Monday, 23 July 2012

PARAM dan citer pasal makanan time posa


Ni le makmal tempat dagu bertugas

Rosemary Chicken Roaster, masak sebelah ayam jek tuk kami dua org

Ni le dia brand cokelat yg biasa org buat Almond London, sy pun baru pernah tengok.  Harga dalam RM16 tuk 1 kg.  Beli kat kedai jual bahan tuk buat kek.  Macam tak pernah jumpa kat pasaraya biasa.

Tadaaaa...biskut AL  ku, resepi ambik kat Myresepi.

Cheese tart

Salam kengkawan

Selamat menyambut bulan ramadan kepada anda semua.  Ramadan ni adalah ramadan ke-3 kami berdua.  Ramadan pertama dulu hubby masih kat Ipoh, masa tuh kami baru jek kawin dan dia pun masih lagi baru bergelar suami.  Jadik nyer...cara bujang dia tuh masih tebal lagi dan dia masih lagi nak berbuka posa dengan kengkawan dia banding ngan berbuka bersama bini dia ni haaaa.  Ingat lagi time tuh kalo tak silap hanya 2 kali jek dia balik KL tima bulan posa.  Kejam kannnn..  Ni kira ramadan kedua le kami dapat berpuasa sama.  Tahun lepas dan sama seperti tahun ni sy masak jek kat rumah....jarang pun beli kat PARAM coz salu sakit hati jek terbeli makanan yang tak sedap.  Dekat je pun PARAM  dengan rumah, mmg meriah le bazaar ramadan area rumah ni sampai lenguh kaki jalan nak menghabis.  PARAM ni berdepan dengan PPUKM jek, sebelah dengan Stadium Bola Sepak Cheras.  Parking plak ada byk area KFC tuh, kena menapak le skit.  Gerai2 dia memang banyak dan byk jenis makanan ada seperti gerai lain jguak le.   Tapi ada le port2 yang favorite coz tak berani beli kalo tempat yg tak biasa, takut nanti tak sedap.  Antara yg sy suker beli time PARAM adalah sup, nasi kerabu, nasi ayam dara dan lamb chop.  Tapi biasa beli sup je le coz hari biasa tak jumpa, pahtu masak nasi jek. Walau pun sup tuh kira mahal giler coz dia kira by pieces.  Satu pieces tu ntah berapa
ntah, nanti dia akan potong2 jadik kecik2.  Ada paru, daging, perut, tetel, ekor, lidah pun ada.  Biasa ambik dalam 3 pieces jek coz itu pun mesti dalam RM12.  Mmg sedap coz sy suker sup yang berempah.  Sanggup daku beratur tuk dapatkan sup ini.

Menu pertama posa Ikan bawal 3 rasa.  Menu kedua posa Rosemary Chicken Roast dan menu ke-3 posa adalah Daging masak hitam.  Rosemary Chicken Roast tuh tetiba jek coz Cikgu A, kawan sy yang sebut.  Terus le daku yang kebetulan g Tesco beli.  Bahan2 dia mudah jek:  Daun rosemary + tyme + bwg putih + bwg merah + ayam + lada hitam + lemon + sos tiram + minyak zaitun + garam.  Gaulkan sumer dan perap pahtu panggang.  Dulu ada buat Mexican Chickan Roaster yg byk guna rempah.  Yg ni plain dan bhn2 dia pun mudah.  Sy ambik resepi org putih punya coz kalo blog org malaysia nih dia dah tambah2, byk bahan kena carik.  Yg istimewanya tuh dia guna rosemary dan tyme.  Tyme sy jumpa kat tesco yang fresh manakala Rosemary fresh dah habis, jadik sy guna yang kering punya.  Hubby kalo yang western sgt xnak dia, jadik sy buat tuk makan dgn nasi.  Sos dia pun tak sempat nak masak daaaa...  Petang ni xtau le nak masak apa, macam nak masak seafood plak.  Tahun lepas sy ada jadual masakan tuk sepanjang ramadan dan sepanjang ramadan tuh xde ulang tayang masak!!!. Hebat kan!!!.  Tapi minggu2 terakhir tuh hubby byk berbuka kat luar mengikuti jemputan berbuka posa katanya.  Jadi kalo nak masak beria2 ni kat awal posa ni le jek.

