Tuesday, 28 August 2012

Aidilfitri 2012

Dah 3 tahun kami raya berdua, doakan kami mendapat zuriat sendiri tahun depan yea kengkawan

Sempat beli kek anniversary kedua kami

Di pondok ini le tempat kami melepak

Baby Imam yang sangat comel dengan Pak Lang nyer

Syukur, ada juga le gambar kami berdua

Hubby dah tak kekok pegang baby...moga kami dapat baby cepat2..amin..amin...

Aiseymennnnnnn...

Adik bongsu dan adik ipar


Hari kedua raya,. kakak sulung buat kenduri.  Menu:  Kari kambing + sayur kacang goreng + ayam goreng + ikan goreng + nenas masak lemak + sambal belacan + dessert.  Ni Saza ngan mama dia tengah cuci periuk.

Saza ngan Cik Lah DJ Kukur


Di Pekan makan makanan mamak, baru balik beraya makan buah nipah kat Tanjung Ubai

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masih belum terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan dan pembaca blog ni.  Mohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata yang mengguris hati.  Kekadang sy suker membebel kat blog ni.  Semoga anda dapat menyambut raya dengan gembira bersama keluarga tersayang.  Semua dah balik raya kan?

Kali ni adalah kali ke2 beraya di Kuala Rompin dan raya yang ke3 bagi kami sebagai suami isteri.  Dah tak kekok dah beraya di Rompin, berbeza dengan kali pertama beraya dulu.  Ramai orang bertanya beza raya di Rompin dengan di Sipitang.  Raya di Rompin, kami banyak beraya kat rumah orang manakala di Sipitang ramai org datang beraya kat umah.  Nak beraya sakan mmg kena balik Sipitang le nampaknya.  Bukan tak meriah raya kat Rompin tapi kat sini ramai orang luar duduk kampung ni.  Jadi masa raya, dorang pun balik kampung masing2, yg tinggal adalah beberapa bijik rumah je yang ada.  Budak2  pun tak ramai yang kita nampak dtg meraya. Kalo kat Sipitang, sesangat le meriah sampai tak sempat nak rehat.  Dari raya pertama hingga ke-3, dari pagi hingga ke malam le ada orang dtg bertandang.  Yang sebenar2nya, adik beradik kami berkumpul reramai pun dah nampak macam kenduri...

Hari pertama kami pergi ke rumah bekas ADUN, kat sana macam2 menu ada...yg paling meriah kambing golek.  Kat sini pergi mana2 kenduri mesti tak lari dengan kambing.  Menu lain adalah sate, pelbagai jenis mi, nasi briyani dll.  Selepas tu pergi beraya kat mertua Kak D dan mertua Kak Yati.  Dah full perut, terus balik rumah dan lepak kat rumah jek sampai ke malam, ehhh petang sempat lepak kat pantai hiburan kejap.  Raya kedua Kak Di buat kenduri plak.  Jadik sepanjang hari raya kat rumah dia je le.  Ada sanak saudara dari Dungun datang, petang lepak2 kat pondok.  Hari raya ke3 pergi kenduri jiran, rumah adik ipar Ina dan terus pergi ke Felda Selendang rumah mak angkat hubby.  Hari ke4, adik ipar sy Ima balik Perak...jadik pagi masak Laksa lemak putih dan tengahari pergi beraya ke Kg Ubai dan Pekan, malam pergi beraya kat rumah adik ipar Ika.  Hari ke5 tengahari pergi makan KFC dan pergi ke pasar malam di Tanjung Gemuk.  Hari ke-6 balik KL dah.  Singgap kejap kat Seremban rumah kawan hubby makan tengahari, sementara hubby g semayang jumaat sy sembang2 ngan wife kawan hubby.  Pas jumaat, balik semula KL.  Back to normal.  Hari sabtu tuh ada budak2 menjerit2 kat luar nak beraya tapi tak larat nak bukak pintu, kebetulan plak nak masak tuk hubby dan ready tuk antar hubby ke ERL, hubby nak g Auckland.

Adegan paling lucu time raya tahun ni bila ada sorang member adik dtg, budak ni mmg salu lepak kat rumah ni, biasa le duduk kat kg memang macam ni kan.  Mula2 dia dtg raya ke2 kalo tak silap, hubby kasi dia baju coz dia ckp dia tadak baju dan dok pakai baju adik dia, yelah org2 kat umah masa tu dok komplen baju dia.  Biasa le hubby mmg suker beli T-shirt kat obersee pahtu bila balik kg, g bwk baju2 yang dia tak nak pakai lagi.  Punya le byk T-shirt dia, satu almari penuh...jenuh daku nak ngemas nyer.  Pahtu malam budak tu dtg lagi, dia ckp lagi tadak baju...apa lagi adik ipar sy ni ala-ala sound direct dengan kuat nyer 'Amboiiii..dtg rumah orang nak minta baju'.  Pahtu yg lain bantai gelak sakan coz dah tau kat rumah ni mmg dorang suker ckp kasar2 macam tu tapi sebenarnya gurau2 jek.  Budak ni yg duduk kat tangga terus merajuk start enjin dan balik umah dia.  Bila Ima dah balik KL, baru dia datang lepak balik...ha...ha...ha...lucu betul.

Itu je catatan raya kami ni tahun ni.  Agak meriah dan  puas beraya banding tahun 2010.  Tahun depan giliran beraya kat Sipitang pulak.  Yuhuuuuuu......

Raya 2012 kat Sipitang, tak ramai ada raya pertama tahun nii...

Mama and anak-anak daranya!

Open house kakak sulung, ahli makin bertambah dengan kehadiran abg sefamily dr negara Brunei. Tahun depan balik lagik tau...kita raya sakan! Udah besar-besar anak buah daku rupanya...opss itu menandakan diri makin tua :)





No comments:

Post a Comment