Wednesday, 30 May 2012

Sugar glider: Tetamu comel di subuh hari

Salam sumer

Sekarang ni panas betul cuaca malam di KL ni.  Semlm tengah2 malam sy berpindah ke bilik tetamu yang lebih sejuk sebab ia terlindug dekat dengan pintu masuk rumah.  Seblm pindah ckp ngan hubby yang kami perlukan air-cond coz takkan tetiap mlm sebelum tido kena mandi, kang tak pasal2 kena pneumonia plak.  Kena kumpul le duit tuk beli air cond.  Tak tahan betul, siang atau pagi tadak masalah coz angin kuat kat tingkat atas nih.  Tengah2 malam panas macam sauna, menjelang subuh baru sejuk.
31.5.2012 Ni dia, tido kat langsir ruang tamu,hubby sempat ambik gambar dia pagi semlm. Ptg balik keje semlm g singgah beli epal kat Pak aji tuk dia nih la, dah balik umah cari dia xde.  Memlm dia merayau kot, mlm tadi sy letak biji buah mangga kat dapur.  Pagi ni sy tengok biji buah tuh ada kesan gigitan.  Confirm dia mmg ada dtg mlm tadi.  Entah2 dia ni larik dari umah pahtu merayau2. Xpe, mlm karang sy letak jek buah kat dapur tuk dia mkn. :)

Dia dok kat rod langsir tuh.  Sedih semlm xnampak dia.  Ada tak sape2 nak sedekah kat daku binatang nih...hu...hu...huu

Pagi tadi dalam kul 6 macam tuh, sy terdengan macam ada bende berjalan dalam bilik tetamu tuh.  Sy ingatlah lipas, tapi tetiba sy nampak macam ada semacam binatang memanjat langsir dan duduk kat rod langsir.  Sy ingatkan tikus, suprise jgk coz tak penah nampak tikus kat vista amani lagi setakat ni.  Mmg bangle cleaner jaga umah ni dengan baik kot.  Sy rasa tak sedap hatim sape plak yang mengendap daku tengah tido nih.  Sy pun bangun dan gerak2kan langsir. Binatang tu tak bergerak, aaaaa confirm bukan tikus.  Kalo tikus, dah sah2 sebelum daku sempat gerakkan langsir dah cabut larik dah.  Amboooiii kelawar sesat ke?.  Pahtu sy bukak lampu, aikkkk...muka macam tikus tapi kenapa ada ekor?.  Alaaaaa tomei...tomei..macam tupai plak.  Sy acah2 dia tapi dia tenung dan dok jek atas rod langsir tuh tak bergerak2.  Baru tingat beberapa bulan lepas sy ckp ngan hubby pasal sugar glider (nama nyer sebenarnya baru tau bila hubby ckp tapi mcm tak berapa nak dengar...kedengaran macam paraglider plak).  Sy ckp kat hubby macam nak pelihara tupai kecik ni kat umah coz skrg ni trend pelihara benda alah nih.  Tapi impian tinggal impian bila hubby ckp binatang ni beratus2 harganya.

Comel tak saya?.  Tetamu kami tadi tuh baby lagi kot.  Ekor dia panjang, sebijik macam tupai.  Lovely tomei...tomei.  Gambar ni sy ambik dari blog org lain,xsempat snap gambar dekat tadi pagi. :)

Jadi bila sy tengok binatang ni sy tau le dia ni le sugar glider nyer.  Tapi sy tak pegi panjat dan usik dia, sy biar jek.  Nak g pegang takut dia ni spesies tikus...eeee gelik gelik tikus.  Masa tu risau gak kalo tetiba dia terbang terjah aku. Ha...ha...jakun betul.  Sy pun g kejut hubby dan bagitau ada binatang masuk dalam rumah.  Hubby selamba jek ckp 'syaitan kot'.  Cissss...menyeramkan aku pepagi buta.  Terus tunjuk kat dia.  Hubby ku yang kebiasaan nyer TADAK PERASAAN senyum dan ckp ni sugar glider nih.  Terus dia g panjat katil dan ambik, berkejar2an jugak le ngan si tomei tomei nih.  Dapat tangkap hubby bawak g ruang tapi, tapi dia tak biasa agaknya dia meronta2 dan terus memanjat langsir (langsir lagik!!) dan dok tercongok kat situ.  Kami pun tak kacau dah dia.  Sebelum kuar tadi sy letakkan kismis kat pinggan kecil, mana tau dia lapar.  Kami pun tak nak kurung dia ke apa coz ni bulan kami punya dan mana tau nanti dia pandai balik umah dia sendiri.  Dah le dia nih comel, mahal plak ni...mau nyer tuan tanah dia nanti meroyan mencarik!!!.

Sy tanya hubby binatang ni mkn apa, hubby ckp mkn epal dan hubby suh kasi kismis.  Rupa2nya adik ipar kat rompin ada jek baru bela binatang nih.  Sugar glider ni haiwan Marsupial yg ala ala sejenis dengan Kanggaro tau...bukan tupai apatah lagi tikus.  Kelas gitew.... Rupa2nya ia haiwan jinak tapi dia xjinak pun ngan kami.  Sedih...sedih...  Siang dia tido dan malam dia berjaga.  Ooooo...itu sebab le ko merayau dari rumah sebelah ke umah kami yea.  Confirm dia dtg dari umah sebelah, caner tau?.

