Monday, 10 September 2012

Percutian ke Padang + Bukittinggi Part 3


Grand Canyon Sianok

Pintu masuk ke Lobang Jepang

Gerai souvenir byk kat dalam, recommended untuk yang nak cari souvenir kat sini le kalo nak murah2

Jam gadang, sempat ambik gambar kat jam gadang ni.  Mercu tanda Bukittinggi

Pasar atas, tadak pun signboard tulih namanya...kurang marketing skill dorang nih!!

Dalam byk jual baju, telekung, kebaya yg grand2 punya etc

Salam kengkawan

Sambung pulak catatan hari ke-3 dan ke-4 untuk trip ke Padang + Bukittinggi, Sumatera Barat ni yea.  Catatan ni gabunga 2 hari coz hari ke-4 tuh tak byk aktiviti nyer.  Hari ke-3 ni pun kami decide tuk jln2 kat dalam town jek..mula2 nak pegi gak Tasik Singkarak tapi memandangkan kami tak puas shopping lagi dan semalam pun rasa punggung dah flat coz asyik duduk dalam kete berjam2 lamanya.  Jadik hari ni nak bersantai2 je.

Hari ni bekfast lambat coz semlm tido lewat, dok berfb kat lobi.  Kat bilik hanya ada 1 bar jek tengelam timbul...boleh main Whatapps jek ngan hubby.  

Seusai bekfast dalam jam 9.00 pagi, staf yg frendly kat kaunter tlg tahankan Angkut.  Kalo nak pegi ke Aur Kuning naik bas no 14 warna merah...kedang tulis 'Empat bolas' kat Angkut tuh.  Yg ni pun rasanya no 14 jugak kot yg kami naik ni.  Angkut warna merah ada 2 jenis, satu warna merah terang dan satu lagi warna gelap skit.  Naik yang terang tuh.  Ckp dengan Angkut nak pergi ke 'PANORAMA'.  Ingatkan apa le panorama ni, rupanya Jln Panorama.  Di jalan inilah terletaknya Grand Canyon Sianok dan Lubang Jepang, pintu masuk sama dan dua tempat ni sebelah menyebelah jek.  Tapi mmg kena ckp jugak kat supir sub berhenti coz kalo tak dia terus je menonong jalan.  Tak jauh pun dalam 5 minit jek coz kat sini xjem.  Sy terkecoh2 suh supir berhenti bila nampak Grand canyon Sianok ni dari jln, coz ingatkan supir berhentikan automatik...tapi rupa2 nyer dia jln terus jek.  Terpaksa le kami menapak patah balik.  Ehhhhh...sebenarnya bukan jauh pun dari hotel...kalo hubby ni confirm dia nak jln kaki jek.  

Bayaran untuk masuk IDR5000.  Pathu kekadang ada tourist guide yg ala2 business nak jadik tour guided masuk Lobang jepang apprioach kita.  Tapi kami tak ambik dia coz takut nak turun bawah yang tangganya agak curam. Lgpun kat pintu Lobang jepang ni kena byr lagi entry fee IDR6000.  Kami pusing2 ambik gambar pahtu g shopping souvenir kat gerai2 yang jual kat tepi pokok buluh tuh.  Sy g beli miniature jam gadang ngan harga RM8, t-shirt i love bukit tinggi RM14, keychain kayu rm20 per case (5 unit/case) dan pencil case dari songket rm8/case (ada 6 pcs/case). Siap byr dgn RM lagi coz nak jimat duit IDR.  Kat Bukittinggi ni payah betul nak cari fridge magnetic, ada tapi limited.  Sy plak xsuker beli barang plastik, mahal plak tuh dalam rm8 satu.  Lepas tu kami jalan kaki ke Jam Gadang.  Kami tanya orang le jugak masa kat simpang jln tuh, rupanya Jam Gadang ni terletak di atas bukit le skit dan area Jam Gadang tuh adalah taman yang byk pokok2, gerai mknn dan kerusi tempat duduk.  Kat situ le nampak budak2 pakai mascot macam2 yang kita kena byr bila nak ambik gambar.  

