Sunday, 26 August 2012

Kuala Rompin : Balik kampung kedua daku

Hubby mmg payah nak diajak bergambar.  Sy siap ckp mcm ni 'Bie, pusing le menghadap sy, kita bukan kena kawin paksa kan'.  Tak byk gambar berdua kami, kali pertama beraya sama pada tahun 2010 pun kami xada gambar raya.  Tahun lepas kat Sipitang pun xde jugak gambar berdua.  Tahun ni xboleh jadik, kena paksa jugak!!!!

Perjalanan balik akan melalui ladang kelapa sawit, kat dalam2 tuh adalah Felda


Pekan Kuala Rompin


Ketam beli kat Pasar 

Simpang ke Segamat, Johor

Penanaman semula kelapa sawit

Beli lemang kat Kuala Pilah

Mercu tanda Kuala Rompin


Shell

Ni yg paling sy suker, ditengah2 antara jln utama dan jln kecik depan kedai ada taman permainan

Deretan kedai

Terminal bas

Melepak di Pantai Hiburan

On the way ke Rompin, ni kawasan perkampungan orang asli

Tanjung gemuk

Ketam ni beli kat Tg Gemuk, bila pak mertua nampak dia bebel coz dia ckp ketam ni isi dia xelok.  Pahtu dia ckp kalo nak tau ketam tu ada isi ke tidak kita tekan bahagian tepi ketam yg ada telur tuh.  Kalo keras, ketam tuh byk isi.  Pak mertua sy ckp sy memalukan dia sebagai bekas nelayan coz beli ketam tak elok...ha...ha...ha...  Sebenarnya sy ni anak penjual ikan, kalo nak tau ketam ok ke, biasa sy pilih yang fresh, betina dan berat.  Tapi bila sampai pasar, sy jumpa 3 jenis ketam...dah pening nak pilih jenis mana.  Tak penah jumpa ketam ni kat Sipitang daaaa.....


Pada jumaat 17.8.2012, kami suami isteri bersama seorang adik ipar telah bertolak balik ke Kuala Rompin dalam jam 2.30 iaitu selepas jumaat.  Korang pernah tak datang ke Kuala Rompin?.  Perjalanan ke Kuala Rompin ni dari Cheras adalah melalui LEKAS, Bukit Putus, Kuala Pilah, Bandar Seri Jempol, Muazzam Shah dan seterusnya ke Kuala Rompin.  Perjalanan dari Bandar Seri Jempul ke Kuala Rompin tersangat le sunyi sebab disepanjang jalan banyak ladang kelapa sawit.  Kami sampai betul2 ngam masa berbuka...he..he...  Kami sempat singgah di Kuala Pilah membeli lemang dan singgah sekejap di Bandar Muazzam Shah untuk membeli juadah di PARAM. Tapi tak ada apa yang berkenan, terus kami menyambung perjalanan terus ke Kuala Rompin.  Hubby mmg teror bab-bab drive ni, 4-5 jam drive tanpa henti tadak masalah bagi dia.

Sebelum jumpa hubby dulu, antar doa saya adalah untuk dapat kawin dengan orang yang ada kampung halaman.  Sebab sy keje KL, kampung kat Sabah jauh.  Kebetulan sy pun jenis yang home type, jarang ikut kengkawan balik kampung pun.  Lebih suker memerap kat rumah, kalo jalan pun pergi pasaraya beli barang lepas tu balik.  Jarang nak keluar bersiar2 coz sy bukan jenis suker tgok wayang, tengok konsert atau lepak2.  Sy kan pemalas dan kuat tido, bermalas2an kat rumah lebih menggembirakan daku.  2 tahun sy duduk sorang2 kat rumah sy.  He...he...he..  Syukur dimakbulkan doa sy.  Dapat le sy ikut hubby balik kg dan merasai suasana dan kedamaian kampung. Kegembiraan berganda bila hubby ada 2 kampung, kampung dilahirkan di Dungun dan kampung dibesarkan di Kuala Rompin.  Tapi hubby sekolah menengah dan belajar di Dungun, jadik Dungun pun kira kampung yang ada sentimental value jugak kat hubby.  Daku mmg suker sgt kalo balik Dungun, coz bagi sy Terengganu ni unik skit banding negeri lain.  Percakapan dorang pun buat daku pening pala...memerah otak untuk memahami setiap patah perkataan, apatah lagi budaya dan makanan dorang. Banyak benda baru..........terexcited kejap kalo balik Dungun. Tp entry kali ni nak citer pasal Kuala Rompin dulu.

Apa yang istimewanya Kuala Rompin?, bagi aku pendatang baru ni, terasa hidup di Kuala Rompin tersangat le tenang.  Komuniti yg kecik seperti tempat2 lain jugak, sumer orang saling kenal mengenali antara satu sama lain.  Bandar dia tak sesak dan sudah tentu parking tak jadik masalah, boleh jek parking kat mana2. He...he...he..

