Saturday, 15 December 2012

Tak de keje


Salam kengkawan

Gambar ni sy ambik masa pergi ke tandas awam kat Cheras.  Tentu kengkawan pun biasa lihat kan coretan2 macam ni.  Kali ni sempat tangkap sebelum keluar tandas.  Sangat menarik sebab sempat lagi dorang ni berbalas-balas msg kat pintu tandas yea.  Kekadang sy terfikir dorang ni sebenarnya orang yg kreatifkan.  Cuma anugerah itu telah disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnyalah.

Tengok contengan2 ni mengingatkan kepada teman seasrama dulu masa sekolah menengah, dia ni suka benor menconteng.  Mana dia pernah lepak mesti akan ada signature yg dia tulis dengan nama samaran dia.  Mana2 saja leh, kat tangga depan, tangga belakang, kat kerusi meja dewan study, kat pokok kayu pun ada, jat stesen bas etc.  Kat meja dia sendiri tak yah ckp le kan.  Jenuh tegur tapi tak jugak berubah.  Biasa teguran sebab dia merosakkan kecantikan sesuatu tempat le kan.  Bygkan le kita tengah duduk tetiba terpandang contengan2 macam ni, rasa syg le kan, merosakkan pemandangan saja.  Ia bertentangan plak dengan sy ni, kengkawan sy panggil sy Pencinta Alam.  Sy tak suka kalo org lalu kat koridor sambil cuit2 atau patahkan daun atau bunga2 kat situ.  Dah buruk dah rupanyakan.

Ending nyer, sy pun study sains, ambik sains sekitaran dan jadik pegawai sains.  He..he..

Kawan sy tuh ingatkan dia akan jadi penulis novel ke atau cikgu ke coz kwn sy tu mmg pandai bab2 mengarang ni.  Tapi endingnya jauh berbeza.  Masing2 dah berkeluarga, dengan kerjaya sendiri dan tak sangka dah berpuluh tahun tak jumpa dengan geng2 sekolah menengah dulu.  Dulu masa asrama kami ada 3 sekawan best frend forever iaitu sy, Haisah dan Fajiah.  Haisah masih contact lagi dan mmg kagum dengan kawan sy yg sorang ni, setelah beberapa lama terpisah dia boleh carik sy balik. Dan dia jugak tengah membaca entry sy ni...Tq yea Sah *wink*.  Tahniah dah peknen sekali lagi.  Doakan sy dapat baby jugak yea.  Yg Fajiah plak mmg sampai sekarang xpenah jumpa.  Kat FB pun dia jarang muncul.

Kat sekolah plak kami ada 3 serangkai jugak iaitu sy, Haisah dan Yulia.  Yulia dah balik ke Jakarta dan dah kawin dan kerja di sana.  Dia mmg org sana dan datang ke Labuan ikut kakak dia yang berkahwin dengan orang tempatan.  Kami 3 org ni mmg akan kesana sini bersama, jarang berpisah.  Cikgu2 pun mengenali kami.  Ada sekali tuh Haisah demam, sy plak penakut nak pergi tuisyen seorang.  Pahtu cikgu tu bagi nasihat kat sy supaya sy lebih berdikari, sampai sekarang sy masih ingat lagi teguran cikgu tu yang mmg sangat betul.  Antara kami, sy adalah yg paling pendiam dan penakut.  Manakala Haisah dan Yulia mmg peramah dan extrovert.  Sy jek yang intovert, jadik sy lebih byk diam. Tapi sy aktif dalam sukan, dorang tak.  He..he..he..  Sy mula berdikari bila masuk matriklah. Pergaulan lebih luas dan ramai kengkawan dari seluruh sabah.  Sy dah boleh balik kampung sorang2 dan jalan2 di KK seorang2.  Sy mahu membuktikan kepada cikgu tu dan orang lain yang sy boleh berdikari sendiri.





No comments:

Post a Comment