Saturday, 28 April 2012

PELANGI KU BERSINAR : LITTLE S




salam semua


Pagi-pagi lg  st keluar rumah untuk lergi ke hospital. Kali ni appointment dgn doc untuk tengok ovum. hari tu dah mkn ubat subur lima hari.

Kali ni mcm tadak org plak, mungkin sumer org bluk kg kot. doc pun minta time kejao ciz sdg mkn. Nak checj telur ni kena scan dlm rahim, jd doc bgtau kena masukkan kamera. Alahai bila doc ckp mcm tu sy dah hilang mood kejap. TP nak buat caner, doc cko kalo scan dr luar xnampak telur. BIla scan tu nampak sebijik je telur. Syukur le ada gak telurkan. doc ckp biasa kalo mkn ubar suburm leh byk produce telur. he...he...

Doc ckp saiz telur normal. kalo mkn ubat ni, kitaran period jadi 28 hari, jd time subur hari ke14 tu hubby kena ada le kan. tu yg susah tu, jadual hubby mana le tau, dia susah nak share pasal keje dia. MInggu dpn hubby plak berjoli joli g obersee. mmg hal hal planning ni mmg kena ada kerjasama suami isteri, kalo tak payah. Sedih, dr hari pertama jumpa doc sampai le ni entah appointment keberapa, sy g sorg sorg jek. hu..hu..

Nanti kalo dah ada baby, moga sy diberi kekuataan dan kesihatan untuk jaga dia dgn baik. TEtiba jek rasa sedih nih...terlebih sensitip mlm ni.

Thursday, 26 April 2012

katak oh kodok

salam kengkawan, hari ni tersinggah jap pameran amfibia kat fakulti....ni ada info pasal kstak. ular pun ada tp geli n ngeri kat ular. nak share pasal katak jek...









Saturday, 21 April 2012

My way korean movie





Best banget movie ni, filem perang ttg perang dunia kedua. citer ni kisah benar, jgpd mmg best giler ler. 5 star le sy kasi filem. filem ni filem korea n mmg jln citer n scene mm marbeles. walaupun perang berlangsung tp nilai nilai kemanusiaan tetap ada. yg sy kagum sgt ni ttg semangat dorg ni, walaupun dittawan n dijadikan tentera oleh soviet union n kemudiannya german, terasa sgt jiwa tak nak menyerah tuh. filem ni walau perang tp xpuas tgok... kengkawn, pergilah tgok citer ni...mmg berbaloi baloi.. tq hubby coz bwk sy g tgok mvie ni. :








Pelangi kasih : our little S





Salam semua

Hari khamis lepas sy tgh ada kursus tapi ptg tu celok g ambik ubat kat hospital pakar jap. sebnrnya doc suh dtg hari pertmam period. Tp semlm ada kursus jgk, kursus ic dua hari. pergi tebalkan muka ngan urusetia nak kuar awal. bergegas pergi ambik ubat. sblm tu mmg dah call dulu dorg, mana tak leh amvik dah kan. doc suh dtg ptg ni jgk ambik coz patut mjn pg atau ptg. bila dtg disuruh g gpfarmasi ambik ubat. aik....5 bijik jek ubatnya, dah le dtg dr jauh!. ubat kena mkn mula ptg ni dan 4 hari berikutnya. hari ke10 period kena dtg lagi, doc nak scan telur. 

