Sunday, 4 November 2012

Putrajaya 2012 Diabetes Day Walk, walking with friends










Salam kengkawan

Tahukah anda 14 november adakah hari diabetes sedunia? Bersempena dgn event ini, diadakan Diabetes Walk di Taman Wetland yg berlangsung pada 4 November 2012. Hubby dah lama bgtau ttg event ni n daku dah pesan kat dia siap2 daku nak ikut. Memandangkan ni just jalan2 cari kawan jek, jadi xbyk le persediaan dilakukan.  Hubby ni pegi sbb kawan dia terlibat dlm event nih. Acara hari ni anjuran bersama Hospital Putrajaya, Perbdnn Putrajaya, Novartis dll. Seawal jam 5.00 pg lg kami bergegas bgn.

Semlm pun sy dah pinjam backpack hubby sbb nanti senang nak letak brg. Dah sumbat siap2 wallet, air minuman, baju ujan, payung sumer dlm tuh. Baju nak pakai dah sediakan kat hanger siap. Tau je le hubby bersiap cepat, kang masa tuh jgk nak cari2 baju tak pasal2 kena tinggal.  Jam 5.40 kami gerak cox pendaftaran jam 6.30. Hari tu sy dah 3 kali pergi tanan wetland ni tp sesat jgk le sampai 3 kali pusing putrajaya baru jumpa.  Dari traffic kat dpn putrajaya tuh ada plak 3 simpang, xtau pilih yg mana. Masuk simpang tengah, sesat sampai kena pusing kat Bgnn Pusanita, pahtu g situ blik, hubby plak g gatal2 ikut simpang kiri, pusing blik kat Pusanita tuh jgk. Kali ke3 kami terus jek menghala ke KL baru le jumpa pintu masuk ke situ. Terus parking kat situ coz tgok ramai org dah dtg masa tuh. Menapak pegi kepadang pahtu register. Hubby dah register online tp nama ntah xde, mungkin labat register kot....jadik kami register le on the dot. Baju tak dpt. Tp bila kwn hubby dtg, dia kasi kami baju. Terus g toilet tukar baju. Ahaaaaa....baru le ada mood nak jalan kan.

Seblm lari ada senamrobik termasuk gangnam style plak. Dlm jam 7.30 baru mula  gerak dari tempat Start. Tak jauh pun pusing2 dlm taman wetland tu jek.  Maklumat lanjut tentang Taman Wetland ni boleh bukak web Perbadanan Putrajaya di sini.  Ramai je syarikat buat hari keluarga disini dan kat sini best boleh pusing-pusing taman naik basikal yang boleh sewa. Maklumat lanjut boleh call je dorang atau boleh pergi ke pejabat dia kat situ jgk. Naik tram pun boleh dengan bayaran yang agak murah.  Byk aktiviti boleh buat kat sini terutama bersama keluarga.  Tempat paling sy suke adalah tengok Swan  berenang kat tasik nampak sangat Gorgeous!!!.  Laluan nyer senanga jek, lalu menara tinjau terus ke tempat Swan tuh pahtu lalu Muzium, terus ke Flamingo pond dan pergi balik ke padang tadi.  Rasa dlm 2 ribu ada kot yg dtg ternasuk baby dlm wakler. Ada jgk coloring contest bg budak2 yg parent pergi berjln. Jauh perjln dlm 5km tapi serius xrasa pun sejauh itu coz dgn suasana pagi dan pokok2, terasa best sgt!. Walaupun tema walking with friens tp xjumpa pun kwn baru. Sambil2 jln sambil ambik gambar. Lastly penat, tumpang kamera hubby jek, pahtu g minta hubby ambik gambar sama untuk kenangan hari tua.

Dlm 30 minit dah sampai garisan penamat n kami diberi roti dan air mineral. Lepas tuh ambik goodies bag. Happy coz dlm tuh ada sijil dan ada le mknn kesihatan. Dah namanya diabetes walk, jadik jgn mimpi le dpt nasi lemak plak kan!. Ada ucapan dr penganjur dan pengerusi perbdnn putrajaya. Best event ni coz x formal sgt. Berucap pun sambil berdiri saja, xde podium bagai. Lepas tu tibalah saat yg ditunggu2 iaitu cabutan bertuah. Daku xmengharap sgt coz daku bukan salu bertuah pun. Ingat masa g Fun run masa Kidney day hari tu, terasa nak nangis xdpt ipad. Punya le byk hadiah, satu pun xsangkut. Bila panggil no yg ke 5 kot, tetiba nama daku naik. Yay..yay...yay.  Terus tunjuk no kat hubby, kot2 le daku perasan sgtkan. Pahtu hubby suh g ambik. Aiyooooo.....ala2 terkejut tgok hadiah nyer aduhai cenonet nyer. Sampai jek kat hubby, terus ckp 'ni vitamin C Kot'. Terus xde mood nak bukak masa tuh, terus masuk goodies beg n terasa nak ajak hubby blik time tuh jgk.









Nampaknya xde le grand2 sgt hadiah dia, ada bungkusan mcm penimbang berat pun ada. Pahtu ada voucher mph. Yg paling grand rasanya  voucher jgk kot, ke apa ntah. Kira biasa2 je le, almaklum le kan event free. Ada lucky draw pun dah untung besar.  Suami ku hampir2 frust tak dpt hadiah, pas abis cabutan bertuah hubby ajak blik. Padahal ada lg 14 hadiah utk kuiz. Nak jwb angkat tgn. Tp kami terus menapak blik bersama2 org lain. Ehhh...sblm lari td ada org edarkan sebijik pil pharmaton.

Sampai cheras g mkn kat tepi stesen lrt bdr tun razak, pahtu daku plak gatal mulut tanya hubby pasal planning semlm nak tgok wyg. Pas mkn mcmana ntah hubby ckp nak g terus tgok wyg kat 1 Shamelin.  Daku plak terkejut ckp 'apa, dgn busuk2 ni kita g?'. Hubby iyakan coz dia ckp takut xsempat kejar movie jam 11.30. Kami tgok citer apalagi james bond le. Daku bukan peminat JB ni tp boleh le. Dgn kasut sukan basah ni, xselesa betul nak tgok wyg.  Ala....nape le ejen 007 kali ni xhensem. Pelakon sumer org tua mcm org scotland zaman dulu, akibat dr itu hanya tgok 5 minit pertama dan 10 minit terakhir jek. Skyfall ni rupanya nama tempat asal ejen nih kat Scotland. Ehhhh....terbocor rahsia plak...g le korg tgok sendiri! he...he...he....

Ehhhh mesti korang teringin nak tau apa sebenarnya hadiah cabutan bertuah tu kan
Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bukan Vitamin C ok...NO...NO...NO!





Comel kan?  Macam pegang sebijik telur saiz C jek, sesuai beli kalo kengkawan jenis suke jogging. Mmg sesuai sgt untuk daku.  Nak setting pun senang, just masukkan info macam berat, tarikh, jarak langkah etc.  Letak kat pinggang dan set masa bila nak lari, nanti lepas lari boleh check berapa KM dah kita lari, kalori berapa dan berapa langkah kita.  Senang kan.......ni yg bersemangat nak jogging hujung minggu nih.

TQ sebab sudi baca blog saya



No comments:

Post a Comment