku rupanya...opss itu menandakan diri makin tua :)





Sunday, 26 August 2012

Kuala Rompin : Balik kampung kedua daku

Hubby mmg payah nak diajak bergambar.  Sy siap ckp mcm ni 'Bie, pusing le menghadap sy, kita bukan kena kawin paksa kan'.  Tak byk gambar berdua kami, kali pertama beraya sama pada tahun 2010 pun kami xada gambar raya.  Tahun lepas kat Sipitang pun xde jugak gambar berdua.  Tahun ni xboleh jadik, kena paksa jugak!!!!

Perjalanan balik akan melalui ladang kelapa sawit, kat dalam2 tuh adalah Felda


Pekan Kuala Rompin


Ketam beli kat Pasar 

Simpang ke Segamat, Johor

Penanaman semula kelapa sawit

Beli lemang kat Kuala Pilah

Mercu tanda Kuala Rompin


Shell

Ni yg paling sy suker, ditengah2 antara jln utama dan jln kecik depan kedai ada taman permainan

Deretan kedai

Terminal bas

Melepak di Pantai Hiburan

On the way ke Rompin, ni kawasan perkampungan orang asli

Tanjung gemuk

Ketam ni beli kat Tg Gemuk, bila pak mertua nampak dia bebel coz dia ckp ketam ni isi dia xelok.  Pahtu dia ckp kalo nak tau ketam tu ada isi ke tidak kita tekan bahagian tepi ketam yg ada telur tuh.  Kalo keras, ketam tuh byk isi.  Pak mertua sy ckp sy memalukan dia sebagai bekas nelayan coz beli ketam tak elok...ha...ha...ha...  Sebenarnya sy ni anak penjual ikan, kalo nak tau ketam ok ke, biasa sy pilih yang fresh, betina dan berat.  Tapi bila sampai pasar, sy jumpa 3 jenis ketam...dah pening nak pilih jenis mana.  Tak penah jumpa ketam ni kat Sipitang daaaa.....


Pada jumaat 17.8.2012, kami suami isteri bersama seorang adik ipar telah bertolak balik ke Kuala Rompin dalam jam 2.30 iaitu selepas jumaat.  Korang pernah tak datang ke Kuala Rompin?.  Perjalanan ke Kuala Rompin ni dari Cheras adalah melalui LEKAS, Bukit Putus, Kuala Pilah, Bandar Seri Jempol, Muazzam Shah dan seterusnya ke Kuala Rompin.  Perjalanan dari Bandar Seri Jempul ke Kuala Rompin tersangat le sunyi sebab disepanjang jalan banyak ladang kelapa sawit.  Kami sampai betul2 ngam masa berbuka...he..he...  Kami sempat singgah di Kuala Pilah membeli lemang dan singgah sekejap di Bandar Muazzam Shah untuk membeli juadah di PARAM. Tapi tak ada apa yang berkenan, terus kami menyambung perjalanan terus ke Kuala Rompin.  Hubby mmg teror bab-bab drive ni, 4-5 jam drive tanpa henti tadak masalah bagi dia.

Sebelum jumpa hubby dulu, antar doa saya adalah untuk dapat kawin dengan orang yang ada kampung halaman.  Sebab sy keje KL, kampung kat Sabah jauh.  Kebetulan sy pun jenis yang home type, jarang ikut kengkawan balik kampung pun.  Lebih suker memerap kat rumah, kalo jalan pun pergi pasaraya beli barang lepas tu balik.  Jarang nak keluar bersiar2 coz sy bukan jenis suker tgok wayang, tengok konsert atau lepak2.  Sy kan pemalas dan kuat tido, bermalas2an kat rumah lebih menggembirakan daku.  2 tahun sy duduk sorang2 kat rumah sy.  He...he...he..  Syukur dimakbulkan doa sy.  Dapat le sy ikut hubby balik kg dan merasai suasana dan kedamaian kampung. Kegembiraan berganda bila hubby ada 2 kampung, kampung dilahirkan di Dungun dan kampung dibesarkan di Kuala Rompin.  Tapi hubby sekolah menengah dan belajar di Dungun, jadik Dungun pun kira kampung yang ada sentimental value jugak kat hubby.  Daku mmg suker sgt kalo balik Dungun, coz bagi sy Terengganu ni unik skit banding negeri lain.  Percakapan dorang pun buat daku pening pala...memerah otak untuk memahami setiap patah perkataan, apatah lagi budaya dan makanan dorang. Banyak benda baru..........terexcited kejap kalo balik Dungun. Tp entry kali ni nak citer pasal Kuala Rompin dulu.