Balik dari klinik g psr kajang jap beli bunga ni dan tujusn sebenar nak beli daun sirih. ada india yg jual bunga kat tepi psr kajang tu. dia jual rm1 sehelau. mak aiii sikit punya mahal. bila tgok, sirih dia lembut, beza dr sirih biasa. psdan le dorg selamba jek kunyah. sirih ni buat pencucu wanita, semenjak dua menjak terasa gatal plak kat situ. sy ramas 4-5 daunsirih dlm tupperware, tp snlm tu cuci bersih dulu tau. lepas tu tuang skit air panas n kasi suam2 kuku. byangkan sampah sarap tuh n ambik airnys. jadikan pencuci wanita. pakai 2-3 kali sehari dah mula hilang gatalnya. mulanya guna dan ambik sirih kat umah mertua tp bila blik kl xtau nak cr kat mana.  tiba tiba teringat nak g cr kat sini coz biasa beli bunga segar kat sini. terus samvar bunga kat atas ni sekali. Sejambak bunga ada 2-3 bunga berharga rm5. Mahal bunga ni kalo kat mall. Harap bunga ni tahan le seminggu. 

Terima kasi sebab sudi singgah blog sy.


Sunday, 15 April 2012

Gadget baru: Samsung Galaxy Tab

Salam semua



Entah kenapa laptop antik telah meragam, nak bukak internet pun berjam-jam tunggu.  Rasa kesabaran dah di tahap maksimum dah.  Beli lapto ni masa kak yan nak g brisbane sambung phd, sekarang ni dia derdah dekpoat 2 tahun balik dah.  Lama kan?.  Lgpun dah lama berangan nak pakai samsung galaxy tab.  Bila bincang2 ngan hubby, ayat pertama yg kuar dari mulut dia 'kenapa n.ak beli samsung galaxy'.  Sy jawab tak nak sama ngan dia kalau beli ipad.  Dengan kebusyian dia baca buku tuh sempat jugak dia tlg surveykan pakej2 celcom dan harga2 guna laptop dia. 

Jadi semalam sy dengan penuh keterujaan pergi ke PC fail kat KLCC.  Semata2 pegi ke PC fair ni jek, lepas beli terus naik lrt balik umah.  Jeling pun tidak kat kedai2 branded dalam klcc tuh.  Mula2 nak beli samsung galaxy tab 10.00 tapi yang tak ada 3g harga RM1399 dah habis le plak.  Yg tinggal yg ada wifi + 3g rm1599.  Tapi harga dia boleh tahan le coz sumer booth jual harga sama, lg murah dari dalam brochure samsung beberapa minggu lepas.  Sy 3 kali pegi kat booth samsung coz hubby pesan jgn beli yg tiruan punya. Tak tau caner nak bezakan yg tiruan ke tidak, kalau henpon nokia tu tau le...kena beli kat kedai nokia.  Yg ni sumer tulis samsung dan ada booth samsung tapi bila kasi brochure tulis nama kedai komputer.  Akhirnya jumpa booth samsung kat Hall 4.  Setelah kali ke-3 singgah situ, salegirl tu tanya 'still consider which one?'.  Termalu plak sekejap coz tadi dah tanya byk kat dia.  Terus call hubby, bila fikir lama2 baik beli yg ngan henpon sekali ada coz senang nak bawak ke sana sini.  Akhirnya beli yang ini:

-
-
-
-
Samsung Galaxy Tab 7.0


Ingatkan masalah dah selesai bila ada henpon + tablet baru.  Aduhhhh sungguh susah nak operate ni, benda canggih ni dah lama tak ada dalam dairy hidupku. User manual nye plak kena pakai kanta baru boleh baca, itu pun ciput jek.  Tergolek2 le sy kat sofa sambil membebel caner nak guna benda alah ni. Nak campak keluar rasa syg plak.  Sim card pun tak boleh nak masuk, rasa cam nak gunting jek sim card ni.  Setelah byk kali mencuba baru boleh nampak gambar sim card sikit punya besar kat belakang samsung ni.  Excited punya pasal, itu pun tak perasan.  Settle hal sim card.  Pindah info list nama dalam samsung, alamak tunggang terbalik nama2 dalam tuh jadiknya, dah tak ikut susunan.  Aduhai..kena le cari 1 hari tuk susun semua nama2 nih.

