Saturday, 30 June 2012

Booking rumah Pelangi semenyih fasa 2a


Harga rumah RM341k, 20x70, 1548sqft, tanah kat belakang 10 kaki. Yg lain ada super link house n Semi D, berjiran ngan org kayo jayo le daku nanti yek. Ohya yg brlakang tuh propose apartment kos rendah.  Yg best freehold. Taman kat tengah2 tuh jgk ada surau.










Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulilah telah selamat booking rumah pada 14 Jun 2012 lepas. Rumah ni rumah teres dua tingkat, 20x70.  Sy pergi sebelum launching lagi, jadik sempatlah ambik rumah yg murah sikit.  Masa ni dah byk jugak rumah yg dah jual, org just walking jek g sales opis yg terletak di belakang Tesco Semenyih.

Pembinaan umah kami ni kira yg terakhir lah kot sebab tanah sumer dah penuh. Mungkin nanti ada apartment berkos rendah di belakang je. Syukur hampir semua ciri2 umah impian tercapai. He...he... tak boleh nak demand sgt coz loan ni atas nama sy sorang jek. Jadik kena le ukur baju di badan sendiri kan.

Oh ya deposit sebyk rm3000k. Ada 7% bumi price, 2% rebet, jadik sy cuma byr rm3410 saja termasuk deposit. Isi2 borang sumer dan pemaju nak salinan ic, 3 bulan account statement, 3 salinan slip gaji, borang EA/penyata kwsp. Masa ni ada dokumen sy tak ada, jadik pemaju suh hantar dokumen tu secepat yg mungkin.  Sy jgk diberi masa hanya 2 minggu untuk sign Snp dan dinasihatkan utk pergi uruskan pinjaman dgn bank cepat2.  Sekarang ni dah lain cara proses loan rupanya. Rumah pertama dulu guna loan gomen, jadik xreti proses cara bank ni.

Rumah plak mmg puas hati le coz sempat tgok rumah contoh hari tuh dan nampak tanah untuk ni dah pun diratakan sumer.  Berbaloi le dgn harga nya kan. Sy tak tau le offer yg fasa sy ni sama tak dgn fasa seblmnya, cuma yg pasti mmg harga jauh beza dgn tahun lps punya hargalah.  Syukur le jgk ada tanah dlm sepuluh kaki kat belakang boleh bercucuk tanam. Tanah kat dpn pun ada jgk. Tak boleh nak berangan sgt coz rumah contoh hari tu rumah yg saiz dia besar skit tp tetao jgk daku cuba mengukur perbezaan luas dalam pelan lantai brochure.

Berakhirlah sudah pencarian rumah idaman. Lepas ni dah leh fokus pada bende lain. Walaupun rumah lama lg siapnya, ada jgk ke skodeng2 persiapan nak masuk rumah n deko.  Nak buat konsep moden coz umah skrg dah caca marba dah konsep nyer dek kekurangan fulus nak main konsep kayu, ditambah dgn brg2 hubby dia suker benor beli kat ikea.  Dah xde konsep dah umah ni, asal boleh duduk jek udah le, mcm rumah sewa jek.

Mula2 berdebar jgk le tambah hutang ni, terasa dok kat kayangan 2 -3 hari. Dok tanya hubby ok ke tak. Hubby ckp terpulang pada sy coz umah sy kan.  4 hari kemudian lawyer call suh sign agreement, baru le terkedu coz tak g carik lagi bank.  Ehhhhh ko biar benor Bahiyah, caner nak beli umah kalo xdpt loan. Entry pasal caner nak apply loan ni nanti sy tulis lain yek.  Ni pun masih dlm gumbira yg amat ni, lebih2 lg ada pesta flora ni terasa nak g cari pokok tuk umah baru plak.  Lepas ni boleh le g pameran home deco plak. Hmmmmmm seronok nyer le dah dpt umah impian ni..la...la...la....

Thursday, 28 June 2012

Tips Menerima Kunjungan Mertua atau Ibu Bapa

Waie, anak buah sy yang colorful dan penuh expression


Salam kengkawan semua


Sy ambik info ini yg disharekan dalam FB, Pertubuhan IKRAM Malaysia.  Sy rasa mmg sesuai info ni terutama pasangan yang baru berkahwin, kekadang kita tak berapa kenal sangat lagi dengan mertua ipar duai etc kan.  Sebagai peringatan jugak pada sy sebab sy pun jenis 'kayu' jugak.  Mula2 dulu sy dan suami punya prinsip 'keluarga aku, aku uruskan.  Keluarga awak, awak uruskan'.  Tapi lelama macam tak sesuai pulak coz kekadang komunikasi kami agak fail dan kekadang family dia yg contact sy.  Almaklumlah rumah tu rumah sy, jadik hubby selamba je ckp 'ini bukan rumah aku' kat family dia.  Aduhaiiiii....pening pala.  