Apa yang istimewanya Kuala Rompin?, bagi aku pendatang baru ni, terasa hidup di Kuala Rompin tersangat le tenang.  Komuniti yg kecik seperti tempat2 lain jugak, sumer orang saling kenal mengenali antara satu sama lain.  Bandar dia tak sesak dan sudah tentu parking tak jadik masalah, boleh jek parking kat mana2. He...he...he..

Nama jek Kuala Rompin tapi bukan le tepi laut sangat. Tak nampak pun laut dari Bandarnya.  Kena pergi dalam 1 km baru jumpa Pantai Hiburan, pantai yang popular di sini.  Pantai nyer luas saujana mata memandang.  Boleh mandi tepi2 pantai, cuma arusnya agak kuat.  Tak ramai orang sangat dan mmg sesuai tuk membawa diri mengubat hati yang lara.  Kat pantai ni hanya terdapat 1-2 gerai jualan, tadak chalet atau hotel di kawasan pantai ni.  Tempat ni adalah tempat untuk orang awam bersantai2.  Beza nyer dengan Sipitang, kedai2 di Sipitang mengadap laut...turun jek dari kaki lima kedai, terus pijak pasir pantai.

Disini jugak terdapat Shell dan Petronas, KFC, Bank Islam, Maybank, Masjid, restoren, Terminal Bas, Pasar Besar, Pasaraya Tunas Manja dan beberapa lagi kemudahan lain yang ada. Kira ok le duduk sini, semuanya ada.  Sebuah Hospital jugak hampir siap.  Ada pasar pagi berdekatang dengan Terminal Bas setiap pagi ahad setiap minggu.  Kami selalu menghabiskan masa kami di sini bila balik kg, disini boleh beli buah2an dan produk2 tempatan.  Ikan, ketam udang, daging jugak boleh dapat yang fresh di sini.  Sebelum bertolak ke KL, biasanya kami singgah di Pasar Rompin untuk membeli ikan untuk bawa balik KL. Murah dan dijamin fresh, sebaiknya pergi pagi sebab bila petang dah tak byk pilihan.  Membeli belah barang dapur di pasaraya di Kuala Rompin ni mengejutkan sy coz ada beberapa barang yang lebih murah dari KL tau. :)

Sekali sekala juga kami pergi ke Taman Negara Endau Rompin untuk mandi manda di jeram kat situ.  Tak ingat berapa bayaran sekali masuk.  Tempat ni kurang dari segi kemudahan, cuma nampak le beberapa chalet kat dlm tuh.  Tahun lepas mandi kejap jek coz nampak langit macam dah nak hujan.  Terus kami bergegas balik coz takut bila hujan di hulu sungai, nanti tetiba air turun dengan deras pulak.  Bahaya...

Selain Pantai Hiburan, kami jugak selalu pergi ke Pantai Bernas Rompin makan sata dan otak-otak.  Yg istimewa adalah otak2 kerang/kepah ntah nama dia.  Hmmmmm mmg sedap giler.  Tapi jarang ada le, biasa otak2 udang jek ada.  Kalo pergi petang mesti kena queue tuk dapat mknn.  Selain itu kami salu pergi tengok pantai kat Pantai Penyabung di Endau.  Perghhhhh....pantai dia mmg cantik giler.  Air dia nampak warna hijau dan sesuai sgt untuk mandi manda...terasa macam berada dalam filem plak tengok pantai ni.  Subhanallah sangat cantik ciptaan Allah nih.  Dari Endau/Tanjung Gemuk jgk ada kapal/bot untuk pergi ke Pulau Tioman.

Selain itu kami selalu pergi ke Kuantan (2 jam perjlnnn) dan Pekan.  Dari Kuala Rompin ke Pekan mengambil masa dalam 1 jam akan lalu Nenasi, tempat yang sangat cantik jugak iaitu perkampungan nelayan tepi sungai/laut. Ada jugak satu tempat tu ada gerai jual Nenas dan jugak segala jenis jeruk.  Di sepanjang jalan dari Rompin jugak akan nampak gerai2 tepi jalan yang jual lokan.