Dah puas tekan, geget, nape le tak boleh plak nak guna wifi ni.  Terus msg hubby suh dia balik cepat.  Sib baik dia balik dan tlg set upkan. Tadi dah masukkan dah password wifi streamyx tapi tak jadik2 jugak, apa hal le aku ni ketinggalan zaman sgt.  Semain bertambah usia ni malas nak menyerabutkan otak ngan hal2 teknologi ni.  Tengok hubby pakai ipad, rasa cam nak beli gak tapi tertangguh jek...tinggal angan-angan semata.   Tapi heran pehal prepaid ni asyik abis jek ni, baru topup dan msg beberapa kali dah habis baki tinggal 0.  Sib baik pagi ni bawak g bilik staf, dorang tlg settlekan.  Dah tak pasal2 sumer orang tau sy ada gadget baru.  Tadi nak ambik call pun tak reti, rupanya kena tekan dan tarik...mana le tau. Semalam main2 msg jek dan bukak internet.  Risau giler bila org call tapi tak boleh nak angkat ni, berjanggut org ni tunggu kat ruang tetamu.  Nasib le sape suruh dia dtg awal setengah jam kan.  Dah le pagi2 lagi hubby dah g outstation.  Tak best nyer hubby tak de minggu ni...hu...hu...hu..

Wednesday, 11 April 2012

Rumah impian: Bandar Akademia





Salam semua

Baru balik dari Kuala Rompin, bercuti beberapa hari.  Ni nak share cerita perjalan hari sabtu lepas kami pergi mencari rumah impian. Kebetulan kakak ipar ada bersama, jadik boleh le jadi penasihat skit.

Pilihan pertama





Ni le fasa terakhir tu, 77 unit jek ada, 22 x70 cuma leasehold.  Boleh g tengok sale ofis atau call 03-87068118/8188.

Pilihan ke-2


Ni kalau nak beli apartment, ada byk pilihan design dan keluasan yang boleh pilih.  No telefon pejabat jualan sama ngan Warisan bestari di atas.

Pilihan ke-3



Ni rumah kat BB bangi, harga min rm595k, leasehold, booth dia ada kat warta

Pilihan ke-4


Pemaju sama ngan Taman Arked.  Freehold dan agak luas sebab tu harga dia mahal skit. Tingkat atas ada ruang keluarga.

Pilihan ke-5





Apartment ni menarik sikit coz dia murah, comel dan freehold.  Keluasan tak dinyatakan tapi kalau ikut gambar ni dalam 20 x 30, siap 2012.  Kalau untuk sewa rasanya ok lagi. Ni le sale ofis yang kami pegi hari tu, OIB berhad.  Pemaju untuk Taman Arked. 

Pagi2 seawal jam 8.30 kami menghala ke Dengkil.  Semalam dah bagitau hubby ajak dia g Bandar Akademia tengok rumah, sy dah byr rm100 untuk booking.  Tapi hubby suruh cari rumah yang lagi dekat, dah le semalam minyak petrol dah naik.  Jadik hubby nak cari rumah berdekatan bangi supaya kos hidup tak meningkat mendadak nanti.  Semlm dah call site supervisor bagitau nak datang tengok rumah. Dengar khabarnya tinggal 2 unit lagi tak jual.  Rumah tengah bina dah.  Nak cari tempat tu senang jek, pergi pekan dengkil dan ikut sign board Paya Indah Wetland.  Jalan masuk sama dan taman ni bersebelahan dengan Paya Indah Wetland yg terbiar usang.  Sampai sana akan jumpa perumahan lama dan kami menghala ke belah belakang dimana ada pembinaan baru.  Hubby berkenan tempat ni coz suasananya yang aman dan sejuk coz ada tasik kat paya indah yang bersebalahan.  Ada deretan rumah yang dah siap dan ada beberapa deretan rumah yang tengah bina.  Sy call site supervisor tak angkat, jadi kami pun masuk rumah yang dah siap tuh dan teliti setiap inci.  Oh ya taman ni nama Taman Arked.  Taman ni kecik jek.  Yg tak bestnya kat simpang nak masuk Paya Indah ni lalu sikit punya byk pencawang...rasa ngeri pun ada.  Bila kami masuk ke dalam ruang tamu dia besar yang amat dan dapur pun ok, tanah kat belakang dalam 5 kaki lagi kosong.  Bilik kat bawah ni agak ciput.  Ada stor kat bawah tangga.  Kami naik ke atas, mak aiiii sikit punya besar master bedroom dia coz kat tingkat atas xde family room.  Tapi bilik2 dia yg lain kecik skit.  Kat depan boleh masuk 2 kete dan ada tanah lagi boleh bercucuk tanam.  Mmg rumah ni agak besar skit coz dia 20 X 70.  Tapi tak tau bulit in dia berapa square feet.  Lot yang masih available tu kat belakang sana yang masih dalam pembinaa.  Kami tak tunggu dah site supervisor tu dan terus menghala ke salak tinggi.  Kami call Bandar Warisan punya sale opis kat ERL Salak Tinggi.  Masa call kami masih kat MCD tepi highway, salesgirl tu ckp 'ofis kami kat tepi MDC tu jek.  Rupanya2 tak de le dekat sgt, dalam 1km dari situ...hampeh!!!.  Tepi flyover.

