Tuesday, 27 November 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang




Salam kengkawan

Hari ni nak berjiwang-jiwang kejap yea.  Semalam adalah hari lahir hubby yg ke-35, eeehhhh tertulis plak. Selamat Ulang Tahun kepada hubby Syed Saifuddin Syd Ahmad, love you soo much.  Sebenarnya kami lahir tahun yg sama, tapi saya bulan jun dia plak bulan november.  Semlm masa jumpa dia sy ckp kat dia 'Bie, awak dah tua dah, dah sebaya sy!!!'.  Hahahahaha... Dia salu perasan sebab sama besday dengan Pak Lah!!.

Isnin lepas keje, bergegas nak g sogo carik hadiah besday hubby coz busy benor xsempat nak kuar g beli minggu lepas.  Tahun lepas kasi hadiah kemeja Valentino kat dia, tahun sebelum tuh cokelat coz tgh gaduh. Syukur jugak le, dia pakai kemeja tuh.  Hujan plak, balik ikut plus jemm plak bila masuk mrr2.  Sampai bandar tun razak dah 5.40, naik tren g sogo.  Tetiba hubby msg nak ajak tgok Twilight mlm ni, beberapa minit kemudian msg balik tak jadik coz dia ckp ada program lain Boleh?.  Daku ala2 sentap terus merayap jap g sogo, beli kek Black forest tuk besday boy..  Seblm tuh g Kedai Warisan ke apa yg jual byk baju batik tuh.  Nak cari color merah tapi tadak plak saiz hubby, konon nak sedondon ngan batik yg hubby belikan hari tu warna merah hitam.  Terus belikan dia design baru warna hitam putih coz dah juling bijik mata tgok color. Yg best kolar dan tangan warna putih.  Kotak disediakan dengan sedikit tambahan RM.

Hmmmm tahun depan kena belikan benda lain plak nih...kena fikir dari sekarang nak beli apa nih.  Balik umah, tengok dia tgh sibuk buat assigment dia.  Hampeh...program le sgt kan!!!.  Pahtu tgok dia edit2 gambar2 kami main futsal masa raya haji lepas.  Daku pun tumpang sekali sebab gambar2 tuh sumer daku yang ambik. Ehhhh...lepas ni boleh le pinjam kamera hubby bawak g obersee.  Ingatkan nak ajak dia dinner kat luar, tapi sibuk le plak.  Terus masak nasi + telur goreng jek coz hubby tak nak makan.

Semlm baru le hubby ajak g tgok Twilight Part 2.  Pas dia blik keje terus kami bergegas g 1Shamelin tgok wayang kat situ.  Pahtu g makan Subway dan bergegas naik tgok.  Tak ramai sgt org, tu yg best tuh.  Hubby seperti biasa le kalo tgok wayang, muka dia melekat kat skrin tuh.  Hubby semenjak dua menjak ni agak jiwang skit, suker sgt dia part 2 ni.  Bagi sy part 1 tu lagi best, lagi banyak gaduh dan bercakaran.  Hubby suker part 2 coz ada feeling2 skit, protection skit, ada suspen skit.  Dah abis tgok wayang terus balik umah.

Semenjak dua menjak ni busy sangat.  Tiap minggu mesti ada task/event, rasa hidup makin singkat plak.  Ditambah lagi alat IC tengah rosak.  Dah lama dah rosaknya, semalam baru company dtg tgok tapi nampaknya bacaan dia tak accurate plak.  Mungkin kena tukar guard column.  Bukan manusia jek ada guard, column pun ada guard jugak!!!!.  Kena tunggu company analisis result semalam dan dtg baiki sekali lagi.  Tu yang hidup agak huru hara lately tuh.

Ahad hari tu pergi kursus pengukuhan pasukan kat SwisGarden Kuantan.  Perggghhh tempat ni kalo nak makan seafood mmg heaven le.  Terutama dinner le makanan dia mmg sedap2 dan penuh dengan seafood.  Masa sampai hari tu, sy terasa macam pernah dtg plak tempat ni.  Confuse sekejap, lama2 pusing2 hotel baru le perasan mmg xopis penah pegi dulu.....itu pun perasan bila tengok pantai dia.  Lepas tuh double confirm ngan Anum, xopismate jugak.  Pergi kali ni dengan pegawai baru dan lecturer baru.  Bygkan dalam group tuh sy le paling tua!!!.  Ada le lagi yang tua tapi group lain.  Sy pergi ni plak sebab tak cukup lagi 7 hari kursus.  Bukan kurang kursus pegi tapi kursus yang pegi tuh tak dimasukkan plak dalam sistem latihan.  Tak tau le plak kursus ni tuh staf muda....cissss....  Nasib baik ramai pegawai dari fakulti dtg, jadi best le ada member bergumbira.

Yg paling best ada Explorece pada last day.  Kena g Pusat Rekreasi Air naik van dan pergi menchanting batik dan mengukur kelapa. Dorang yg muda2 tuh terkejut dgn keteroran daku mengukur kelapa, malu le plak.  Terus sy ckp kat dorang cover malu 'Ni le orang muda zaman sekarang ni, mengukur kelapa pun tak reti'.  Dorang gelak jek........... First time menchanting batik...rasa kami dah warna paling cantik tuh...tetiba bila keputusan tiba, group kami paling corot dalam menchanting batik.  Group kami silap percaturan masa aktiviti kat pantai.  Kami kena angkat secawan air guna kain, setiap orang pegang penjuru.  Dalam group kami ada sorang tuh mmg pintar, engineer le katakan tapi kami diminta pilih ketua yg paling muda.  Jadik faham2 le kan.....Dalam group kami 2 lecturer engineering dan 4 pegawai.  Lecturer bijak ni dah ckp dah cawan xleh isi penuh tapi yg lain degil. Jadik kami telah dipintas dgn sebuah kumpulan plak.  Tahu sy jadik apa?.  Oleh kerana sy pompuan, kecik dan paling tua, ahli kumpulan salu risau ngan daku.  Yg best nyer kursus kali ni, pompuan ada 8 orang jek...lelaki dalam 20 org. Jadik daku hanya ditugaskan tunggu kat tepi pantai dan ditutup mata, keje daku adalah tuangkan air dalam botol air mineral jek. Hampeh ngan fasilitator tuh, ada ke patut dia jadi batu api kacau2 masa tengah tuang tuh.  Siap tuang air mineral lagi kat tangan daku suh kasi confuse.  Eeeehhhhhhhh...to tell you the truth, walau dah tutup mata tapi masih boleh lagi nampak skit2 muncung air mineral tuh...kikikikikik....  Trick dalam permainan ni adalah cawan plastik tuh jgn penuh sgt dan kain kena tegang.  Tu yang lambat skit group sy ni sampai kami jadik n0 3 dalam explorece ni dan effect markah keseluruhan, kami jadik no 2.

Sebenarnya sebelum explorace ni, kami adalah group ditangga no. 1.  Yg engineer muda ni mmg hebat, byk soalan2 matematik berbelit2 dia boleh selesaikan.  Mmg kagum le ngan dia, wife dia plak sweet sgt!!!.  Dia dtg dgn wife dia kat group sebelah, loving couple.  Yg mengagumkan, walaupun dorang dtg suami isteri, dorang tetap g makan asing2.  Yg wife dia g makan sesama pompuan, kecuali last day le.  Mula2 dorang kena 1 group tapi hubby dia bgtau kapten, terus dorang dipisahkan.  Dua-dua baru balik dari oversee sambung belajar, sejuk perut mak pak dorang ngandungkan dorang berdua ni kan!!!. Yg lain menarik jugak, lecturer yang sorang lagi tuh aktif suka ragbi, jadi kami punya sorakan ala-ala group All Black NZ tu le.  Cuma couple ni lagi menonjol pada mata sy coz dorang dtg suami isteri dan sangat sweet.  Ada jugak doktor2 perubatan muda tapi malas nak tegur coz nanti tersingkap kenangan lama..


No comments:

Post a Comment