Saturday, 13 October 2012

Memekak




Salam kengkawan

Selamat berhujung minggu semuanya.  Semenjak dua menjak ni kan kete wajaku buat hal plak.  Beberapa bulan lepas dah perasan dia suker benar memekak, tengahari plak tuh time keje. Kekadang dlm jam 11 pagi dia memekak.  Ada penah dia memekak sampai ke ptg sampai abis bateri. Masa ni parking jauh, jd xperasan dia berbunyi. Akibatnya kena le blik lambat coz kena tunggu org AAM dtg baiki. Sib baik hari tuh ada register dan byr utk setahun kat AAM. Lepas ni ingatkan dah ok tp dah kembali semula dengan kerapnya beberapa minggu kebelakangan ni.  Cuak jek kalo parking memana..

Tanda2 lain selain suker memekak adalah remote tuh kena tekan byk kali, kena tekan remote seinci dari badan kete, kekadang kena hempas, ketuk etc baru le ok. Menyusahkan betul le. Kekadang malu jek kalo kita kena tekan2 dan pukul remote depan orang keliling.  Minggu ni plak hampir tiap hari dia  memekak kat opis. Terusik keheningan bangunan baru kami yg cun ni dek kenyaringan waja ni.  Mana nak letak muka derrrr.  Tu yg bila parking kat mana2 mmg kena didlm pandangan mata. Hari tuh sdg elok bersembang kat tingkat 2 bangunan bawah, tetiba dgr bunyi. Bila tgok kat tingkat mmg Confirm waja aku nih!.

Pahtu rabu lepas baru jek nak pakai labcoat terus dgr bunyik memekak. Bila tgok dr cermin lab mmg kete waja jugak. Terus sy kuar, terserempak dgn sorg pps kat sains mknn, sy ckp kete sy berbunyi. Dia ckp 'kete waja tu ke'. Nampaknya dah pppular seantero bgnn 3 tingkat ni kete daku kuat memekak. Jadi hari ni bwk le dia g tukar kat kedai.  Actually masa servis hari tu dak ckp kat technician tuh, tp dia ckp mungkin ada masalah frekuensi jek, xyh tukar baru.

Tadi bawak kat kedai kat Bdr Tasik Permaisur ni, sy siap ckp kete sy TIAP-TIAP hari memekak.  Pahtu dia check dan tukar alarm baru dgn harga RM130.  Kena ckp tiap2 hari memekak baru le dorg nak tukar. Kalo tak tuh mesti dorg ckp ok lagi. Eeeeeee...tak nak untung ke dorg nih! Mmg waja ni suker buat pangai lately, yelahkan umur pun dah 8 tahun. Tahun dpn dah abis byr dah.

Tadi masa pusing2 kat area kedai tuh jumpa klinik pakar mata. Kena tggu 1 jam tuk pasang alarm tuh, so g le pusing2. Doktor ni kenal masa keje kat Hukm dulu. Dia suker dtg opis kami dan talk...talk...talk.....  Suker jgk dgr2 citer org akademik tp bukan ngumpat tau. Pasal family dia, kebetulan suami dia pakar jgk, anak2 dia, life dia, rakan sejbtn dia dan etc.  Paling best dia cite dia g shopping kat London pahtu anak dia pakai saiz 7, tapi g beli saiz 8 dan saiz 9 terus....coz murah sgt!!!  Dia siap offer daku buat locum lg coz dia tgh cr org nak keje.  Daku plak dgn muka bodoh jwb 'sy bukan dokter, mana boleh buat locum'. Dgn andaian dia dah xingat 10 tahun yg lepas daku ni pegawai jek. Pahtu dia ckp locum mcm keje kerani jek.  Ooooooo.....mcm tuh, minta maaf le, tak berapa familiar dgn istilah locum ni.  Dulu kat Hukm, locum ni doktor jek yg buat.  Terasa ngok nyer dgn kebodohan sendiri......kih...kih...kih... Ehhh lupa plak nama Klinik tu Klinik Pakar Dr. Normalina.  Terletak betul2 disebelah Domino Pizza, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri Cheras.  Dr ni dah pencen, dulu keje kat HUKM, lepas tu pindah UiTM dan MSU.  Jadi masa sebelum pencen tuh Dr ni dah dapat title 'Profesor', pakar mata tau.  Tapi sebab dah pencen, guna gelaran Dr. :)

Bila pusing2 situ rupanya ada production house kat situ, padan le td nampak ada org tgh shooting.  Bila blik amani....laaaa org shooting tuh buat shooting dpn guard amani plak.  Glamer jgk kondo aku nih.  Sampai maghrib ni pun masih memekak kat bwh tu shooting dgn lampu bagai, krew, kon, lori etc!




No comments:

Post a Comment