Mudah saja, beberapa bulan kebelangan ni kami terganggu 'bau' lain macam.  Hubby ckp kalo tak bau kucing, bau ayam.  Pe ke jadah nyer pelihara ayam kat tingkat 17 nih.  Sy diam jek tapi beberapa kali le sy merungut yang bau ni semakin lama makin kuat.  Tengik..menusuk2.  Bau ni kuat berdekatan dengan dapur yg bersebelahan dgn dapur rumah sebelah.  Tapi yg herannya tak penah kami dengar bunyi miaw miaw plak.

Tadi semasa hubby pegang dia, sempat lagi si tomei ni g kencik kat hubby.  Itu pun hubby buat dek jek, dia hulurkan tangan dia kepada daku tuk cium.  Wekkk...wekkk...ini le bai yg sy cium selama ini yer. Aduhhhh si kecil yg tomei....selama ni ko punya keje le yea!!!!!.  Hubby ckp biasa binatang ni hidup berpasangan.  Cian pulak, mesti ni jantan coz tadak kantung kat perut dia.  Tak sangka si pengendap daku tido sebenarnya si tomei tomet jantan!!!.  Padan le dia xg masuk bilik master bedroom. Ha...ha...

Tapi sy suprise tengok hubby, di sebalik kemachoan suamiku itu, terselit sifat penyanyang dia.  Terkejut sy, tak penah sy nampak sifat dia yg satu ini selama hampir 2 tahun kami kawin.  Dulu bila mula2 kawin sy suh dia pegang baby 2 bulan, terus dia menepis dan ckp tak suker baby.  Boleh?.  Dari situ sy tak rasa dia ni suker bende2 macam nih.  Pagi tadi nampak dia g pegang2 bende ni, terkujat den.  Sy ingatkan dia tengok lepas tu blah jek.

Sebelum pegi keje tadi, sy g tengok dia.  Masih lagi kat atas rod langsir tu tengah TIDO!!! dengan khusyuk nyer.  Sy malas nak kacau dia, cuma sy pesan kat dia suh dia balik rumah dia balik.  Nanti tuan dia tercari-cari plak.  Kalo dia ada kat umah lepas ni dan kalo dia nak dok umah kami.....itu rezeki namanya.  Nanti le suh hubby tangkap dia dah kasi balik kat tuan dia.  Terlepas agaknya.  Sy tak kenal sgt jiran sebelah kanan rumah nih.

Windu plak ngan si kecik tomei tomei nih....



Monday, 28 May 2012

Di taman taman : tanaman ulam dan herba

Salam sumer

Korang suker menanam tak? Daku ada byk hobi, menanam ni kira salah satu hobi le. Tapi tak suker sgt tanam bunga, sy lebih suka tanam herba aka ulam ulaman dan jugak sayur sayuran. Time kecik suker tlg mak siram s
ayur,kat kg tanah luas. Jadi mak berkebun sayur ala aka orang nomad. Kejap tanam kat situ, kejap tanam kat sana. Ada 12 ekar tanah keliling umah kan, tak campur lagi belah sinun belah sinin tuh. Kalo pegi lalu jln kg, macam separuh tanah di kg tuh bapak daku yg punya. Padahal tanah ayah kat jalan besar jek coz dulu2 org lain kedekut tak nak biar jalan dibuat kat tanah dorang.  Padahal laluan jalan sebenar kat tempat lain.  Jadi jalan besar tu betul2 membelah tanah ayah. Macam orang kaya baru le plak nampak ayah sekarang nih.  Balai raya, surau, court badminton bagi sumer buat kat tanah ayah.  Org lain kedekut nak kasi.  Jadik ptg2 g ambik air kat sungai dan guna tin yg ditebuk lubang tuk siram.  Biasa siram sayur le mcm kcg, timun, bayam, kangkung, petola, peria etc.  Sekeliling rumah penuh dengan tanaman herba dan pokok buah-buahan.
Pokok pandan Kak Seri sedekah, moga dia hidup subur 

Bila dah dok kondo nih, terpaksa le sesuaikan diri dgn balkoni yg ciput ni.  Sayur xtnm sgt coz kalo tanam pun xcukupkan, tanam sawi 10 pokok, yg membesar hanya 2 pokok. Jadi tanam bende bende yg guna utk masak mcm kunyit, serai, halia, daun kari, limau purut, limau kasturi. Ada jgk aloe vera, bunga raya (macam nak lupus), lengkuas, selasih. Kebetulan jiran selang serumah pun minat menanam, apalagi best le kan.  Hari tu pegi rumah dia, punya subur pokok dia. Jauh panggang dgn api ngan tanam aku yg kering kontang nih.  Bila dia dtg umah daku, terkejut beruk dia tgok pokok aku yg saiz S sumer, xckp zat.  Mau nyer daku xpakai baja kimia, setahun sekali baru letak baja tahi kambing.  Pokok ni aku nak ngap ngap sumer, xelok le letak chemical kan.  Salu siram ngan air basuhan beras, air perut ikan, otak udg, susu extra n lebihan jus carot/buah2an yg aku blender pun aku campak kat dorg nih. Lagipun bukan aku nak dorg demok sgt, nanti balkoni xmuat. Kebetulan
 hubby mmg jenis yang makan ulam.  Ok my lovely hubby, pasni kita beli rumah bawah ok, sila simpan duit banyak-banyak!!!!.  Nanti sy tanam sumer buah2an kegemaran awak.  Yg ptg ada bila nak guna.  Mls nak beli sokmo, pahtu guna nyer sikit jek, pahtu kering kat peti ais.

