Wednesday, 29 February 2012

Sorong papan tarik papan


Salam semua

Ni adalah lipstik yang saya dapat semasa ikut sesi brainstorming hari tuh.  Ada sorang kawan kat pejabat yang ajak dengar tentang produk kesihatan.  Saya macam dah rasa ini mesti ada kaitan dengan MLM.  Jadi saya awal-awal tanya ngan kawan tu samada kita akan dipaksa beli produk ke tak.  Kawan tu ckp tidak...jadik rasa lega dan baru le nak ikut.  Nasib baik kawan ni ok dan tak de le pujuk rayu kita supaya join dorang.

Sebenarnya saya ada pengalaman yang akak hitam dalam business mlm ni.  Ada 1 masa tu sorang student ada call ckp nak datang umah saya.  Saya time tuh masih bujang dan jarang ajak orang dtg rumah kecuali teman rapat, dgn jiran2 pun tak campur sgt coz saya tak nak dorang tahu saya duduk sorang2 kat umah ni. Rasa pelik jugak kenapa nak datang dan sy tanya nak datang untuk apa.  Dia macam mengelak2, tapi saya masih bersangka baik le kan, ingat dia boring dok umah, jadik saya pun kemas2 umah dan buat air bagai.

Sekali dia dtg ngan sorang perempuan dan rupa2nya dorang nak promote tuk joint Mlm ni.  Sy mmg tak minat business macam ni dan saya tau kalo saya joint mesti membazir jek.  Sebenarnya orang yg sama pernah dtg umah saya dulu sebelum saya pindah umah sendiri.  Masa tu ada housemate lain ada sama jadik saya boleh le mengelak2kan dan sy pun menolak dengan baik, jenuh fikir alasan masa tuh coz dorang ni jenis akan pujuk2 kita.  Tapi sy mmg kaksu penah ckp jenis yang takkan mengalah dengan mudah.  He...he. 

Semasa dia dtg umah saya ni mmg sy dok sorang, jadi nak tak nak kena le layan.  Kalau dulu sy saja cari alasan nak g tandas le, main henpon le coz bosan.  Ya allah, kali ni mmg menguji kesabaran betul.  Sebab dorang ada 2 orang dan saya sorang2.  Masa ni rasa frust pun ada coz ingatkan orang dtg umah sbb nak jumpa ke apa.  Hampir 45 minit dorang memujuk + mendesak tuk jadi ahli, saya menolak dengan baik.  Siap tunjuk cek bank dan business plan lagi.  Saya ni bukan apa, dah sy mmg tak berminat.  Setiap alasan yang saya lontarkan dari mulut sy, hebat dorang menangkis dan mengoffer saya seperti dapat duit byk dan dapat pakej melancong percuma.  Kebetulan saya pun dah byk pegi keluar negarakan, silap besar le dorang, tempat yang dorang nak pegi tuh saya dah pegi.  Pasal duit plak, mmg le sumer orang nakkan duit tapi saya ni bukan le mata duitan sgt.  Gaji saya pun syukur masih cukup lagi tuk belanja harian, shopping + menyimpan (masa tu le kan).  Saya hampir marah dan mmg muka saya dah berubah bila didesak2 begitu.  Terasa nak campak je dorang dari tingkat 17 rumah saya ni.  Lama2 sama bertegas yang sy mmg tak nak dan bagitau yg saya nak keluar.  Masa tu sy mmg ada hal kena keluar ke Shah Alam dan sy sanggup tangguh masa disebabkan nak layan tetamu.  Dorang pun balik dengan hampa.  Kawan pun kawan jgk tapi sy pun ada pendirian saya sendiri.  Saya sedar, kawan sejati takkan memaksa kita buat benda yang kita tak suka kan.

Berbalik pada seminar yang saya ikut hari tu, mmg produk Mlm yang sama.  Tapi syukur sbb kawan ni ok.  Cuma bila sampai ke sana kita mendengar cerita2 pengalaman orang yg dah berjaya.  Saya jugak kagum dengan kejayana mereka ni.  Yg bagusnya join program macam ni, ia akan ajar kita cara nak berkomunikasi dlam kelas2 yang dorang adakan.  Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tahap kemahiran kita berkomunikasi dan keyakinan diri kita.  Selepas tu kami dapat lisptik free.  Dengar khabar malam dan esoknya ada lagi program dan ada byk lagi souvenir nak kasi.  Sebelum makan tu ada le sesi sembang2.  Di mana kita akan dikumpulkan dalam kumpulan kecil dan ada wakil Mlm tu akan borak2 sambil ajak kita jadik ahli.  Masa tuh sy mg dah cuak dan dapat agak strategi dorang.  Nasib baik tak lama coz kami kena masuk offis lagi.  Dalam 10 minit perbualan tu agak memeritkan bagi sy tapi saya dah agak matang nak bersoal jawab dan dalam masa 10 minit tu adalah 3 kali saya disuruh isi borang.  Seperti biasa saya menolak dengan alasan tak berminat.  Selepas tu makan nasi arab yang disediakan dan balik ke opis buat keje balik yang agak menimbun.

Bagi saya barang2 Mlm ni mmg berkualiti sesetengahnya tapi yang membuatkan sy berfikir panjang adalah harga yang ditawarkan tu tak fit dengan bajet saya.  Kalau mmg kita nak beli produk tu, lebih baik jadi ahli coz kita akan dapat sehingga 25% diskaun.  Bagi saya pulak, produk tuh sy tak mampu beli, xada keperluan dan tak minat pulak untuk business, jadi apa perlunya saya byr Rm68 untuk ahlikan.  Kebetulan pulak, my hubby mmg tak galakan saya sertai business macam ni.  Ngam le jugak ngan saya yang tak berminat ni.  Saya harap tak ada yg berkecil hati dengan entry sy ni.  Sy bukan menentang Mlm tapi cuma berasakan ia tak sesuai untuk saya.






Tuesday, 28 February 2012

Sape nak beli rumah impian?