Sy nak g toilet, asyik nak g toilet jek!!!.  Kami pun pegi ke bangunan depan Jam Gadang dan di depan nya ada Pasar Atas...bangunan 2 tingkat.  Kat bwh jual byk brg2 dah siap macam baju, handbag, mainan kanak2, ditepinya plak ada byk gerai jual kerepek.  Kami pegi ke toilet nyer dulu kat bahagian belakang.  Masuk IDR1000 tapi masyallah toilet dia...parah..parah...nasik baik mmg nak terkencing sgt.  Tuan-tuan dan puan2, kalo nak pegi toilet silalah pergi ke Ramayana Mall yang ditepi Jam Gadang tu ye (sebelah Pasar Atas)...punya le daif...tadak air dan tadak lampu!!!.  Haru...haru...  Biasa kalo nak masuk tandas kat mana2 pun kena sediakan IDR1000 per entry.

Kami pusing2 dalam Pasar atas yang tingkat atas punya....macam Pasar Payang le skit.  Pusing2 kedai, belek itu ini...hhhhmmmm harganya lebih mahal le dari Aur Kuning.  Kain yg beli kat Aur kuning harga IDR150k, kat sini IDR200k.  Cuma byk pilihan dan byk design le.  Design dia lagi moden dan mmg byk kain2 yang harga IDR400k ke atas. Kebaya tak payah ckp le, mmg cantik2 dan sesuai kalo sape yg nak baju yang hebat2 penuh dgn labuci dan kerawang.  Kami juga jumpa 2 kedai jual baju dan pakaian n mahkota orang minang...mmg meriah nampaknya.  Kami cuma beli kain untuk inner baju jek dalam IDR15k semeter kat sini.  Mmg cuci mata je le nampaknya, duit sy plak mmg cukup untuk beli sehelai baju jek lagi...jadi hold dulu.  Hari ni hari isnin mmg byk kedai tutup coz sabtu dan ahad dah ramai org dtg, jadik biasa hari isnin dorang cuti.  

Kami keluar dari Pasar Atas dan kami rupa2nya berada kat belakang.  Kami cari jln ke depan dan tembus ke Jln Minangkabau. Dari sini dah nampak dah Ramayana Mall tuh. Kat sini le kami jumpa kedai kain Guci Indah...kat kedai ni kesawanan daku datang balik.  Dia juga jual baju sulam rama2 dalam IDR150k tapi yg kerawang mmg mahal, kami dapat tawar IDR270 jek dia kasi.  Mmg sulam dia yg terkini le dan yg rama2 tuh yg femes sekarang ni katanya.  Kedai ni jugak boleh ambik secara borong dan kita boleh bank-in duit dan dorg akan pos ke Malaysia.  Ramai peniaga2 dari Malaysia jugak beli kain kat dia.  Terjebak daku membeli 2 helai lagi kain....coz rugi kalo tak beli kan..kan...kan...kannnnn

Dah penat memilih kain dan tawar menawar kami pun tanya mana tempat ayam penyet yg sedap kat kakak ni.  Dalam hal makanan ni mmg kami agak bernasib baik le...sumer yg dorang rekomen sumer sedap.  Dorang jugak pandai recomen yg sesuai dgn bajet kita, duit kita kan mahal...jadik mesti kita mampu beli makanan yg mahal skit kat...tak kisah, yg ptg sedap.  Ni ha kat bawah ni ayam penyet paling sedap penah makan!!!.  

Kalo tak silap harga dalam IDR18k.  Tapi confirm tak mahal.  Cili dia mmg sedap dan tak manis!!!  Kami tapau jgk untuk mkn mlm nanti.  Penangan...penangan..ha..ha...ha..

Ni dia kedai tu, terletak dalam Ramayana Mall..namanya BAKSO Lapangan Tembak Senayan.  Bakso dia pun sedap jugak tau.  Tempat makan ni wajib makan tau kengkawan!!! Depan tu nampak Bank Negerikan?.  Kat situ le boleh tahan Angkut no Empat Bolas untuk balik balik ke Nikita Hotel.  Kami tersilap naik angkut yang warna merah gelap tuh...tapi supir tu baik jugak le hantar kami, cuma kami kasi duit lebih jek (double).  Tu pun payah nak faham, bila tanya nak byr berapa, dia ckp tambah le berapa2 yang kami nak.  Izza plak pegi kasi dia sumer syiling yg dia ada coz bukan boleh guna pun duit syiling tu kan kalo kat KL.  :)

Ni plak kat dalamnya, bersih le tempatnya...dlm kepenatan jalan nampak org sebelah makan laici kang.....terliur beb...

