Wednesday, 31 October 2012

Aidiladha 2012: Angin laut vs angin rimba












Laluan untuk ke bawah ni mmg agak curam, kekadang ada jek pokok besar yang melintang kat jalan, tumbang akibat ribut agaknya 

Kat sini le kolam yang agak besar boleh mandi tapi nampak macam dalam skit le



Lenguh jugak le kaki menapak ke bawah


Salam kengkawan

Petang khamis, kami bertolak balik Rompin sekali dengan 2 orang adik ipar dan seorang kawan seopis kepada adik ipar.  Perjlnan mengambil masa dalam 5 jam dengan kami berhenti sekejap mengisi perut di Pekan Kuala Pilah yg tak berapa nak sedap.  Hmmmm...tak jumpa lagi le kedai makan yang sedap dekat sini.  Dah 2 kali kami berhenti kat sini tapi makanan dia biasa2 saja.  Dah le my other half ni cerewet pasal makanan, tengok makanan yg datang pun macam tak percaya...mengosok bijik mata beberapa kali pahtu tak sanggup nak suap masuk dalam mulut.

Malam mertua masak mi goreng, mi siput dan nasi goreng tuk makan ramai2 mlm tuh.  Mertua masak 3 jenis sekali coz anak2 dia ni byk betul permintaannya.  Hubby plak tak nak makan nasi goreng, nak makan mi sanggul.  Yg lain pun request lain.  Tu yang sampai 3 menu tuh.  Rakan2 adek (bongsu) pun dtg jgk malam tuh, dorang ni geng2 kamcheng adek le yg salu lepak umah.  Balik Rompin ni yang best pasal mkn le kan coz boleh dapat seafood yang fresh kat sini.  Lgpun terasa happy coz mertua kalo masak nasi goreng, dia akan letak isi ikan goreng.  Daku mmg penggemar ikan, jadik mmg favorite le nasi goreng macam nih. Nampak kat dapur mertua tengah kukus ikan aya....yay..yay...nasi dagang for tommorow!!!!.

Esok nyer dah hari raya, mak mertua ku yang rajin banget bangun seawal subuh pagi untuk masak nasi dagang.  Bila anak-anak + menantu (hantu!!!) bangun, makanan dah siap atas meja. Ingat nak tlg le apa yang patut kat dapur tapi rupanya sumer dah ready.  Org dah sibuk g semayang raya, daku membantai makan nasi dagang ngan pak mertua.  Makan lemang dgn gulai ikan aya plak.  Semlam sempat beli lemang 3 batang kat Kedai Apok, gerai ni otw nak pergi Jempol dari Kuala Pilah.  Gerai ni mmg terkenal le disekitar ini untuk lemangnya.  Tak sempat nak ambik gambar pun coz dah sibuk pilih2 lemang.  Harga dalam RM11-13 sebatang ikut pada kebesarannya.  Sebelum ni suker beli lemang kat Terachi tuh yg ada jual dengan rendang sekali. Rasanya lemang kat Terachi tu lagi sedap dan lagi rasa lemaknya.

Bergosip2 dengan pak mertua, biasa le orang tua suker bercerita.  Daku layankan aje, cerita pasal zaman pak mertua dulu-dulu.  Dari situ, dapatkan disimpulkan hobi 'makan angin' hubby yang panas bontot kalo tak pergi melancong ke luar negara tuh, adalah asalnya dari genetik pak mertua, sekarang ni diperturunkan kepada anak dia yang sorang nih, adik beradik yg lain elok jek dok kat Malaysia.  Banyak jugak negara yg pak mertua pernah berjalan, sampai ke europe pun ada, tapi pergi pun atas dasar berkerja..oklah, luas perjalanan luas pemandangan orang kata.  Kami berdua suami isteri pun tak sampai lagi ke Europe.

Best nyer makan nasi dagang pagi-pagi buta.  Dah lama tak makan nasik dagang.  Dari semlm lagi kakak ipar daku mencadangkan mahu beraya ke Terengganu menziarah sanak saudara sumer tapi hubby buat2 sombong plak. Tak paksa2 hubby untuk pergi coz tau hubby penat drive dari KL tak habis lagi.  Pagi tuh baru le keputusan muktamad diambil, sy pun tergesa2 packing barang untuk semalam coz nampak gaya ada yang nak balik hari dan ada jugak yang nak bermalam kat Dungun.  Nak balik hari coz takut tadak sape nak tengok2kan ayam itik angsa kat umah.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan tuk singgah semayang di Masjid Negeri, pahtu menuju ke Kemaman beraya pahtu ke Felda Ketengah plak makan sup daging korban.  Ada byk makanan, laksa, ketupa, nasi impit , sup kambing, cup cake.  Yg paling daku suker adalah sup perut +usus....daku kan suker makanan exoti!!!.   Pergi 3 buah kete, kete hubby ada kami suami isteri, pak dan mak mertua dan jugak adik ipar Ijam.  Kira suprise jugak le pak mertua ikut sama sebab biasanya bapak mertuaku ni malas nak pegi jalan jauh2.  Kira kete kami le yang paling istimewa sekali nih. Kat Kuantan kami lepak je tepi Masjid sebab sumer kedai tutup.  Selepas dari Felda Ketengah kami berpecah. kete hubby pergi ke Dungun, sebuah kete lagi kete adik ipar pergi ke Kemaman dan sebuah kete lagi, kete abg ipar balik terus ke Rompin.  Masa kat Felda ketengah ni bertemu plak dgn rombongan pakcik dan makcik dari Dungun, bertambah meriah le.

