Monday, 3 December 2012

PS2: Ambik dokumen dan mula bayar interest




Salam kengkawan

Dah lama tak update pasal rumah kan. Dah beli rumah ni dan tengah tunggu rumah siap, dah kira cool down dah.  Tak payah nak pening2 kepala dah, just byr jek interest bulan2 dan kumpul duit sikit2 tiap bulan untuk belanja rumah baru nanti. Ni bukan rumah pertama, jadi excited tu tak de le macam rumah pertama dulu.  Dulu mula2 masuk amani tahun 2008, sumer bende nak beli.  Tang-tang tu jugak pegi Jatimas, Ikea, Fella Design, kilang perabot, kedai lampu bagai g beli macam2.  Tak menyempat2, pergi sorang-sorang pulak tuh.

Sanggup beli side table jati masuk dalam waja dan drive dari Wangsamaju dalam hujan yang teramat lebat dan angkat kerusi2 berat tu naik lif ulang alik sorang2.  Masa tuh berangan nak beli perabot jati tuk umah tapi terhenti disebabkan masalah kewangan, sempat beli kabinet tv dan side table jati jek.  Bila tiba meja makan, dah kena beli Cavenzi coz dah pokai masa tuh baru kawin plak kan.  Tapi kayu jati mmg le cantik dan tahan lama.  Kerusi dan kabinet tv sampai sekarang masih elok dan nampak macam baru.  Ada le skit2 daku rosakkan hari tu, terhempas remote tv kat kabinet tv coz geram sgt tekan2 xleh tukar channel.  Sian kabinet jadik mangsa.  He.he..he..

Masa bercinta ngan hubby, pernah ckp yg rumah sy konsep dia kayu jati. Bila hubby pindah masuk umah dia pun perli2 yang daku sibuk ckp konsep jati tapi tup--tup ada 2 jek perabot kayu jati kat umah.  Kahkahkah...Nak buat caner, hari tuh mmg nak terbeli dah meja makan jati coz kira tahan lama tapi duit plak masa tuh tak berapa nak ada.. Segan jugak kan kalo ada ipar duai atau kengkawan dtg umah tapi meja makan pun xde.  Tp sejujurnya, sebenarnya sekarang ni kami masih duduk makan kat atas carpet depan TV, meja tuh macam jadik perhiasan jek.

Ada satu masa tu teman hubby g Ipoh ambik barang2 dia kat sana, hubby bawak jenjalan g Taiping, Kuala Kangsar dan sempat singgah kat umah bekas lecturer dia yg dah pencen.  Masuk jek umah dia, daku terasa nak pengsan coz tema umah dia kayu, pahtu daku jeling2 jgk susunan pinggan vintage kat kabinet jati dia.  Mmg sumer perabot dia adalah jati, meja makan, kabinet, sofa, kerusi, side table, meja kecik2 tuk telefon etc.  Sy juga nampak meja kecik yg beroda tuh tuk letak barang atasnya.  Entah2 dorang bwk sendiri kayu jati naik tongkang kot.  Perghhhhh...mmg hebat le umah nih. Ni mmg rumah typical orang melayu le.  Hubby jeling2 kat daku pahtu sound 'ni baru le tema jati'.  Cisssss......

Kali ni dah tak kisah dah, tunggu jek sale baru le g beli, rugi beli kalo tak sale....rugi banyak.  Hidup le apa yang ada dulu. Tak pasti lagi untuk rumah baru nanti nak bawak kerusi jati ni g sana atau nak ambik konsep moden.  Konsep moden ni murah skit pahtu senang nak matching tapi kalo konsep kayu ni terasa hidup lebih aman dan terasa le konsep kesejukan dan kealam semulajadinya.  Rasanya kalo bawa g PS2 dan beli meja makan jati, dah ok dah konsep jati nih kot.  Pahtu letak le beberapa pokok hidup dalam pasu letak kat ruang tamu...hhhmmmmmmm best...best. Pahtu kitchen kabinet boleh le ambik warna kayu gak....Ada dalam setahun setengah jek lagi rumah siap, jadik mulai dari sekarang dah boleh berangan le nak hias rumah caner. Nanti tunggu hubby cuti semester boleh le pujuk2 dia bincang tgg konsep umah plak. Daku paling syg kan dapur + oven Europe daku ni.  Hubby ckp daku beli dapur fesyen lama, tapi tak kisah coz dapur ni byk dah jasanya dan baking guna dapur ni mmg best.  Kena gak bawak dapur ni g PS2 nanti, wajib!!!.