Lepas puas makan kami balik hotel naik Angkut.  Rehat2 dan packing barang.  Malam nanti nak g supermarket sebelah saja2 nak g cari beg kalo jumpa.  Tapi malam nyer kami pegi tak jumpa pun.  Jadik kengkawan kalo g sini, bawak le sekali beg plastik aka beg siam tuh.  Mana le tahun beg beranak pinak.  

Lepas packing2, tido.  Esok pagi janji ngan supir jam 8.30 nak balik ke Airport.  Sebenarnya hotel boleh arrange jek teksi balik ke Airport dgn harga IDR350k tapi kami dah janji dgn supir yang janji hari tu dengan harga IDR300 termasuk minyak.  

Esok nyer kul 8.00 pagi,kaunter dah call yg supir dah dtg.  Mak aiiii...awalnyer.  Terus kami keluar bilik dan bekfast. Pahtu check out, makanan2 yg tak termakan tuh kami letakkan jek kat meja solek.  Seriously tak payah nak bawak megi byk2 kat sini coz nak cari mknn senang coz hotel tengah bandar.

Ada peristiwa mendebarkan masa kami balik ni tau.  Supir ckp dia nak pegi Balai polis kejap coz nak bayar saman.  Saman kat sana mahal tau, kalo lambat byr hangus le sehari pendapatan gamaknya. Jadik dia turunkan kami kat gerai kecik sementara dia pegi byr saman.  Tapi lama2 dlm 20 minit tak dtg2 jugak, mak iza dah suspicius dah...Izza ckp mmg mak dia mcm tuh...ha..ha... Masa tu mcm2 rasa ada, yelah sumer beg shoppingan ada dalam tuh yg harganya beribu riban.  Sy plak brg2 mahal mmg sy masuk dalam backpacker dan beg ni sy bawak turun bersama sy.  Cuma brg kiriman family ada byk dalam tuh...alamak ...dah sudah ni...caner nih.  Suspen plak!!!

Pathu mak izza g tanya orang tempat yg supir nak pegi tuh.  Org tuh tunjukkan, jadik kami jln kaki kedepan (sebenarnya bgnn sebelah je pun!!!).  Cuma tanahnya yang luas dan besar....xnampak le.  Bila kami masuk dalam pagar, baru le nampak teksi tu parking kat situ.  Baru le gembira balik.  Nampak supir tengah berurusan dengan org situ.  Tempat ni sebenarnya macam Puspakom le.  Teksi2 dan kenderaan awam lain wajib kena periksa sekali dalam 6 bulan.  Sempat berborak2 ngan pakcik yang nenek dia berkahwin dengan orang nogori...dia pun penah dtg Negeri Sembilan jgk.

Lepas dah settle kami meneruskan perjalanan ke Padang.  Dan semestinya singgah ke Linduang Bulan untuk repeat shopping!!!.  Nak carik telekung kat situ... Kalo nak cantik dan selesa cari telekung dari cotton jepun yea kengkawan.  Telekung kat Linduang Bulan ni paling berkenan, dapat yg super cantik dengan harga IDR380k.  Yg murah2 pun ada tapi yg ni beli tuk diri sendiri, mmg yg terbaik punya.  Singgah makan sekejap kat Lamun Ombak, restorent ni adalah restorent kerajaan dan menghidangkan makanan padang...mmg supir mesti akan singgahkan kita kat sini. 

 Dalam Lamun Ombak, kat bahagian belakang pun ada dan lagi cantik!!! Ada tempat boleh duduk bersila sambil makan lagi + fountain.  Kebetulan masa tu g toilet.

Makan 4 orang hari tu dalam IDR120,000 termasuk supir dengan purata seorang 1 lauk dan share sayur yek.. Mknn padang ni dorang serve cepat, duduk jek terus dorang letak lauk atas meja.  Tapi sejuk le lauk-lauk dia, trick nak panas:  minta tambahkan kuah!!!! 

Oh yaaa...jangan habiskan shopping yea...tinggalkan IDR100,000 pulak untuk airport tax kat Padang.  Seblm ni google airport tax nyer IDR75,000 jek... Rupa2nya dah naik IDR100,000, nasib baik ada lagi saki baki duit rupiah yg ada.  