Jadik sy pun dgn lapang dada uruskan termasuk beli bahan2 basah, kemas apa yg patut.  Kekadang happy jugak terima kehadiran tetamu ni, yelah tetamu ni kan pembawa rezeki kata orang.  Syukur, setakat ni family hubby dan family sy tak pernah nak susahkan kami.  Kalo dorang dtg pun, dorang pandai jalan sendiri dan makan jek apa yg kami hidangkan.  Seboleh yg mungkin nak jaga hubungan dengan kedua2 belah ni.  Take and give le.  Kekadang ada jugak kata2 dorang yang agak menyentap kan dada daku maklum le family dorang bak kata suami masa mula kenal dulu memang agak 'kasar'.  Jadi kena terima le seadanya dan sy pun tak simpan dalam hati.  Tak jugak membalas balik kata2 dorang coz tau dorang xberniat jahat, cuma diam saja atau tersenyum dan forget it.  Luckyly sy pun dibesarkan dalam keluarga yang ramai, jadi no hal le.  Adik beradik memang le macam tu kan, mengutuk, bergusti, mengata tu mmg perkara biasa. Ada yang mengutuk dan ada plak pihak yang membela....tu yang best tuh. Syukur alhamdulilah, keluarga dua2 belah pihak memang terbaik.  Ok, cuba hayati tips kat bawah yea.........


Tips Pasangan Muda terima kunjungan Mertua atau Ibubapa

Jika mertua atau ibubapa datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejap elok dilayani mereka seperti berikut:

1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)

2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)

3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).

4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".

5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.

6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).

7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong.

8.Kalau tak sempat nak masak utk mereka atau memang cadang nak bawa mereka makan di luar. Bersiap2 suami isteri secara senyap2. Bila dah siap terus ajak mereka keluar, "Jom ayah dan mak kita makan di restoren" Bila mak dan ayah kata, "Tak payah susah le", terus jawab," memang kami dah rancang awal lagi nak ajak mak dan ayah makan kat luar." (Rasa lega hati mereka kerana semua perancangan bukan kecemasan).

9. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.

10. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)

11. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.

wassalam

Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Kolej UNITI

Tuesday, 26 June 2012

Doaku


Ya ALLAH, berikanlah kebahagiaan kepadaku ketika kesedihan sedang mengisi hatiku. Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi berbagai kesulitan dan kelukaan dalam hidup ini. Maafkanlah segala keluhan dan keraguanku, jadikanlah aku insan yang selalu bersyukur kepada Mu ya ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya ALLAH...Amin ya rabbal 'alamin




Ya ALLAH ya Tuhanku , berikanlah kami kemudahan rezeki-MU, jika ianya masih jauh maka dekatkanlah. Jika ianya masih di langit maka turunkanlah. Jika ianya berada didasar bumi Engkau keluarkanlah. Ya ALLAH, berkatilah rezeki yang kami diperolehi agar ianya mampu membawa kami ke arah kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya ALLAH"...Amin ya rabbal 'alamin





Monday, 25 June 2012

Aktiviti Hujung Minggu: Team Malaysia Fun Run

Assalammualaikum dan salam sejahtera




Ahad lepas sy joint larian Team Malaysia Fun Run kat Dataran Merdeka.  Seperti biasa le pegi ngan Husna, tak best le pegi sorang2kan.  Lari dalam 3 km jek.  Tapi rasa larian ni le yg paling best coz semangat dengan sorakan peserta dan penganjur.  Walau pun tak nampak dan tak kenal sgt atlit2 yang datang tuh, tapi semangat sorakan dari rakyat Malaysia tu mmg terasa.  Park kat BTR dan bertunggu2an ngan Husna, lepas tu naik lrt ke Masjid Jamek.  Ada sorang pakwe tegus sy masa kat BTR tuh 'kak, confirm menang ke?'. Sy gelak jek...he..he..lari bukan le nak menang bang...saja enjoy2.  

Peserta 7km mula dilepaskan, kami yg datang on time ni terkial2 cari tempat.  Nak jugak mengendeng di tepi podium tengok VVIP kat situ. Punya le ramai orang....sumer nyer sporting dan tak sabar2 lagi nak lari. Terhibur mendengar keletak 2 orang emcee hari tu.   Bila team 7 km dilepaskan, baru le kami boleh masuk ke tempat permulaan.  Best lari ni, kira kami lari tak berhenti le dalam masa 3km tuh. Lg best bila nak dekat Dataran tu ada geng palu gong, tambah semangan nak lari nyer. Seperti biasa daku le yg slow nyer, membontoti Husna kat depan.  Bila nak sampai ke Dataran Merdeka, hujan mencurah2 dengan lebatnye.  Belum lagi sampai tuk berlindung dah basah lencun.  Kami hampir berputus asa, sib baik dalam setgh jam hujan reda dan acara bersambung.  Tak tau le sape yg lari 7km tuh mana le dorang berteduh tuh.

