Sunday, 21 October 2012

Mengidam aiskrim Tutti Frutti ke?



Salam kengkawan

Jumaat beberapa minggu yang lalu sy pergi keluar makan dengan Ana, walaupun dah keje sefakulti ni kan, bukan tiap2 hari boleh jumpa.  Rasanya sebulan sekali jek sempat berjimba-jimba macam ni dgn Ana.  Semenjak termakan aiskrem Tutti Frutti ni dulu, salu benor teringat2.  Lgpun gaji dah nak dekat dah, mula le nafsu pun semakin bermaharaja lela nak makan itu ini.  

Jadi minta le Ana teman g makan kejap sebelum cari nasi. Lagipun cuti jumaat ni panjang, boleh gosip-gosip lagi panjang.  Sy ambik aiskrim perisa progmenate dan Red Velvet dan topping letak laici.  Setelah makan 2x ni, baru le sy perasan yg saya suker perisa buah2an punya.  Mmg rasa buah tu mmg terasa dan sy pun kebetulan mmg peminat yourgt.  Oklah biar sy letak gambar2 kat sini yea.  Kedai Tutti Frutti kat Bandar Baru Bangi ni adalah berdekatan dengan Tasik Cempaka tuh, deretan kedai2 baru yang bila kita dari PKNS, kita akan jumpa traffic light yg pergi ke Sg Ramal Dalam tuh, terus lagi menghala ke round about kat Sekyen 4 tuh.  TF kat belah kiri berdepan dengan traffic light yang ada restoren arab dan Butik Mama tuh. TF ni betul2 di bawah Butik Mama.... 

Kedai ni self service tau.  Caranya bermula dengan ambik cup yg diletakkan kat situ, lepas tu pergi tarik handle, dekatkan cup dan isikan aiskrem, pastu ambik topping kat kaunter.  Pahtu letak kat penimbang.  Senangkan?.  Timbang ikut berat tau, harga RM5.30 untuk 100gram.  Jadik nak isi tu agak-agak le yer......


 Tak nak makan kat dalam, boleh makan kat luar. Ada free wifi.  Buka dari 12 tenghari hingga 12 tgh mlm.

Dispence untuk aiskrim, tarik jek handle tu kebawah dan dekatkan cup untuk isi 

Ana ambik Red valvet dan cokelat

Sy plak try red valvet dan progmenate.  Nampaknya perisa dia bertukar2!!! 

Ni ditunjukkan poster caner nak self service.  Suker tgok bekas2 yg colorful nih. Tgok deco nyer pun cantik sgt....simple dan ceria.

Deliciously temptating kan?


Ni plak perisa grape dan peach...suke yang grape color purple tuh...



Kedai yg salu sy pergi tu di BBB, pergi sensorang pun xpe...janji dpt mkn aiskrem

Selain kat sini, sy juga salu pergi ke TF kat Bandar Sri Permaisuri, kedai dia berdekatan dengan Old Town Coffee tuh.  Duduk kat Bdr Sri Permaisuri ni pun best sebab kebanyakkan kedai2 yang glamer ada kat sini.  Tak perlu pergi jauh-jauh, jalan kaki pun boleh kalo dari Amani tu.  


Terima kasih sudi singgah blog saya!





No comments:

Post a Comment