Bukti

Syukur le dimurahkan rezeki sampai jugak ke bumi Ranah minang ni.  Bila fikir2 balik macam pegi ke Kota Bahru plak coz orang minang ni alim2.  Masjid dan surau merata2.  Selain itu, dorang mmg jujur dan boleh dipercayai...kita pun rasa selamat.  Selama kat sini, walaupun jalan sendiri dan tak pakai ejen tapi kami tak pernah kena tipu.  Begitu jugak dengan aktiviti shopping dan tawar menawar.  Tak byk beza harga antara kedai.  Mmg percutian yang mententeramkan minda.  Jika ada rezeki di masa depan dalam 5-6 tahun lagi, teringin nak datang sini balik.  Harapnya tak banyak yang berubah...........Terima kasih Ranah Minang menerima kehadiran kami ke sini.  

Last minute shopping kat Linduang Bulan (Izza salu salah sebut Lindungan Bulan!!!!, daku plak sebut Lindung Bulan...dua-dua salah!!):

BUKTI!!!

 Telekung daku yg sgt chantekkkk!!!!  Cotton jepun dgn sulam dan kerawang, wajib beli!!!

Kain batik.  Supir suker benor remind tuk beli brg tuk hubby tapi baju2 batik ready made kat situ mmg bukan taste suamiku. Dah penat dah sy membelek2 tapi satu pun xberkenan.  Daku tak berkenan, hubby apatah lagi kannnnnn.  Lastly beli kain sarung jek tuk dia. Nak beli byk2 tapi beg dah tak muat dah nak sumbat. Sorry bie!!!

Songket pun ada, cantik dan kainnya lembut.  Ya kuning daku punya, yg purple plak kasi kat Kaksu. :)

Semenjak dua menjak ni daku suker beli brg perhiasan untuk rumah.  Bukan apa kenang-kenangan dan best tgok blik.  Tak spesifik kumpul apa...kalo jumpa plak beli, apa2 je le untuk display.  Cadang nak beli almari cermin tuk letak bende2 nih.  Ada jugak jual model rumah gadang dan istana atau rumah simpan padi tapi xjumpa yg ada dalam kotak kaca.  Kena fikir jugak bila nak beli coz nanti kalau berhabuk mula le nak membuang nyer.  Plak pewter ni beli IDR100k kat gerai rumah Buya Hamka tapi bila tanya kat gerai Grand Canyon Sianok tuh boleh dapat IDR85k.  Model jam gadang tuh rasa RM12-14 kot harganya.  Ada jugak jual model beca, basikal, motorsikal, jual jam, model rumah minang yg dlmnya ada lampu, sudu garfu besar gajah dari kayu, jam, tirai dari siput2, t-shirt, paling byk jual selipar dan juga beg dan macam2 lagilah.  

Ok kengkawan, saya nak share itinerary kami ke Padang hari tu yea:


DAY 1
Bertolak dari KLIA menaiki flight jam 7.50 pagi.  Sampai di Padang Airport jam 9.00 pagi waktu tempatan.  Mengambil teksi ke Padang dengan harga IDR220 tak termasuk minyak.  Dalam perjalanan supir turunkan di Air Terjun Lembah Anai, Rumah Minang dan Linduang Bulan.  Singgah ke stesen minyak dan bayar dalam RM50 untuk minyak sahaja.  Sampai di Nikita Hotel dalam jam 1.00 tengahari.  Makan tengahari di Restoren Sederhana, makanan minang di sebelah hotel, untuk 3 orang makan (jimat) harga dalam IDR90k.  Lepas tu naik angkut ke Aur Kuning shopping Aur Kuning (TUTUP JAM 5 PM).  Menghabiskan masa dalam 3 jam disitu, balik naik angkut warna merah no ompat bolas.  Confirm trip ke Maninjau esok di kaunter hotel dengan harga IDR550k. Malam cari makanan kat Dja Djan Restorent sebelah hotel.


DAY 2

Jam 7.30 bekpas di hotel dan jam 8.00 bertemu dengan supir trip kami ke Maninjau. Kami bagitau kat staf kaunter kami nak pegi Rosmah Border.  Supir bawak pergi ke Rosmah Bordir dan shopping sikit2 kat sana.  Selepas tu meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau.  Singgah di Bukit Lawang, ladang tebu.  Meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau ke bawah kawah dengan melalui Kelok 44.  Pening mengira keluk-keluk tuh.  Singgah makan di restoren di tepi tasik.  Meneruskan perjalanan ke Musium Buya Hamka.  Bertolak balik ke Bukitinggi.  Menaiki Keluk 44 sekali lagi untuk naik ke atas bukit, sampai di atas singgah ambik gambar dan ada kawasan rehat di atas yang ada kedai2.  Meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi, supir singgahkan ke Pandaisikek.  Meroyan shopping kat sini dan terus minta hantar balik hotel, sampai dalam jam 6.30 macam tuh.  Malam pergi cari bakso!!!  Dan pusing2 area hotel.

