Friday, 12 October 2012

Spray Serai wangi untuk menghalau lipas






Salam kengkawan

Semenjak dua menjak ni hubby salu merungut byk lipas kat dapur.  Dia ckp beratus2 ekor lipas (?). Jadik untuk membuktikan dakwaan itu, daku pun mula le operasi mengintai lipas memlm, pagi2 buta bukak lampu dapur, nampak le beberapa ekor lipas kat lantai lari ketakutan. Daku cuba kejar dgn penyapu tp pantas dan tangkas pulak dorang bersembunyi.  Cuba google internet, ada yg syorkan pakai pandan, ada jugak suh potong sabun wangi serai, ada suh guna ubat gegat. Ubat gegat tak menjadik sgt terutama untuk semut, bersukaria dia mundar mandir tepi ubat gegat tuh pahtu masuk dalam cerek letrik...gerammm.  Lipas ni mmg dah melampau tau, hari tu dia boleh bertelur kat dlm rempah2 sy yg terlupa nak tutup rapat. Amboi...ni dah over nih, daku malas nak bunuh2 binatang  ni sebenarnya tp kang takut mendtgkan penyakit plak. Dah le bau lipas ni lain mcm jek, mmg hangin jek dgn makhluk yang satu nih. 

Sebagai langkah pertama, habis ku togelkan daun pandan kat balkoni. Daku letak kat bekas rempah dan kabinet bwh.  Sebenarnya selepas kes lipas ni, sumer bhn mknn telah dimasukkan ke dlm peti ais atau container. Dgn harapan nak menghapuskan sama sekali sumber mknn cik lipas nih. Beberapa hari lepas letak daun pandai lipas ni beralih tempat plak g bhgn yg xde daun pandan. Bijak ko yea cik lipas. Tak larat nak memotong daun pandan lagik coz besar mana le daun pandan yg tanam kat balkonikan. Nanti pakai berapa kali dah togel tinggal batang.

Sabtu lepas pegi ke rumah adik ipar kat wangsamaju, dia syorkan guna penyembur serai color pink nih.  Hmmmmm dulu penah nampak gak Husna pakai serai ni utk mop lantai.  Dari situ bermulalah misi mencari, semlm pegi speed99 dan kedai runcit xde plak. Hari ni tetiba terfikir nak cari kat Tesco. Hambik kooooo.......ada byk!. Ada yg boleh bancuh utk mop lantai, ada spray dan ada jgk candle.

Lepas sembur tadi nampak le lipas2 tu keluar dr celah2 kotak mcm mabuk minum beer jek nampaknya.  Harapnya lepas ni lipas-lipas tu dah tak wujud di rumah daku. Dah tak larat kena perli dek hubby.  

Dah duduk kat bilik baru opis ni terasa sgt lonely coz dah xde teman bergosip pepagi.  Staf yg ada byknya lelaki, nak kacau student pompuan plak dorang sibuk buat lab.  Tinggal le daku sorang2, jiran2 seblh bilik sumer lelaki, lecturer plak tuh. Boring2 g bilik pembantu makmal kat lab sblh, tp skrg ni pun dorg tgh busy buat amali student undergrad.  Nak gosip best kena menapak turun bukit ke pejabat am, aaaaaaaa kat situ boleh gosip2 dan makan2! Ceria sikit hidupkuuuuuu.......









1 comment: