Sunday, 5 August 2012

Tips membeli tiket dan merancang percutian ke luar negara

















Tema gambar di atas adalah pengangkutan yea..pandai2 le korang teka kat mana gambar tu di ambik. :)


Salam kengkawan

Hari ni dah ramadan ke-17, syukur alhamdulilah diberi keupayaan untuk menunaikan ibadah ini dgn sebaiknya.

Dah lama tak buat entry tentang percutiankan?. Last pergi bercuti pada october tahun lepas ke Perth. Selepas tu sy pulun kumpul duit utk beli rumah teres dan tak beli mana2 tiket melancong dah lepas tuh. Bulan mei hari tu sepatutnya pergi New Delhi tp tak ada rezeki bila penerbangan kami dibatalkan disebabkan Airasia menamatkan operasinya ke sana. Jadik frust dan meroyan le skit kan, xdpt tgok Taj mahal dan memborong sutera sari. Lepas tu dah jumpa rumah teres, sibuk plak uruskan. Sumer org tau sy dah beli rumah plak, malu. Ada ke patut staf sy buli dgn ckp rumah sy dekat dgn kubur. Bila refer rumah sy (kekadang org tanya), selamba jek dorg ckp 'kat semenyih yg dkt dgn kubur tuh'. Hampeh....kat situ ada Tesco, McD, Bandar Rinching bagai, nak jugak dirujuk dgn perkataan kubur. Tak pe, dorg tumpang internet dorg kat bilik sy, nanti sy cabut line dorg....supaya dorg xleh access internet.  Ha..ha...ha...

Berbalik isu membeli tiket, sy kira dah expert dah beli tiket online ni. Kekdg dpt jek sms nak minta tlg belikan tiket dr family. Dulu sy ok skit, dorg leh byr ansuran, tp skrg ni xnak dah byr lambat....sumer cash on delivery dah.  Sy jgk dah kira expert organize trip ni..ala trip kecik2 dgn kengkawan dan family, jadi tour leader free-free. Sy biasa buat trip dgn kengkwn jek, kdg2 bila g ngan hubby, kami sama2 le urus tp kebanyakkan nyer dia le yg urus.  Byk gak le belajar dari dia coz dia lagi expert. Ok ni tips untuk beli tiket melancong dan cari tarikh yg sesuai yea.  Moga2 dpt jadi panduan kepada kengkawan yg berminat untuk melancong.

1. Listkan tempat melancong yg kita berminat nak pergi dan cari beberapa org teman untuk pergi bersama. Dlm 2-3 pun dah cukup sbb boleh share 1 teksi.  Jimat....

2. Cari info ttg lokasi yg dipilih. Senang ke nak pergi, tempat tumpuan pelancong.  Byk blog2 yg tulis ttg kisah percutian, jadi guna pak google jek.



3.  Tetapkan bajet yg anda nak guna utk melancong ni. Kalo bajet setakat RM1k tuh, paling murah pergi Indonesia le atau pun pergi sendiri tak payah ambik pakej/underground pakej. Lagi murah beli tiket 6-12 bulan sebelum pergi time ada promotion.  Selain itu pertimbangkan jgk keselesaan untuk yg membawa baby, kanak2 dan warga emas.  Kekadang ada tempat pelancongan yg jauh dan kena jln kaki byk, naik turun lrt mungkin tak sesuai, jadi fikirkan alternatif lain mcm sewa kereta, underground pakej etc.

4.  Bukak website airasia dan cari tiket murah.  Pastikan date yg kita pilih tu date yg kita free.....tadak meeting, tadak conference, tadak family kawin. Oh ya, biasa tiket time cuti sekolah mmg mahal yea. Sy jrg pergi bercuti dgn kwn cikgu cikgi sy coz tiket mahal. Kalau time cuti sekolah better ambik pakej jek. Lagi satu, org malaysia ni suker melancong. Nanti xde le privacy kalo asik jumpa org malaysia jek. He..he..he

5. Minta izin dan inform suami kalo pergi asing ttg date.  Kalo nak save cuti, pergi time ada cuti umum pada minggu yg kita nak pergi tuh. Bagi sy bilangan hari yg ideal untuk melancong adalah 4 hari. Pilih masa penerbangan bertolak pada pagi supaya kita ada masa lagi nak window shopping bila sampai ke destinasi, pastikan juga kita boleh pergi ke LCCT pagi-pagi buta tuh. Book org tuk antar kita ke KL sentral, kang tertinggal kapal terbang plak. Masa blik pulak ambik flight petang supaya pagi tuh ada masa tuk g jln lagi atau untuk yg suker shopping, boleh repeat shopping tuk menghabiskan sumer duit yg ada. Habiskan sumer termasuk duit syiling coz duit syiling xlaku nak jual balik kat pengurup wang.  Asingkan siap2 duit tuk airport tax atau duit yg ala-ala baru tuk kenang2an. Walaubagai mana pun, itu tertakluk kepada berapa byk flight yg pegi ke destinasi pilihan kita tuh setiap hari.

6.  Cari tiket promosi yg ada, biasa week day harga murah skit dari weekend. Kumpulkan maklumat teman yg pergi seperti nama penuh, no ic, no passport, tarikh tamat passport. Bincang jgk dgn travel partner berapa berat luggage nak ambik, makan minum, tiket sky bus. Pastikan sumer org dah ada passport dan keperluan visa untuk tempat yg kita nak pergi tuh. Uruskan visa sebelum pegi dan cari info pasal visa dari website immigresen negara yang kita lawati.  Kekadang ada yg kena ambik cuti g kedutaan dan ada juga yg boleh byr online jek.  Pastikan passport kita at least 6 bukan sebelum tamat dari tarikh kita nak pergi tuh.

7. Kalo belum ada passport, sila buat ok. Untuk makluman warga Sabah jugak, passport kita akan ambik masa lama skit nak proses jika kita buat di KL yea. Dulu masa sy buat tahun 2008, ambik masa sebulan tau, padahal member org semenanjung buat sehari jek. Tak tau le plak skrg caner.

8.  Pastu dah boleh tempah tiket. Biasa sy dah ready kad kredit depan mata dan senarai no telefon, alamat supaya mudah nak key in data.

Suker bawak pouch ni kalo pergi melancong, ikat kat pinggang.  Duit byk2 letak dlm ni.

Ni wallet khas untuk shopping n byr2 jek, letak duit negara dituju dan kertas converter jek. Biasa letak bajet untuk sehari jek.

9. Buat itinerary dan cari info sebyknya cth pengangkutan, hotel,  brg2 yg boleh bwk masuk ke sesebuah negara tuh, airport tax, tempat tarikan pelancong, berapa persen nak tawar harga, tempat makanan halal, transport dari airport ke hotel n hotel ke airport, pencopet, penipu, anggaran harga untuk list shopping kita, fee entrance untuk lokasi lawatan, dan lain2 le tips dan pantang larang. Cth kalo pegi bandung ke jakarta, jgn beli minuman kat tepi jln...nanti sakit perut, beli air mineral kat supermarket. Pahtu bila pergi ke Mengkuban Perahu kena buat hati kering skit, jgn mudah terpedaya dari pedagang2 yg suker kerumun, merayu dan buat muka sedih tuh.  I hate them!!!.  Sediakan 2 purse, 1 letak kat pouch kat pinggang dan satu lagi boleh letak kat back pack.  Yg kat pinggang tuh letak sumer dokumen berharga cam passport, RM ribu riban, CC, IC etc.  Yg purse 1 lagi adalah duit yang kita bajet tuk belanjakan pada hari tersebut.  Dulu kami penah kena kerumun 5-6 org, kami bertiga masa tu, sy dan sorang lagi member sempat lari atas bukit.  Tinggal sorang lagi kena buli, pedagang tuh sumer dok skodeng tgok isi dalam purse dia bila dia nak g byr.  Bila anda dah start beli, dorang akan rayu2 lagi suh beli.  Terus kami panggil member tu dan marah dia. Bila pergi Saigon DON EVER EVER naik beca kalo xnak kena tipu. Hati2 jgk dgn pemandu teksi.  Entah le, sy rasa pergi negara yang byk penganut Buddha yang taat lagi selamat macam g Myanmar dan Bangkok.  G Manila pun ok jugak.

Kena print dan bawa dalam fail

Biasa sy akan print ni dan letak dlm purse...nampak macam remeh tapi PERCAYALAH ia sangat berguna. Convert kat XE Converter.