Semlm teman hubby pasang side table ikea yg dia beli dulu-dulu.  Hubby ni mmg le suker benor beli barangan ikea.  Sedang sembang2 ngan dia tuh, tetiba dia terpandang meja dia macam terturun skit ke bawah kat tengah2nya.  Meja ikea tuh dia beli masa permulaan semester hari tu siap dengan kerusi dan kabinet besi lagi.  Semenjak hubby suker beli perabot ikea nikan, sy pun agak terpikat le jgk walaupun sy lebih suker perabot dari solid wood.  Biar beli mahal tapi boleh guna lama. Daku mmg agak kedekut, nak beli dan nak pakai sampai 10-20 tahun, boleh?.  Tapi bila nampak meja dia jadi macam tuh...tetiba kuar dari mulut sy 'Bie, tu le sebabnya sy lebih suke beli kayu solid'.  Kayu solid lebih tahan lasak.  Meja tuh dia letak laptop dia jek..dan kengkadang dia letak buku bila dia tengah buat keje jek......dah jadik cam gitew.  Hopefully hubby berubah fikiran le sebelum umah PS2 siap, boleh sambung konsep kayu kat situ.



Ni baru jek balik dari Kajang g ambik salinan dokumen perjanjian dengan OCBC tuh.  Dah lama lawyer panggil dtg tuh ambik coz dorang ckp takut nanti hilang kalo lama-lama sangat. Hari ni baru le sempat g ambik.  Dalam ni ada jugak dokumen dari pejabat tanah bagai, tak berapa nak faham le kan.  Syukur alhamdulilah hal-hal rumah ni dah settle. Lega rasanya, sekarang ni baru le terfikir betapa kucar kacir nyer hidup daku masa mula2 carik umah dan uruskan pasal loan tempohari.

Dah tenang2 ni, terfikir le jugak nape dulu tak cari rumah semi-D.  Rasa nak sangat dok rumah semi-D sebenarnya sebab sy jenis suka menanam, terutama pokok buah-buahan.  Tapi nak buat caner, ni jek yang mampu setakat ni.  Hubby jenis yang tak suker dok rumah bawah, dia malas nak fikir pasal maintenance rumah macam potong rumput dan dia juga risau pasal rumah kena pecah masuk segala. Dan lebih penting dia nak duduk area bandar ygn sibuk.  Jadi lebih suka dok rumah atas. Kira dalam hal-hal rumah ni, kami memang tak satu kepala le. Bersyukur le korang yang husband n wife satu pendapat tu yea.  Macam jiran sebelah ni, husband and wife dia nak rumah besar2.  Best sgt le dengar, yelah kalo combine loan husband + wife mmg best le boleh beli rumah besar skit.  Mungkin sebab kami tak ada anak lagi kot, jadi priority tu masih kabur dan lebih bersifat individualistik.  Nak rumah bawah kena guna gaji sendirik, macam tu le....gaji ciput, umah teres je le mampu beli nyer..

Tak pe le, nanti dah pencen boleh jual rumah kat KL ni, pahtu buat rumah kat Sipitang besar2.  Boleh le tanam semua jenis pokok kat tanah yang luas tuh.  Anak cucu pun boleh buat rumah kat Sipitang tuh jgk.  Best nyer!!!!! Boleh duduk dikelilingi pokok dan perbukitan yang saujana mata memandang.  Boleh mandi sungai dan boleh buat kebun buah2an keliling rumah.  Hhmmmmm terasa nak pencen awal plak.  He.he.he..hee

Beberapa minggu lepas, first time bayar interest bank.  Tak de le byk, dalam RM101.31 jek.  Selain tuh bayar insuran MRTA plak coz masa beli rumah hari tu, tarikh lahir dah lepas....jadi kena topup dalam RM480.  Mmg beli rumah ni kena stand-by duit cash lebih skit le coz ada jek bayaran tetiba kena bayar.




No comments:

Post a Comment