Usai hujan berhenti, kami g cari makanan dan tengok persembahan artis.  Ambik gambar, tunggu cabutan bertuah.....tak bertuah kami hari ni.  Dah mula redha dah xdapat iphone.  Pahtu balik (dgn hati yg agak kecewa!!!).............


Sunday, 24 June 2012

Our 2nd Anniversary



Salam semua

19hb Jun yg lepas adalah anniversary kami yg kedua. Hmmm tak sangka pejam celik pejam celik dah 2 tahun usia perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami berkekalan hhingga ke akhir hayat yea.  Sejujurnya tak sangka perkahwinan kami ni masih berpjgan (keras sgt ke ayat nih), almaklum sgt le kami ni dulu mula2 kawin mcm anjing ngan kucing. Kalo tak gaduh seminggu sekali  tuh mmg kira ajaib le. Masing2 ada gaya hidup sendiri dan tak nak mengalah.  Ingat lg mula2 kawin stress ngan hubby, sumer nyer tak elok pd pandangan dia. Toilet basah pun bising, sy melepak kat sofa pun kena tegur suh duduk elok2. Itu belum kira bab masak memasak lg tuh, ayat 'mana ada org masak mcm nih', 'tawarlah, tak de rasa'.  Yg paling tak tahan boleh plak kaitkan asal usulku 'kawan sy ckp mmg orang sabah masak tawar bla...bla...blaa'.  Rasa nak campak jek dia dari tingkat 17.  Mmg stress sgt, sumer pun tak betul, sy plak jenis kuat merajuk. Berhari2 merajuk tp xde org pujuk pun. Hampeh....Masa tuh terasa menyesal sgt kawin, terasa hidup bujang lagi best. Nasib le dok umah sendiri, kalo tak dah lama lari dr rumah. Suami plak jenis byk kwn, setiap saat update status dalam fb tapi mengabaikan isteri sendiri. Dia plak br pindah kl, jadik sokmo le kena tinggal bila dia merenda ngan member2 dia. Terasa suami melebihkan kengkwn dari isteri sendiri. Hati mmg terasa sgt masa tuh. Sy mmg jenis yg xbyk kawan tp sume kengkawan sy jenis yg rapat dan sedia menolong bila memerlukan. Bg sy kuantiti tu xpenting, yg ptg kualiti. Kengkwn sy jenis yg baik, dorg pun xkacau bila dah tau sy dah kawin. Ni berbeza ngan kengkawan hubby. Mungkin lelaki berbeza kot ngan pompuan kan. Hubby plak jenis xsampai hati nak tolak kalau kwn dia ajak g mana2. Yg ni tlh menyebabkan konflik yg maha hebat terutama dlm setahun setengah perkahwinan kami. Tau je kan, dia dah established, sy pun dah ada semua yg sy nak. Kalo kami berpisah pun, sy dan dia akan ok. 

Sy tak kisah bergaduh coz dari situ kita akan saling mengenalikan. Dan sy termasuk dlm kategori daring jgk. Ada jugak le sy menyerang sound kawan pompuan dia yg mengedik kat dia kat fb.  Kepada perempuan di luar sana, jagalah maruah dan tingkah laku anda yea.

Kami berjumpa semasa kami mengikuti trip ke Beijing pada hujung mei 2009. Bermula dgn usik mengusik dan usikan kawan serombongan.  Sebenarnya xselesa bila kena usik2 time tgh bercuti, lepas tu rombongan yg seramai 32 org tuh pun bergosip sama. Terasa malu sgt, dah le masa tu g ngan Anum jek.  Yg lain pegi dgn family, jadik kami yg bujang ni terpaksa ikut rombongan bujang nih secara paksa rela.  Terasa tercalar jgk maruah bila kena gosip2 nih.  Terasa sumer org tau cerita, sy ngan Anum jek bodoh2 tak tau plan dorg. Sy plak mmg sokmo jadi mangsa gossip, jadik buat dek je le. Tak sangka perhubungan kami berlarutan hingga sampai ke Malaysia.  Dua minggu balik dari Beijing, kami ambik keputusan untuk kawin.  Sweet kan?. Lepas tu sy ikut dia balik kg (keputusan yg sangat le payah sebenarnya nak ikut2 org blik kg ni).  Dan dia ikut sy balik Sabah.  Lepas tu kami terus lep prepare tuk g kursus kawin, dan beli barang kawin.  Kami jarang jumpa coz dia kat Ipoh dan sy kat KL.  Kalo jumpa pun dia drop by jek otw dia balik kg.