Salam semua

Terima kasih sudi singgah ke blog ni.  Kadang2 blog ni le yang menghubungkan kita yek. Dah windu ngan kengkawan, bukak le blog dorang coz nak jumpa bila masa ntah.  Kepada yang tak kenal saya tuh, salam perkenalan le yea dan terima kasih banyak.

Ada sape2 tengah survey rumah tak.  Ada 2 pamphlet yg ada kat rumah ni. Kami mmg tengah kumpul duit gila2 untuk beli umah ni tapi dalam 2-3 nanti baru le boleh kot.  Lgpun hubby setiap hujung minggu kena g kelas kat KL dalam masa 3 tahun ni.  Walaupun saya keje kat bangi tapi hubby keje kat subang, kesian plak dia kalo kami dok bangi.  Oklah kengkawan saya letak gambar2 rumah2 ni yek. Yang pertama:



Rumah teres 2 tingkat kat semenyih, berdekatan dgn IKBN institute.  Tapi yang tak bestnyer sebelah dia Gallery park industrial park (ni kilangkan?)



Ok, sape-sape yang berkenan boleh call org ni.

Rumah kedua ni plak super-kondo kat Puchong (Bandar Bukit Puchong):

:
Rumah ni sangat luas, 2x ganda kondo kami ni.  2,415sqft ok, harga RM590k ke atas.  Bapak punya luas, anak cucu cicit, moyang sumer leh duduk umah ni.  Bila mengenangkan jenayah yg salu kat umah teres ni, rumah macam ni macam jadi trend plak.  Buat yang pjj + suami salu outstation tuh, mmg sesuai rumah kondo coz lebih safety.  Tapi rumah ni sesuai untuk duduk kot coz tak tau sewa boleh cover ansuran bulan2 ke tak. 

Ada 3 bilik tidor + 1 bilik maid + bilik study + 5 bilik air (buat apa le byk2 bilik air!!)


Ruang tamu yang luas + dining room

Ok kalo berkenan boleh call.  Jgn lupa survey dulu kredibility developer nih. 

Melabur dalam hartanah ni bagus coz harga makin naik.  Terpulanglah kepada anda semua.  Tapi bagi saya memang berbaloi beli rumah.  Tak kisah le kecik ke besar ke, yg penting ada rumah sendiri.  Dari beli kete besar2, lebih baik beli rumah besar-besar :) .  Tapi nak beli rumah ni kena survey2 dulu dan kena ada cash money banyak.

Kami pun tengah simpan duit untuk rumah impian.  Dah dok umah tinggi ni tetiba plak nak cari rumah bawah.  Walaupun hubby tak suka rumah bawah coz dari segi safety dan maintenance katanya.  Tapi sekurang2nya ada le sebijik jugak rumah bawah kan.  Dah le isterinya ni suka menanam..hmmmmm.  Dengan kos hidup yang makin naik di bandar besar ni, ada baiknya tanaman asas masakan di tanam sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan dapurkan.  Mana tau nanti dah tua2 tak larat dah nak naik2 lif ni, sekurang2nya ada le rumah rendah tak payah naik tangga. 






Anggur merah, hitam atau hijau?



Ntah hari tu lepas g servis kete teringin nak pegi giant plak.  Terus ternampak anggur hitam ni, harga dalam RM13/kilo, anggur ni dari india...ntah apa nama dia ntah.  Tapi memang manis le.  Agaknya ini le yang orang salu letak dalam kek tu kan.  Coz dia kecik2 dan amat manis. Memang sedap giler...tak tipu tau!!!.

Semalam pegi ke tesco plak jumpa anggur hijau dan merah ni, aikkkk pehal plak anggur ni murah yek..dalam rm9/kg.  Baru tingat dulu masa g perth, bulan februari adalah masa dan musim untuk petik anggur kat sana.  Kalo kengkawan nak merasa petik anggur kat perth tu, g bulan februari ok...kalo bulan lain nampak pokok anggur jek kat Swan Valley tuh.  Ntah2 anggur ni datang dari sana kot yea...  Tak kisah le, time ni le kan nak makan anggur puas puas.  Anggur ni byk khasiatnya, kami suami isteri mmg suker anggur.  Sy lebih suker anggur dari apple.  Dah rasa apple kat Fremantle dulu tuh, rasa epal beli kat KL dah tak sedap dah.  Patut le hubby ckp dia makan tomyam yang amat sedap kat Thailand, bila makan tomyam kat Malaysia dah tak sedap.  Apple yang hubby beli dari Istanbul hari tu pun sedap gak. Kalo macam ni kena pujuk hubby dok oversee le nampaknya. 

Tapi antara 3 jenis anggur ni, yang hitam tu le yg paling sedap sekali.  Walau pun color dia hitam tapi manis siot. Saiz dia jugak comel2.  Hhhmmmm..yummy!!

Servis kereta WMB


Salam kengkawan sumer

Hari ahad lepas pegi servis kete kat workshop kat atas ni.  Semenjak dah hampir 8 tahun drive kete wmb ni, tak penah g servis kat tempat lain selain kat kedai atas ni atau kat proton edar.  Pusat servis proton edar ada dekat jek ngan umah tapi agak susah coz kena plak buat appointment dan kena tinggal kete kat situ plak.  Dah sumer kengkawan keje, sape nak ngantar kita g tempat tu yea tak, dulu tempat tu susah nak dapat teksi, sekarang ni nampak dah ok le tempat tuh.

Ni business orang melayu dan nampak tempat dia ok.  Rasa selamat le dok tunggu pun, dorang pun baik.  Bila nampak customer jek terus tanya nak apa.  Lepas tuh terus buat kete kita.  Tak sampai setengah jam dah siap.  Biasa kalo g tengahari saya pegi makan sup meletop dulu sambil2 tunggu.  Senang jek nak g tempat ni, kalo dari mrr2 dari bandar tun razak, akan nampak shell kat belah kanan lepas flyover nak ke lrt salak selatan tuh, kat shell tuh ambik kanan, jumpa simpang lagi ambik kanan dan terus menghala ke traffil light.  Kat traffic light ambik kanan dan tak sampai 10 meter dari traffic light tu ada simpang ke kiri, terus sampai jumpa workshop ni. 

Ok..kengkawan kalo nak servis kete boleh le try tempat ni k.  :)

Sunday, 26 February 2012

Penjajahan zaman moden?

Salam semua

Ni bukan blog politik tau!!. Tapi saya nak menyatakan pendirian saya tentang kes kilang lynas yang heboh diperkatakan sekarang ni.  Saya hanya orang biasa, sy berpendapat kilang macam ni tak sepatutnya diletakkan di negara kita.  Kenapa isu ini baru berbangkit, walhal kilang ni dah mula dibina dah lama dah.  Operasi kilang ni mmg tak bahaya tapi yang sumer org dok risau adalah hasil buangan dari operasi kilang ni yg akan hasilkan bahan toksik yang merbahaya.

Saya harap sumer orang mengambil iktibar dari bencana loji nuklear di jepun.  Ingat beberapa tahun yang lepas, bila negara kita mula berminat nak mengambil langkah setapak ke hadapan untuk bangunkan loji nuklear.  Ada pakar tempatan yg menyokong usaha ini dengan alasan peratusan kebocoran adalah sangat rendah, pendirian mereka untuk lynas ni jugak nampaknya sama.  Walaupun kebocoran kat jepun tuh hanya berapa peratus tapi cuba kita lihat kesan dari kebocoran ni?.  Saya pasti jepun juga punya pakar nuklear yang sangat ramai, yg cerdik pandai.

Sebagai org yang dah pegi beberapa tempat di negara kanggaro, saya tak rasa tanah menjadi masalah.  Lihat saja perjalanan dari Gold Coast ke Brisbane tu yang penuh dengan gurun yang dipenuhi semak-samun saja.  Bukan kan lebih sesuai dibina di negara itu saja?.  Kenapa nak bina kat negara kita, sedangkan end produknya untuk negara kanggaroo tu jugak kan?.  Di negara dorang pandai pulak, beratus2 hektar tanah dibuat ladang anggur, selembah tu saja untuk ladang anggur saja.  Tak termasuk ladang ternakan lagi tuh dan banyak lagi tanaman dan ternakan bumi kanggaro tuh dieksport keluar.  Semasa saya di sana, mmg susah nak tengok kilang?.  Kenapa agaknya?.  Sebab dorang begitu menjaga negara dorang.  Byk produk2 yang tak boleh bawak masuk ke sana.  Kena beratur berjam2 untuk dorang belek2 dan periksa satu-satu brg dalam beg kita. 

Yg menjadi isu nya lagi bila isu ni dipolitikkan.  Bagi saya mmg peranan pembangkang adalah untuk mengkitik dasar kerajaan yang difikir tidak baik.  Jadi, pembangkang tak semua nya salah dan begitu jugak sebaliknya.  Ya Allah, lindungi le kami dari perkara2 yang buruk.  Bagi saya banyak lagi industri yang boleh kita majukan yang kesannya kurang berisiko.  Fikirkanlah tentang generasi kita akan datang.  Bumi ni amanah dari anak-anak kita. 

Friday, 24 February 2012

Hampir 108 purnama berlalu baru le ada


Syukur alhamdulilah atas rezeki yang Allah kasi

Zoommmmmmm plz..............kat belakang tuh ada tanah sekangkang kera dan ada pokok baru tanam.  Cepat2 le besar pokok tuh. Pekerja indonesia yang potong rumput suka benar lepak kat belakang ni sambil bukak2 baju lagi.  Eeeee...terus sy cabut. 


Salam semua

Hari ni nak tempek gambar bilik plak, hari tu letak gambar sofa depan pintu bilik.  Saja jek.  Setelah hampir 9 tahun keje kat universiti ni, baru le merasa ada bilik sendiri.  Ehhh...sebelum ni xde ke.  Jawapannya TAK DE OK.

Dulu masa mula2 keje, dok ngan staf admin dlm satu bilik yang besar skit dari bilik sekarang ni.  Tak lama selepas bos baru masuk, dia plak halau sorang pegawai dok ngan kami pulak.  Coz dia nak ambik bilik pegawai tu, ingatkan dia nak duduk, rupa2 sekali dua jek dia guna dalam setahun.  Dah tak de sofa kat bilik kami dan jadi separuh sardin.  Tapi dok ramai2 mmg best.  Kami mula le memasing buat hobi yang ntah apa2 ntah.  Kami bela ikan gapi le kat meja, memasing ada mangkuk besar isi ikan sendiri.  Pahtu sedih bila ikan mati.  Beli sepasu pokok keladi dan letak kat tepi mejalah, beli fountain air terjun pas 2 minggu dah rosak.  Itu tak termasuk menghias meja memasing.  Letak cokelat dan gula2 kat meja.  Ada sorang kawan ni tak reti nak menolak, satu hari tu ada sorang salesman jual minyak wangi tiruan.  Kami dok dalam bilik tu mula2 3 orang, lepas tu saya dan sorang lagi kawan mengelat dan senyap2 tinggalkan sorang lagi kawan kami tu layan salesman tuh.  Ha...ha...ha..

Kami juga aktif anjurkan conference dan selalu dikunjungi doktor2 muda yang handsome2.  Ada kawan saya ni minat sgt kat doktor muda yang masih bujang ni, satu hari doktor ni dtg nak hantar borang, kawan saya ni yg entertain...oleh sebab kehenseman doktor ni menyebabkan kawan saya ni nak pitam dan nak tumbang, nasib baik ada mesin fax kat belakang dia...kalau tak dah pitam agaknya.  Kami ni lurus bendul agaknya, dari ramai2 tu xde plak yang sangkut.  Mana tak nya, yg suke kacau2 kami sumer nyer samada dah kawin, ada masalah rumahtangga atau tak hensem!!!.  Ada sorang doktor tu hensem sesangat, tetapi lama2 dengarnya dia kawin ngan sorang doktor yang baru bercerai...kwang..kwang.kwang.  Hhmmmmmm....Kami agak popular le masa tuh + nakal, salu deal ngan pensyarah muda + tua.  Ada jugak sorang staf yang tak berapa nak hensem yang salu deal ngan saya.  Kawan saya ni salu gosip2 dia ngan saya tapi saya mmg le xnak kan walaupun tadak boyfrend lagi masa tu tapi mmg xberkenan kat dia (jahat nyer!!!).  Tetiba mamat tuh call offer nak tengok wayang ngan kawan sy ni, punya le kelat muka kawan saya ni lepas letak phone tuh...kami terus gelakkan dia sampai guling2 kat sofa.  Byk citer lucu masa dok kat tingkat 1 dulu, nanti kalo ada masa sy citer k.

