Sunday, 30 December 2012

Rumahku tak de air


Salam kengkawan

Malam tadi hinggalah ketika ini rumah daku xde air.  Huhuhuhu....

Semlam jam 8 malam sy dan anak buah, Amoy pergi makan lamb chop kat Taman Len Seng.  Balik dalam 9.30 tuh ada le nampak orang lalu tepi kete tengah bawak baldi. Daku ingatkan dorang nak pergi cuci kereta.  Sampai rumah, daku teruskan le mencuci kain tudung (hand wash ok), bila tengah bilas, tgok air kat storage box yg daku jadikan takungan air makin sikit.  Ehhhhh pehal ni, napa mcm tak topup jek air ni.  Bila angkat hos air xde, terus bukak pili air...tup-tup air xkuar plak....Ya Allah, air tadak!!!!!.  Tadi cuci muka dan berus gigi kat singki ada lagik.  Aiyoooo....caner ni!!!  Simpanan air pun dah daku habis licinkan cuci kain ni.  Langsung tak de air kat rumah, nasib baik air minum banyak lagi.

Nampak ramai jugak penghuni telah turun ambik air kat kolam renang, berduyun2 turun, daku skodeng dari balkoni jek. Rasa cam lucu plak, ada yg ambik air dalam botol air mineral, dalam baldi, dalam besen pun ada.  Ada jugak yg siap bawak troli lagi.  Kebetulan hujan tengah renyai2 dan jadik air kat kolam tuh xde le nampak berkurangnya.

Hampir jam 12 daku dah mula rasa nak g toilet, maklum le tadi bedal lamp chop tak hengat.  Terus ajak Amoy ambik air kat bawah guna baldi.  Sebenarnya jarang jugak Amani ni xde air tau.  Kalau ada gangguan pun biasa masa hari keje dan ada le notis tampal kat tepi lif tuh.  Kami pun turun, rupa2nya ada gangguan air kat area KL dan Gombak disebabkan tanah runtuh kat Bukit Setiawangsa tuh, ada notis baru tampal.  Hhhhmmmm nampak gayanya lama skit le kot gangguan air ni.  Terus kami berulang alik 2 kali angkat air guna botol dan baldi.  Pagi2 bangun terasa badan sakit2.  Waaaa....xsuke le macam nih.

Harapnya balik keje ni dah ada air le....tak tahan wooo turun naik angkat air ni.  Dah le lif ni problem lately, lama nak tunggu coz ada 1 lif tuh rosak.

No comments:

Post a Comment