Kini melalui usia perkahwinan untuk yang ke tiga tahun ni, kami lebih memahami antara satu sama lain.  Hubby dah mula le berubah sikit dan tak buat bende yang tak sepatutnya.  Benarlah kata orang, lelaki ni susah sikit nak berubah dari zaman bujang ke alam rumahtangga.  Ia akan mengambil masa yang lama dan mmg kena byk2 bersabar.  Sebagai isteri, kita jugak berperanan untuk mendidik suami kita, sama seperti dia mendidik kita.  Dia bukan lelaki sempurna dan percayalah, hasil kesabaran kita itu nanti mesti akan membuahkan hasil.  Jangan dipaksa dan mengongkong tapi kadang kala kena tegas demi untuk rumah tangga kita.

Ni nak mengimbau detik2 perkahwinan kami pada 19 Jun 2010 hari tuh.  Semoga ini akan menjadi memori terindah kami hingga ke akhir hayat.






Hubby lafaz sekali jek...senang sebab?.  SEBAB ada text yg ustaz sediakan (nampak tak kertas depan hubby tu?).  Just baca dan fill nama isteri jek.


Ni tak tau adat ke apa, coz kat semenanjung xde kan?  Terkial2 hubby sampai ustaz kena bantu coz dia tak sangka ada part nih agaknya


Berkahwin melangkau laut ni best jugak, bukan satu yg rutin dalam masyarakat kami dapat barang kemas selain cincin.  'Menderhaka' skit le perkahwinan kami ni, byk buat bende baru,adat lama tinggal.

Hubby sponsor

Kakak ku yang sponsor


Yg ni kakak sulung yg sponsor. Dia mmg suker sgt sponsor org2 kampung dlm bentuk bunga pahar. Kalo pegi KL dia suker beli banyak2 supaya senang nak bagi kalo ada saudara mara kawin.

Tq Kak Yan yg sponsor cokelat ni dari Brisbande

Ramai kan?.  Ini tak sampai 1/3, yg lain sumer dok tunggu kat luar rumah.

Dorng ni ambik gambar tak panggil kami, pahtu merajuk kat kami coz xdpt gambar sama ngan pengantin.  Kami busy ok, nanti cuba le tgok kamu kawin caner.  Lain kali PANGGIL..PANGGIL OK...communication fail korang nih..

Tgok cam ni, tarik pengantin yang tgh ambik nasi tuk bergambar....baru le ada gambar ngan pengantin..kena DARING skit....NDA MAJAL NDA BALUIH. 

Adik ku berdua yg busy sokmo, pehal yg korang busy sgt ni?. Katering kan..bukan korang kena menyinsing lengan memasak...dah pengantin dok sorang2 kat bilik.  Sbb tu ambik katering supaya kita ada byk masa bersosial.

Keluarga Rompin

Keluarga Rompin + Sipitang

Best ada byk anak buah nih...hidup sentiasa meriah dgn keletah dorang

Abg ke-2 yg sepatutnya jadik wali...tapi dia ada masalah penglihatan.  Syukur sekarang dah boleh nampak balik.  :)

Tq yea Pakcik Rus yg sponsor

Ni makan2 pada malam sebelum nya, sesi berkenalan dgn rombongan dari Rompin.  Sepatutnya ada majlis berinai tapi kami skip majlis berinai coz nak cut bajet.  Ikan besar2 disponsor oleh abg, dan dipanggang olah anak-buah lelaki.

Ya Allah org berkenal2an di ruang tamu...ni otai2 pegi makan ambuyat plak kat dapur.  Buat party sendiri plak time kawin daku.  Org Sabah memang pemalu yek dan sgt bertolak ansur,family kami memang kurang peramah.  Ada le beberapa orang yg peramah yg entertain tetamu.  