Tadi g beli pokok tenggek burung n pokok gajus kat tapak semaian baharom. Dengki ngan Kak seri. Ohya kak seri beri kat daku serumpun pokok pandan.  Hamvik kooooo.....serumpun ko.  Dia kasi coz kesian tgok pokok pandan aku dah kering n mati.  Siap pesan lagi letak ke dlm skit, terlindung.  Harap aku boleh jg le pokok nih. Pahtu aku kasi dia serumpun pokok serai.  Ni kira kebanggaan aku le boleh biakkan serai, aku ada 2 pasu serai. Pasni nak semaikan kunyit tuk Kak seri plak.  Daku ni mmg ada pokok yg aku serasi, pokok yang tahan lasak tentunya.  Pokok daun kesum pun xtanam dah sekarang coz kalo pegi balik kg lama, jadik sian kat dia kering manjang.

Aku sebenarnya nak tanam pokok pisang dan bunga kantan. Daun pisang nak guna tuk letak nasi lemak, suker sgt aromanya.  Nak ajak hubby berenti tengah highway meredah hutan g ambik anak pokok pandan, mmg sampai mati pun takkan terlaksana.  Masa kat nurseri td org tu ckp siram pokok tengahari coz masa tuh panas terik n pokok perlu air. Padan le pokok aku byk mati coz aku malas nak siram pepagi. Time mlm le aku free g siram. Aaaaaa antara pokok yg tak serasi ngan aku adalah KAKTUS, coz aku rajin benor siram. Sedih tgok dia berhari hari tak siram.  Lelama dia jadik lebam n mati. Hu..hu..hu...

Kunyit ni kena salu buang daun dan isi dia yg dah mati, selain tu kena siram tiap hari

Ni daku upload tanaman aku yek..... Selain itu, yg tak serasi ngan aku adalah ulam raja (asyik kena serang bende putih2 tuh), pucuk manis (ni langsung tanak idup). Dulu aloe vera pun xelok daku tanam, pahtu selepas buat kajian baru le ok, xleh siram selalu rupanya. Dan yg paling daku geram sampai sekarang ni adalah Daun Sup. Dah le daku salu masak sup, asyik mati...terkulai dan matiiiiii.  Penah gak beli sepasu pudina, xsampai seminggu dah mampus daaaaa....

Daku xle harapkan pokok gajus ni berbuah kan...asalkan ada daun dan pucuk boleh buat ulam  :)


Pokok tenggek burung, pehal plak jadik gambar rupa ini?

Halia ni kekadang ambik jgk kalo dah kehabisan, tak sangka sesubur ini

Daun kari

Serai

Daun selasih, kalo dia berbunga cepat2 trim dia supaya dia xmati.  Dia akan tumbuh lagi subur pastu.  Biasa letak dalam kari, daging masak black paper atau ulam jek.  Subur sampai kekadang trim dan buang jek....


Friday, 25 May 2012

Kegatalan/infection pada vagina

Salam sumer

Selamat berhujung minggu semua, meti ramai org cuti minggu dpnkan cozbdah mula cuti sekolah. Sy paling suker coti skolah ni coz jln tetiba lenggang. He..he..he..

Beberapa bulan yg lepas, sy mula mengalami kegatalan pd vagina. Mmg tak tahan le nak menanggung kegatalan yg teramat. Sy mmg ada keputihan, so ini menyebabkan keadaan bertambah teruk. Sebelum xgatal, tp entah nape tetiba rasa gatal yg teramat kat situ. Dah le time tuh balik kg, jadik abis le daun sirih kat umah mertua aku tibai. Dlm 5 hari mcm tuh dah elok skit. Lepas tu sy berhenti seminggu dtg balik kegatalan coz sy kehabisan daun sirih.

Setekah tu sy pegi pasar kajang beli daun sirih, masa tu ada appointment dgn doc tp ingatkan dah baik.bMalas sebenarnya nak guna ubat moden nih. Tapi agak lama jgk nak sembuh balik ni. Kulit di atea tu kan sgt nipis, jadik garu sikit dsh luka luka. Sampai byk luka dan pedih yg teramat.  Lasty sy kesan keputihan guna kain sutera baru ok sikit, xluka luka sgt. Mmg teramat x selesa dan ypterasa mood xde time nih. Dlm sebukan jgk sy guna daun sirih tp kena continue guna coz kalo berhenti dtg balik.

Daun sirih ni walaupun xpower sgy, dia elok jgk tau, terasa lendir lendur makin kurang bila oakai daun sirih ni. Minggu lepas bila sy jumpa doc, sy minta le ubat.  Sblm tuh sy ada jumpa kwn sy, Raihana yg tgh cuti bersalin tuh. Dia ckp ada ubat yg masuk ikut bawah. Hmmmmm.....sy bab bab masuk bwh ni yg xberapa nak happy nih. Jadik doc kadi sy ubat Canestan 1 day therapy. Doc ckp takut bila pakai daun sirih, kita kena lagi infection kalo daun sirih tu kita xcuci betul2. Mengikut doc, keputihan n kegatal ni dtg dr dinding vagina, bukan dr rahim kita. Sbb tu ubat ni kita masukkan melalui bawah sebelum kita tido. Hmmmm agak mahal jgk ubat ni, dah le sebijik jek ubatnya, kotak sikit punya besar. Dlm bil dlm RM60 jgk le harganya, mungkin kat farmasi lg murah kot.