Pilihan ke-6




Sempat jugak kami tersesat masuk ke Bandar Warisan tuh, hubby suker amat tengok deretan teres kat situ.  Dalam tuh ada masjid dan business centre. Tapi area ni panas dan membahang, jauh berbeza ngan Taman Arked yang mendamaikan tuh.  Bila sampai sales opis tu, kami ditunjukkan rumah teres 2 tingkat dalam rm231,105 namanya Warisan Puteri, 4 bilik, luas binaan 1,212++ kaki persegi.  D|imaklumkan yg ini adalah fasa akhir, 22' x 70'.  Mahal tempat ni coz dekat ngan ERL Salak tinggi.  Lease hold. 

Hubby ckp nak g sale opis Taman Arkeb tuh, sale opis dia kat Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan ngan hotel2 kat situ dan berdekatan ngan 7 eleven.  Bila masuk kat situ, sikit punya ramai customer tengah tunggu turn.  Kami dimaklumkan lot yang masih kosong.  Cumanya, tahun ni Bank negara strict skit, susah skit nak dapat loan rumah.  Jadi kita kena check dulu ngan bank samada boleh lulus tak loan, baru kita dtg byr deposit.  Macam dah xde mood dah nak beli rumah impian guna loan bank ni.  Hubby ckp kalo beli kat situ, jarak lebih kurang jek ngan bandar akademia.  Kalau anda sedang carik rumah, pergilah area ni...byk jek rumah2 tengah naik.  Poster rumah ada di belah kiri jalan.  Mmg tempat ni sedang membangun dengan pesatnya coz dekat ngan KLIA dan Putrajaya.  Ramai jugak yang dtg cari apartment, apartment dia bawah RM100k untuk 3 bilik.  Kira kalo nak beli apartment murah lagi le kat sini.  Company ni jugak ada beberapa projek tengah dan akan berjalan.  Cuma company ni tanahnya tak berskala luas.  Bila sy free nanti saya upload gambar2 rumah2 nih. 

Setelah berpusing2 berjam2 kat situ, kami menghala ke Bandar Akademia, Lenggeng.  Senang jek nak pegi, cari sign board ke pekan Beranang, dari pekan tuh ada byk signboard untuk ke Bandar Akademia.  Sampai ke pintu masuk, tulis nama kat pondok guard.  Kat pintu masuk Bandar ni dah jatuh chenta dahhhh. Dalam 2 km ada jumpa macam pondok polis...pening nak cari sale opis dia.  Tetiba terfikir, apa ke jadah pondok polis ada kat sini, sedangkan macam xde orang jek duduk.  Rupa2nya ini le club house dia dan ada mmg opis polis kat sini.  Sale opis dia kat belakang bilik polis nih.  Ha...ha...  Bagus tul le salesman ni, nampak jek kete masuk trus dia tunggu depan tangga.  Guard dia pun sama, tunjuk mana sale opis.  Mmg agak tersorok sale opis dia.  Bila dia masuk, nampak le model bandar akademia.  Dari sini boleh nampak mana tapak sekolah, tapak masjd, tapak rumah, tapak busineess centre.