Bila pindah ke 1 institut tu, kami sumer terpisah coz sy je sorang g institut tu.  Kat situ pun lagi le malang, kami terpaksa menumpang kat kubikel wad pulak.  Minta partition pun bos tak bagi...apa le malang.  Bila opis baru siap renovated, kami dapat 2 orang sebilik tapi tak lama coz ada pensyarah masuk.  Kami disuruh dok bilik besar skit dari bilik sekarang tapi kena dok 4 orang.  Masa ni walaupun dok 4 orang tapi best sgt coz dapat geng sekepala.  Pepagi dtg keje masing-masing bersosial dulu.  Bilik kami macam bilik ahli mesyuarat tingkap plak...jadi port time pepagi dan time nak balik.  Coz kalau berborak kat luar nanti kena warning.  Bukan setakat jadik port staf tapi student pun suke melepak sama.  Tak pernah nak sunyi bilik kami, sentiasa terbuka untuk semua.  Kekadang dorang saja je ketuk atau just menskodeng dari cermin pintu bilik kami.  Ada satu sofa single seat kat situ yang jadi favorite sumer orang.  Kekadang nak dok situ samaada nak discuss atau just duduk pun kena queue!!!.  Kalau nak apa-apa mesti ketuk bilik kami dulu, lapar ke, nak ubat ke, tengah sedih ke, tengah tension ke, barang hilang ke, nak p*d ke, minyak angin ke, cari orang ke...bilik kami mmg popular!!!.  Walaupun orang yg dok dalam bilik tu asyik berhenti jek...tapi syukur orang yang dok situ sumer best. 

Sampai le saya dah pindah opis lain.  Kegemilangan bilik kami dah berkubur sebab dari 4 orang dah tinggal seorang saja lagi yang tinggal.  Yg lain dah gone!!!.  Yang seorang telah dihalau dan sekarang meja dia kat koridor opis. 

Kat bangunan baru ni, kami 2 pegawai kat sini kira macam penjaga bangunan le plak, tukang pegang kunci sumer pintu.  Oleh sebab yang sorang lagi selalu pegi outstation, sy le yg selalu kena carik.  Kejap2 ada orang it dtg, kejap2 ada orang nak servis fume hood, pasang letrik, org company dtg, org nak tukar lampu, org jpp dtg check itu ini pahtu senyap..opsss, kejap2 ada orang cari nak bukak pintu itu ini, student cari suis tetiba mati, tandas bocor, cleaner plak tertinggal brg kat dalam stor, bila staf makmal outstation mmg student akan cari.  Itu adalah beberapa pengalaman yang rutin. Adoiii...mmg tak leh tinggal lama bilik nih.  Sib baik makmal kat bangunan satu lagi tuh kira dah ok. Staf plak terpaksa dibahagi 2 sebab ada 2 bangunan sekarang ni.  Sekarang kena fokus kepada bangunan baru nih plak tapi pada masa yang sama bangunan lama pun kena pastikan beres gak dan lepas ni kena jaga alat plak.  Bilik sumber lagi nak jaga.  Terasa  8 jam tak ckp nak buat keje, berlari ke sana ke sini.  Jaga staf pun dah cukup pening. 

Caiyok...caiyok...tapi tak pe coz dapat bilik cantikkan...:)  Walau pun penat tapi bila masuk bilik terasa tenang, moga Allah akan membuka pintu rezeki dan merahmati hidup kita semua.

Monday, 20 February 2012

Hanyut dalam dunia ku sendiri

Salam semua

Saya ni mmg termasuk dalam kategori orang yang suka membaca.  Kalau saya jumpa buku, saya akan baca dari kulit ke kulit.  Dah tak peduli dah ngan orang sebelah menyebelah, kira dunia ni hanya saya dah buku je yang ada.  Baru-baru ni ada pensyarah yang letak buku kat ruang tamu bilik kami nih.  Sebenarnya ruang tamu ni khas untuk penghuni bilik2 ni saja, kira insan terpilih je le boleh lepak2 sini.  Dan ruang ni kami kunci kalau sumer org dah balik.  Jadik kira selamat le letak buku2 nih kat sini.  Maling insyallah tak leh masuk.  Hari tu ada kes LCD dicuri maling kat bilik mesyuarat dan bilik seminar.  Hhmmmmmm dah tak cun dah bilik mesyuarat kami tuh.  Sape le yang jahat sgt g curi LCD tuh, ni kan universiti tempat anak bangsa kita diberi didikan peringkat tertinggi.  Mereka2 inilah yang guna kemudahan ni dan mereka ini juga yg akan menjadi pemimpin di masa akan datang.  Semenjak itu, kami agak berhati2 dan menghadkan access dari orang luar.

Ruang membaca yang selesa

Teruja membaca penemuan saintis2 nih... Moga khazanah alam yang ada di Bukit Fraser dapat dipelihara dan hasil kajian ini memberikan manfaat kepada semua.

Hebatnya Dr. Burhanuddin ni kan.  Susah dah sekarang nak cari seorang yang hebat ilmu agamanya dan pada masa yang sama hebat dalam bidang lain jugak


 







 

Saturday, 18 February 2012

Soto Sipitang: Apa istimewanya


Soto, mi dia bukan bihun tapi besar skit saiznya dari bihun

Salam semua

Hari ni dok sorang-sorang tak tau nak buat apa.  Semalam masak nasi lemak pun makan sorang2 jek.  Malam baru le orang sebelah ni ada.  Malam pun tak masak, makan nasi lemak tengahari tadi jek.