Mula2 nak masukkan susah jgk. Ada instruction dia kasi bersama ubat ni. Bila xboleh nak masukbdlm sgt, sy letak baby oil, baru boleh masuk je dlm. Pahtu tido.......

Ok nak kasi testimoni ke? Daku xde dpt apa apa benefit promote ubat ni, ubat ni ada kat farmasi atau g jumpa pakar sakit puan. Masalah ni agak memalukan utk dikongsi di blog, ntah nape le daku boleh tulis entry nih. Oh ya bila dtg kegatalan hari tu sy pun pegi pakai. Walaupun kita masukan bende ni ke dlm, serious xde rasa apa2 dah pastu. Dlm sehari duatu, kegatalan madih rasa skit tapi lepas tu HILANG....gumbira balik. Nyah ko bakteria/fungi. Lucu nya bila hubby tgok kotak nih, dia ckp sy cuba kasi penyakit kat dia, Pahtu sy jwb 'awak yakin ke penyakit ni bkn adal dr awak? he...he...he...




1 Day terapi ni sebenarnya untuk keputihan.  Kalo untuk kegatalan pada vagina biasa, boleh guna cream dia.   Boleh beli kat kaunter farmasi jek dan boleh minta penerangan dari ahli farmasi kat situ.

Ni ubat makan untuk suami isteri,, jika cream tidak mujarab.  Kekadang suami sebagai pembawa dan tidak menunjukkan simptom kegatalan tu, jadi makan sebijik sorang naaaaa...  Kalo peknen tak boleh makan ubat nih!!!  Kena test peknen ke idak dulu.

UPDATE:  Setelah kegatalan masih berulang, sy telah pergi berjumpa dengan pakar O&G di Hospital Pantai. Sy mmg minta doktor perempuan, syukur dpt doc yg sgt baik.  Hospital tersebut bukan klinik panel majikan sy, jadi doktor telah keluarkan preskripsi untuk sy beli 4 biji Diflucan jenama Pfizer kat farmasi.  Nak beli ubat ni kena ada preskripsi doktor.  Lepas abis makan ubat kena jumpa doktor balik.  Makan sekali seminggu selama 4 minggu (ada aturan tertentu).  Syukur alhamdulilah sembuh dan tidak lagi berulang.  



Monday, 21 May 2012

Hari utk memanjakan perut

Pagi ni ditimpa migrain. Sebenarnya migrain dah lama dah, masa balik dr ladang lembu lagi. Masa van turunkan kat bgnn fizik tuh, terasa mcm nak merangkak naik tangga tinggi tuh. Jam dah dekat pukul 7 dah, dgn sengugut lg terasa tak larat nak drive blik cheras. Balik jek cuba tido tp xdpt. Sabtu pulak ada rombongan dr rompin dtg.  Pagi sabtu pergi jumpa doc, kepas tu terus ke pasar beli brg. Ingatkan dorg dtg husband n wife jek, rupanya 7 org. Pas nkn g jusco n down teman dorg g shopping, sebenarnya penunjuk jln jek. Sib bail mlm tuh xmsk lg. Pagi ahad tu dah nasi ayam kekurangan ayam, sib baik ada tulang jadik penambahnya, masak sup tulang.  Ahad tghari baru dorg balik.

Pagi ni xlarat dah nak bgnn, nampaknya migrain ku dtg lg. Agaknya ni side effect ubat subur ke?. Nampaknya period teruk dr biasa. Tghari ni twtiba teringin nak mkn mcm2, terus g jusco.....g jln2 cari mkn :

Sunday, 20 May 2012

Bunga lili, bunga yg harum dan cantik

p


s





Salam kengkawan sumer

Suker sgt dgn bunga lili ni. Setakat ni bunga lili le yg paling suker sy beli untuk letak kat rumah. Cantik, wangi dan tahan lama. Yg pink tu sy beli semlm kat pasar kajang. Beli semlm madih kuncup lagi, hari ni baru le terbuka sedikit, itupun dah mula tercium baunya.

Kalau nak guna terus utk function, sesuai beli yg dah kembang atau hampir kembang. Kalau xnak dia cepat layu, beli yg masih kncup, dia akan ambik masa 2 hari untuk kembang. Kalau tgok bunga yg dah segar dan nak tau dia baru kemvang, senang jek, tgok pada fileman kat tengah tuh. kalo masih ad  debunga kat ujung tuh maksudnya baru kembang le tuh. Biasa tauke kedai lap filamen ni n kita rasa bunga baru kembang, sedangkan tak lama lepas bunga kembang, yg hitam tu akan jatuh.

Harga bagi bunga ni rm6 jika bunga ada 3 kuntum. Biasa bunga x kembang serentak. Bagi yg ada 1 bunga jek setangkai, harganya rm3. Setakat nibsy nampak color putih dan pink ni jek. Rasa best jek cium bau bunga segar nih.  Bunga ni boleh tahan seminggu. Agak tahan lasak jgk bunga ni cozhari tu beli ros, 2 hari jek dah layu. Kan cuaca panas banget kat KL nih.