Sampai sini, saleman tuh explain sikit. Syukur alhamdulilah hubby berminat nak beli rumah sini.  Pemaju setakat ni hanya terima loan gomen jek.  Loan sy mmg dah guna, sib baik hubby masih ada lagi.  Jadik kami guna loan dia dan byran bulanan dan ansuran kami share.  Kat sini nak bina sumer lot2 banglo dan tanah seluas 4000sqft freehold.  Tanah rumah sumer landai tapi dikelilingi dengan bukit2 yg sayup mata memandang. Design rumah, model sumer boleh pilih ikut citarasa dan bajet.  Kami aim rumah Springfield, tanah 50 x 80, build in 1204sqft, teres setingkat, 4 bilik, 2 bilik air, tanah kat belakang ada 10 kaki lagi, tepi kiri kanan ada 10 kaki jugak.   Harga RM266k. Deposit RM3k.  Ada byk area leh pilih.  Memandangkan hubby punya loan, dia le yg pilih.  Dia pilih lot 5B, jom le kengkawan kita berjiran.  Oh ya tempat ni kawan sy, Ana yg bagitau.  Terkecoh2 sy g Warta bangi hari tu ambik brochure.  TQ Ana, lepas ni kita leh berjiran yek.  Umah 3 bilik nama Springdale, 1000 sqft, tanah 4000 kaki, RM226k.  Sebenarnya nanti kita akan dapat rm20k bila rumah dah siap.  Springdale ni design baru, yg lama tu byk komplen coz dapur dia kat tengah2.  Tapi kat belakang ada 20 kaki lagi leh renovate kemudian.  3 tahun nanti siap le rumah kami ni. Byk jugak le yg kami buat hari tu, bila dah melawat kawasan ni rasa lega coz dia bandar yg sgt besar.  Bandar ni tanah dia dipunyai oleh Lion group, jadi kita boleh tengoh future plak dan plan seluruh bandar yang ada.  Kawasan ni nanti jumpa Kg Sg Joi dulu.  Dulu penah pegi kat Bdr Saujana Impian golf tuh, jadik terberimpian plak ada rumah yang byk pokok2.  Pahtu fikir2 nanti dah tua tak larat dah nak naik turun tangga.  Sempat jugak tengok jiran2 kami, bumi ke tak bumi.  Kat sini ramai pembeli dia gomen coz kalo bank susah nak dapat loan skrg ni.  Dari UKM dan putrajaya le ramainya.  Nampak gak cikgu cikgi pakat2 beli rumah berderet sebelah menyebelah.  Yelah kan kalo ada jiran yang kita kenal lagi bagus.  Bandar ni nanti akan jadi macam Sg Long le kot, bandar yang terancang cuma dia tersorok. Adat le kan, nak rumah bawah, murah + freehold mmg le masuk ke hutan belantara skit.  Tak sabar2 dah nak tunggu 2015 rumah siap.  Tak pasti bila le kami nak pindah rumah ni.  Sementara hubby dok keje kat Subang ni mmg le tak boleh nak pindah sana walaupun rumah dah siap.  Nanti nak mulakan operasi menanam dan jadik rumah singgah le buat sementara waktu.  Kat belakang boleh tanam pokok macam rambutan ke apa coz tanah nya luas.  Cuma kena ukur betul2 supaya daun2 tak jatuh ke rumah jiran plak.  Nanti jumpa jiran yang cerewet susah plak. 

