Sunday, 23 December 2012

Pad Cloth: Survey jenama dan beli @ jahit sendiri


Klik sini untuk link ke snowdrop. Tak sabar dah nak dapat CP pertamaku ini. Snowdrop jgk ada FB.

Sy beli heavy, medium 2 unit n light, sumer RM90.30 + RM6 untuk pos.


Ada jugak dalam bentuk pack


Salam kengkawan

Makin jarang pulak update blog ni dgn bende2 berfaedah yea. Byk keluh kesah dan post bhn bacaan lawak jek lately. Makin busy kebelakangan ini, banyak kerja dan byk drama....yg penting daku bukan heroin zaman moden yea.  Cuma sy nak ingatkan kengkawan, bulan ni dan bulan depan adalah masa bonus kita, jadik gunakan ke arah yg baik yea.  Jgn gopoh2 nak berbelanja, rancang dan fikir dulu sebelum beli, yg paling penting survey dan bandingkan harga.  Jangan mudah terpedaya dengan tawaran 'promosi hari ni, esok dah xde dah dapat harga macam hari ni'.  Bagi sy strategi macam ni ala-ala memaksa, jgn terpedaya!!! Kena ingat peniaga ni kekadang cukup pandai bermain psikologi dengan kita, jadi kita kena berhati-hati.

Setiap kali sy menaip entry kat blog, sy selalu terfikir ttg faedah dan manfaat penulisan sy kepada anda semua.  Biar entry sy boleh menjadi rujukan bukan saja untuk masa entry ni ditulis tp untuk rujukan pada masa akan datang jugak.  Sebolehnya tak nak terlalu emosional sgt dlm ni. Almaklumlah apa yg tertulis dlm blog ni boleh dibaca oleh sumer org.  Tp kekadang best jgk meroyan2 dlm nih. Hehehe....

Nampaknya blog ni dah bertambah reader nyer, terima kasih kepada anda semua yg sudi berkunjung ke blog sy ini. Selamat berkenalan dan sy berharap ada ilmu yg boleh sy kongsikan dgn anda semua. Kepada yang follow sy, terima kasih banyak-banyak sy ucapkan.  Dalam zaman yang sekarang ni, sangat sukar mencari kawan diluar lingkungan keluarga, rumah dan kerja kita yea dak.  Berblog ni telah menemukan sy dengan kengkawan blogger yg tak mungkin akan jumpa tanpa blog ni. :) Tq.

Hari ni nak share tentang cloth pad, pernah dgr tak? Dah byk kesedaran ttg cloth pad ni sebenarnya dan kalau anda cuba google byk sgt information boleh dapat. Seblm ni sy ada bukak blog Snowblog tp niat nak beli terbantut sbb terasa mahal sgt. Secara realitinya produk2 mcm ni mmg mahal. mungkin sbb xramai persaingan kot.  Ntah kenapa semlm sy terbukak n ternampak ada promotion 30%.....yes...yes..terus daku order, harapnya boleh dpt minggu ni.  Nak beli pun senang sbb sistem pembelian dia agak anvanced, lepas daftar dan pilih produk, kita akan dapat quotation dan harga pos on the spot bila kita isikan poskod, cuma sebelum kita klik confirm tuh mmg kita perlu transfer duit dulu, pahtu baru confirm.

Selain dari snowdrop, ada lagi beberapa website yg menjual cloth pad ni.  Disini sy sharekan beberapa jenama atau website yg menjual cloth pad nih bersama link sekali. Bolehlah anda survey dan buat perbandingan yea. Rasa gembira jgk coz ramai pengusaha ni adalah asalnya surirumah yg akhirnya buat business online, dgn kepakaran menjahit dpt jadik usahawan kan....kagum..kagum dgn dorang.  More info pasal brand CP ni, klik kat sini, Adik ni mmg byk dah beli CP ni, byk brand dah dia cuba.  :)



Sweet n Cosy. Klik kat sini.  Ada juga jual bende-benda lain seperti barang baby (blanket, CD, burp clotch, mommy bag etc).



Yang ni mama patch. Klik sini.  Sy suka warna-warna mama patch ni.  


Yg ni Bisky Bosky.  Yg ni pun macam best jugak.  Nak tau lebih lanjut Klik sini. Yg menariknya brand ni ada buat design Batik.  Jadik sape2 yg nak fesyen traditional tuh, boleh le beli kan.  Terasa feeling macam org dulu2 pulak coz orang dulu-dulu kan pakai kain batik. 

Yg ni Blucotton, tak jumpa blog dia tapi jumpa dalam FB.  :)

Rasa nak buat sendiri kat rumah?. Kepada yg pandai menjahit dan byk masa lapang kat rumah tu boleh jek cari kain dan jahit sendiri.  Org putih banyak jek buat DIY benda-bende macam ni.  Mula2 rasa mcm senang jek nak buat. Dulu masa sekolah salu jgk buat sarung bantal guna mesin jahit mak, pahtu penah jahit baju sendiri. Maklumlah adik beradik ramai, mana mampu nak tempah kedai kan. Sekarang ni terasa macam nak beli mesin jahit sendiri plak.  Dulu kalau kakak sy balik kg, ada le jugak pinjam mesin jahit singer dia.  Lepas tu adik sy plak beli mesin jahit Harmony tu, siap pergi kelas Epal lagi tuh kat KK.  Adik sy ckp mesin jahit tuh bagus sgt, ada le jugak sy tengok dia belajar buat sulam sikit2.  Eeehhhh tapi sampai sekarang nape daku tak pernah nampak dia sulam baju dia yek?  Ehhhh makcik, baik ko sedekahkan mesin jahit ko tuh sama aku nih, dari jadik tukun jek kat umah ko!!!. (Jeles sebenanya)

Disini jgk sy share blog yg letak tutorial untuk jahit sendiri. : Sy pun berangan2 nak jahit sendiri. Kena kumpul duit beli mesin jahit nampaknya.  Sy suka brand Harmony tuh tapi mahal sgt le plak.  Singer pun suker jgk tapi takut nanti dah beli singer, daku tingin nak beli yg Harmony plak.  Tapi kalo beli Harmony, kalo setakat nak jahit sarung bantal dan CP jek tadak maknanya kan.  Macam le aku  ni rajin sgt nak menjahitnya.

Kat bawah ni ditunjukkan jenis-jenis CP. Daku pun terkejut jgk, ada byk rupanya jenis CP ni. Klik kat sini utk link website dia yek.


Yg ni tutorial untuk buat CP. Klik sini.  Yg ni tebal sikit sebab dia buat macam berlapis.  Tutorial dia nampak mudah dan diajar secara detail jgk caner nak jahit.


Kat bawah ni ditunjukkan cara nak jahit step by step untuk CP yg ada insert.  Klik sini. Sy pun tertarik dengan cara jahit insert ni.  Mudah saja dan ditunjukkan dengan detail, sesuai untuk amatur macam saya.



Ok kengkawan, itu le sikit info pasal CP.  Boleh beli dan jugak boleh buat sendiri kat rumah.  Banyak lagi tutorial yang mudah2 dalam internet boleh google.  Yg ni antara yg menarik perhatian saya le. Bagi saya, sy nak try dulu pakai CP ni, kalo sy rasa selesa baru le sy akan fikirkan nak beli mesin jahit ke idak. Atau sy potong siap2 kat KL, lepas tuh jahit kat kg nantikan.   Boleh jugak ajar adik dan mak saya cara jahit CP ni kan.  Atau paling senang, sy beli jek dari blog2 kat atas tuh.  :) K, bye..........



No comments:

Post a Comment