Lagi satu sabtu lepas sy g buat almond london.  Ni favorite sy, jadik mmg kena belajar buat.  Syukur jadik jugak, resepi ambik kat myresepi jek.  Rasa tak berbaloi nak beli almond london ni coz dah le mahal, biasa sebalang tuk daku makan sorang jek.  Sebalang lagi makan kat rumah pas raya. Syukur le rasanya xjauh beza hat yg beli punya.  Nanti dekat raya baru nak buat sikit lagi tuk bawak balik rompin.  Yg buat hari tu xcantik sgt, ada yang terlebih gajah saiz nyer...maklum le first time buat.  Bila daku suh hubby komen, dia ckp 'kukis lebih byk dari cokelat'.  Ha...ha...mmg le coz sy gentel besar2, mula2 utk kecik2 tapi dah sakit pinggan duduk lama sgt, tergentel besar2. Yg masalah skit nak panggang badam tuk kasi ranggup.  Badam ni plak satu hal, dia kalo panas mmg dia jadik liat.  Kena tunggu dia sejuk baru tau dia dah masak ke belum.  Terlebih panggang dia jadik pahit plak.  Dalam resepi panggang 5 minit, tapi tak ranggup jugak.  Terpaksa tambah lagi 5 minit.  Itupun yg saiz besar xranggup2 jgak.  Hangin jek... Hantam je le labuuuuuu.....

Plan nak buat tart nenas dan 2 kuih yg popular kat sabah time raya iaitu kuih makmur dan biskut cerelec.  Kuih makmur ni macam biskut suji ke apa ntah kat semenanjung ni.  Biskut cerelac ni kakak ipar sy punya resepi, dia business jual kuih raya tiap2 tahun.  Ni mmg favorite sy, tiap kali raya g umah dia cari biskut ni.  Ada satu lagi kuih raya yang femes kat sabah iaitu biskut ULAT BULU.  He...he...comel jek kan.  Cuma rupa dia comel tapi rasanya biasa jek.

Ahad lepas ajak hubby g PARAM, dia tak nak dengan alasan dia dah pegi semalam.  Semalam?.  Ish..ish...napa aku tak perasan yek, setahu daku semlm dia bawa balik bubur lambuk dari surau bawah jek. Atau daku yg hilang ingatan?.  Nasib le kan dulu2 dapat pakwe romantik giler, ko tak nak.  Aaaahhhh kan, satu faktor yang buat aku impress pasal expakwe dulu adalah sifat romatis dia tuh.  Sampai mati pun takkan jumpa orang macam tuh lagi.  Adat le kan ko takkan dapat pakej, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.  Macam ex ni dulu dia mmg romantis, sumer keinginan aku dia akan cuba tunaikan, caring gile tiap2 hari call tanya khabar.  Nak g sana sini pun senang, dia akan bawakkan.  Tak pernah dia membiarkan diriku keseorangan jalan sensorang.  Yang penting, masa untukku sentiasa ada.  Salu ajak g tempat2 yang best macam g tengok bunga api kat purtajaya, g pesta flora bagai.  Dia mmg tau yang daku mmg suker sangat tengok bunga api.  Sekarang ni tengok dari balkoni je le setiap awal tahun dan hari kemerdekaan.  Tapi nak buat macamana xde jodoh.  Sumer nyer hanya tinggal kenangan...eeeeh pehal tetiber tingat ex nih.

Time keje Cheras dulu pun suker pergi PARAM jugak, time bujang ni senang.  Beli le apa pun ikut tekak sendiri.  Tapi itu pun jarang pegi jugak coz malas nak menapak dan bersesak2.  Kekadang beli kat kolej jek atau singgah kat mana2 gerai.  Kekadang g umah kawan berbuka sesama.  Kekadang g ngan keqwa kat PARAm deakt velodrom tuh, kat situ punya le susah nak cari parking dan ramai teramat orang.  Maklum le kat situ jek PARAM yg ada area situ.  Sekarang ni sumer dah displitkan, jadik kurang sesak skit. Kami salu pegi jam 4.30 atau jam 4.00, sikit punya awal g PARAM.  Kul 5 balikkk..jahatkan!!.

Dulu masa dok keramat lagi hebat.  Masa tu naik lrt keje kat subang.  10 minit lagi nak berbuka baru sampai rumah.  Pergi le beli apa2 makanan yg masih tinggal.  Beli untuk sahur sekali coz xlarat dah nak masak tuk sahur.  Sepanjang posa tu le membeli nyer kecuali sabtu dan ahad jek masak.  Penah juga berbuka dalam bas yg penuh sesak dgn penumpang.  Penah jugak masa dalam bas lrt, sorang makcik ni memotong barisan.  Apalagi lelaki lembut yg dipotong tu punya le marah direct kat makcik tuh.  Sepanjang perjalanan tu dorang bertengkar sampai le makcik tu turun. Makcik tu ckp budak tuh kurang ajar tapi nasib le kan makcik.  Lain kali tolong le berbaris yea..lgpun makcik tuh bukan le nampak uzur atau sakit.  Sihat walafiat jek tapi xnak beratur.  Free jek kena sound dek lelaki lembut tuh.

