Tuesday, 20 November 2012

Buku hubby, dating di MV




Salam kengkawan sumer

Semenjak hubby sambung study ni, daku le yang jadik research assistant dia.  G hantar dokumen g GSB, g pinjam buku2 dia kat library.  Kira setiap semester le g pinjam kan buku tuk dia.  Dah hampir 14 tahun habis belajar ni, terkial2 jugak le nak guna gemilang tuk search tajuk2 buku kat PTSL ni.  Menapak dari fakulti g libray nak mengangkut buku2 yang tebal nih.  Tapi satu kepuasan bila nampak hubby baca buku2 ni dan buat rujukan tuk buat tesis.  Lagi satu dulu dok berpusing2 kat rak tuk buku2 sains sekarang ni terkial2 g cari kat rak buku business plak.  Hubby mmg boleh pinjam buku macam student lain tapi sebab sy staf jadik sy boleh pinjam buku sampai 2 bulan dan boleh pinjam buku banyak skit.  Jadi boleh pinjam buku hampir sepanjang semester le, xpayah nak fotokopi bagai.  Semlm dapat buku penulisan tesis free dari staf opis (Tq yea Mrs M sbb kasi free!!!).  Hubby minggu lepas minta tlg g beli tapi daku tak tau nak beli kat mana.  Rasanya dulu2 beli kat penerbit U.  Bila tanya kat staf pej am, dorang kasi free plak.

Syukur ni dah semester ke dua dah dia, mula2 dulu rasanya dia agak culture shock jugak dgn skema pemarkahan U kami nih.  Yelah sebelum ni dia study kat universiti lain yang dia mmg selalu jadik pelajar cemerlang punya, dapat anugerah dekan bagai.  Bila exam hari tu dia agak terkejut jugak tgok result dia kot, kemurungan seketika!!!.  Tak pe le, lain universiti lain caranya, mmg universiti kami ni agak susah jugak nak dapat CGPA yg mencanak2 naik.   Hopefully dalam masa 4 tahun lagi dah boleh le konvo nyer!!! Nak uruskan sticker parking plak nih, nak kasi satu sticker kat hubby supaya dia senang nak parking memana masa dtg jumpa lecturer.  Bila sy offer sticker hari tu dia siap ckp lagi 'kalo sticker student tak nak' dan 'oooo kalo sticker staf boleh parking memana ke'.  Sy jwb 'boleh parking kat mana2 selagi tadak sign parking orang lain'.  Jgn plak parking kat parking profesor emeritus plak kang.  Amboiii demand bukan main.......dapat bini staf nak kemudahan macam staf jugak yea!!!



Ahad lepas hubby teman g midvaley.  Sy ajak hubby coz sabtu tuh dah berhempas pulas mengemas rumah.  Rajin plak hubby bantu pasang sarung kusyen bila diminta.  Biasa dia buat dek jek...ha...ha...ha..  Bukan manja tapi sarung kusyen tuh mmg susah nak pasang balik.  Kami kuar dalam jam 10.30 macam tuh.  Tak sampai 15 minit dah sampai midvaley....wah...wah...wah...byk giler lagi parking kosong.  Mungkin rezeki kami, tak ramai orang kat Mid valey pada sabtu lepas.  Tak ada niat nak shopping2 pun, just nak keluar jenjalan ngan hubby jek, jalan2 cuci mata dan ambik2 gambar.  Dalam 3 jam kemudian balik umah dah.  

Kuar kete jek ambik gambar kete dulu, kang jenuh plak nak mencarik

Ada Chef Riz tengah buat demo memasak.  Tinggi le dia nih...

Sempat lepas gian makan Asam Laksa kat Jusco, tingkat atas...ntah Teri Garden ke apa ntah nama dia.  Mmg dari bujang lagi suker mkn sini, bila tghari sesak dan kena berdiri tunggu tepi meja orang yg tgh mkn tuk booking tempat!!!  Sanggup tuh

Bunga2 ni dorang buat dari kertas (nipis) jek....



No comments:

Post a Comment