10. Tempah hotel online, dulu sy tempah kat Agoda dan Hostelworld.  Boleh jgk tgko kat Booking.com.  Lepas tu print dan nanti tunjuk kat kaunter bila dah sampai hotel tuh. Kekdgkan kat satu website dah full, satu website plak still available, jadik kena pandai survey jugak. Ehhh...pastikan jgk tarikh yg kita nak pergi tuh tak bertembung dgn perayaan atau event kat tempat percutian tuh. Kalo tak fully book plak hotel, nanti kena tido kat surau plak. Jgn lupa baca review kat website tuh. Mcm dulu sy terbook hostel yg byk nyamuk. Dlm review dah baca dah ttg hal ni tp degil gak coz konon dkt. Ambik ko, memlm kena hisap darah. Pahtu gambar dlm website cun giler, bila sampai ciput mcm reban ayam. Kekdg kan ada hotel2 yg biasa org Malaysia duduk. Org kita kan suker kalo ada org recommend.  Setiap negara jugak ada musim2 yg best untuk pergi melancong, macam kat Perth musim menuai anggur pada bulan Februari, musim bunga sakura berkembang dalam bulan April, musim yg cantik kat korea pada musim luruh etc.


11.  Tukar duit kat pengurup wang dan shopping brg2 nak bwk. Biasa bwk megi, cokelat, jajan, payung, Brahim, baju hujan, roti, tuna dlm tin, tuala kecik, milo 3 in 1, toiletries, ubat2an, kamera, universal charger, selipar (kekadang lg best jalan guna selipar). Tp biasa kalo nak g Indonesia xpyh pun bwk byk mknn coz mknn halal murah n senang didapati.  Setiap negara tu berlainan keperluannya.

12. Tiba tarikh, pack brg2. Brg2 ni bwk yg penting saja coz nanti blik lg byk brg nak bwk...silap haribulan beranak pinak beg.  Barang2 berunsurkan air letak dalam beg masuk kargo, nanti bawak naik kapal..kena buang plak masa checking kat imigresen.  Kalo pergi ke negara bermusim sejuk, lg le byk brg nak bwkkan di tambah lg dgn kalo g tempat yg susah cr mknn halal dan mahal. Dulu pergi perth terpaksa hati2 bwk brg dan kami bekfast dgn megi jek tiap2 hari coz set nasi briyani pun dah rm30, makan pun share jek coz kebetulan hubby tak mkn byk.  Sy rasa yg ideal adalah sebijik beg sorong dan sebijik beg back.  Hubby plak suker bawak bag backpacker yang biasa org putih tu bawak tapi sy tak cukup ketinggian tak sesuai le kan.  Elakkan dari bawak handbag coz jln lama2 bawa handbag sebelah kat bahu akan menyebabkan bahu anda sakit coz tak balance.





Jgn lupa yea kengkawan, uruskan visa terlebih dahulu untuk negara yang perlukan visa.  Visa ni keduataan akan tampal kat passport biasanya. Kalau nak g Australia boleh isi dan byr online jugak. Maklumat tentang visa boleh dapat dari website imigresen negara dituju.


Biasa urusan Visa ni hubby uruskan, dia le g ambik borang kat Ammbassy dan isi dan hantar.



Sediakan tentatif program


Ni airport tax g Padang hari tuh, bayar masa nak bertolak balik ke Malaysia.  Lepas check in, nanti bila nak departure akan ada kaunter tuk byr tax nih.
13. Sebelum melangkah keluar rumah check sumer brg ada cth ic, kak kredit, passport, pen utk isi borang imigresen, duit negara di tuju, RM, kamera.   Jgn plak terbawak passport org lain plak. Check jgk dokumen lain spt printed tiket, printed booking hotel, brochure, itinerary, map n information yg kita dpt dr internet. Jgn lupa jgk henpon, kalo pakai prepaid, sila topup byk2 skit dan pesan kat family....jgn call atau sms kecuali urgent ok.  Kat hotel biasa ada internet samada free atau berbyr, boleh bukak FB.

14.  Hasil dari komen reader kepada sy, sy ingin menambah juga kepada sesape yang ingin bercuti ke negara2 tertentu sila baca betul2 kat website imigresen dorang yea.  Coz ada negara yg memerlukan kita mempunyai sejumlah RM dalam akaun, biasa dorang nak penyata akaun semasa proses untuk visa.  Sy tak pernah lagi tapi suami sy masa pergi Jepun hari tu kata dia bawak buku ASB dia masa pergi apply visa.  Tapi logik jugak le kan, takkan nak melancong ke negara2 yang kos hidup dia mahal macam tu tapi simpanan ko tak sampai RM10k.  Bercuti-bercuti jugak tapi pastikan kita dah ada simpanan kita sendiri!.  Sekarang ni pun sy mengurangkan aktiviti melancong sebab nak simpan duit untuk rumah baru. :)

Itu je le yg boleh sy fikir buat masa nih, nanti kalo ada apa2 penambahan sy akan up date.  Gudnite!