Yg paling best kenangan berbuka posa kat KL Tower le kan.  Habis keliling berkali2 ambik makanan.  Selain tuh berbuka ngan kengkawan kat opis pun best jugak.  Penah buat Cheese Tart tuk budak2 opis.  Sampai tak cukup lagi tuh.  Pahtu dah tak larat dah, jumpa sy jek dorang g tagih cheese tart.

Kalo ngan geng bujang suker mkn fast food, terpaksa le book tempat awal2 kat mall.  Takut nanti tadak tempat nak makan plak. Isk..isk macam2 nyer citer pasal posa ni kan.  Byk kenangan silam terbongkar.  Adussss....sebenarnya dah xde ide nak tulih apa.  Mood keje plak makin malas.  Tengah tunggu satu company ni antar signange.  Aduhai punya le particular nyer...dummy jek antar online 2x kali, dummy real plak 1x.  Bila le nak antar dan pasang nih.....hhhhmmmmm nak beli beberapa barang lagi tuk lab nih.  Yea...yea....dah listkan pun nak beli apa.  Nak mengorganize jadik kemas kena le ada modal kan...beli rack itu beli rack ini.  Apa kelas letak barang atas bench atau dalam kotak yg dibuat sendirik.  Skrg dah happy coz lab besar2 dah abis buat 5S dah, tinggal le ada sikit2 nak tambah jek.  Dgn pelawat datang dan audit ni, memasing sibuk kemas lab.  Sumer kemassssss.....i like...



Friday, 13 July 2012

Tandatangan perjanjian jual beli dan pinjaman bank di pejabat peguam

Salam kengkawan

Seperti entry2 yg lepas, daku masih lg dlm proses uruskan pembelian rumah idaman kami di Pelangi Semenyih 2.




Haaaa...ni le rupa sebenar rumah daku, yg dlm brochure dulu tuh rumah super link tuh

14hb Jun 2012 lepas, sy pergi pejabat pemaju di Semenyih untuk booking rumah.  Selepas itu 22hb Jun 2012 pergi sign agreement SNP di pejabat peguam pemaju.  Dpt free lawyer fee untuk lawyer dgn pemaju dan jgk lawyer bank kalau ambik lawyer yg disediakan oleh pemaju. Jenuh le jgk nak initial kat setiap page pd dokumen tuh. Tingat dulu2 masa sign snp untuk rumah amani. Sy terkejut kenapa ada 1 set shj coz dulu masa beli amani ada dua. Staf tu ckp itu utk perjanjian maintenance, sbb tu ada 2. Rumah bawah ada 1 jek.  Pergi le baca dan check skit2 dokumen tu walaupun xberapa nak faham. Lepas sign 3 copy sampai lenguh2 tgn, dah siap. Tp tak boleh dpt lg duplicate coz tggu stamping dulu. Nanti baru kita pegi ambik blik. Leceh jgk kan kena berulang2 pegi opis lawyer.

Sebenarnya MKH ni ada skim Owner get owner ke apa ntah. Jadik kengkawan g le tgok2 umah nih. Kalo berkena inform nama sy, nanti boleh bahagi 50% seorg. He..he...kalo dpt rm1k sorang pun ok apa, dah boleh beli air-cond sebijik. Hari tu dpt info dr kwn yg bukan owner, kebetulan dia penah isi form survey rumah dgn MKH.  Jadik xdpt le nak share....

11 Julai 2012, baru dpt pergi balik ke pej lawyer untuk sign perjanjian dgn loan bank plak.  Terkejut bila tetiba ada seseorg dtg duduk dpn daku, rupanya2 org lain pulak yg urus utk loan punya perjanjian ni. Kali ni mmg sorg lawyer melayu on behalf bank, dia ada explain sikit le ttg perjanjian ni. Daku dlm mood terkejut n tak berapa sgt dgr suara org ni.  Lepas check sumer dokumen, kena sign 6 set plak , initial setiap page.  Terasa nak patah jari daku. Tapi tlh berjaya siapkan jgk akhirnya. Ok DONE!!!!

Kena tunggu stamping pulak, maknanya sekali lagi le daku kena dtg sini g ambik dokumen yg tlh stamping. Selepas tu pegi salinan offer letter ke sales opis MKH. Org ni ckp, selagi tak kasi dokumen nih, selagi tu le dorg akan keep tanya pasal loan. Seblm ni ada le jgk dorg dah call tanya. Baik cepat2 antar dr idupku diganggu ngan panggilan yg sia2.