Hari ni dah kehabisan idea nak tulis blog.  Jadi tiba2 terfikir tentang makanan kegemaran saya bila balik Sipitang. Soto ni bukan le semestinya ada kat sipitang jek, kat area pantai barat sabah ni senang je nak jumpa.  Mesti kengkawan tertanya2 kan apa beza makanan di Sabah dengan semenanjung.  Perbezaan memang ada, saya pun jarang masak masakan sabah kecuali saya sorang2 kat umah coz orang sebelah ni tak berapa sesuai ngan selera dia.  Tapi pelik kalo balik Sipitang, dia makan je apa yang family saya masak.

Hari ni saya nak perkenalkan tentang makanan kegemaran saya iaitu SOTO.  Soto kat sabah lain tau ngan soto kat semenanjung, jadi bila pegi sabah jangan confuse.  Kat sabah, soto yang dimaksudkan ada lah MIHUN SUP kat semenanjung.  Biasanya ada beberapa jenis soto iaitu soto daging, soto jerubut (perut), soto ayam dan soto campur. Kekadang ada yang letak santan tapi biasanya tak letak santan.  Kat bawah ni adalah soto favorite saya yang terletak kat tepi pantai, kat belakang KFC sipitang.  Nama restoran tuh adalah Restoran Jimat.  Selan menu soto, menu lain yang best adalah roti canainya yg lembut dan mi basah.  Owner restorent ni orang kampung saya.  Mmg tempat ni sentiasa penuh dan kalau nak jumpa orang kg saya kat sini le dorang salu makan.  :) 

Satu lagi lokasi favorite saya adalah kat Restoran Malaysia ke apa nama dia.  Terletak kat Beaufort.  Bukan kat pekannya tuh tapi yg seberang jambatan tu yang menghala ke Sipitang.  Nampak tak petronas kat tepi jalan tuh?. Kedai ni kat deretan kedai yg mengadap jalan utama tu, iaitu deretan kedai sebelum petronas tuh.  Setiap kali balik sipitang mmg akan singgah restoren ni. Hubby mula2 confuse sebab nampak kedai ni macam kedai makan cina, sy pun terfikir jugak. Tapi abg saya pernah jumpa owner restorent ni, geng mancing le katakan.  Owner dia cina mualaf manakala isteri dia keturunan cina muslim.  Biasa le kat sabah kan byk kawin campur.  Jadik jgn was-was ok.  Antara menu lain yg best teramat adalah kuih bom (petang jek ada), umai dan pau. 

Kat sabah biasa dorang akan letakkan kicap, cili, cuka etc dalam bekas atas meja.  Jadik kita boleh letakkan le rasa ikut citarasa kita sendiri.  Bila datang ke sabah kengkawan, jangan lupa singgah ke tempat ni. 

Resepi Mihun Goreng Tomyam

Salam perkenalan

Bila my frend Ms N buat entry pasal mihun goreng ni, tetiba macam nak kasi resepi Mihun Goreng Tomyam plak.  Dengki kan..

Biasa le dah kawin ni beza dari masa bujang.  Masa bujang masak le apa saja, masuk jek sumer.  Tapi bila hidup berdua ni kita kena fikirkan jugak pasal orang sebelah kita ni.  Kang kalo masak yang tak ikut citarasa dia, dia tak nak makan plak...kita plak terasa hati dan majuk berhari-hari.  Opssss..

Dulu2 suka jugak goreng bihun, lama2 terasa nak cari kelainan le plak kan.  Orang sebelah ni plak jenis yang tak nak makan berulang, kiranya kalao nak masak tuh sebulan sekali le boleh.  Tak boleh selalu...jadi kita as wife ni kena le kretif skit le kan.  Ni saya share resepinya dulu, gambar nanti2 le dulu, rasanya rupanya sama jek macam mihun goreng tapi rasa dia jek lain.  Enjoy it!!!  Saya ni jenis bantai suka hari jek, entry masuk citer dulu, gambar nanti2 masukkan. Sorry yek..

Bihun goreng tomyam

Setengah peket bihun (direndam dengan air dalam setengah jam kasi dia lembut)
Setengah perencah tomyam Adabi dalam peket (ada yang gantung jual kat kedai dalam RM1.20 sepeket tuh)
2 biji tomato
3 tbs cili kisar
1/2 tbs sos tiram
2 ulas bawang putih -di hilis
2 biji bawang merah -di hiris
Garam dan gula secukup rasa
2 potong dada ayam (biasa sy beli ayam potong kat Kedai Pak Aji) -dipotong dadu

Cara-cara:

Tumis bawang putih dan merah sampai wangi.  Masukkan cili kisar, sos tiram dan perencah tomyam.  Masukkan ayam dan masak sampai ayam masak.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Bila dah letak perencah tomyam ni, rasa garam dia dah ada jadik letak skit je pun garam lagi pun dah ok, ikut citarasa masing2 le.  Masukkan bihun tadi dan goreng sampai masak.  Akhir sekali letak tomato dan gaul lagi dan tutup api.  Sedia untuk dihidang.  Boleh letak timun dan hirisan cili merah sebagai hiasan.

Kawan saya penah bagi petua yang mak dia ajar.  Bila kita goreng bihun/mi, nak tau dah masa ke belum bihun tu senang jek.  Tengok lepas kita gaul2 tuh kan, akan ada seakan2 wap keluar dari bihun tuh.  Itu tandanya dah ok le tuh. Bila masak ni kita kena pandai jaga apinya dan kalau letak garam tu letak skit2 dulu.  Jangan terus letak banyak nanti termasin plak.  Rasa dulu skit sebelum hidang kat orang. 







