Thursday, 6 September 2012

Percutian ke Padang dan Bukittinggi Part 2



Sy ngan Izza, sampai2 je menapak ke simpang depan ambik2 gambar, pahtu dok ambik gambar dr luar pulak.  Mak Izza plak g bengkel kat belakang tgok dorg tgh menjahit.  Sy dan Izza xg pun belakang coz dah penah nampak dlm gambar!!!
Tudungnya sgt cantik jahitannya...dalam rm30++ le tudung tuh.  Bekas tisu tu dlm rm25.  Ada jugak jual alas meja yang penuh dgn sulam...hhhhhh tadak bajet leeee

Antara bgnn yg ada disitu...mcm kompleks le tempat ni..ada beberapa bangunan kat situ.  Van tu le yang kami naik, mula2 ingatkan kami akan dibagi teksi coz kami 3 orang jek.  Rupa2nya dpt mpv ni...kalo g reramai lg murah le kan byk share2.

Sulaman Hjh Rosma


Pemandangan Danau Malinjau dari atas Puncak Lawang

Tepi restoren...di belakang tu sangkar ikan. 1-2 kali dlm setahun ikan2 ni akan mati akibat dari aktiviti gunung berapi Merapi dari dasar tasik.

Ikan lele bakar IDR60k

Nasi goreng IDR25k. Mahal skit le makan maklumlah restorent tepi tasik yang pelancong salu pegi

Tempat ni sejuk, pokok pine pun ada

Gerai jualan atas Bukit Lawang, toilet pun ada

Muzium Buya Hamka


Sambungan hari ke2 kat Bukit Tinggi.  Dah booking pakej ni sehari sebelum kat kaunter hotel dengan kadar IDR550, trip dari jam 8.00 pagi - 8.00 malam.  Harga termasuk supir, kete dan minyak.  Itinerary akan disyorkan ikut route biasa dorang tapi kali ni mak Izza nak pergi ke Sulaman Hj Rosmah coz dia penah tgok dalam tv.  Tempat sulaman ni adalah ikut jalan ke Paya Kumboh iaitu untuk trip Minangkabau.  Tapi oleh sebab kami nak pegi, jadi super kami setuju bawa kami ke situ dulu yg jauhnya dalam 15km, pahtu patah balik ke pekan BT untuk ke Tasik Maninjau.  

Perjalanan nak ke Tasik Maninjau akan melalui kawasan  pergunungan dan kampung yg dikiri kanan peduduknya menanam padi dan pelbagai sayur2an lain seperti cili, bawang, brokoli etc.  Tanahnya  mmg subur, macam campak apa pun boleh hidup kecuali kelapa sawit jek tak sesuai tanam.  Supir bawa kami ke Bukit Lawang, dari atas bukti ni nampak keseluruhan Tasik Maninjau dan nampak perkampungan dan rumah2 dari atas bukit ni.  

Turun dari bukit ni, supir nak bawak kami pergi ke bangsal buat gula merah dari tebu tapi sumer tutup, supir ckp mungkin ada 'baralik' iaitu kenduri kawin dalam bahasa minang.  Kami meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau, kami melalui kelok 44.  Kelok 44 ni maksudnya ada 44 selekoh kena lalu untuk sampai ke bawah.  Kalo ikut peraturannya, pemandu dari atas kena beralah dan berhenti sebelum keluk untuk bagi laluan kepada supir dari bawah untuk melalui selekoh tersebut.  Di setiap kelok/selekoh tajam tu ada diletakkan no keloknya.  Kami dalam gayat ni asyik le mengira kelok dari no 44 hingga no 1.  Bagi kenderaan dari bawah, mereka perlu membunyikan hon bila dah nak dekat kelok tuh bagi memberi signal kepada kenderaan yang turun.  Mmg nampak le kerjasama antara supir2 ni, kat sini bunyi hon selalu le bergema tapi bukan sebab marah tapi sebagai tanda terima kasih atau 'hi'. 