Wednesday, 13 June 2012

Rumah impian: Ciri-diri rumah impian dan booking rumah

Salam semua

Ni entry 2 in 1, entry pasal ciri-ciri rumah impian dan cerita daku booking rumah kami di Pelangi Semenyih 2.  Sy baru jek booking Pelangi Semenyih Fasa 2A.  Pelangi Semenyih dah ada kat Tesco tuh tapi untuk Pelangi Semenyih 2 ni terpisah dan jauh sedikit ke bawah. Ia sebelum Bandar Tasik Kesuma tuh. Kat PS ni banyak betul rumah2 tengah buat.  Ada yg dah nak siap dan ada tengah siap dan ada yang baru tolak2 tanah.  Rumah yang sy booking ni lebih kurang sama dengan Amber Phase 1A tu.  Amber ni ada 2 jenis, yg besar skit built in dia tapi tanah kat belakang kecik dan yang built in dia kecik skit tapi ada 10 kaki tanah kat belakang.  Sy ambik yg ada tanah kat belakang.  Tapi yg fasa sy ni tak tau nama dia lagi coz brochure dia pun tak buat lagi, nama pun tak tau lagi...tapi seperti biasa dah sold out.  Ada rumah contoh bila masuk ke tapak pembinaan Pelangi Semenyih ni tapi yg saiz besar tu le. Bila tengok workman ship dia mmg bagus dan cantik.  Sy mmg pantang rumah yang serabai dan tangkap muat ni.  Lgpun developer ni kita ok jugak le, cantik rumah2 kat sini.  Menurut guard, kat situ environmant dia bagus, ada byk hutan lagi.  Kalo tengok kat tanah2 yg masih ada, fasa yg sy punya ni le yg last bina rumahnya coz sumer tanah dah penuh dgn rumah dah.  Ada yg siap tahun ni, tahun depan dan yg sy punya siap 2014.  Bila sy tengok kawasan ni mmg sy dah berkenan, bila masuk rumah lagi berkenan tgok dalaman dia.  Harap hasil sebenarnya sama le ngan rumah yg real punya.  Guard tu ckp xleh ambik gambar plak kat dalam rumah tuh, so sy letak gambar kat luar umah jek.  Macam bercinta plak rasa, tak sabar nak tunggu rumah ni siap.  Nanti ikut jejak langkah Husna plak, dok ulang alik tengok rumah yg tgh bina.

Rumah kami kat deretan rumah ke2 tuh, rumah agak ke tengah coz masa tu tak byk pilihan.  Agak terlindung le...nasib le sape nak dtg umah parking le memana ada tempat yek.

Ni kat depan.  Mmg dah tile dah kat luar ni.  Ada tanah skit jek tuk tanam bunga.  Boleh buat BBQ kat luar ni. Panjang porch dan bahagian depan ni 30 kaki.  Panjang rumah 30 kaki dan kebun kat belakang 10 kaki. Apa yang best ttg rumah ni, kat bumbung tangga yg naik tingkat atas ada macam tingkap tau walaupun lot tengah.  Jadik area tangga dan family hall tuh terang benderang.  Ruang ni boleh jadik tempat study jgk.


Dah berpusing2 merata tempat carik umah sewa, bil telefon dah bertingkat2 habis asyik call sana sini, mudah.com tuh dah hampir khatam dari rumah nak jual hingga tanah nak jual.  Apa sebenarnya yang daku inginkan ni?.  Setelah penat2 kesana sini, kat bawah ni adalah kriteria rumah impian saya.  Kriteria ni sy buat sebelum sy jumpa Pelangi Semenyih 2 lagi tau.

a) Besar...luas...besar..luas!  Ni kiranya rumah terakhir le mampu beli dengan gaji sendiri.  Jadik kena cari rumah yg agak besar. Kami mmg tak share dalam membeli aset.  Rumah hubby, rumah dia, rumah saya, rumah sy (tapi dia duduk!!!).  Hubby ada rumah dia sendiri dan sy ada rumah sendiri.  Sebelum kawin lagi, masing2 dah ada rumah sendiri.  Impian mmg nak end lot tapi sure xlepas punya loan.  Ambik je le intermedite ni, terima je le apa yang ada, ngada2 pulak.  Walaupun tadak tanda2 nak penknen lagi tapi sejak dulu nak anak ramai.  Rumah paling minimum nak yang 2 tingkat, luas 20 x 70, luas minimum 1500sqft.  Harapnya bilangan anak kami lebih banyak le dari bilangan rumah kami.

b) Rumah bawah coz sape yang baca blog sy ni tau le yang saya ni ala2 petani bandar.  Nak tanah ada depan belakang.  Kat depan nak tanam pokok hiasan hijau supaya rumah sejuk. Nak ada rama-rama, burung sumer singgah halaman rumah. Depan rumah nak taman pokok mangga. Tak suka laman depan yg disimen sumernyer.  Kat belakang mesti ada tanah sebab nak menempatkan pasu2 tanaman herba daku yang sekarang ada kat balkoni rumah.

c) Hubby nak rumah yang dekat dgt jln utama supaya senang nak keluar masuk.

d)  Hubby nak rumah yang dekat dengan surau, daku ikut kan aje.  Daku nak rumah yang dekat dengan taman coz nanti dekat nak bawak anak2 main kat taman.  Pahtu kalo dah besar anak xreti2 nak balik umah, daku jeritkan aje dari pintu pagar rumah.

