Tuesday, 6 November 2012

Beli tiket di Puduraya



Salam kengkawan sumer

Bila kali terakhir korang pegi Puduraya? Sejujurnya lepas dah beli kete 8 tahun yg lepas, pegi puduraya ni boleh dibilang dgn jari.  Bila dah kawin pulak, jadik mem jek kat seblh.  Paling2 pun just drop by org jek kat luar Puduraya tuh. Hari tuh adik sy bgtau yg Puduraya dah cantik tp sy buat2 tak dgr coz ingatkan dia main2 jek. Mmg tau le jgk hari tuh Puduraya ada renovation tp bila tgok kat luar mcm xde apa2 perubahan. Rasanya kali terakhir masuk sana adalah pd 3 tahun yg lepas sebelum kami kawin. Masa tuh ambik hubby coz masa tuh dia nak g mana ntah. He..he...dah lupa, sbb tuh sumer event kena masuk dlm blog nih,

Jadi sabtu lepas sy parking kat stesen LRT Bdr tun rzk dan naik lrt ke stesen Plaza Rakyat. Menyusuri lorong ke Puduraya, sy tgok kat stesen lrt ni pun ada company bus punya kaunter jual tiket.

Bila masuk Puduraya, perghhhhh.....terkejut den. Tadak rupa Puduraya dulu.... Lantai tiles dan reka btk dlman moden. Hebat nyer le designer yg buat interior design ni, terasa nak nangis bila tgok perubahan tuh. Gerai2 kecik tepi dinding tu tetap ada tp ruang2 yg dulu kusam dah cantik berseri.  Ada ruangan menunggu yg beraircond. Tangga nak turun bwh tetap sama. Cuma TBS-BTS lg canggih le coz nak g platform bas kat bawah tuh turun guna eskalator dan ada guard check tiket sblm turun.  Jadi maling2 kurang le berpeleseran kat bas, mengambil kesempatan mencopet beg orang yang lambat turun dari bas.  

Dalam perjalanan dari LRT Plaza Rakyat tuh ada jugak nampak ulat2 tiket.  Tapi buat2 dek jek dan tak layan sgt.  Beli tiket kat kauter tiket yea kengkawan, jgn dari orang diluar.  Nanti tak pasal2 kena tipu.  Kat dalam ni sikit punya banyak kaunter tiket, boleh pilih2 nak naik syarikat bas mana.  Sy nak beli tiket ke Seri Manjung, Perak.  Kakak sy pesan suh beli tiket company Sri Maju.  Nak pergi hujung minggu ni nak melawat kakak sy yg mengajar di sana.  Baru setahun dok perak, sebelum ni dia mengajar kat Tuaran, Sabah.  Ni berpindah mengikut suami yang bertugas di Lumut.  Rindu dengan anak buah ku 3 orang tuh.  Aiman yg sulung baru jek konvo tadika minggu lepas.  Nanti nak puas2 main2 dan ambik gambar dengan dorang. Yay..yay...yay....

Lepas dari Puduraya terfikir nak beli bunga kat Chow kit tapi malas le plak g musim2 hujan ni.  Sy balik terus le....

Kaunter tiket kat tingkat atas kat tingkat 2 kalo xsilap. Pahtu kat tingkat atas ada byk gerai, ada A&W, Kedai buku 1malaysia, kedai kain 1malaysia dll. Kat tingkat bawah pun banyak jugak kedai-kedai.  Tak cayer? Layan gambar kat bwh ni......





Ada banyak kedai2 kat dalam ni


Kaunter tiket 




Informasi ketibaan pun ada 


Kedai buku 1Malaysia ni ok jugak

Kat sini ada beberapa kedai untuk letak beg dgn kadar yang sgt berpatutan

P/S:  Depan Puduraya ni sekarang dah letak pagar, jadik susah sikit nak turun atau ambik org. Tapi boleh naik ke tingkat atas yg tempat parking kete tuh dan drop by jek orang kat atas tu (kat luar kaunter tiket) pahtu buat u-turn dan akan turun kat jln menuju ke LRT dan keluar ke jln besar balik, jln yg menuju ke Pasar Seni tuh. :) Tempat tu mmg tempat menurun dan mengambik penumpang, xyah byr parking ke apa.

TQ sebab sudi singgah ke blog saya!!!


4 comments:

  1. dah bertahun-tahun tak pegi Hentian Pudu nih... kali pertama pergi klo tk silap tahun 2004, masa nk try naik bas ke genting highland.. cantik betol hentian pudu skrg ni yerkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aah dah cantik sgt skrg ni kat dlm, tapi kat luar tetap sama. :)

      Delete
    2. zura cam takot skit nk dtg area pudu tuh, sbb ramai warga asing kn.. ngeri plk sbb dgr mcm2 kes....

      Delete
    3. Kat Puduraya ni skrg dah ada CCTV, harapnya keselamatan kat situ lebih baik le. :)

      Delete