Sy suka beli bunga kat Pasar Kajang.  Di sana ada 2 gerai menjual bunga segar. Kalau kita dtg dari depan, ia terletak di sebelah kanan pasar. Kekadang beli kat autie Chinese tuh, kekadang beli kat kakak India tuh.  Semuanya bergantung kepada kesegaran dan jenis bunga nak beli.  Kalo pergi pepagi best skit coz byk pilihan.  Petang tak tau bukak ke tidak coz hari tuh dtg tengahari pun, tinggal sikit dah bunga2 tuh.  Better pergi pagi, byk pilihan.  Kedua-dua gerai sebelah menyebelah jek.  Macam-macam bunga ada, ada bunga rose, bunga lili, bunga orkid, carnation, sirih, bunga keqwa paling banyak dan pelbagai warna dan jenis, bunga campuran2 yg biasa dorang letak kat celah2 bunga lain tuh pun banyak.  Bunga rose ada jual sekuntum sekuntum tapi ada jugak yang masih dalam gulungan tuh.  Tak suke beli rose coz cepat layu.  Hari tu beli bunga keqwa 4 batang hanya RM5 jek.

Cuma nak carik parking tu mmg agak sukar tapi boleh parking kat belah-belah McD tuh, kalo pegi pepagi xbyk kete sgt. Yg best lepas shopping bunga boleh beli ayam, daging dan sayur segala.  Sumer ada le kat situ.............

Saturday, 19 May 2012

Lawatan pelajar ke ladang lembu, Semenyih (biogas)

ASsalammulaikum kengkawan

Semlm bawak pelajar tahun 2 pergi lawatan ke ladang lembu di Semenyih. ada seramai 53 org pelajar semuanya. Tujuan pergi sana untuk melihat teknologi penghasilan biogas, teknologi ni dibeli dari Germany. Sebenarnya tuan punya ladang ni org lain, tapi syarikat yg punya teknologi ni dgn kerjasama jabatan veterinar berkerjasama pulak dgn pemilik ladang utk bgnkan loji biogas kat sini dlm skala kecik.

Student baru sampai ke ladang setelah berjalan kaki menaiki bukit. Mesti gembira mak pak budak2 ni tengok gambar nih, sejuk perut mak mengandung.  Ingat senang nak masuk UKM! :)

Gas metana adalah komponen kimia dengan formula kimianya CH4

Kenapa perlukan kerjasama dgn ladang ni? Oooooo...sebab penghasikan biogas ni memerlukan pooo..poooo @ najis dari lembu nih. Najis ni akan menghasilkan gas methane yg akan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Gas ini dijana melalui fermentasi bahan organik.  Utk projek ni, hanya memerlukan poo poo dr 25 ekor lembu shj.

Projek ni sesuai utk kawasan dimana tenaga ekektrik belum sampai lg dan berbanding dgn tenaga suria, sumber gas ni boleh dijana 24 jam.  Ok let pictures talking.....


Gambaran keseluruhan loji biogas ni


Setiap pagi poo poo lembu akan dibersihkan dan dialirkan le longkang khas yang akan ditapis dan di ukur isipadu yg dikehendaki dan dialirkan ke biogas plant

Pepehal poo poo tuh kena tapis dulu



Ni le dia biogas plant dia tuh.  Dari atas nampak macam bola jek, plant sebenar ditanam ke bawah tanah.  Masa kami pergi ni, ada katak jadik penghuni tempat ni.  Air ni adalah sebagai indikator jika ada terdapat kebocoran di plant ni tau, nanti kalo bocor akan ada bubble le kan.  Bukan tempat pembiakan nyamuk tau!!!

Selepas dari biogas plant tadi, gas dialirkan ke sini.  Alat ni utk mengukur tekanan gas.  Tapi sebenarnya dorang tak guna pun coz tekanan mmg rendah.  Yg belah kanan tuh water heater yang guna gas biogas ni.

Dari gambar di atas tadi, gas dialirkan ke sini.  Di sini gas hidrogen sulfida yg tidak dikehendaki di keluarkan.  Alamak ada 1 gambar lagi missing, gambar balon tempat simpan biogas tuh. Belah kiri tu le ballon nyer.  Kalo gas yg dihasilkan melebihi had ballon ni, gas tersebut akan dibuang ke udara.

Ni dia ballon tuh...akhirnya dpt download

Ni dapur yg guna biogas ni.  Tempat ni agaknya dah biasa jadi tempat lawatan student, jadik dah jadik macam muzium plak.  Ada lampu, ada generator, ada mcm2 lagi le perkakasan elektrik yg diletak di sini, semuanya menggunakan biogas nih

Pegawai penyelidik PPTC menerangkan kepada pelajar

Bos Syarikat Multitec bagi penerangan jugak

Cantikkan tempat ni...atas bukit dan dikelilingi bukit

Sisa lebihan yang tidak diproses dialirkan ke sini tuk jadi baja.  Yg ni sebenarnya terletak bersebelaha dengan biogas plant tuh, tak tersusun dah gambar ni.

Ni tak termasuk dalam jadual, selepas budak2 tuh naik bas, kami pun pergi tengok dorg perah lembu sebab kami nak beli susu lembu dan kambing.  Dorg ada buat penghantaran fresh milk, kalo nak no telefon org ni boleh email sy kat bayubaiduri@hotmail.com.

Tenaga biogas ni baru lagi di Malaysia, tapi ia sesangat le popular di negara luar macam German dan Jepun. Dorang dah mula explore tenaga ni sbb murah dan boleh didapati sepanjang masa.  Tak semua sisa buangan ada menghasilkan gas metana, antara yang sy dengar projek nak mula adalah di ladang ternakan ayam di Pajam.  Selain itu, sisa buangan sampah, sisa kumbahan, poo poo babi, kambing,  Sesuai tenaga ni dibangunkan dikawasan terpencil macam di Sabah dan Sarawak di mana tenaga elektrik tidak ada lagi.  Ia juga sesuai untuk ladang2 ternakan sebab ia punya sumber poo poo yang berterusan.  Ada sesapa nak cuba bina loji biogas di tempat anda?  Sykt SP Multitech ni ada kepakarannya.  He...he...he..