Lega suumernya dah settle, tinggal ambik dokumen perjanjian dgn bank yg dah stamping jek lagi. Lepas tu tunggu je le rumah siap dan byr duit interest bank. Dah ckp ngan hubby nak g tgok sesama progress rumah pas raya nanti.  Dah paksa dia tgok Snp yg dah daku sign semlm tuh. Hubby ckp 'mana ada org baca bende nih'.  Paksa jgk n hubby tgok pelan umah dan berapa lama nak siap n refund yg developerbkena kasi kalo terlewat siap!.  Ha...ha...ha...bijak bijak.

Kena fotokopi byk2 salinan skit SNP ni coz apa2 urusan mesti nak salinan nih. Lawyer tuh siap pesan suh simpan baik-baik dokumen nih. Baekkkkkkk....

Fail oren tuk dokumen rumah Amani manakala fail hijau tuk rumah PS 2

Sabtu lepas hubby g pameran Hartanah Bumiputra kat PWTC, dia g booth MKB ambik brochure nih.  Baru siap brochure nyer.  Kengkawan g le cepat2 booking rumah ni, hubby ckp ada lagi yang kosong.

Sunday, 8 July 2012

Tetamu kami: Makan nasi air di Kg Baru, aiskrim tutti frutti





Salam kengkawan

Jumaat lepas 6 Julai 2012, Kak D dan Ilah datang rumah.  Kak D dtg dari Rompin, manakala Ilah dari Rawang.  Baru jek cerita entry pasal menyambut tetamu yg dtg rumah kan. Hari ni ada plak tetamu dtg umah kami.

Jumaat petang tu lepas keje sy ambik dorang kat LRT BTS, dorang plak turun kat TBS-BTS.  Terpaksa le dorang menapak ke LRT BTS coz sy tak tau yang ada simpang pegi TBS-BTS dari MRR2 menghala ke Bandar tun Razak.  Amat payah le nak terangkan kat dorang mana nak tunggu coz kebetulan LRT BTS tu tengah renovated.  Hubby plak pandai pakat ngan adik badik dia tuh ambik kat situ kan!!!.  Bijak benor laki aku ni.  Tup...tup..bila sampai rumah, dia dah ada tercongok kat rumah.  Hmmmmm...terasa nak marah plak rasanya.

Mlm tuh mula2 nak makan ke Kg Baru tapi ntah jem plak kat Jln Low Yew tuh, jadik kami g makan Sup Meletup kat Bandar Sri Permasuri jek.  Esok pagi nyer daku, Kak D dan Ilah memulakan misi shopping kat Jln Tar.  Hubby siap kasi duit makan RM50.  Kami kuar umah kul 10 pagi dan  balik dalam jam 3.00 macam tuh.  Pegi sogo, gulatis, semua house, jakel, ariani, muaz dan gerai2 disepanjang jln tar tuh.  Sy sempat rembat 3 pcs tudung Ariani, tapi cari tudung yang murah2 jek le.

Selepas pusing2 kat situ tuh carik tudung kami pun blik dan singgah makan kat Tesco Extra.  Balik umah hubby dah ada rupanya.  Kul 6.00, hubby ajak g Kg baru makan Nasi Air.  Rasa semput nak habiskan, almaklumlah hubby yang order makanan ni tgah lapar, dia xmkan tengahari rupanya.  Pahtu cepat2 balik coz tak semayang maghrib lagik.

Esok nyer kami g Wangsa Maju jenguk anak2 Ima.  Mak mertua xjadik balik pulak coz Ima pun nak balik minggu depan, jadik dorang blik sekali.  Terus shoot ke TBS-BTS dan hantar Kak D dan Ilah naik bas.  Canggih yea BTS-TBS ni, nak turun ke platform bawah tuh ada guard tgok tiket dan hanya yg nak naik bas jek boleh turun.  Ala-ala nak naik kapal terbang dorang ckp.  Canggih, macam berada di KLIA rasanya...kik.kikikikikikikiki...  Opsss parking kete pun byk, RM3 per entry jek.

Masa nak pegi perking kete, ternampak Tutti fruti, aduhai punya le lama dah Tuti fruti ni tapi daku xpenah makan lagik.  Jadik g ajak hubby. Confuse nyer, tak reti nak ambik macamana. Rupa2nya kedai ni self servis.  Kita kena ambik cup sendiri dan pegi ke vending mechine dia dan pilih perisa yg kita nak.  Ada jagung, strawbeyy, yam etc.  Tapi tak sebanyak baskin robin le pilihan nyer.  Nak tuang aiskrim tuh, kena tarik handle ke bawah dan tadaaaa..aiskrim pun keluar. Tapi awas yea...sumer nyer pakai timbang ok.  Jgn kasi penuh plak kalo just nak try jek....tapi pokai.  Sebelum byr boleh pilih apa2 toping yang kita nak.  Lepas tu baru g kaunter timbang dan byr.  Yg sy punya ni takde topping coz lepas timbang dan bayar baru ingat kat topping.  Adik tu ckp 'patut tadi pilih topping dulu baru timbang'.  Hampeh...