e)  Dekat dengan tempat keje.  Daku keje kat Bangi, kena cari yg dekat2 tapi diluar wilayah bangi yang rumah dia mahal giler. Mood Marah..marah!

f) Deposit yang rendah.  Tak nak ambik personal loan untuk deposit, nak korek2 mana yang ada jek.  Kalo ambik personal loan, sure tak boleh ambik dah rumah teres 2 tingkat, xlepas loan nanti.

g) Jauh dari pencawang elektrik, stesen TNB, menara komunikasi, kolam kumbahan etc.

h)  Kawasan rumah mesti rata, xmo dekat dgn bukit di tarah, curam, cerun etc.  Kena tgok kawasan tu selamat ke tidak.

i)  Jalan nak pergi opis dari rumah kena ada 2 jalan iaitu, highway dan jalan kg. Save duit tol...

j)  Design moden dan cantik. Dalam rumah kena ada pencahayaan yg cukup, xsuker siang hari pun kena pasang lampu.

k)  Bilik yang cukup, almaklumlahkan saudara mara belah saya dan belah hubby mmg ramai.  Lgpun barang kami dua orang pun dah satu stor penuh.

Sekarang ni tengah usha rumah kat Pelangi Semenyih phase 2.  Dah bayar booking pun.  Sesapa nak rumah yang tak perlu keluar modal banyak, boleh try rumah ni.  Developer kasi 7% bumi dan rebet 2%, jadik kita kena settle 1% jek harga rumah yang termasuk dengan duit booking. Harga rumah dari RM341k.  Tadi rumah yang harga ni dah tinggal 2 bijik jek lagi, yg lain RM343k.  Itu belum launching tuh, launching dia Ahad ni yang ada banner Amy Search disepjg jln Semenyih tuh dan semlm ada jugak tgok kat paper.  Selain itu lawyer, MOT untuk developer dan bank disupport oleh developer.  Xada showroom tapi design dia lebih kurang dengan Pelangi Semenyih yang dah siap tuh.  Syukur alhamdulilah dah dapat, ni kena tunggu urusan dengan bank dan developer jek.  Sebelum tuh kengawan, bawak slip gaji ke bank dan minta dorang kira kelayakan pinjaman rumah kita.  Semalam pergi Maybank Bandar Baru Bangi. Tadi developer ckp Maybank adalah panel dorang, jadik senang le sy berurusan dengan bank kat bangi jek.  Urusan jual beli ni tak perlukan ejen dah dan kita kena uruskan dgn bank dgn segera.  Dah lain rupanya proses pinjaman rumah sekarang ni, kalo dulu kena tunggu SNP dulu.

Ok yea kengkawan, doakan sy berjaya dalam urusan nih.  Oh ya siap hujung tahun 2014.  Jadik sempat berjoli2 lagi dalam masa 2 tahun nih.  Bie...nak ikut awak tour Europe boleh?

Jeng...jeng..jeng

Jeng..jeng...jeng

Jeng..jeng..jeng


Ni Pelangi Semenyih yang fasa dulu Amber, lebih kurang cuma ada design batu2 kat depan yg warna hijau tuh...baru nampak design dia up to date kan kan.  

Terima kasih sekali lagi kat Kak Salmi yang teman daku pegi mencari rumah buat yg sekian kalinya.  Aduhai hampir gila...mencari rumah nih.  Merata2 dah daku berjalan, dah hampir hafal senarai harga umah area selatan nih.  Ha...ha.  Harap yg ini ok le.  Duit deposit dari bandar akademia tuh tak dapat pun lagi.  

Terima kasih jugak kepada jiran bilik ku, En.Fahmy yg recommend rumah ni.  Kalo tak dia, tak jumpa le kot rumah ni.  Setiap kali balik dari melawat tapak, mesti melawat dia dulu.  Sabar jek le dia mendengar segala rungutan dan bebelan daku tentang harga rumah yang menyebabkan daku naik angin.

Kengkawan yg nak beli rumah, boleh le anda pegi ke Pejabat Pelangi Semenyih, berdekatan Tesco Beranang tuh.  Pejabat dia depan Restoren NAsi Ayam (yg sedapnya biasa-biasa sajek!).  Kalo tak berkenan terus boleh pergi ke Nilai Impian yang promotion dia sampai 17hb ni jugak ok.  Oh ya kat Salak Tinggi pun ada nak bukak area Taman Seroja, 38 unit teres 2 tingkat 22 x 88 tu kalo tak silap.  Tu pun belum launcing lagi tapi developer dia OIB dah kasi borang dah, harga dalam RM370k. Hari tuh ada sale yg email kat saya borang, ada 7% bumi jugak. Nak carik rumah kena rajin call developer, buat muka tak malu tanya projek dorang yang terbaru.  He..he..he..