Friday, 11 May 2012

Gengster kiasu mengamuk di V.Amani

Salam sumer

Pagi pagi ni seblm jam 7 dah bangun, walaupun semlm ada jek mat rempit mabuk yg press2 minyak depan kondo nih. Mmg x aman tido semlm. Dlm jam 7 p
agi tadi tetiba dgr org menjerit pepagi buta, daku yg suker benar ambik tahun n ala2 csi ni terus berkejar ke tepi tingkap. ada sebijik kete ala2 gen2 ke honda ke, minta maaf sy bkn penggemar jereta jadi jenis jenis kereta ni kurang arif berwarna silver, yg ni confirm!. kete tuk tengah berhenti dpn pondok guard. Rasanya kereta tu nak masuk dlm tp guard tak kasi masuk. Jadi berlakulah pertengkaran mulut. Kereta tu pun beralah n pergi tp mcm tak puas hati jek coz nampak dr cara penanuan dia tu dia tekan2 minyak. Hati sy tak sedap dan rasanya mcm ada bende tak settle.




8 minit kemudian, kete ni dtg balik n parking dpn guard. Nah ambik ko, kete tu dtg dgn 4 lagi member apek dia yg masing2 bwk kayu panjang. Ni mesti gengstar nih, cara gengster biasa le, dtg2 terus g pukul2 guard tuh ala ala dlm movie.  Abis le guard tu kari lintang pukang dan gangster tuh masuk kejar sampai dalam kondo. Ada yg lari sambil minta tlg dan ada yg kena tibai dgn kayu beberapa kali. Aduhai naoe le plak jadik mcm nih. Org lain xkeh bantu coz oeoagi buta ni kan mana ada org kat bwh. Ada pun beberapa warga tua yg nak g jogging. Dah sumer org lari, sambil2 jln keluar g kete, org ni g pukul plak motor yg park dpn guard n tolak sampai jatuh. Masa ni ada dgr beberapa org penduduk menjerit 'ooooiii kurang ajar'. Dan ada beberapa lagi jerit suh call polis. Daku yg tgh kat ting 17 ni terpaku n tak terfikir nak ambik gambar. 


Apek2 ni cekeding jek tp punya le ganas n namoak le muka kiasu dia. Sy pun penah gak kete sy kena clamp guard hari tu tp sy byr je le denda. Marah mmg marah tp ko nak mrh sgt dorg pun xbleh coz itu mmg keje dorg.  

Ya allah, selamatkan le bumi malaysia ni dr org org yg jahat. Cheras ni mmg black area, kawasan kongsi gelap. Mmg dorg spesies mcm ni. Dulu penah ada kwn sy hon sebuah kete kat taman midah, beberapa minit kemudian ada gangster dtg nak pukul dorg. Mcm tu le yea, sbb tu sy punya impian nak g cari umah tempat lain. 

Beberapa minit kedian polis dtg ambik keterangan n pakcik yg cedera tu di bawa ke hospital. KesKESmcm ni biar le polis settlekan. Kita sbgai org biasa ni apa le kita boleh buatkan. Apek ni jadik polis xnak tp jadi gangster nak le plak. 

 Inilah senario sebenar masyrakat kita, kes buli, samseng, gangster mmg wujud. Sbb tu keje polis ke, guard ke bukan keje senang. Kekadang org suker kutuk2 bagai tp dorg xfaham keje polis ni caner. Suruh ke adik beradikbsaudara

Friday, 4 May 2012

Kisah bertemu si cilik yg putar alam

Salam sumer

Hari ni ambik half day sbb ada urusan di KL. Seawal 12.15b lg aku dah keluar menghala ke Bdr Tun Razak. Rehat yg lama ni kira ok le half day, yelah takkan sy dr Bangi ke KL pahtu g Bangi lg pahtu blik kl balik kan. Kesian le sama daku...

Sampai Cheras singgah Tesco Extra plak, beli brg basah je tp malas nak mkn coz ntah masih kenyang. Rasa nak blik umah tp dah pukul 2 plak, nanti jam 2.45 dah kena naik LRT blik pegi KL. Hmmm...baik aku g lrt Bd Tun Razak g mkn mamak kat situ.  Lepas parking kete sy g ambik mknn n mkn, masa tu xramai sgt le org kat kedai tu. Tengah sedap2 mkn nasi ngan daging kambing, tetiba ada sorang budak entah from nowhere tetiba duduk kat depan daku. Apalagi terkejut le daku....

Sy tanya 'dah makan?'. Dia jawab 'belum'. Tanya lg 'adik dtg dgn sape?'. Dia jwb 'sorang jek'. Otak sy pun mula terfikir apa le budak ni buat kat sini. Macam terasa pelik plak.  Jarang budak2 merayau sorang2 ni, kecuali le peminta sedekah.  Kalau ada pun yg merayau mesti dengan kengkawan.