Best nyer dapat g Dungun, family hubby ramai lagi kat Dungun, pakcik makcik adik beradik mak mertua masih menetap di situ.  Sampai sana dah malam, jadik kami duduk umah berborak saja.  Gelak jek tengok pak mertua g halau kucing2 kepunyaan makcik dgn kayu....lari bertempiaran kuching2 tuh.  Makcik yg duduk rumah belakang tuh buat pumpkin pie dan lontong yang sedap.  Lepas melantak lontong terus tido.  Pagi2 bangun, maksu masak bekfast jemput2 pisang dan karipap sedap.  Maksu buat jemput2 pisang mmg terbaek le, mmg lepas ni boleh ikut resepi nih.Selepas tuh beraya kat umah kakak mak, pahtu singgah plak dirumah anak buah bapak mertua kat Kemaman.  Bapak mertua asal dari Kemaman. Tapi jarang benar jumpa family belah pak mertua.


Ni curik gambar lokan dari hubby. Otw dari Nenasi ke Rompin ada gerai2 orang asli jual lokan tepi jalan.  Agak murah lokan nyer, sebunjut tuh just rm10 jek.  Hubby yg beli, tapi daku pun meneman dia, sama2 lari anak lari ke seberang jalan coz nak g tgok gerai tuh rupa apa.  Selain tuh nak tengok rupa orang asli dari dekat...he..he...he...  Hubby siap ckp ngan orang tuh lagi yang harga lokan kat Sipitang lagi mahal.  Kira kalo kat Sipitang  separuh bunjut tuh harganya rm10 le ikut pada size.  Tapi yg ni pelbagai saiz.  Daku le ngan sorang anak saudara g gosok luar lokan ni ngan pemberus dawai.  Kasi comel skit rupa dia sebelum rebus.  Org tuh ckp nak masak senang jek, rebus pahtu kopek tuk ambik isinya.  Pahtu leh masak sambal, masak lemak etc.  Kat sabah biasa mama kopek masa hidup-hidup pahtu campur dalam sayur.

 Lepas tu kami pergi shopping kat Kuantan.  Baru perasan pasaraya Cowboy ni le yg kami pernah pergi masa kami kawin pada tahun awal tahun 2010 untuk beli door gift kawin.  Masa tuh mmg blurr dan tak ingat apa.  Keh..keh...keh....  Lepas tu kami g Pekan plak, hubby nak bawak bapak mertua makan pizza, hari tu bapak mertua ada sebut pasal pizza ni, dia sebut 'yg kalo kita tarik ada tali2 tuh!!!' lebih kurang le maksudnya.  Tapi pusing2 tadak plak pizza, ada KFC jek.  Jadik hubby mula le mensuggestkan kedai mamak.  Pahtu daku pun buat dialog

Me:  Bie, tak mo le kedai mamak.  (Sambil mengalihkan pandangan ke mak mertua). Mak, dia ni suker benar makan kat kedai mamak (ala-ala mengadu).  Hari tu tiap hari makan kat kedai mamak, sy dah sampai dah xleh telan (sambil memuncung2kan mulut)

Mak mertua:  Laaaaa...nak buat caner, dah kawin ngan anak mamak!!!

Me:  Hmmmmmm (Ehhh pesal aku boleh lupa yek!!!)














Gambar cantik2 ni sumer dari kamera hubby

Sampai Rompin dah petang.  Balik jek makan sup tulang, adik ipar kat Wangsamaju yang masak.  Malam cadangnya nak main futsal tapi teroverlap plak booking dengan orang lain, esok ptg plak ganti.  Pagi2 kami pergi pasar lelong untuk beli barang untuk buat BBQ malam nanti.  Banyak betul program pada kali ni.  Sedang yg lain memotong daging untuk perap, kami 2 bijik kete pergi ke Taman Negara Endau-Rompin, cadangnya nak ambik gambar ke Air Terjun Seri Mahkota.  Deakt jek, tak sampai 30Km tapi turun naik bukit le dan sunyi.  Nak turun ke bawah tu kena lalu denai...semput jugak le nak turun.  Lepas ambik2 gambar dan celop2 kaki, kena mendaki balik tuk naik atas.   Terus balik umah coz kesian orang kat rumah tuh prepare tuh BBQ malam ni tak siap lagi.  Sampai rumah, terus tlg mertua kopek lokan dan basuh ayam.  Giliran adik2 ipar lelaki perap2 ayam, daging dan ikan tuk BBQ ni. Tadi kat pasar lelong sempat beli ikan tuk BBQ, bosan le asyik mkn ayam jek.  Tergesa2 plak makan coz masa dah 2.30 ptg nih, jam 3.00 kena pergi main futsal plak.