Sampai ke bawah kelok no 1, memasing dah lega.  Kami dibawa ke restoren tepi tasik.  Tasik ni tak berapa nak jernih airnya coz byk org ternak ikan di sini.  Style kat sini, kita order baru le droang masak.  Sy kebetulan nak try ikan keli bakar.  Tang tu jugak nampak dorang g tasik ambik ikan keli dalam jaring dan bakar tempurung kelapa untuk bakar. Jadik kalo nak cepat, order le yang goreng2 jek yea....ni gatal plak nak order ikan bakar bagai!!!

Lepas makan dan solat kami pergi ke Muzium Buya Hamka, yuran masuk tak de tapi kita boleh kasi dalam bentuk sedekah untuk dana muzium ni.  Kami g sekejap jek, pahtu balik semula melalui kelok 44 untuk balik semula ke BT.  Singgah sekejap kat puncak bukit tuk ambik gambar.

Semasa berbual2 dengan supir yang namanya Awal, sy tanya mana nak cari ukiran kayu.  Awal ckp nanti balik semula ke BT dia singgahkan dorang kat tempat yg ada ukiran kayu.  Lepas tu dia membelok ke satu tempat ni dah sy nampak ada signboard Pandaisikek...he...he...sy penah dengar tth tempat ni.  Tapi kami tak jadik g beli ukiran kayu coz dia main tempah, xada yang dah siap jual kat situ.  Sambil2 tu sy ajak mak izza g masuk ke kedai2 area situ.  Ada byk kedai yg dulu asalnya rumah, tapi sekarang telah dijadikan kedai kat tingkat bawah dan kat tingkat atas dorang buat tempat tinggal.  Kat sini jugak le kami memborong sakan kain, telekung, songket, souvenir.  Tapi sy cari2 telekung yg macam sy nak tapi xjumpa.  Izza n mak dia mmg memborong telekung berkodi2 + kain. Izza plak dah le dok dalam kedai ni hampir sejam, bila kami melangkah keluar...dia tetiba plak ternampak kain yg dipakaikan pada patung kat cermin tuh...terberkenan plak dia....dia masuk balik dan ckp ngan kakak tuh nak tukar kain yg dia beli ngan kain kat patung tuh...sabor je le.  Sy plak duit tuk shopping tinggal ciput, sy terpaksa gores dan menang!!! Penangan kain sulam bukittingi le nihh kannnnn....

Patutnya trip kami sampai jam 8 malam tapi kami dah tak larat dah nak jalan, trus minta Awal antar kami balik hotel.  Awal bgtau kami tempat makan bakso yang paling sedap kat BT.  Siap dia g lalu kedai tu tuk tunjukkan kami.  Lepas rehat2 kat bilik, sy dah Izza menjalankan misi mencari kedai paling sedap tuh.  Dekat jek pun, di belakang hotel Nikita jek...di tepi hotel tuh ada jalan yg ada Restoren Dja Djan tu, pahtu terus lalu depan masjid dan lalu depan hospital, nanti akan jumpa simpang 3, belok kanan dan diseberang jalan akan nampak Bakso Sariman.  Ni mmg typical gerai le, bukan restorent.  Kami masuk pun takut2 coz mmg nampak mmg sumer local makan kat situ, dgn kat depan penuh dgn motosikal.  Hampir susah nak cari tempat duduk, akhirnya kami dapat jugak mencelah diri dok semeja ngan sepasang couple nih.  Kami order bakso...mmg kedai ni jual bakso je pun. Dapat air minum free...hhhhhmmmm mmg sedap le, harganya IDR10k je semangkuk.  Pahtu kami pun jln balik hotel dan singgap kat pasaraya tepi hotel.  Hajatnya nak jenguk2 jek...tapi terjebak plak bila tgok barangan Sariayu dan Mustika ratu murah2...siap beli Kicap pedas dan Extra pedas ABC lagi tuh.  Sy siap beli 3 in 1 kopi Luwak lagi, sampai hotel sy dok kat lobi tuk main internet coz ada free wifi kat situ.  Sy bgtau hubby sy belikan dia kopi Luwak...pahtu hubby ckp kopi tuh dah difatwakan HARAM!!!!  Waaaaaa....terpaksa le daku meninggalkan kopi ni kat hotel jek.  :)

Blik bilik...malam ni tido lewat pun tak pe coz esok program kami nak pusing2 dalam town jek.

