Sunday, 16 September 2012

Servis kereta: Pusat Servis dan Alat Ganti Proton Edar di Desa Tun Razak


Proton servis ni bersebelahan jek dgn Pusat Servis Perodua.  Waktu business hour.

Yg depan Pusat Servis Perodua, yg Proton punya kat belakang skit.  

WMB tengah jumpa Doc :)

Ada guard yang jaga parking ni, jadik kalau kita customer kita boleh parking kat parking2 nih.

Sempat mkn nasi lemak kat simpang nak masuk pusat servis ni.  Sebenarnya pusat servis ni terletak kat Desa Tun Razak, dekat kilang2 tuh..  Kalo tengok peta tu, jln utama nak g sini namanya Jalan Alam Damai. Kalo dari Bandar Tun Razak, ambik jln nak pergi Alam Damai, selepas simpang nak ke Giant Taman Connught (jln belakang) akan jumpa jejantas.  Dekat dengan jejantas tu ada simpang ke kanan.  Di simpang tu le ada gerai makan jual nasi lemak yang sedap nih.

Ni le gerai nyer, kecik jek.  Depan tu jejantas tu...depan skit ada traffic light tuk masuk ke MRR2 yg always jem..jem..jem...kawasan ni banyak kilang2.


Mula2 kita kasi Buku servis kepada staf kat kaunter 1 dan 2 (belah kiri tapi xnampak dlm gambar ni) dulu dan lepas tu baru kita tunggu technician panggil kita untuk berunding. Lebih baik dtg awal supaya giliran kita cepat skit.  Sambil2 tunggu kita dok lepak kat ruang menunggu.   Masa jumpa technician nanti, lebih baik kita bagitau kepada technician yg bertugas kalau ada apa-apa problem kat kereta kita supaya dorang boleh betulkan

Kaunter bayaran kat dalam tu


Salam semua

Pagi ni pergi servis kereta di Pusat Servis Proton di Desa Tun Razak.  Dah lama tak servis kete kat sini.  Biasa sy pergi ke bengkel lain coz malas nak dtg sini.  Tapi yg ni dah 60KM nih wajib plak dtg sini servis.  Mmg patut pun coz kali terakhir sy servis kete kat sini pun tahun 2004.  Ha...ha...

Isnin lepas sy dah pergi sini nak hantar kete, sy tak sempat nak call jadik main walk-in jek.  Boleh lagi hantar tapi kena tinggal kete plak, petang baru le boleh ambik coz kebetulan ada 4 kete lain tengah tunggu tuk major servis.  Sy tak nak le tunggu coz nak naik teksi balik umah pun susah coz jln kat depan ni jemmmmm teramat.  Jadik sy buat appointment je le untuk Rabu dengan akak kat kaunter 2 tuh.  Wajib kena bawak masa servis ni adalah buku maintenance yg ada dorang kasi masa kita beli kete tuh yea.  

Setelah dah lama tak dtg sini, mmg dah nampak le penambahbaikan depa ni.  Bengkel nyer plak bertambah besar dan staf dia makin ramai.  Sebenarnya boleh jek walk-in tapi kena le tunggu lama skit.  Kalo nak cepat, lebih baik book dulu pahtu datang seawal 8.00 pagi.  Mungkin sekarang ni tengah bulan kot, jadik xde le ramai sgt orang.  Kalau servis biasa tuh sekejap jek dorang buat.  Coz macam sy dan beberapa orang jek yg menunggu lebih 2 jam.  Yg lain nampak cepat jek baliknya.  Selesa lg pegi tempat ni.  Sini sy share beberapa gambar coz sy dah semakin malas dah nak menaip.  Tadi sy dah keboringan main internet (free wifi kat sini ada), sy pergi keluar makan nasi lemak kat gerai kat tepi jln utama, sambil2 tuh g snap gambar. 

Masa kena panggil dgn technician tuh sy ckp le sy nak suh dia periksa alarm yg tetiba jek berbunyi tanpa  sebab.  Semlm pun sy dah buat list dah apa benda yang sy nak suh dia check.  Byran pun senang pakai kad kredit, adat le kalo servis major ni dalam RM500++ coz kete pun dah berusia 8 tahun dah.  Tapi syukur masih berkeadaan baik coz sy tak penah miss servis setiap 5000KM.  :) Sy mmg puas hati dengan servis dorang ni. 

Dalam ni ada ruang menunggu yg selesa.  Ada coffebar, free wifi, magazine dan mineral water dispenser. Toilet pun ada.   Sambil-sambil tu boleh tengok dorang repair kete kita.

Terima kasih sudi singgah blog saya



Boleh guna GPS kalo sesat!!!!











No comments:

Post a Comment