18 comments:

  1. salam kak..dah 16 Ramadhan..pembetulan tu..hari ni 17 Ramadhan..apapun kak Bai tetap consultant yg terbaikkk utk bab-bab holiday..tQ kak..go..go..go!! Tq sharing.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..tq Zaila, punya le akak berhati2 taip semlm tuh. Xleh nak edit dah guna tab ni, esok le kat opis akak edit blik.

      Delete
  2. ho..ho..Selangor cuti ek..ok kak,selamat bercuti..

    ReplyDelete
  3. salam kak,sy student lg tp interested nk g backpacking kt luar negara.biasa la nk berjalan.bole tak akak bagi tips sbb sy plan nk ke thailand dan indon tahun depan.harap akak dpt share dgn sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Lyeana, mula2 Lyeana kena cari geng dalam 1-2 orang untuk pergi, jgn pergi sorang2. Sy rasa bajet untuk indon dan thai lebih kurang jek. Lepas tu mula le cari destinasinya, biasanya orang mesti pergi ke ibu negara macam bangkok/jakarta. Tapi tempat lain ok jugak macam Chiang Mai, Phuket/Krabi, Bali, Padang, Bandung, Yogjakarta dll. Lyeana kena fikir Lyeana nak pergi melancong untuk apa? samada nak shopping ke, nak tengok pantai ke, nak tengok gunung ke? Atau tak kisah mana-mana.

      Setiap tempat tu ada keistimewaan dia. Cuba buka website travel agen macam potto travel dan tengok itinerary perjalanan dorang. Biasanya kita akan pergi tempat yg lebih kurang sama jek dengan mereka pergi.

      Lepas tu bincang dengan kengkawan dan listkan 2-3 tempat yg korang nak pergi. Dan pergi bukak website airasia dan tengok flight yang paling murah. Korang mesti nak cari tiket paling murahkan dan masa yg korang available. Biasa hujung minggu tiket mahal, cuba cari flight hari bekerja. Sekarang ni ada offer airsia. Biasa kalo tempat2 tumpuan pelancong ni, makan minum pengangkutan dan hotel takde masalah, lgpun byk info boleh tgok kat internet. Lepas dah dapat tiket baru le korang uruskan pasal passport dan hal-hal lain tu. :)

      Delete
    2. ohh.sgt membantu.psl hotel plak cm ne nk tempah online?sume ckp kalau tempah online lg murah,kteorg kn tak de credit card lg.ke smpai sna terus check in msuk hotel?

      Delete
    3. Online biasa sy buka agoda.com tempah secara online. Tempah online lagi senang sebab kira hotel dah confirm masa sampai sana, lgpun senang nak bagitau pemandu teksi kita nak pergi mana. Lepas tempah biasa kita kena print voucher hotel lepas pembayaran selesai, kekadang pihak agoda akan email voucher tu pada kita. Jadi hanya perlu tunjukkan voucher tu pada kaunter hotel. Memang harga tempah online lagi murah dari harga walk-in.

      Carilah kengkawan atau saudara mara yang ada kad kredit untuk tolong tempah, pahtu bayar duit cash kat dorang. :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sy akn cuba cari sape2 yg ada kredit kad.hehe.pape pun thank you sgt2 kt akak.sgt2 membantu.nnti ble2 bole la sy refer kt akak lg=)))

    ReplyDelete
  6. salam kak, nak tnye akak penah tak booking flight+hotel dr air asia? klau penah,ape yg kite perlu tunjukkan kpda pekerja hotel semasa kite nak check in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. Sy tak pernah tp suami sy pernah. Lepas beli tiket + hotel tuh, print dokumen tuh. Lepas tuh serahkan kepada kaunter hotel masa nak check in. :-)

      Delete
  7. Salam,

    Nice sharing..

    Kalau ingin bercuti lagi, sila pilih zulu travel..
    pakej yang ditawarkan adalah murah dan menarik

    boleh check pakej-pakej di http://www.zulu.my

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  9. thanks sgt for the info!:) suke travel..tapi xpandai rancang percutian.... nak mohon share ke blog sy boleh??tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok boleh saja, tq Ibuzaheenziyad. Nanti kasi backlink ke blog sy yea...:)

      Delete
  10. as salam
    saya nak tahu jika kita travel tak pakai agen, macam mana nak ambil travelling insurance? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sorry Nora sy tak pasti sgt pasal ni. Seingat sy dulu ada kawan sy pegi sendiri ke Korea, tapi dia beli travel insuran kat agensi pelancongan yg biasa ada jual2 tiket kapal terbang tu, tp sy dah x berapa ingat nama agensi tuh, maybe Triways Travel kot, cer awak call tanya. :)

      Delete