Lepas tu kena prepare untuk 3 lawyer coz tanah Lion group lain dan pembina rumah company lain.  Tapi dorang cover tuk S&P sajah, manakalau MOT & stamping dalam rm1.9+++ kita kena byr untuk ketiga2 lawyer.  Jadik kos lawyer + deposit = RM10K jugak le kena standby.  Yg selebihnya pegi le Warta, boleh daptkan penjelasan lanjut dari ejen2 kat situ.  Hubby pun tadi jadik nasi tambah g promote kat orang lain.  Yg dorang promote sekrang ni lot tepi loji air tu tapi kalo pegi showroom dia kat Bandar akademia, kita boleh tengok keseluruhan bandar dan boleh le ambik lot2 yang masih kosong kat mana2 area tuh.  Hubby nak yg dekat ngan jalan utama supaya senang nak kuar masuk.  Yelah nanti bandar ni dah membangun, sure akan jadik jem walaupun pintu keluar dari sini ada 3. Highway pun akan dibina soon.  Pahtu nak umah tepi surau.  Rumah kami dekat ngan surau dan tepi lot corner.  Dekat ngan tasik gak.  Pepagi boleh g jogging jap.  Tempat yg dekat2 ngan air ni sejuk dan nyaman.  Terpegun jap bila g tempat ni, dikelilingi ngan gunung2.  Terasa udara yang dihirup segar dan tenang jek. Ada jugak rumah contoh tapi tuk design yang dah habis dijual. Hari tu tak larat plak nak tengok rumah contoh coz tergesa2 nak balik Rompin.

Biar le sy ckp yg tak berapa nak indah pasal umah idaman kami ni kan.  Bkn nak buruk2 tapi supaya anda boleh fikir2kan.  Jalan nak pegi sini mmg akan jem le.  Tapi akan ada highway yg dorang dah poposed tuk sambungkan ke LEKAS.  Selain itu, bilik tetamu dan bilik utama hanya semen biasa jek.  Pemaju ckp setiap orang ada pilihan masing, jadik kalo kami nak tile 2 x 2 untuk dalam dan 1 x 1 untuk porch, kena tambah rm12k....warna boleh pilih dan tiles dia kualiti mmg tinggi yg kilat2 tuh.  Tetiba terasa macam beli tiket AA plak, nak tambah2 kena byr..Kik...kik...kik... Tapi setakat ni, tu jek le yg tambah nya.  Dorang jugak kasi free 1 aircon2, tile bilik air dah dapur full sampai ke atas.  Rumah kami dah full dah, lepas ni tak boleh extend lagi dah.  Cuma nanti dah pindah kena pasang kitchen kabinet jek lagi.  Sebenarnya boleh jek cari sendiri kontraktor nanti tapi malas dah nak uruskan.  Dah kami ni busy sokmo, lepas tu ntah apa lagi nanti prioseduri nak buat renovation.  Selain tu, akan ada maintenance fee tapi dalam rm50 k coz kawasan ni nanti ada guard.  Bila g warta dah byr booking, kalau nanti bila kita g bandar akadmia kita berkenan kat lot lain pun kita boleh tukar, tertakluk kpd kekosongan.  Kena prepare rm3k siap2 masa lawat tapak coz kat situ jauh dari bandar. 

Syukur le, dapat jugak le rumah impian kami.  Setelah bertahun berangan.  Lepas ni boleh beli samsung galaxy plak.  Balik hari tu g kerat keratan akhbar harga2 henpon...pahtu hubby sound 'tak habis-habis berangan' dengan sound ala2 menyanyi.  Cissss......  :) Harap loan hubby lulus le, kalau tak sampai le rm270k, kena le tukar jadik umah 3 bilik plak.  Tak kisah le, yg penting tanah dah ada.  Buat masa ni kena dah mula byr tanah punya loan le lepas sign snp nanti.  Kengkawan jom le kita berjiran...kita buat bandar tu nanti macam bandar kita!!!!  Ha..ha...ha...