Masa mula2 filling tuh, sy main tarik je handle tuh, hajat hati nak kasi penuh, pahtu hubby ckp 'eeeiiii main timbang tau..ntah berapa ntah RM nanti kalo awak penuhkan'.  Baru sy terkejut... Jakun betul le daku ni.  Ni fill separuh jek...harga RM12.  Yg pink tuh Stawberry manakala soft purple tuh Yam.

Boleh tahan le rasa dia, mmg sedap dari aiskrim biasa coz dia ada campuran yogurt.  Comel dan sangat sesuai kalo nak jaga badan.  Lagi bagus kalo ada perisa honey + nut kaannnn. Macam ada 8 jek jenis aiskrim yg ada hari tuh. Moga dorang leh berkembang dan tambahkan mcm2 lagi jenis aiskrim nyer nih.



Wednesday, 4 July 2012

Peringkatan kepada daku sendiri


Bayar baki 1% kepada pemaju MKH

Ni pandangan dari jalan besar le.  Rumah2 dah siap byk kat depan, rumah kami yg belakang tuh.

Salam semua

Hari ni pagi-pagi dapat call dari Maybank, sy dimaklumkan loan sy untuk rumah dah lulus. Aduiiinaaaa...sy dah sign dah offer letter dari OCBC pada jumaat lepas.  Terlambat sudah...  OCBC ambik masa dalam 4 hari berkerja jek tuk luluskan tapi Maybank hampir 2 minggu.  Sabor je le... Dah tadak rezeki nak berjodoh ngan Maybank nak buat caner.  Kalo minggu lepas dia bagitau mmg sy akan ambik Maybank walaupun BLR dia kasi kurang dari OCBC.

Sebenarnya sy diberi 2 ninggu jek utk settlekan 1% nih. Terfikir jgk le kan ,kalo deposit dlm rm10k ke, pengsan le nak cr loan dlm masa 2 minggu jek. Ni pun td staf kat situ dah suh byr cepat2. Nanti kena kasi salinan offer letter kat pemajunplakncoz nanti dorg akan keep calling tuk remind suh byr balance.  Dokumen umah sumer ada kat umah, tertinggal. Mmg plan nak beli fail tuk letak sumer dokumen n resit rumah Semenyih ni. Dah 2 minggu je hulu je hikir dgn paper bag yg penuh dgn dikumen rum ah.


Oh yaa hari ni 3hb Julai sy pergi ke Sales opis MKH kat Kajang tuk bayar balance 1% hari tu, ada baki RM410 lagi xbyr.  Hari ni mmg agak busy coz IC baru ok dan terus prepare untuk run 60 sampel student ni. Sy siapkan eluent dan warming up, kena warming up at least 1 jam.  Sementara itu sy buat standard dan key-in data dalam MagicNet.  Agak suffer minggu ni coz assistant sy pergi field work seminggu, jadik dari ambik air UPW sampai ke run sampel kena buat sendiri.  Sebelum tuh sy sempat call student tuk susun sampel dia sumer dalam auto sampler.  Tak larat dah nak buat sendiri, dah le hari tu sy dah tuangkan sampel dari 50 ml tiub ke 11 ml tiub dan siap tutup dengan parafilm lagi...rasa berpinar bijik mata.  Bukan 10 sampel, 60 sampel OK!!!...pahtu IC tersumbat plak time run sampel dia....aduhai.  Kalo IC rosak ni le yang menghuru harakan idup daku.  Sib baik telah meng MCGyver kan diri dan akhirnya IC ok...yay..yay...yay.  Sib baik student ni rajin nak dtg susun, jadik sementara tunggu ic warming up dan student susun sampel, sy g kajang jap.  Biasa mmg student susun sendiri pun tapi student ni ada emegency kes tak boleh dtg hari tu. Tak pe le sekali sekali tak pe.