Reading...love it

Salam semua

Dah lama tak beli majalah Jelita.  Hari ni nampak macam kenal kat model kat depan ni.  Ohhhh...rupa2nya model Wilma Mohammad ni.  Dulu dia mmg popular, lepas kawin terus hilang. Dia ni mmg cantik dan fotogenik, suka tengok gambar dia dulu.  Nak tau tentang citer terkini dia, boleh cari magazine ni k. :)


Jelita Keluaran Februari 2012

Dapat ni as attachment dalam Jelita keluaran nih


Tak sangka ni fesyen terkini yek..



Resepi Nasi Ayam

Untuk ayam ni sy tambahkan 1 sudu makan madu untuk kelainan :). timun sy guna timun jepun sebab lebih rangup

Resepi ni memang sedap, sy selalu masak kalo ada tetamu dtg rumah

Resepi ni saya ambik dari brochure Tupperware hampir 10 tahun yang lepas. Saya ni agak minat nasi ayam.  Nasi ayam favorite saya ada kat pasar malam Bandar Tun Razak hari khamis, depan CIMB tuh.  Nasi ayam dia mmg sedap tapi yelah kan dah suka makan kena le pandai masaknya.  Tapi nasi ayam saya ni tak sama tau dengan nasi ayam bandar tun razak tuh.

Nasi ayam ni simple saja dan senang nak buat, chinese style punya nasi ayam.  Mula2 terpandang resepi ni dah tau resepi ni mmg sedap sebab saya ni agak cerewet makannya.  Saya suka cari resepi yang best.  Kira ni cinta pandang pertama le kan.  Terus saya fotokopi dan simpan.  Jarang masak coz zaman tu zaman anak dara lagi tapi saja simpan kot2 le nanti boleh try masak.

Nasi ayam ni kira makan universal le bagi saya.  Kalau ada makan2 atau kita panggil kawan2 dtg beberapa orang dtg umah, saya akan masak ni sebab senang.  Budak-budak pun suka nasi ayam dan orang tua pun ok. Ni saya kasi resepinya tapi saya dah ubahsuai sikit ikut selera kami:

Resepi Nasi Ayam (Chicken rice)

Untuk ayam:
1/2 ekor ayam
2 1/2 cm halia di ketuk
2 ulas bwg putih di ketuk
2 tsp minyak bijan
1 tsp light soy sauce
1 tsp sos tiram
3L air

Untuk nasi:
600 gm beras wangi
3 ulas bwg putih dihiris
2 cm halis dihiris
1 tsp minyak sayuran (minyak sawit pun ok)
6 cawan stok ayam (dari air rebusan ayam tadi)
2 tsp garam
2 tsp minyak bijan

Untuk sup:
Sup ayam, 1/2 biji karot dan sayur pilihan anda
Garam dan lada hitam secukup rasa
Spring onions di hiris

Untuk sos cili:
6 biji fresh cilies/10 biji cili kering (sy guna cili kering)
1 ulas bwg putih
2 cm halia
1 tsp gula
1tsp jus limau nipis
2 tsp stok ayam tadi
Bahan perasa
Garam

Cara-cara:
1.  Rebus air dalam periuk dan masukkan ayam, halia dan bwg putih.   Masak hingga ayam lembut dan tutup api.  Asingkan ayam dari stok ayam.  Perasakan ayam dengan minyan bijan, sos tiram dan sos soya.  Gorengkan ayam. 

2.  Untuk nasi, basuh beras dan toskan.  Panaskan minyak dan tumis halia dan bwg putih. Masukan beras dan goreng selama 2-3 minit.   Masukkan ke dalam rice cooker dan tambahkan 6 cup stok ayam, minyak bijan dan garam.  Sesuaikan beras dengan air macam masak nasi biasa tuh.

3.  Untuk sup, guna stok ayam lebihan dan masukkan karot dan masak.  Masukkan garam, lada hitam dan spring onion.

4. Untuk sos cili, campurkan semua bhn dalam mesin pengisar dan kisar sampai hancur.

5.  Masukkan ayam dalam pinggan.  Hiaskan dengan timun dan tomato dan salad.  Hidangkan dengan ayam, sup panas dan sos cili.



Lokan bakar di Salut, Tuaran Sabah



Salam semua

Pernah makan atau dengar tentang lokan bakar?.  Kat sabah lokan masih senang di dapat terutama di area kampung saya.  Lokan ni berat jadi dia dijual by longgok.  Dalam selonggok tuh dalam >15 bijik kot harganya dalam RM10.  Biasanya kami kopek 6-10 bijik lokan ni dan masuk dalam sayur saja.  Jarang nak masak lokan alone saja  coz lokan ni berair dan airnya ditapis dan masuk sekali dalam sayur.  :)

Semasa balik kg hari tuh, kami dalam perjalanan ke Tuaran lalu jalan depan UMS tuh, jadik sempat singgah kat Salut makan lokan bakar nih.  Ni kira first time le saya g makan kat sana tapi family saya selalu singgah.  Kat Salut ni, gerai2 yang jual lokan bakar ni byk ditepi2 jalan.  Selain itu ada jual jeli kelapa yg sangat sedap.  Selain itu gerai2 ni ada jual jugak makanan order2 macam mihun goreng, mee goreng, soto dll.  Harga dalam gambar ni RM12 sumernye.  Lokan dihidangkan dengan  penciciah dan limau. Nampak byk tapi sikit je sebenarnya, tak leh byk2 nanti boleh muflis kakaknya ni asyik kena pau....

Mula2 sampai gerai tu kita pilih le lokan tuh dulu, dia letak berlonggok2 ikut saiz kat depan gerai.  Lepas pilih kita duduk dan dorang akan bakar kat belakang gerai.  Kat sini jugak kita boleh minum kelapa fresh.  Salut ni sebenarnya berdekatan dengan pantai tapi tak nampak pun pantai dari jalan raya.

Ok, kepada kengkawan yang dtg sabah dan tak tau nak pegi mana tuh, boleh le pegi try lokan bakar ni yea.  Selama saya pusing2 kat KK, tak jumpa lagi org jual lokan bakar.  Kat Sipitang jual lokan jek, tak ada jual lokan bakar. :)

Terima kasih sudi baca blog saya!!!