DAY 3

Hari ni tour dalam Bandar saja.  Lepas bekpas, seawal jam 9.00 pag kami keluar naik angkut ke Panorama. Masuk ke kawasan panorama untuk melihar Grand Canyon Sianok dan Lubang Jepang.  Shopping souvenir yang murah2 kat sini, kami keluar dan jalan kaki ke Jam Gadang.  Shopping kat Pasar atas, pusing2 kat luar pasar atas pulak dan shopping kain kat Guci Indah.  Makan bakso di Ramayana Mall, sebelah Pasar Atas. Balik hotel naik angkut warna merah no empat bolas.  Malam cari lulur Mustika Ratu kat supermarket sebelah hotel.  Malamnya packing2 barang.


Day 4 (Jalan kaki)

Sarapan pagi.  Dah janji dengan supir untuk minta hantar ke airport dengan harga IDR300k termasuk minyak.  Jam 8.30 pagi teman supir pergi bayar saman dan check kete.  Menuju ke Padang, singgah semula di Linduang Bulan untuk shopping telekung dan menghabiskan rupiah yang ada.  Supir singgah ke Lamun Ombak untuk makan tengahari.  Supir ajak pegi pusing2 Padang tapi kami tak nak coz takut lambat sampai Airport.  Bertolak balik ke Malaysia jam 1.55 petang dan sampai ke Malaysia dalam jam 3.45 petang.  Selamat sampai di Malaysia.  


Anggaran bajet

Tiket Airasia = RM380 (termasuk luggage-seorang)
Hotel = USD25 semalam/bilik/hari + extra bed IDR120k/bilik/hari (utk 3 orang)
Teksi airport pergi balik = IDR630 (termasuk minyak-utk 3 org)
Trip ke Maninjau = IDR550k ( utk 3 orang)
Makan = RM20/org/hari tuk dinner + lunch
Lain-lain (entrance fee + angkut + toilet)= RM50
Shopping = infinity :)



9 comments:

  1. Assalam, setakat saya blog hunting utk cari maklumat utk trip ke Bukittinggi (insyaAllah pergi berdua dgn isteri pada Disember depan), blog puan antara salah satu yg sangat bermanfaat sebab disertakan info2 dan tip2 berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih, selamat bercuti kepada Encik dan isteri. :-)

      Delete
  2. salam kak bahiyah..
    info yg sgt berguna
    akak jalan sendiri ye..so..nampaknya sy akan ikut itenary akak je..
    senang..takyah guide kan..nikita hotel tu best tak?
    sy nak free n easy sbb bwk anak usia 3 tahun..takmo penat2 dan tensi-tensi :)
    TQ kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Lynda,
      Tq. Yea..jln sendiri jek. Nikita tuh biasa2 jek, ngam le dengan harganya. Balkoni xde tau tapi bilik oklah untuk 2 dewasa dan sorang baby. Kalo tak nak shopping sgt, boleh ambik trip ke Minangkabau pada hari ketiga tuh. :)

      Delete
    2. Assalam, kalau nak yg selesa sikit boleh cuba Bunda Hotel Bukittinggi. Rate dia mahal sikit Rp325~350k (lingkungan RM110~117), tapi hotel baru. Lokasi dekat lagi ke Jam Gadang/Pasar Atas.

      Delete
    3. Hmmmm nampak dari peta kat website Bunda Hotel ni strategik dan cantik hotel nih, lokasi kat Jln Panorama. Kalao nak ke Ngarai dan Lobang Jepang tuh jalan kaki/menyeberang jln je kot.

      Delete
    4. Hotel Bunda ni rasanya dekat dengan atau sebelah Hotel Ambunsuri di permulaan Jl Panorama dari jalan besar. Ada la jugak dalam 500~600 meter ke Panorama Ngarai dan Lobang Jepang kot. Saya nanti stay kat sini masa trip bulan Disember, insyaAllah.

      Delete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  4. assalam, kami ada menyediakan ground pakej ke Padang-Bukit Tinggi dengan harga yg sangat berpatutan!bermula RM450, siap makan, hotel, entrance fee, transport, driver, tinggal bawa duit shopping je tau ^_^
    .
    whatsapp +6012-6047593
    ig @percutianbajet

    ReplyDelete