Semasa sy pegi sales ofis tuh sy nampak ada byk jugak projek dorang tengah buat.  Ada projek kat Kajang 2 tu pun macam menarik jugak.  Cumanya teres 2 tingkat mmg harga ala-ala bangi le , Kajang 2 ni sebelah Kajang Utama tapi masuk ikut Jalan Sg Tangkas berdekatan dgn Hentian Kajang tuh, lalu bawah landasan komputer.  Kalo pegi sekarang ada sign board yg MKH tampal untuk ke Kajang 2.  Dulu kawasan tu ladang getah dan bukit2 coz dulu sy penah duduk kat Kajang Utama tuh..  Byk kawasan ni buat projek apartment dan umah tinggi2 jek coz dah dekat dgn townkan.  Lagipun nanti projek MRT tu akan sampai ke Kajang 2.  Lagi pesat membangun le area situ nanti.  Selain itu sy jumpa kembar kepada Pelangi Semenyih iaitu Pelangi Seri Alam.  Dekat2 dgn Kampus UiTM Puncak Alam tuh. Byk rumah teres, semi D kawasan tu dan nampaknya harga dia murah le skit dari Semenyih.  Teres 2 tingkat lepas bumi price bawah RM300k lagi.  Apalagi kengkawan yang dok area Shah Alam tu, g le usha2 umah area situ.  He..he...he..

Jumaat ni ada lawatan student dari Indonesia plak.  2 minggu lagi ada audit kendiri.  Aiyooooo.........


Sunday, 1 July 2012

Mencari bank untuk pinjaman perumahan rumah impian





Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat ilahi yg telah memberikan rezeki kepada kami dan terima kasih jugak kepada kengkawan semua yg turut sama mendoakan.  Akhirnya tercapai juga impian kami (saya!!!) untuk memiliki rumah atas tanah.

Entry ni nak share ttg liku liku daku mencari loan untuk rumah impian kami kat Pelangi Semenyih 2 tuh.  Ini adalah catatan untuk rujukan anda dan jugak untuk simpanan peribadi saya. Sesekali bukan bertujuan untuk menunjuk2, daku bukan le kaya sgt dan beli rumah pun sesekali sahaja. Masa beli rumah guna loan gomen dulu, sy langsung tak catat dan sekarang ni dah lupa dah prosedur dia mcmana. Yg dulu tu lg haru biru idup sy coz first time dan ambik masa setahun jgk nak settle. Sy rasa guna bank lagi mudah...

Sebenarnya seblm booking rumah tuh, sy dah menapak ke Maybank BBB untuk tanya had kelayakan sy. Dorg kira2  Amani + Pelangi Semenyih 2 + kereta= 68%. Yg mana had maksimum utk maybank adalah 70%. Oh ya potongan cukai berjadual pun kira jgk dan kalo ada byran ansuran perabot Court Mammort pun kira.  So kepada sesape yg nak buat loan rumah guna bank tuh, sila cantikkan slip gaji anda yek, settlekan dulu semua hutang kecik2 tuh. Sy xada personal loan atau ansuran lain.  Tapi kalo insuran + loan ASB tuh dorang tak kira sebagai perbelanjaan.  Kalau tak ada dalam slip gaji pun, dorang boleh check kat Bank Negara, jadi kena jujur mengakui status kewangan anda.

19hb Jun 2012 lepas sy pergi Maybank antar:

a. salinan ic
b. 3 bulan slip gaji
c.  penyata ea
d  3 bulan penyata bank (gaji masuk)
e.  surat pengesahan jawatan 
f. dokumen dan resit deposit semasa booking hari tu. 

Kalo boleh buat le 3-4 set fotokopi lebih coz boleh terus hantar ke bank lain, sama jek requirement dia .  Yg original kita simpan.  Penyata akaun bank di mana gaji kita masuk tuh, boleh dapat dari bank jek on the spot, cuma bayar beberapa RM jek kat bank.  Pegawai bank tuh ckp akan dpt jwpn dalam masa seminggu. Lepas tu sy blik opis dan run sampel student.  Ptg tu sedang sy nak tuang asid sulfurik dlm bikar, tetiba ada call dr Hong leong tanya nak jumpa untuk bincang pasal loan. Sy dgr nada yg agak marah ckp 'ehhhh sy nak ambik loan maybank'.  Tak terfikir sy nak cr bank lain, dah le bank statement pun sy kasi yg ori kat Maybank, lurus bendul benar.  Ala..ala perasan le skit yg Maybank akan luluskan loan daku tuh.  Padahal walaupun kelayakan ok tapi setiap bank pun ada bajet dorang kan.  Masa pergi Maybank hari tuh, dorang jadik panel rumah kat Nilai Impian dan Alam Sari, which is rumah yg lagi mahal dan lagi byk kasi untung kat depa.

Selepas tu ada plak org OCBC call tanya jgk, sy heran dan ckp sy nak ambik loan maybank, org tu ckp sy boleh cr bank lain jgk. Dia ckp nak terangkan pada sy ttg loan ocbc, sy ckp le sy pegi esok le coz sy pun nak sign snp kat opis MKB esok tengahari time rehat semayang jumaat tuh.