Ramai orang luar dtg Kuala Rompin untuk memancing ikan laut dalam, terutama orang dari Singapura.  Kat rompin terkenal dengan udang galah, tapi tak pernah lg kami cari udang galah kat sini.  Sebenarnya kami jarang makan kat luar bila balik kg, kalo makan pun pergi KFC atau bekfast makan nasi dagang.  Mungkin makanan kat sini tak sesuai sgt dengan taste family hubby yg berasal dari Dungun.  Lebih suker pergi kenduri coz menu wajib yg biasa adalah kambing...best..best...best.  Ada beberapa hotel bajet kat sini dan ada juga yang menyewakan rumah teres dengan kadar yang berpatutan.  Ada jugak hotel yang berbintang2 kat sini, boleh tempah.  So kengkawan, boleh masukkan Kuala Rompin dalam list cuti-cuti Malaysia korang yea.

Walau pun kami balik kg tapi sebenarnya hubby sangat liat kalo nak dibawa berjalan ke sana sini.  Kekadang jek kami keluar pun, kebanyakkan masa di habiskan di rumah saja.  Raya hari tu jek kami banyak jalan, boleh pulak kami pergi beraya ke Tanjung Ubai dan Felda Selendang.  Sekarang nio sy dah boleh memahami dialek terengganu family hubby, dah byk faham apa yang orang ckp.  Sebelum ni mmg sy blurr!!!  He...he...he..

Pasar Rompin


Air Terjun Seri Mahkota di Taman Negeri Endau-Rompin


Monday, 6 August 2012

Resepi Biskut Cerelac

Ni haaaa..barang2 sumer dah beli b4 pose lagi tapi ada lagi tak buat nyer!!!

Adunan ni boleh hasilkan dlm 4 balang. Abaikan balang sy yg tak sama besar tuh. : Selamat membuat biskut yea kengkawan....

Barang-barang untuk buat biskut

Sy canai bentuk bunga. Bila masukkan tepung, masuk sikit2 dan sampai doh dah boleh dicanai.  Tp jgn bagi doh keras, nanti biskut tak rangup. Biar asal boleh dicanai jek, sy tak habiskan pun tepung coz doh dah ok dan lagipun sy guna Ghee 400g jek masa buat tadi.

Suker sgt gambar ni


Salam kengkawan

Beberapa hari yg lepas sy nampak ada yg google resepi Biskut Cerelac masuk dalam statistik blog sy ni.  Ni sy kasi resepi dari kakak ipar sy yea kepada yang tengah mencari tuh.  Sebenarnya biskut cerelac ni popular di Sabah AKA favorite sy jugak.  Dan kalo di KL ni mungkin rasanya lebih kurang macam biskut Snow White kot.  Kakak ipar sy ni business jual kuih raya tetiap tahun kat KK. So...layannnnnn...

RESEPI BISKUT CERELAC

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
1 cwn setengah gula halus
1 buku butter = 250g
500gm minyak sapi
Susu Nespray

Untuk salut luar biskut:  1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Cara-cara:

-  Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
-  Ayak tepung gandum dan tepung kanji
-  Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
-  Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
-  Bakar dalam over macam biskut biasa
-  Bila dah masak, gaulkan biskut dengan campuran Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi.  SIAPPP!!!

P/s:  - Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
        - Kalau nak sedap guna pure ghee tau.

Selamat mencuba yea kengkawan. Hari tu plan nak buat almond london, dah siap dah 2 balang (sebalang dah HILANG).  Pahtu dah beli bahan2 tuk buat tart nenas jugak, pahtu nak buat kuih makmur gak, tetiba kakak ipar sy kasi resepi ni.  Harus le kan buat kuih kegemaran sy ni jugak. Aduhhhh...terlebih sudah.  Padahal kat Rompin, dorang tak makan sgt biskut2 ni.  Buat ni lebih kepada belajar buat biskut je le.  Adunan ni menghasilkan 4 balang kuih raya, agak banyak jgklah, kalo nak sikit aje boleh buat separuh adunan sahaja.  Sy mmg suke kuih raya yang berasaskan susu ini.  Antara kuih raya yang saya buat setiap tahun untuk diri sendiri. :)




Sunday, 5 August 2012

Tips membeli tiket dan merancang percutian ke luar negara

















Tema gambar di atas adalah pengangkutan yea..pandai2 le korang teka kat mana gambar tu di ambik. :)


Salam kengkawan

Hari ni dah ramadan ke-17, syukur alhamdulilah diberi keupayaan untuk menunaikan ibadah ini dgn sebaiknya.