Thursday, 16 February 2012

Kecik bak setitis embun...tapi sangat bererti

Salam semua, terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya.

Hari ni saya nak share tentang souvenir favorite saya bila pegi ke luar negara AKA koleksi saya le ni. Kebanyakkannya saya yang beli sendiri tapi ada jugak yang dihadiahkan oleh kengkawan dan orang terdekat.  Biasanya bende2 macam ni le yang saya cari bila ke obersee.  Tapi semenjak flight saya ke New Delhi dia batalkan, saya tak berminat lagi nak berjalan sakan.  Simpan dulu untuk beli sesuatu yang diimpikan.  Saya tak menjurus kepada satu sahaja sebab bila kita ke luar negara, sesetengah negara tu tak ada pun barang yg kita nak atau pun tak jumpa.  Jadik hantam je le, yang penting ada le kenang2an.  Selain tu saya suka beli brg yang boleh guna macam apron, tuala yg ada tulis2, kain etc.  Tp suker yg 3 ni coz kecik dan senang nak bawak.  Yelahkan beg pun dah penuh ngan macam2 barang. 


Pertama:
-
-
Yg paling kanan tuh dari Istanbul, bak jatuh dari langit, tetiba jek ada kat rak simpanan koleksi ni. Tq le pada yang kasi tuh...

Kedua:
-
-
Tak pegi pun ke floating market ni tapi bangkok dah sampai le...
Mula2 fikir dulu, ntah apa2 ntah aku beli ni.  Masa g China dulu mmg macam org sakai, jumpa je souvenir beli...jumpa je beli.  Jumpa chopstik beli, jumpa selendang beli, jumpa key-chain, jumpa fridge magnetic beli, jumpa sijil naik great wall pun beli, kristal beli, mutiara beli, kain beli, jed beli, bekas tisu beli, alas meja pun beli, alas kaki pun beli, handbag tiruan pun boleh beli gak (dah buang dah pun) etc.  Aduhhhaiiii macam2....sib baik sarang burung dan teh tak beli. Itu pun hampir tergoda.  Sampai penuh 1 beg besar. Sekarang ni dah boleh dah control hawa nafsu...he..he...he...

Yang ke tiga:
-
-
Tak sangka banyak tempat jugak aku dah pegi. Saya hanya kumpul duit tempat yg penah pegi je tau, bukan simpan koleksi duit lama-lama tuh, kang ada plak yang masuk pecah umah plak...

Wang Kyatt ni paling berharga sekali, bukan sebab nilai wang ini tapi kalo cari kat money changer takkan jumpa punya...he...he.. Nak tau refer entry pasal percutian ke Myanmar ok.


TQ very much....



Wednesday, 15 February 2012

World Kidney Day Run 2012



Salam semua

Semalam saya dah register dan bayar RM35.00 untuk World Kidney Day Run 2012 pada 4 Mac 2012.  Register untuk women open.  Ada byk kategori untuk larian ni.  Tapi kena lari betul2 punya coz kategori ni hanya kasi medal untuk 150 orang pertama sampai ke garisan penamat jek. 

Seperti biasa geng2 lari ni dari rakan opis lama.  Harap kali ni boleh lari dengan lebih mantap coz 7KM jek, yg hari tu rasa cam nak cabut balik umah jek.  He...he...  Ada jugak ajak hubby tapi dia macam tak berminat. 



Sesapa nak register online boleh masuk ke http://www.hooha.asia/ tau.  Hari tu saya bukan http://www.hooha.com/, Ya Allah ntah apa2 iklan keluar.  Dah le laptop saya cap ayam, sampai sakit belakang tunggu. Isi borang dan hantar terus ke penganjur pertandingan lagi murah, RM30 jek.  Mula lari 7.30,pagi kat dataran merdeka kira ok le boleh naik lrt jek.  Boleh le kuar lambat skit.  Bukan apa kalo lari awal nanti tak nampak orang, rasa macam berlari ngan zombie coz tak nampak muka orang coz masih gelap.  Terasa macam berlari dalam mimpi pun ada gak.  Registration macam biasa, kena daftar dulu ngan website ni dan kasi maklumat alamat le, contact number le, password dan nak gambar gak.  Bila dah register dalam  tuh baru le boleh register untuk larian ni plak.  Pembyran boleh guna cimb, debit kad dan kad kredit. 

Nampak nya tahun ni dah 2 kali ikut run ni.  Yg pertama dulu Mizuno Run. Harap nanti dapat t-shirt brook yang cantik.  :)  Yg paling best leh jumpa kengkawan lama.  Tapi tak mampu lagi nak beli kasut lari, pakai je le apa yg ada dulu.  Nak rembat kasut hubby plak tak sama size. 

Jom le kengkawan join run ni.  Jumpa di sana ok!!!!



Sunday, 12 February 2012

Last jumpa sebelum kawin

Salam semua

Hari ni ada ajak kawan datang rumah, just makan2 biasa jek.  Tq Kaksu sebab sudi datang rumah kami.  2 hari sebelum tuh dah order forzen sate dari ex-opis mate, order 50 cucuk jek.  Mula2 nak masak laksa tapi masak laksa ni macam tak pass lagi.  Hari tu 1st time masak macam santan dia tak cukup.  Kat Rompin, family hubby suker masak laksa ni.  Simple je benornya tapi still tak confident lagi.  Nak masak laksa ni bagus sebab bahan2 dia simple jek tapi santan nyer kena byk skit dan ikan kena fresh.  Jadi tukar menu, buat nasi ayam yang simple.  Nasi ayam ni confident sikit nak masak coz selalu dah buat.  Jadik menu untuk makan-makan hari tuh:

Sate + kuah
Nasi impit
Nasi ayam
Air kordial mangga
Buah

Family mertua selalu guna ikan yang matanya besar tuh.  Mmg mertua saya mabeles le masak laksa ni.  Kakak ipar plak suker buat makan2 dan laksa nya mmg ditempah khas yg home made punya.  Jadi mmg takkan dapat nyer kat KL ni.  Nanti2 le kalo saya dah teror masak baru le letak resepi kat sini.  Saya tengok resepi mertua ada beza skit dari yang saya tengok kat internet.