Blik mlm tuh sy dgn nada bengang tanya hubby 'Bie, napa org bank ni suker carik sy? sy kan nak ambik maybank?'. Hubby ckp 'laaa org kekdg hantar ke 10 bank, tgok bank mana offer lagi bagus'. Sy pun terkejut...oooooo gitew rupanya, mana tau. Esok nyer sy pun call org Hong leong tuh dan dia dtg opis sbb sy pun nak dgr jugak offer dia. Hmmmm...tp xmenarik le offer dia...dia kasi 89% jek loan tanpa MRTA coz dia ckp kawasan pelangi semenyih 2 ni jauh ke dlm lagi. Dulu time pelangi semenyih tu dorang kasi 90% loan.  Blr -2.35, ada islamik loan. Maknanya sy kena byr 1% dan cari insuran lain ke tuk mrta. Baru tau yg mrta tu bukan wajib pun, kita boleh cari syarikat insuran lain tuk beli.  Ada dua jenis MRTA dan MLTA. Ptg tuh sy pegi ocbc plak, officer tuh terangkan pada sy offer dari ocbc. Hmmmmm...nampaknya ocbc kasi offer terbaik setakat ni, cuma dia xada islamik banking. Blr -2.4, locking period 3 tahun, daily rate, full payment jgk boleh, byrn bulan rm1477.  Ocbc kira perbelanjaan sy Amani + Pelangi Semenyih 2 + Kereta = 72%.  Had maksimum OCBC adalah 80%.  Nanti kita jgk boleh apply renovation loan plak. 

Selain tu sebenarnya sy ada call MBSB jugak.  Sebenarnya semasa pegi pemaju hari tu, pemaju ada kasi list bank2 dan contact person panel bank dorang.  Biasa le, biasa pemaju mmg ada panel bank dorang sendiri.  Tu sbb ramai jek bank yg call coz pemaju forward maklumat kita kepada semua panel bank dorang.  Dah le busy kat makmal,  nak angkat2 call plak nih. Masa call MBSB tuh, sy ada jugak tanya2 pasal loan, orang tuh tanya rumah berapa harga dan gaji berapa.  Bila sy bagi tau dia, tau dia ckp apa?.  Dia ckp 'TAK LAYAK!!!'.  Hampeh...tapi sy cool dan tanya jugak berapa blr depa.  Dia ckp -1.5.  Terus sy ckp Tq dan letak telefon.  Oooo...tak heran pun ko ckp aku tak layak coz offer ko tak best!!!.

Blik umah sy ckp ngan hubby yg setakat ni ocbc le punya offer paling baik cuma bukan islamik loan. Sy ckp nanti umah dah siap sy refinance le ke islamik banking. Hubby ckp 'kalo mati awal masuk neraka'. Sentap kejap....sy pun ckp 'abis tuh kalo islamik banking xnak kasi pinjam kat sy caner?'.

Selasa dpn nya, 26hb Jun 2012 org rhb pulak call.  Sebenarnya ada lagi full set dokumen yg sy fotokopi terlebih, patutnya sy boleh lg cr bank lain tp sy pun busy kat makmal. IC ni tersumbat bagai le plak, pahtu tlg run sampel student yang emergency blik kg.  Biasa sy run jek, dorang yang susun2 sampel dorang kat auto sampler.  Org rhb tu ckp sumer ok cuma dia tgok laporan dr bank negara ni mcm sy ada problem dgn kad kredit pada bukan 11 tahun lepas. Dia tanya  kes tu dah settke belum dan dorang nak surat tuh. Sy ckp xdpt apa2 surat pun. Masa tu sedih dan pilu hati ku hanya Allah saja yg tahu. Risau nya ia akan effect loan daku coz biasa sumer bank akan refer kat bank negara. Mlm tuh confirm xkena tido.  Hu..hu...hu..

Esoknya 27hb Jun 2012, ocbc msg yg loan sy dah approve. Sy puh dah redha dah ambik ocbc nih, lgpun pegawai dia ni cekap sgt, chinese exstudent UKM gak. Rasa berbangga le jgk UKM lahirkan graduan yg berkualiti cam nih. Gembira balik setelah mengalami saat2 menyedihkan beberapa hari yg lalu. Lepas tu sy pun tanya dia ttg info2 lain yg perlu sy tahu ttg loan ni dan dia explain kat sy dgn baik sekali. Dia jgk tanya samada sy dpt apa2 feedback dr maybank ke tidak, sy jwb xde. Dia ckp jumaat dah boleh dtg sign aggrement dah. Sy call maybank tanya pasal prmohonan sy, org tu ckp masih xdpt kelulusan lagi. Dorg ckp kelulusan seminggu hari tuh, nampaknya xleh le nak harap dr maybank nih.