Dah lama tak buat entry tentang percutiankan?. Last pergi bercuti pada october tahun lepas ke Perth. Selepas tu sy pulun kumpul duit utk beli rumah teres dan tak beli mana2 tiket melancong dah lepas tuh. Bulan mei hari tu sepatutnya pergi New Delhi tp tak ada rezeki bila penerbangan kami dibatalkan disebabkan Airasia menamatkan operasinya ke sana. Jadik frust dan meroyan le skit kan, xdpt tgok Taj mahal dan memborong sutera sari. Lepas tu dah jumpa rumah teres, sibuk plak uruskan. Sumer org tau sy dah beli rumah plak, malu. Ada ke patut staf sy buli dgn ckp rumah sy dekat dgn kubur. Bila refer rumah sy (kekadang org tanya), selamba jek dorg ckp 'kat semenyih yg dkt dgn kubur tuh'. Hampeh....kat situ ada Tesco, McD, Bandar Rinching bagai, nak jugak dirujuk dgn perkataan kubur. Tak pe, dorg tumpang internet dorg kat bilik sy, nanti sy cabut line dorg....supaya dorg xleh access internet.  Ha..ha...ha...

Berbalik isu membeli tiket, sy kira dah expert dah beli tiket online ni. Kekdg dpt jek sms nak minta tlg belikan tiket dr family. Dulu sy ok skit, dorg leh byr ansuran, tp skrg ni xnak dah byr lambat....sumer cash on delivery dah.  Sy jgk dah kira expert organize trip ni..ala trip kecik2 dgn kengkawan dan family, jadi tour leader free-free. Sy biasa buat trip dgn kengkwn jek, kdg2 bila g ngan hubby, kami sama2 le urus tp kebanyakkan nyer dia le yg urus.  Byk gak le belajar dari dia coz dia lagi expert. Ok ni tips untuk beli tiket melancong dan cari tarikh yg sesuai yea.  Moga2 dpt jadi panduan kepada kengkawan yg berminat untuk melancong.

1. Listkan tempat melancong yg kita berminat nak pergi dan cari beberapa org teman untuk pergi bersama. Dlm 2-3 pun dah cukup sbb boleh share 1 teksi.  Jimat....

2. Cari info ttg lokasi yg dipilih. Senang ke nak pergi, tempat tumpuan pelancong.  Byk blog2 yg tulis ttg kisah percutian, jadi guna pak google jek.



3.  Tetapkan bajet yg anda nak guna utk melancong ni. Kalo bajet setakat RM1k tuh, paling murah pergi Indonesia le atau pun pergi sendiri tak payah ambik pakej/underground pakej. Lagi murah beli tiket 6-12 bulan sebelum pergi time ada promotion.  Selain itu pertimbangkan jgk keselesaan untuk yg membawa baby, kanak2 dan warga emas.  Kekadang ada tempat pelancongan yg jauh dan kena jln kaki byk, naik turun lrt mungkin tak sesuai, jadi fikirkan alternatif lain mcm sewa kereta, underground pakej etc.

4.  Bukak website airasia dan cari tiket murah.  Pastikan date yg kita pilih tu date yg kita free.....tadak meeting, tadak conference, tadak family kawin. Oh ya, biasa tiket time cuti sekolah mmg mahal yea. Sy jrg pergi bercuti dgn kwn cikgu cikgi sy coz tiket mahal. Kalau time cuti sekolah better ambik pakej jek. Lagi satu, org malaysia ni suker melancong. Nanti xde le privacy kalo asik jumpa org malaysia jek. He..he..he

5. Minta izin dan inform suami kalo pergi asing ttg date.  Kalo nak save cuti, pergi time ada cuti umum pada minggu yg kita nak pergi tuh. Bagi sy bilangan hari yg ideal untuk melancong adalah 4 hari. Pilih masa penerbangan bertolak pada pagi supaya kita ada masa lagi nak window shopping bila sampai ke destinasi, pastikan juga kita boleh pergi ke LCCT pagi-pagi buta tuh. Book org tuk antar kita ke KL sentral, kang tertinggal kapal terbang plak. Masa blik pulak ambik flight petang supaya pagi tuh ada masa tuk g jln lagi atau untuk yg suker shopping, boleh repeat shopping tuk menghabiskan sumer duit yg ada. Habiskan sumer termasuk duit syiling coz duit syiling xlaku nak jual balik kat pengurup wang.  Asingkan siap2 duit tuk airport tax atau duit yg ala-ala baru tuk kenang2an. Walaubagai mana pun, itu tertakluk kepada berapa byk flight yg pegi ke destinasi pilihan kita tuh setiap hari.