Nama jek Kuala Rompin tapi bukan le tepi laut sangat. Tak nampak pun laut dari Bandarnya.  Kena pergi dalam 1 km baru jumpa Pantai Hiburan, pantai yang popular di sini.  Pantai nyer luas saujana mata memandang.  Boleh mandi tepi2 pantai, cuma arusnya agak kuat.  Tak ramai orang sangat dan mmg sesuai tuk membawa diri mengubat hati yang lara.  Kat pantai ni hanya terdapat 1-2 gerai jualan, tadak chalet atau hotel di kawasan pantai ni.  Tempat ni adalah tempat untuk orang awam bersantai2.  Beza nyer dengan Sipitang, kedai2 di Sipitang mengadap laut...turun jek dari kaki lima kedai, terus pijak pasir pantai.

Disini jugak terdapat Shell dan Petronas, KFC, Bank Islam, Maybank, Masjid, restoren, Terminal Bas, Pasar Besar, Pasaraya Tunas Manja dan beberapa lagi kemudahan lain yang ada. Kira ok le duduk sini, semuanya ada.  Sebuah Hospital jugak hampir siap.  Ada pasar pagi berdekatang dengan Terminal Bas setiap pagi ahad setiap minggu.  Kami selalu menghabiskan masa kami di sini bila balik kg, disini boleh beli buah2an dan produk2 tempatan.  Ikan, ketam udang, daging jugak boleh dapat yang fresh di sini.  Sebelum bertolak ke KL, biasanya kami singgah di Pasar Rompin untuk membeli ikan untuk bawa balik KL. Murah dan dijamin fresh, sebaiknya pergi pagi sebab bila petang dah tak byk pilihan.  Membeli belah barang dapur di pasaraya di Kuala Rompin ni mengejutkan sy coz ada beberapa barang yang lebih murah dari KL tau. :)

Sekali sekala juga kami pergi ke Taman Negara Endau Rompin untuk mandi manda di jeram kat situ.  Tak ingat berapa bayaran sekali masuk.  Tempat ni kurang dari segi kemudahan, cuma nampak le beberapa chalet kat dlm tuh.  Tahun lepas mandi kejap jek coz nampak langit macam dah nak hujan.  Terus kami bergegas balik coz takut bila hujan di hulu sungai, nanti tetiba air turun dengan deras pulak.  Bahaya...

Selain Pantai Hiburan, kami jugak selalu pergi ke Pantai Bernas Rompin makan sata dan otak-otak.  Yg istimewa adalah otak2 kerang/kepah ntah nama dia.  Hmmmmm mmg sedap giler.  Tapi jarang ada le, biasa otak2 udang jek ada.  Kalo pergi petang mesti kena queue tuk dapat mknn.  Selain itu kami salu pergi tengok pantai kat Pantai Penyabung di Endau.  Perghhhhh....pantai dia mmg cantik giler.  Air dia nampak warna hijau dan sesuai sgt untuk mandi manda...terasa macam berada dalam filem plak tengok pantai ni.  Subhanallah sangat cantik ciptaan Allah nih.  Dari Endau/Tanjung Gemuk jgk ada kapal/bot untuk pergi ke Pulau Tioman.

Selain itu kami selalu pergi ke Kuantan (2 jam perjlnnn) dan Pekan.  Dari Kuala Rompin ke Pekan mengambil masa dalam 1 jam akan lalu Nenasi, tempat yang sangat cantik jugak iaitu perkampungan nelayan tepi sungai/laut. Ada jugak satu tempat tu ada gerai jual Nenas dan jugak segala jenis jeruk.  Di sepanjang jalan dari Rompin jugak akan nampak gerai2 tepi jalan yang jual lokan.

Ramai orang luar dtg Kuala Rompin untuk memancing ikan laut dalam, terutama orang dari Singapura.  Kat rompin terkenal dengan udang galah, tapi tak pernah lg kami cari udang galah kat sini.  Sebenarnya kami jarang makan kat luar bila balik kg, kalo makan pun pergi KFC atau bekfast makan nasi dagang.  Mungkin makanan kat sini tak sesuai sgt dengan taste family hubby yg berasal dari Dungun.  Lebih suker pergi kenduri coz menu wajib yg biasa adalah kambing...best..best...best.  Ada beberapa hotel bajet kat sini dan ada juga yang menyewakan rumah teres dengan kadar yang berpatutan.  Ada jugak hotel yang berbintang2 kat sini, boleh tempah.  So kengkawan, boleh masukkan Kuala Rompin dalam list cuti-cuti Malaysia korang yea.

Walau pun kami balik kg tapi sebenarnya hubby sangat liat kalo nak dibawa berjalan ke sana sini.  Kekadang jek kami keluar pun, kebanyakkan masa di habiskan di rumah saja.  Raya hari tu jek kami banyak jalan, boleh pulak kami pergi beraya ke Tanjung Ubai dan Felda Selendang.  Sekarang nio sy dah boleh memahami dialek terengganu family hubby, dah byk faham apa yang orang ckp.  Sebelum ni mmg sy blurr!!!  He...he...he..

Pasar Rompin


Air Terjun Seri Mahkota di Taman Negeri Endau-Rompin


2 comments:

  1. Salam bahiyah, kalo nak ke Mersing mana lebih dekat route ke kuala rompin ke or ke Kluang?
    Harap dpt membantu

    kak Zainab Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Zainab, rasanya lebih kurang saja jauhnya. Tapi kalau saya, sy lebih suka ikut jalan Kuala Rompin sbb sy tak faham sgt laluan dalam2 felda Kluang tuh. Cuma laluan ke kluang akan byk lalu highway plus, jadi perjalanan pun lancar jek.

      Delete