Sy pun diam dgn harapan dia blah tp tetiba dia ckp 'sy nak mkn roti canai tp xada duit'. Sy pun tanya 'adik tinggal mana?' Dia jwb kat situ sambil tunjuk Flat Sri Kota. Dia ulang lg dia nak mkn roti canai. Siap ckp lg 'ala murah jek rm0.90 jek'. Mau je sy jawab 'pegi le balik umah minta duit kat mak awak', tapi terasa macam kejam pulak.  Mmg sah le budak ni ala-ala peminta sedekah ni, pandai jek aim daku yg tengah makan sorang2 nih.  Rasa tak sampai hati pulak.  Nampak dia mcm familiar dgn tempat ni, sy  pun suh dia order roti canai, sy ckp g le order dek boleh teman akak mkn, takpe akak byr. Nampak dia g ckp ngan jurujual tuh. Sambil2 tggu roti canai dia siap sy pun g le soal siasat dia, dia ckp sekolah darjah 2 di taman mudah. Sy tanya mak n bpk dia keje kat mana. Heran jgk aku, anak sape le nih merayau ala2 minta sedekah nih. Dia ckp mak pak dia keje. Dalam hati sy, kalo mak bapak dia keje...tak de le susah sgt hidup budak nih.  Bila sy tanya mak pak dia keje apa, dia mcm terkulat2 nak jwb, siap menuduk macam nak dok bawah meja bagai. Sy pun tanya soalan cepu mas 'nape adik tak balik umah baca buku? adik kena belajar betul2 tau'. Tp mcm dia xminat nak jawab pasal pelajaran dia. Tetiba dia ckp 'abg sy eksiden, kaki dia patah'.  Aik pehal plak nak cite pasal abg dia plak, nak simpatikah.  Sy pun tanya pasal abg dia eksiden kat mana. Beria2 dia dok citer pasal abg dia eksiden sampai limpa dia dah kena buang, pahtu kaki pth, buang pinggang tinggal sblh. Terkejut nyer daku, eehhh buang limpa boleh idup lama lg ke, dah le ckp abg dia ada kat umah jek, dah kuar spital. Pahtu sy diam, dia sambung gigih bercerita pasal kesusahan abg dia. Heran pun ada, saintifik nyer explaination budak nih mcm baca skrip pulak. Aku dulu darjah 2 mcm bodoh2 lg.

Tetiba roti canai dia dtg, terkejut daku, naper bungkus plak. Pahtu nampak dia terkulat2, pahtu ckp 'ala sy nak mkn nasi lemak'. Alahai, td beria2 nak mkn roti canai, dah siap2 tapau nak nasi lemak pulak!. Mmg tak suke pangai mengada2 nih.  Mula le aku ni suspicious ni, kang aku jadik CSI kang. Pahtu merayu2 le nak nasi lemak. Sy tanya mana ada nasi lemak kat sini. Amboiiii..siap tunjuk lg gerai nasi lemak hujung jln sinun. Sebenarnya penah gak beli nasi lemak kat gerai tuh tp rasanya bukak ptg. Ish..isk budak ni biar betul sambil daku terjenguk2 tgok kat luar, mcm tadak org. Sy dah mula feedup ngan budak ni, sy suh dia mkn jelah roti canai tuh. Dah org belanja tuh dah untung besar, dah le ganggu org tgh makan plak tuh, ni nak byk cekadak plak.  Mula le dia merayu2, dia ckp nasi lemak tuh rm1 jek harga. Nasi lemak tuh harganya rm1.20 coz penah beli dulu. Hangin betul ngan budak ni, sindikit ke yg ajar dia karang mengarang ni. Bukan apa, kalo betul le ko lapar, tadak nyer ko nak pilih2 menu betul tak?. Kira dah ckp sabar dah aku layan budak ni. Dah le dtg time aku tgh mkn.

Sy pun dah malas nak layan, terus ckp ngan dia sy nak blik dah. Sblm tuh dia tanya lg nape mkn xabis, sy jwb xlarat dah. Ada le tinggal tak sampai 10 butir pun lagi nasi.  Biasa mmg sy makan habis licin, jarang betul sy makan tak habis macam ni.   Mana nak selera layan pangai ko. Kalo ko tak dtg confirm habis licin nasi aku ni.  Ni tak, terus sy nak cabut dari situ secepat yg mungkin.  Bila daku sdg menghabiskan teh ais, dia tanya 'itu teh ais ke'. Dgn hati kering sy jwb, IYE! Minta maap, aku takkan biarkan ko pau aku. Dan selamba g cuci tgn n tuju kaunter. Boleh plak dia ikut sy g kaunter dan minta lg belikan nasi lemak. Sy booo lyn n pas byr terus beredar tanpa menoleh ke belakang, scary pulak!. Ya Allah, dah le aku sorang2 nih.

Sampai Masjid jamek terpaksa blik ke Bdr Tun Razak blik coz tak jadik plak urusan tuh. Bila sy lalu blik dpn warung nasi lemak tuh, CONFIRM WARUNG TUH X BUKAK!. Apakah?

Ya Allah sib baik xikut budak tuh, kalo ikut agaknya ntah g mana dia bwk aku. Penah dgr satu kes mcm ni jgk tp xingat berlaku kat mana. Ada sorg budak bwk sorg pompuan blik umah dia, budak tuh kasi alasan apa ntah, lastly bila sampai umah org lain yg tunggu, yg pasti kena rompak le pompuan tuh.