TQ kaksu sebab kasi brg2 nih :)
Ni namanya gula nise.  Beza ngan gula melaka adalah gula melaka dari kelapa, manakana gula nise dari nipah (hubby ckp)

Oh ya citer pasal kaksu ni, last jumpa rasanya 4-5 tahun lepas tapi kat ineternet hampir tiap hari jumpa.  Dulu serumah kat kajang masa blajar kat UKM.  Time tadak keje, keje pertama saya jadi pembantu klinik beberapa meter dari rumah flat kami.  Masuk keje jam 9.00 pagi, balik keje jam 3.00 petang, ngan gaji RM280 jek.  Sempat keje dlm 2 bulan jek coz lepas tu g keje ngan pensyarah.  Manakala kaksu plak keje kat bandar kajang ngan keqwa.  Time blajar suker g jenguk dorang kat Metro kajang tuh sambil babai2 dan lalu.  Masa tuh naik bas tambang 0.45 sen jek. 

Walaupun gaji ciput tapi hati happy, maklum le umur masa tuh baru masuk 21.  Selepas masing2 meninggalkan bumi Kajang, semuanya masing2 masih lagi dok area KL dan sampai sekarang masih contact.  Dah jadik macam adik beradik pulak. 

Sekarang ni masing2 dah kawin lagi susah nak jumpa.  Dulu masa bujang kaksu salu belanja makan Johnny Steamboat kat Putrajaya, kaksu cakap 'biar kaksu belanja dan layan bai makan coz bai tadak sape2 lagi, kaksu dah ada hubby yang manjakan kaksu'.  He...he...  Mesti kaksu lega bila bai kawin coz dah ada teman kat umah.  Kalau tak dok sorang2 kat umah yg tinggi nih. 

Saturday, 11 February 2012

Pelangi yang dinanti



Hari ni pagi2 lagi dah pergi ke klinik untuk ambik darah kat pakar sakit puan kat sebuah klinik swasta di Selangor.  Sepatutnya minggu lepas dah datang jugak ambik darah untuk hari ke-21 period tapi pagi tuh agak busy dan bila pegi petang, tau je le kat kajang tuh jem gila.  Parking pun dah berlapis2 dan hujan turun dengan lebatnya. Terus balik opis balik.  Ahad pegi balik, makmal plak tutup cuti thaipusam.  Staf tu ckp ambik darah time opis hour jek.  Sebenarnya nak ambik darah kena puasa sekurang2nya 10 jam, tapi minum air putih dibolehkan.  Kena le byk bersara menempuhi semuanya...

Nasib baik juruteknologi makmal ni bagus, dia setkan tarikh baru dan appointment baru dengan pakar.  Hari ni datang sebab ambik darah hari ke-2 period.  Staf tu ckp ambik darah ni untuk buat test hormon dan beberapa lagi.  Ngeri le kena ambik darah, tapi tak rasa sakit pun.  Gimik jek...

Staf tu ckp kalo pegi sehari sebelum dan sehari selepas pun ok, hari tu tak faham sgt pasal kena dtg pada hari ke-21 tuh, ingatkan hari ke-2 period ni jek yg kena ikut masa.  Hhhhmmmmmmm...

Awal bulan depan ada appointment plak ngan pakar, ni kena dtg ngan hubby sekali.  Sebab masa ni pakar akan bagi tau hasil ujian darah.  Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat.  Rasa tak sbr dah nak ada baby ni.  Rumit jugak le g buat rawatan ni coz byk step by step kena buat.  Jadik akan ambik masa.  Pakar tak nak kasi ubat kesuburan terus, dia suh jalani beberapa test, buat pap smear, scan kedudukan rahim, masukkan kamera dalam rahim dan entah apa lagi nanti.  Tawakal je le...moga Allah memilih kami untuk dikurniakan cahaya mata sendiri. 

Semoga anda semua turut sama mendoakan yea.  Amin.

Monday, 6 February 2012

Pelmain Angan ku musnah



Ya Allah, bulan lepas tengok news kat TV3 yang maklumkan yang route g New Delhi, Paris dan London dibatalkan.  Ini termasuk le flight kami g New Delhi pada Mei depan.  Ada 3 option boleh pilih iaitu full refund, pilih route lain dan ambik flight company lain.

Sy dan kwn decide nak full refund je le.  Tapi elok le jugak, leh kumpul duit byk2 tuk rumah impian.  Mula2 dengar mmg frust giler. Terus hampir2 menangis sambil peluk my hubby, pahtu minta belas kasihan nak ikut g Osaka julai ni.  Tapi dia plak bukan nak kasihan ngan wife dia ni, dulu dia penah offer tapi sy refuse coz mei g new delhi, mana le nak cari duit nak g osaka plak kan.  Lgpun time julai tu musim panas yang teramat kat sana, saya nak g tengok sakura tak pun nak main salji kat sana.  Tup..tup dia g ngan member lelaki dia.  Hu...hu...hu..  Ajak dia jgk g new delhi tapi dia dah penah g india, dia xnak.  Tapi bukan main lagi jeles dia saya nak g taj mahal, terus dia nak tempah flight ke Phuket yg sama tarikh ngan sy.  Boleh?

Sib baik tak g buat visa lagi, tak tempah hostel dan tak pegi survey pun lagi trip ke india ni coz agak busy lately.  Tapi masih tak dapat memaafkan AA sebab telah punahkan impian saya dan menyebabkan kesedihan saya berminggu2 lamanya.

Nampaknya malas dah nak tengok2 flight AA ni, tunggu le kalo hubby tetiba ajak g jalan saya g le.  Kalao tak, tak nak le.  Ada member ajak g Saigon, tapi malas le g tempat yang dah penah pegi.  Sekarang ni berangan nak g Tokyo dan New Zeland jek.