Scary tak gerai dia? Kalo takut nak pegi xpe coz nanti ada lagi satu tempat bakso yg sedap, sy akan bagitau untuk entry ke-3 plak :)



Padi di tanam di Tasik Maninjau, gambar ambik dari kete. Masa ni sempat lagi kami bertembung dengan pengantin berarak!!!


Kedai tempat kat memborong kat Pandaisikek

Yang atas tu cotton 2 meter harga IDR80k, yg kuning tu songket harga IDR200.  Beli kat Pandaisikek.




9 comments:

  1. Assalam..

    salam singgah... bestnyer akak bercuti... hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Tq juls julie. Mmmmmmg best...terasa tiap2 bulan nak pegi bercuti. He...he...he...

      Delete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  3. Berminat melancong ke Padang Bukittinggi? Kami boleh uruskan semuanya untuk anda.
    Pakej menarik dan insyaallah termurah untuk anda.
    Call/sms/whatsapp saya di 0126665436

    harga pakej boleh dibincangkan kemudian.

    Visit my Blog:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. bagi anda yang nak melancong kat padang kami dari 7linesholiday bukittinggi siap membantu percutian anda, kami menyediaakn transport, hotel, dan package tour
    jom contact firman di talian +6282390797959
    email : firman_7linesholiday@yahoo.com
    blogger : http://7linesholiday.blogspot.com/

    insyaaalah tuan/puan akan puas dengan layanan kami

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    mohon maaf pada tuan/puan untuk boleh iklan dikit di sini. Semoga kebaikan hati puan dan puan untuk memberi izin iklan ini,menjadi amal ibadah allah swt hendak nya amin....

    Salam dari saya AlKY Padang-Bukittinggi.

    Kalau tuan dan puan nak melawat bukittinggi dan padang jangan risau hati sila hubunggi di no. +6285364057063. Kami juga menyediakan segala jenis transportasi...

    kami arrange secara profesional dan rasa dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali. seperti ke Padang-Bukittinggi.

    CONTACT PERSON: ALKY
    MOBILE: +6285364057063
    EMAIL: alkychaniago@gmail.com/ alkychan@ymail.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    mohon maaf pada tuan/puan untuk boleh iklan dikit di sini. Semoga kebaikan hati puan dan puan untuk memberi izin iklan ini,menjadi amal ibadah allah swt hendak nya amin....

    Salam dari saya AlKY Padang-Bukittinggi.

    Kalau tuan dan puan nak melawat bukittinggi dan padang jangan risau hati sila hubunggi di no. +6285364057063. Kami juga menyediakan segala jenis transportasi...

    kami arrange secara profesional dan rasa dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali. seperti ke Padang-Bukittinggi.

    CONTACT PERSON: ALKY
    MOBILE: +6285364057063
    EMAIL: alkychaniago@gmail.com/ alkychan@ymail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    mohon maaf pada tuan/puan untuk boleh iklan dikit di sini. Semoga kebaikan hati puan dan puan untuk memberi izin iklan ini,menjadi amal ibadah allah swt hendak nya amin....

    Salam dari saya AlKY Padang-Bukittinggi.

    Kalau tuan dan puan nak melawat bukittinggi dan padang jangan risau hati sila hubunggi di no. +6285364057063. Kami juga menyediakan segala jenis transportasi...

    kami arrange secara profesional dan rasa dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali. seperti ke Padang-Bukittinggi.

    CONTACT PERSON: ALKY
    MOBILE: +6285364057063
    EMAIL: alkychaniago@gmail.com/ alkychan@ymail.com

    ReplyDelete
  8. assalam, kami ada menyediakan ground pakej ke Padang-Bukit Tinggi dengan harga yg sangat berpatutan!bermula RM450, siap makan, hotel, entrance fee, transport, driver, tinggal bawa duit shopping je tau ^_^
    .
    whatsapp +6012-6047593
    ig @percutianbajet

    ReplyDelete