Minta maaf ke dik, bukan kedekut tp makcik bwk duit dlm beg pun dah ada rm1k ni haa nak g byr lawyer jap lg. Zaman skrg ni sikit punya byk kes jenayah, xleh mudah2 percayakan org. Tempat ni mmg black area plak. Makcik halalkan roti canai tuh, harap boleh alas perut sementara tunggu mak pak blik dr keje, Makcik pun dulu org susah tp sanggup le minum air paip jek kat sekolah kalo tadak duit nak mkn.

Makcik harap adik bila besar nanti jadik le org yg berguna. Minta maaf byk2 tak dapat tunaikan hajat adik nak mkn nasi lemak tuh tp sekurang2nya hajat nak mkn roti canai tu dah termakbul kan? Ya Allah,jgn le aku terjumpa perkara mcm ni atau yg seangkatan dengannya.  Ngeri dah nak kuar sensorang macam nih!!!

Tuesday, 1 May 2012

Kek Pavlova version comel





Salam kengkawan sumer

Tak reti le nak edit comel2 guna samsung galaxy nih. jadik kalo ada slh ejaan tu minta maaf le yer.  Semlm harunya, sdg masak2 kat yard, tetiba plak tertutup pintu yg ntah sejak bila le plak tombol tu kuncinya tertekan. Mula sambung masak, sambil2 tu tgh fikir caner nak buat ni. Hubby dah le g obersee, takkan nak dok kat yard ni tiga hari dua mlm kan. Adehhhhhh.....tadak keje cr keje betul ni.

Tahun lps sy tertinggal kunci kat bilik kat opis, jd mmg nampak le cara tukang kunci tu umpil tombol. Tp sblm tu sy g ambik pisau kat tabletop melalui tingkap n bukak cermin tp dah tgnku yg comel ni xleh sampai plak kat tombol. Sampai tp apalah mlg xleh nak pusing. Siap panjat mesin basuh lagi capai tp xleh jgk.

Jadi langkah terakhir, terpaksa le umpil jgk tombol ni. punya le ketat tombol ni, umpil plak guna pisau n sudip jek. Kalo guna besi kejap jek kot. Rasanya dekat setgh jam jgk le br boleh bukak, habis peluh kuar n rasa dah tadak tenaga dah. Akhirnya terbuka jgk. Lega..syukur le.

Hari ni cuti hari pekerja dan sy nak buat kek pavlova. Semlm dah g beli stoberi n anggur hitam. Senang je rupanya nak buat.  Sy ambik resepi ni kat blog tiffinbiru. Sy buat adunan guna 2 bijik telur @ separuh dr resepi tu dan diameter sy buat 8cm. Cuka mkn tu sy ganti dgn lemon. mangkuk pemutar tu sy bersihkan guna kemon dulu. Sy jgk tengok video cara masak chef nigella dlm youtube. Sy dpt hasilkan 2 disk comel jek. Sebijik sy simoan tuk hubby yg blik esok, letak disk dlm tupperware. Kalo buat double kg cantik kot. Stoberi ni terbesar plak, kalo lwtak rashberry lagi comel. Ini kira versi comel n jimat ke yea. Senang giler buat kek ni kalo bg org yg biasa msk kek le kan. Resepi olak guna cawan n sudu, xyah susah susah nak timbang. Kalau kengkawan nk buat, boleh le cuba yea. tak pyh risau kek bantu ke apa coz bhn bhn dia simple.

Sy pukul kat mangkuk besar

Betul le org kata jek ni cair dimulut. Mcm mkn biskut suji je apa nama dia biskut color putih yg bila mkn cair di mulut tuh. Rasa tak sanggup nak kuarkan duit beli jek ni coz mmg tak mengenyangkan pun. Rasanya lebih jimat buat sendiri le.

Ok ya, tak lengkap letak gambar tanpa kasi resepikan.  Ni yg sy dah olah skit resepi dari blog mat gebu tuh yea.


RESEPI KEK PAVLOA

Bahan-bahan:


2 biji telur saiz A
1/2 cawan gula kastor
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh lemon dan separuh lg lemon utk cuci mangkuk adunan
1/2 camca teh esen vanilla
Whipping cream secukupnya (pakai yang sedia dalam tin tu)
Buah-buahan seperti strawberry, raspberry, blueberry, laici, passionfruit, etc)

Cara-caranya:

1.   Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 8 cm sebanyak  2 helai. Buat bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini sebagai alas pavlova.

2.  Sapu lemon pada mangkuk pemutar dan bersihkan dengan air.  Ini bagi menghilangan gris dan minyak supaya adunan cepat naik.  Putar putih telur hingga berbuih, masukkan pula gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi menggunakan spatula.  Bahagikan kepada dua bahagian dan sendukkan adunan tadi di atas kertas tadi mengikut besar bulatan.  Biarkan adunan tinggi di bahagian tengah.

3.     Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar.  Jgn letak ditepi sgt, nanti buah2an yg berat tuh akan jatuh gedebuk ke bawah.  Hidangkan segera.

Note:  Kalo ikut Nigella, buah2an yg paling baik adalah passionfruit tuh, penah jugak nampak dia letak laici.  Strawberry mcm tak best coz susah nak potong2 bila nak makan kek nih.  Boleh google youtube Nigella untuk tengok video step by step. :)

Disk pavlova boleh  simpan 2 hari dalam container yg bertutup.  Bila nak makan, keluarkan dan piping whipping cream dan hias dgn buah-buahan macam biasa.

Pesan le plak gambar ni tetiba jadik terbalik nih...  Ni pavlova Chef Nigella, dia guna passion fruit + laici + jus rashberry