Wednesday, 24 October 2012

Menyulam manik pada tudung




Tak siap pun lagi, cadangnya nak letak manik tabur kat belakang pearl tuh

On progress


Salam kengkawan

Sekarang ni teramat le busy nyer.  Mulai 1 oct 2012 daku telah memulakan tugas menanggung keje seorang pegawai yang bercuti belajar.  Pegawai tu bercuti belajar selama 2 tahun, tapi yg confirm daku kena tanggung keje selama 1 tahun le.  Yg setahun lagi tuh tengok le dulu....kalo dapat lari...larik le kan...kihkihkih...  Setakat ni hanya continue jek apa yg ada ni, ada jugak le dalam perancangan nak buat pembaharuan sikit tapi masih dalam perancangan lagi.  Hari tu pun ada overlap nak guna makmal untuk amali  antara program sekarang ni dan program yang ditanggung keje.  Harap lepas ni masalah macam ni takkan berlaku lagi.  Lgpun sekarang ni pengambilan budak undergrad kat pusat kami ni menurun hampir 50% disebabkan dah jadi univ penyelidikan ni kan kena fokus more on postgrad.  Mak aiiiiii minimum CGPA untuk program yg sy jaga ni adalah 3.4 manakala program angkat  plak 3.7.  Mmg yg pandai2 je lah yg masuk semester nih.   Keje yg sedia apa pun tengah berjalan dan sekarang ni masih dalam minggu pembelajaran pun, staf pun busy.  Kalo nak buat inovasi kaw-kaw tu tunggu le bebudak ni habis semester dulu yer!!!!  Buat masa ni follow jek...

Beberapa hari yg lepas, teman Kak Salmi ke Unikeb, saja je jenjalan masa rehat.  Buat masa sekarang ni tengah berjalan konvo UKM.  Jadik jalan kuar masuk UKM ni termasuk area kajang dan bangi sumer ala-ala jem gitew.  Kami yg didalam UKM ni, mengelakan diri dari keluar coz tak mo terperangkap dengan kesesakan di traffic light tuh.  Kasi le peluang bebudak ni nak ambik gambar dan berkonvo dengan tenang.  Jadi nak senang, kami pusing2 dalam UKM ni je le.  Nak g Unikeb ni sebenarnya nak pergi carik tudung schiffon.  Alamakkk...nanti letak kat blog ni, ramai plak orang g cari kat situ.....dah susah nak cari yang cantik2 dah.  Sebenarnya ada 2 gerai jual tudung kat situ.  Pusing2 berkenan dengan tudung schiffon syria kat gerai bawah tangga tuh.  Kira murah dan kain schiffon dia lembut le jugak.  Nak g Butik F*reed* yang glamer tu tak mampu plak nak beli.  Hari tu pun pergi lalu situ, nampak beberapa orang tengah berdiri tepi kedai, tunggu turn nak masuk kot.  Ada byk jugak pilihan, tapi daku tetap tak berkenan dengan konsep Color blocking ni coz susah nak matching dengan baju.  Kalu baju jenis plain tak pe le jugak.  Berkenan dengan 2 helai ni, color biru dan pink.  

Balik Cheras, singgah Tesco Extra g try inner plak kat kiosk yg byk jual2 tudung kat situ.  Sebelum ni byk kali jgk belek2 tudung schiffon kat sini tapi agak mahal le harganya, almaklumlah air cond.  Sempat le menerai beberapa inner kat situ, nasib baik le adik yg jaga ni ok.  Nak beli inner 2 helai jek, RM6 satu tapi try beria-ia.  Sumer color try..........Sambil2 tuh skodeng manik2 yang dorang jahit kat tudung, tertimbul plak idea nak letak manik kat tudung ni.

Malam nyer selepas masak Kuewtiew kantonis tuk makan malam ngan hubby, bermula lah aktiviti menjahit manik.  Ntah boleh siap ke tidak sebelum raya.  Harapnya boleh le siap yea. Hari tu ada try nak menjahit manik kat kete masa balik Rompin, tapi tak sesuai le plak ngan kete bergerak-gerak ke kiri kanan tuh, dussss tercucuk jarum jari ada ler.  Ingatkan nak gunakan masa 5 jam perjalanan tuh tuk buat benda yg berfaedah.  Hhhhhmmmmm nampaknya cuci mata dengan kelapa sawit je le balik rompin khamis nih.  Design buat ni simple jek....nanti beria-ia sgt, malu plak nak pakai kat lab.  Mana ada orang pakai baju mengerlip2 kat lab ni....pakai lab coat plak tuh, tak sesuai.  Sekali kena asid dah berlubang2 baju yang cun melecun tuh....dah rugi.   Tudung ni ok skit nak jahit manik sebab tebal skit kainnye.  Kalo kain lembut mmg tak sesuai dan mudah rosak.  Lgpun daku ni agak ganas skit, nanti mudah je cabut.  Yg ni bila jahit nampak le kukuh skit.  Manik2 tak de masalah sebab dah banyak kat rumah, lebihan jahit manik dulu-dulu punya.  Ni kes nak memperhabiskan manik2 yang ada le jugak nih... Daku hanya jahit tuk diri sendiri jek untuk suka-suka, bukan untuk tempah.  Tadak masa nak ambik tempahan, byk keje nak buat.

Salam Aidil Adha kepada anda semua.  Kepada yang memandu pulang tuh, drive carefully yea.  Semoga bergembira berjumpa keluarga!!!!  



No comments:

Post a Comment