6.  Cari tiket promosi yg ada, biasa week day harga murah skit dari weekend. Kumpulkan maklumat teman yg pergi seperti nama penuh, no ic, no passport, tarikh tamat passport. Bincang jgk dgn travel partner berapa berat luggage nak ambik, makan minum, tiket sky bus. Pastikan sumer org dah ada passport dan keperluan visa untuk tempat yg kita nak pergi tuh. Uruskan visa sebelum pegi dan cari info pasal visa dari website immigresen negara yang kita lawati.  Kekadang ada yg kena ambik cuti g kedutaan dan ada juga yg boleh byr online jek.  Pastikan passport kita at least 6 bukan sebelum tamat dari tarikh kita nak pergi tuh.

7. Kalo belum ada passport, sila buat ok. Untuk makluman warga Sabah jugak, passport kita akan ambik masa lama skit nak proses jika kita buat di KL yea. Dulu masa sy buat tahun 2008, ambik masa sebulan tau, padahal member org semenanjung buat sehari jek. Tak tau le plak skrg caner.

8.  Pastu dah boleh tempah tiket. Biasa sy dah ready kad kredit depan mata dan senarai no telefon, alamat supaya mudah nak key in data.

Suker bawak pouch ni kalo pergi melancong, ikat kat pinggang.  Duit byk2 letak dlm ni.

Ni wallet khas untuk shopping n byr2 jek, letak duit negara dituju dan kertas converter jek. Biasa letak bajet untuk sehari jek.

9. Buat itinerary dan cari info sebyknya cth pengangkutan, hotel,  brg2 yg boleh bwk masuk ke sesebuah negara tuh, airport tax, tempat tarikan pelancong, berapa persen nak tawar harga, tempat makanan halal, transport dari airport ke hotel n hotel ke airport, pencopet, penipu, anggaran harga untuk list shopping kita, fee entrance untuk lokasi lawatan, dan lain2 le tips dan pantang larang. Cth kalo pegi bandung ke jakarta, jgn beli minuman kat tepi jln...nanti sakit perut, beli air mineral kat supermarket. Pahtu bila pergi ke Mengkuban Perahu kena buat hati kering skit, jgn mudah terpedaya dari pedagang2 yg suker kerumun, merayu dan buat muka sedih tuh.  I hate them!!!.  Sediakan 2 purse, 1 letak kat pouch kat pinggang dan satu lagi boleh letak kat back pack.  Yg kat pinggang tuh letak sumer dokumen berharga cam passport, RM ribu riban, CC, IC etc.  Yg purse 1 lagi adalah duit yang kita bajet tuk belanjakan pada hari tersebut.  Dulu kami penah kena kerumun 5-6 org, kami bertiga masa tu, sy dan sorang lagi member sempat lari atas bukit.  Tinggal sorang lagi kena buli, pedagang tuh sumer dok skodeng tgok isi dalam purse dia bila dia nak g byr.  Bila anda dah start beli, dorang akan rayu2 lagi suh beli.  Terus kami panggil member tu dan marah dia. Bila pergi Saigon DON EVER EVER naik beca kalo xnak kena tipu. Hati2 jgk dgn pemandu teksi.  Entah le, sy rasa pergi negara yang byk penganut Buddha yang taat lagi selamat macam g Myanmar dan Bangkok.  G Manila pun ok jugak.

Kena print dan bawa dalam fail

Biasa sy akan print ni dan letak dlm purse...nampak macam remeh tapi PERCAYALAH ia sangat berguna. Convert kat XE Converter.


10. Tempah hotel online, dulu sy tempah kat Agoda dan Hostelworld.  Boleh jgk tgko kat Booking.com.  Lepas tu print dan nanti tunjuk kat kaunter bila dah sampai hotel tuh. Kekdgkan kat satu website dah full, satu website plak still available, jadik kena pandai survey jugak. Ehhh...pastikan jgk tarikh yg kita nak pergi tuh tak bertembung dgn perayaan atau event kat tempat percutian tuh. Kalo tak fully book plak hotel, nanti kena tido kat surau plak. Jgn lupa baca review kat website tuh. Mcm dulu sy terbook hostel yg byk nyamuk. Dlm review dah baca dah ttg hal ni tp degil gak coz konon dkt. Ambik ko, memlm kena hisap darah. Pahtu gambar dlm website cun giler, bila sampai ciput mcm reban ayam. Kekdg kan ada hotel2 yg biasa org Malaysia duduk. Org kita kan suker kalo ada org recommend.  Setiap negara jugak ada musim2 yg best untuk pergi melancong, macam kat Perth musim menuai anggur pada bulan Februari, musim bunga sakura berkembang dalam bulan April, musim yg cantik kat korea pada musim luruh etc.


11.  Tukar duit kat pengurup wang dan shopping brg2 nak bwk. Biasa bwk megi, cokelat, jajan, payung, Brahim, baju hujan, roti, tuna dlm tin, tuala kecik, milo 3 in 1, toiletries, ubat2an, kamera, universal charger, selipar (kekadang lg best jalan guna selipar). Tp biasa kalo nak g Indonesia xpyh pun bwk byk mknn coz mknn halal murah n senang didapati.  Setiap negara tu berlainan keperluannya.

12. Tiba tarikh, pack brg2. Brg2 ni bwk yg penting saja coz nanti blik lg byk brg nak bwk...silap haribulan beranak pinak beg.  Barang2 berunsurkan air letak dalam beg masuk kargo, nanti bawak naik kapal..kena buang plak masa checking kat imigresen.  Kalo pergi ke negara bermusim sejuk, lg le byk brg nak bwkkan di tambah lg dgn kalo g tempat yg susah cr mknn halal dan mahal. Dulu pergi perth terpaksa hati2 bwk brg dan kami bekfast dgn megi jek tiap2 hari coz set nasi briyani pun dah rm30, makan pun share jek coz kebetulan hubby tak mkn byk.  Sy rasa yg ideal adalah sebijik beg sorong dan sebijik beg back.  Hubby plak suker bawak bag backpacker yang biasa org putih tu bawak tapi sy tak cukup ketinggian tak sesuai le kan.  Elakkan dari bawak handbag coz jln lama2 bawa handbag sebelah kat bahu akan menyebabkan bahu anda sakit coz tak balance.





Jgn lupa yea kengkawan, uruskan visa terlebih dahulu untuk negara yang perlukan visa.  Visa ni keduataan akan tampal kat passport biasanya. Kalau nak g Australia boleh isi dan byr online jugak. Maklumat tentang visa boleh dapat dari website imigresen negara dituju.


Biasa urusan Visa ni hubby uruskan, dia le g ambik borang kat Ammbassy dan isi dan hantar.



Sediakan tentatif program


Ni airport tax g Padang hari tuh, bayar masa nak bertolak balik ke Malaysia.  Lepas check in, nanti bila nak departure akan ada kaunter tuk byr tax nih.
13. Sebelum melangkah keluar rumah check sumer brg ada cth ic, kak kredit, passport, pen utk isi borang imigresen, duit negara di tuju, RM, kamera.   Jgn plak terbawak passport org lain plak. Check jgk dokumen lain spt printed tiket, printed booking hotel, brochure, itinerary, map n information yg kita dpt dr internet. Jgn lupa jgk henpon, kalo pakai prepaid, sila topup byk2 skit dan pesan kat family....jgn call atau sms kecuali urgent ok.  Kat hotel biasa ada internet samada free atau berbyr, boleh bukak FB.

14.  Hasil dari komen reader kepada sy, sy ingin menambah juga kepada sesape yang ingin bercuti ke negara2 tertentu sila baca betul2 kat website imigresen dorang yea.  Coz ada negara yg memerlukan kita mempunyai sejumlah RM dalam akaun, biasa dorang nak penyata akaun semasa proses untuk visa.  Sy tak pernah lagi tapi suami sy masa pergi Jepun hari tu kata dia bawak buku ASB dia masa pergi apply visa.  Tapi logik jugak le kan, takkan nak melancong ke negara2 yang kos hidup dia mahal macam tu tapi simpanan ko tak sampai RM10k.  Bercuti-bercuti jugak tapi pastikan kita dah ada simpanan kita sendiri!.  Sekarang ni pun sy mengurangkan aktiviti melancong sebab nak simpan duit untuk rumah baru. :)

Itu je le yg boleh sy fikir buat masa nih, nanti kalo ada apa2 penambahan sy akan up date.  Gudnite!