Jumaat 29hb Jun 2012 sy telah sign aggreement dgn ocbc, pegi ocbc kajang lepas opis hour.  Dan lega dah tak payah nak risau pasal loan lagi. Pasni sy kena pergi bank untuk sign agreement dan byr rm410 iaitu baki 1% dari harga umah kepada pemaju. Ocbc kasi 95%++ termasuk mrta.  MLTA pun ada tapi agak mahal banding MRTA.  MRTA ni bagus kalo kita dah meninggal, waris kita tak payah dah byr ansuran bulanan.  Skrg ni kena byr interest jek bulan2 sampai rumah siap bila pemaju minta duit dgn bank.  Syukur lega sesangat dah settle bab pinjaman bank. Oh ya kekawan, di bawah ni sy kasi senarai info yg perlu kita tanya kat bank jika nak ambik loan bank. Sy byk bertanya dan jugak search kat internet ttg bab nih. Lepas jumpa byk bank, baru tau nak cr loan ni mcm nak carik brg kat supermarket pulak. Kena survey dan pilih yg terbaik. Sy bukan le pakar dlm kewangan ni, tapi ni adalah pengalaman sy berurusan dengan bank semasa cari loan untuk rumah sy nih.  Elok pergi 3-4 bank serentak untuk banding-banding offer dorang.

a. BLR - biasa bank negara yg tetapkan nilai tp bank akan kasi minus skit. Ocbc kasi -2.4, interest nyer adalah. 6.6-2.4 = 4.2 le. Lain bank offer lain coz maybank kasi -2.2, Hong leong plak kasi -3.35.

b. Capping rate.  Cth kalo kadar bank kasi capping rate 10, maka kalo kadar BLR naik sampai 20 pun, kita hanya byr pada kadar blr 10 saja.  Biasa islamik banking ada capping rate nih.  

c.  Daily/monthly rate.  Lebih bagus daily rate tapi daku tak reti nak explain bab nih.

d.  MRTA/MLTA.  Biasa included dlm loan.  90% loan + 5% MRTA.

e.  Locking period.  Biasa ada 3 tahun, ada 5 tahun.  Dalam masa locking period ni kita tak leh jual rumah, tak leh refinance etc.  

f.  Full repayment.  Mana tau ada duit lebih atau duit turun dr langit...kita kena denda tak kalo byr full settlement.

g.  Maintenane cost atau kos2 lain.

h.  Tempoh bayaran.  Ada bank kasi 30 tahun saja, ada jugak yg kasi sampai 35 tahun.  Ikut umur le kekadangnya.

i.  Interest semasa dalam tempoh pembinaan.  Ada bank yang tak kasi interest semasa dalam pembinaan hubby ckp. 

j.  Kos peguam untuk perjanjian pinjaman antara bakal tuan rumah dan bank.  Rumah ni kos peguam untuk pemaju dan bank adalah free.  Jarang jugak jumpa yang free kedua-dua lawyer, biasa kos peguam dengan pemaju jek yang free. Ni mmg rezeki tersepak le nih...syukur alhamdulilah.

Itu jek seingat sy le.  Harap entry ni dapat membantu anda dalam mencari bank untuk membiayai rumah idaman anda yek.  Bak kata Kaksu, loan pertama biasa senang jek nak cari tapi rumah kedua dan seterusnya memang sukar sikit.  Loan rumah ke-3 bank hanya boleh kasi 70% loan saja.  Tu sbb kekadang org tak letak nama suami isteri coz cthnya kalo rumah pertama dan kedua letak nama husband n wife..maka bila tetiba hubby nak beli rumah lain atas nama dia seorang....makan itu dikira rumah ke-3 dia dan hanya boleh dpat 70% jek loan.  Cuma biasa orang letak dua nama supaya kelayakan boleh dapat tinggi sikit dan boleh keluarkan duit KWSP.  Org OCBC tu pun remind jugak sy yang loan sy dah maksimum dan lepas ni mmg xleh dah buat loan dgn bank.  Lepas ni sy ikut jejak langkah hubby le plak...enjoy-enjoy dan enjoy keliling dunia...jom...jom tour Europe!!!..  Hubby pun ckp dia xnak tambah aset dah, yea...yea dah sama taraf ngan hubby. Lepas ni buat entry Percutian impian plak.  He...he...he.. Apa-apa hal pun, semuanya terpulang pada anda dan bajet anda.

SEMOGA ANDA BERJAYA MENDAPAT RUMAH IMPIAN ADA!!!! KAMI DAH DAPAT!!! YAY..YAY......