Monday, 1 October 2012

Resepi Ikan Siakap Kukus



Resepi asal sy ambik dari Myresepi.com.  Tapi telah saya ubah suai ikut citarasa kami berdua.  Dulu suker sangat makan kat restorent thai, tapi sekarang ni lebih suka masak sendiri.  Ikan lain pun boleh tapi saya selalu guna ikan siakap saja.  Selamat mencuba yea kengkawan!!!! Dulu masa saya mula masak untuk hubby, sy tanya jugak sedap tak ikan stim ni, hubby jawab 'hmmm mmg macam ni le rasa ikan siakap kukus biasanya'.  Wahhh itu dah kita pujian tuh coz selera hubby ni mmg susah nak penuhi.  Payah tul nak menepati citarasa dia. Puji tak pernah, condem ada le.... Tp sy tak kisah pun sebab sy tau dia menyintai saya dan saya menyintai dia.

IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 1 sudu makan asam jawa adabi

Bahan tumbuk:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia

Bahan hiris:

  • 4 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 tangkai daun bawang

Bahan-bahan lain:

  • 1 labu bawang putih jeruk- potong 4
  • 2-3 tangkai daun sadri
  • 1/4 lemon-ambil airnya
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • garam
  • gula
  • bahan perisa - (optional)
  • 1 sudu besar minyak masak/zaiton
  • 2-3 biji cili padi dihiris
  • 2 helai daun limau purut
  • Lobak merah
  • 2 biji kurma
  • 1 biji tomato
  • 4 biji pitted olive
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Daun sup

Cara-cara:

1.   Bersih ikan dan kelar. Lumurkan ikan dengan asam jawa dan lepas tuh basuh untuk hilangkan hanyir ikan. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus.
2.   Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris.
3.    Kukus sehingga masak selama 15-20 minit atau hingga masak.





Pernah tak nampak benda ni?.  Ni adalah alat untuk menanggalkan sisik ikan, untuk ikan2 yang besar macam siakap ni lah. Kalo guna ni, insyallah sisik ikan ni senang nak buang dan ikan jadi le bersih.   Mmg le biasa kalo kat KL ni, kita minta orang jual ikan tu yang potongkan ikan kan?.  Arwah bapak saya adalah penjual ikan dulu-dulu, jadi sy mmg biasa tgok dia siang ikan kat pasar dulu.  Sy jugak kenal spesias2 ikan yg biasa2 nih. Kami orang kampung, jadik kerja menyiang ikan ni buat sendiri jek.  Sy jenis tak kisah dengan bau hanyir ikan dan suka siang ikan sendiri kalo kat rumah.  

Dulu-dulukan masa saya first time dapat sambung blaja kat KL, ada kawan sy ckp dia tak reti makan ikan besar-besar aka TAKUT (you know who you are :) ).  Sy agak terkejut jugak sebab ia berlawanan dengan saya.  Sy plak tak biasa makan ikan kecik2 ni.  Kat sabah kan meriah dan murah ikan, biasa sy makan ikan tuna, tengiri, bawal, ikan putih, ikan merah, udang, sotong dan ketam....ops jgn jeles yea.  Jrg sekali mkn ikan macam selar, sardin, rumahan ke apa tuh.  Sebab tu kalo balik sabah, sy akan makan ikan besar2 ni puas-puas.  Kat KL ni sekali sekala je le merasa sebab harganya mahal.  

Bende ni boleh beli kat kedai2 apek yang jual periuk belanga dan brg plastik jek, murah jek.  Hari tu pun sy jumpa kat Kajang, kedai apek depan Dzulclassic tu jek.  Dah lama nak beli tapi xjumpa yg cun.  Almaklumlah sekarang ni kan dah kawin, sumer rasa nak express jek.  

Hubby plak mmg suker mkn ikan, dia pun dulu2 salu teman pakcik dia tangkap ikan time cuti sekolah.  Ha...ha...ajaibkan.  Sy ni kira expert le pasal2 ikan, tapi Allah temukan orang yg lagi expert dari sy.  Hubby mmg kenal ikan yang fresh ngan tak.  Jenis ikan pun dia lagi le expert!!! wallahhhhhh. Tu sbb sy susah skit nak rancang masak apa, sy ikut pada kefreshan ikan kat kedai tuh.  Ikan yg fresh tu le yg sy beli, kalo x fresh hubby xnak makan le jawab nyer..........Kalo dia mula rasa isi ikan tak fresh, nanti dia mula le g tunggang terbalikkan ikan tu check, sabor je le.  Dia rela lagi makan sayur ngan kicap!!!  Bikin panassss.  Seminggu ada le jugak 2-3 kali sy pegi pasar nak cari ikan fresh punya pasal. 








No comments:

Post a Comment