Saturday, 9 June 2012

Rumah impian: Daku sedar kini apa yang ku impikan

Ya Allah, kau berikanlah rezeki kepada Bahiyah dan makbulkan impiannya untuk memiliki sebuah rumah impian, amin.

Salam semua

Minggu ni adalah minggu yg penuh memeningkan. Bukan sbb keje tp meneruskan misi mencari rumah impian.  Hari selasa Kak Salmi teman pegi tgok rumah di Taman Semenyih Permai, rumah teres yg masih dlm pembinaan di Jln bangi lama. Kalo nak rumah ni kena cepat coz sekarang ni dah penuh tapi boleh jadik KIV kalo ada loan orang lain yg tak lulus.  Tapi cepat2 tau, dalam bulan Jun ni jgk.  Showroom xada lagi, tak sempat buat tapi lot dah sold out.  Ada 1 corner lot masih ada jugak time sy pegi hari tuh.  Kalo ikutkan design dan workmanship dia mmg cantik, moden design, tanah besar banding rumah teres setingkat yg lain 20 x 75. Tp lepas beberapa detik, Kak su tlh menyedarkan daku yg tgh kelam kabut dan otak dah agak serabut ni ttg misi aku adalah mencari rumah impian. Rumah ni bukan rumah impianku sbb daku perlukan rumah yg agak besar utk persediaan pencen nanti. Takut nanti dah 5 tahun beli, daku meroyan plak carik umah lain.  Dah call Seri pajam n Sime darby di Nilai impian, harga umah teres 2 tingkat yg dorg bina dah RM400++. Hancur luluh hatiku.  Tapi tak pe, aku pun tak nak berlumba2 membeli rumah dan membantu peningkatan harga rumah yang naik mencanak-canak ni, kalau ada rezeki adalah.  Kalo rasa mampu beli...sanggup daku tunggu hingga betul2 berkenan dan fit dengan bajet.  Sime Darby kat Nilai Impian tuh bukan main lagi promote umah link house tu, ada promotion sampai 17 June 2012 ni. Tau le kan mesti rumah dorang cantik banget dan boombastik...tapi GILO KO nak beli rumah harga RM400k?.  Nak makan apa bulan2?

Terima kasih kepada Kak Salmi dan Sal yg sudi teman daku pergi, terima kasih jgk kat Kaksu yg sentiasa sudi menenangkan daku, memberi komen sejujurnya dan nenyokong apa yg daku impikan.  Tq pada hubby yg sudi mendgr n tlg apa yg patut disebalik kesibukan kerje dia.

Esoknya Sal teman plak pergi Semenyih tp xberkenan dgn showmanship rumah tuh. Harga mmg murah tp daku mecari umah impian, jadik tak berkenan. Tak tau le sape le developer dan arkitek rumah ni, naik tangga ke tingkat atas terus jumpa pintu tandas.  Sayang, luas tanah rumah dah ok tapi macam cincai jek developer ni buat rumah. Iskk.iskk malas nak kutuk lebih2.  Ada jugak yg nampak dah buat renovated dan dah jadik cantik, konsep moden.  Boleh beli rumah ni tapi kena make over byk le, yg bestnya tanah dia kat belakang tu rasanya lebih 10 kaki.  Mmg sesuai le tuk aktiviti menanam.  Kawasan dia pun mendamaikan.

Semasa lalu nak balik ke UKM, kami sempat skodeng pembinaan rumah semi-d di Taman Tun Raja Uda di Jln bangi lama menuju ke semenyih. Dari luar lg dah berkenan, bila masuk...pengsan, bgn blik,pengsan dan bgn blik..ketuk kepala kat dinding...baru daku tersedar yg inilah rumah impian ku.  Bila tanya harga, Rm460k mcm tu le. Ni sy share beberapa gambar, kalo berkenan pergi jek site tuh, hari tu ada sebijik jek lagi rumah yg tinggal. Suker sgt dgn rumah ni dan terasa tak sanggup nak keluar dari rumah ni. Sal le yang paksa daku pegi kalo ikutkan hati rasa nak dok situ sampai petang membelek apa yang patut. Sesiapa yg berjaya memiliki rumah ni sangat ler bertuahnya, super duper bertuah ok.  Moga mereka akan hidup bahagia di rumah impian daku itu dan menjadi ibu bapa mithali. Moga anak2 dorang nanti akan jadi pemimpin negara yg berkaliber atau sekurang2nya doktor pakar sakit jantung!!!

Semlm pegi Bt 16 dan 18 Hulu Langat tgok tanah. Yelah dah pening carik umah ni, tukar plan plak cari tanah.  Ngan hubby-hubby sekali g skodeng kat mudah.my tuh.  Tunggu dorang kat pekan Batu 18 tuh, pahtu ikut dorang g Jalan Sungai Lui, area Kampung Jawa.  Kecut ikut org g msk hutan sensorg, dilaluan tuh jumpa beberapa rumah dan nampak sekumpulan org tgh makan durian.  Tetiba 2 orang lelaki tu naik motor dan ikut kami.  Hati ku dah kecut dah, ntah2 dorang ni berpakat kot.  Terus sy slowkan kete terasa nak u-turn balik jek, jln sikit punya sempit hanya boleh lalu 1 kete jek, kiri kanan hutan belantara.  Tapi rupa2nya motor tuh pegi simpang lain, lega skit, daku terus follow kete depan. Masuk lagi lalu jln tanah merah dan berlubang2 dan berhenti di satu kawasan lapang.  Baru le berkenalan dengan ejen tuh.  Hatiku dah rasa tak selesa dan dorang pun dah nampak muka sy mcm seram jek cam baru nampak hantu.  Eerrr...umah daku kat Sipitang pun xhutan macam nih...scary..scary.  Seram pahtu fikir, caner le nanti aku nak berulang alik ke bangi ni sikit punya ke dalam.  Rela dok hotel kat bangi agaknya dari balik rumah kat sini memlm.  Confirm daku tak kuar dah sabtu ahad, rela makan nasi dengan kicap dari keluar beli barang dapur.  Dah le simpang nak masuk tadi kena mendaki bukit pahtu dikirinya plak KUBUR.

Tp hold dulu tanah tu coz mcm jauh sgt pulak dari bangi. Hubby pun ckp area tu kawasan jem time peak hour. Mlm tu hubby dan daku sikit lagi nak terkeluar bijik mata tengok peta topo kawasan tu melalui satelit map. Tanahnya landai rupanya dan mmg sekeliling tuh masih byk hutan.  Nampak le beberapa rumah kat atas tu dari imej satelit.  Uiiii...tingat dulu ada ambik paper geologi, pahtu guna alat apa ntah tuk tengok peta topo.  Tapi sekarang ni dah canggih, boleh cari dalam satelit map jek.  Ntah2 bila search peta Sipitang, nampak mak tengah berkebun kat belakang rumah.  He...he...he..  Tanah tu mmg cantik utk yg suker dok dlm hutan, kena tunggu jiran2 buat umah dulu kot. Iklan tu boleh cari kat mudah.my. Kalo daku dah ada rumah impian dan nak cari rumah persinggahan yg aman dan tenang, tempat ni le akan jadik pilihan ku.  Bosan2 g jek jln besar tu dan terjun ala-ala superman mandi manda kat sungai di tepi sungai tuh.  Kat rumah confirm xbanjir, confirm xkena air perkakas elektrik korang coz tanah tuh di kawasan tinggi tapi bukan curam2 tau. Berpusing2 daku menengok samada nampak curam ke tidak, terngiang2 kata-kata Prof pakar geologi yg bagi talk hari tu pasal tanah runtuh kat Hulu Langat tu, siap bagi tip caner nak pilih2 rumah lagi. Tanah tinggi yg rata, rata serata ratanya.  Nanti kalo banjir kat Hulu Langat, mungkin kena cari hotel dulu, dah abis banjir baru balik rumah. He..he..he...

Daku????......masih lg dlm misi mencari.  Doakan daku dapat rumah impian yek.  Terima kasih sebab doakan daku kat paragraph mula2 entry tuh.  Tlg baca dengan ikhlas ok.  Moga doa kalian akan membantu daku mendapat rumah impian.


Pintu depan dia, tengok pintu depan dia pun sy dah jatuh chenta

Ni gambar dia dlm iklan

Living room

Dapur dry kitchen, ada island kat tengah-tengah

Master bedroom

Ni yg paling sy suker, pehal makin tua sy makin suker lukisan nih? Nak kalo g obersee nak cari le lukisan mcm nih

Island kat kitchen.  Yg membuatkan daku jatuh cinta lagi adalah siling rumah yang tinggi.  Macam siling rumah sy sekarang nih.  

Tepi belah kanan, kat belakang ada tanah 10 kaki lagi tuk jadik dusun buah-buahan

Nampak tak meja makan dia ni, kat belakang tuh dia letak cermin besar gajah

Ni dry kitchen, ni pun dah cukup besar mcm kitcen biasa dah luasnya, pintu umah ni kayu dan sy berkenan sgt coz tinggi dan simple + moden.  Sliding door memisahkan wet kitchen dan dry kitchen.

Harap2 le sy dapat rumah impian sy nanti.  Hhhmmmm apa daaaa, nafsu besar tapi gaji ciput!!! Caner nih?