Pasar rompin yang lengang, ayam pun tak de jual yang sembelih punya

Dengan perut yg masih penuh, dorang yg lain bergegas tukar baju. Kami tertinggal kat belakang.  Main futsal 2 jam, tapi main biasa2 je le coz main dgn ahli family dan campur lelaki dan pompuan.  Dorang pun tak main ganas2, sesi pertama ahli dibahagi 2 ikut cabutan nombor.  Untuk sesi ke2 plak, team orang bujang plak lawan dengan orang dah kawin. He..he...team dah kawin le yg menang, cian team2 bujang tuh.  Semangat main futsal walaupun berkaki yam jek. tak sedar diri betul.  Balik dari main futsal, memasing jalan terjengkit2 sebab memasing sakit kaki.  Tak terasa main 2 jam dah....kul 5 kami bersurai.  Janji nak makan ABC tapi tutup plak gerai tuh, kami pergi ke umah adik ipar plak kat Seri Puteri.  Kesian dia tgh morning sickness, mmg dia teruk le peknen kali ni, alergik pada bau-bauan dan menempek jek.

Balik dari umah adik ipar, kena prepare plak tuk buat salad dan potato.  Menu ni hubby yg jadik mastermind dan beli barang sumer....macam mandor le.  Pelik plak, kalo kat Cheras hubby pegang bawang pun tak nak tapi kat Rompin dia le mastermind nyer walaupun bukan masak.  Kalo balik Rompin mmg hubby le yang buat planning sumer.  Taste pantai timur ni serah kat dia, daku mmg tak berapa nak mahir selera dorang ni.   Daku tlg potong2 salad  tapi hubby le yang masukkan bahan2 dibantu ngan adik ipar yang lain.  Malam tuh ada le jemputan orang kampung dan family belah ipar2 sumer dtg.  Sumer orang kaki sakit tapi gigih buat tugasan masing-masing.  Syukur alhamdulilah, makanan sumer hebat2 belaka dan habissss licin.....











Gambar masa kat Dungun dan BBQ tak ada coz tak sempat nak ambik, gambar kat air terjun ni jek yang banyak nyer!!!

Daku pun sempat gak melantak sumer menu yang ada daging + ayam + ikan bakar + potato rebus bersos mayonis + salad + tembikai + air cocktail berkrim soda.  Mmg western le menu malam ni.  Mak mertua ckp tahun depan tak de dah ber BBQ coz raya tahun depan sumer balik ke umah menantu.  Sebenarnya ada 2 family je pun yg g beraya ke umah menantu tapi tak best kalo sumer orang xadakan.  Lgpun anak 2 orang ni le yg kira harapan keluarganya.  Jgn risau mak, tahun depan lepas balik dari Sipitang, kami tetap akan balik Rompin jgk.  Raya haji tiap2 tahun balik Rompin punya, raya puasa jek buat sistem giliran.

Isnin kami balik ke KL semula. Dalam perjalan lalu kat Leban Chondong, nampak ada signboard tulis jual udang galah.  Dah 2 tahun balik rompin, ni le kali pertama nampak ada orang jual udang galah. Hubby ckp ini musim dia.  Walaupun Kuala Rompin ni glamer dgn udang galahnya tapi sedih nyer tak penah daku makan udang galah kat sini.   Kat gerai persimpangan menuju ke Kuantan, Muadzam dan Kuala Rompin pun ada nampak org letak iklan udang galah ni, nampak ada pondok buruk jual udang galah.  Tapi tak singgah pun coz barang dalam bonet dah penuh, pasar rompin pun tak singgah tadi.   Singgah di Seremban menghadiri majlis hari raya ex-opis hubby.  Sampai umah masing2 membuta. Daku pun jalan terkengkang-kengkang sampai tahap nak angkat kaki pun sakit teramat dan terpaksa guna tangan tuk angkat kaki...Hubby pun sama gak......penangan futsal!!!!







2 comments:

  1. wah..feeling feeling romantic gambar2 berdua tu..hehehe
    best kan balik kg.. dah lama saya tak mandi air terjun..bila2 nanti nk p berkelah la kt mn2 dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he... payah nyer ajak hubby bergambar berdua, tu pun candid tuh. Cuba g kat Jelebu, kat Jeram Toi ke apa ntah nama dia, best jugak! Hari tu akak g mandi kat situ gak. Tepi jalan jek..lebih kurang macam sungai tekala. Tapi jgn pegi kalo musim hujan atau cuaca tak ok coz air dia boleh tetiba melimpah. Hari tu nampak aras air sampai ke jln pejalan kami di lereng bukit tuh..scary...scary..

      Delete