Sunday, 8 July 2012

Tetamu kami: Makan nasi air di Kg Baru, aiskrim tutti frutti





Salam kengkawan

Jumaat lepas 6 Julai 2012, Kak D dan Ilah datang rumah.  Kak D dtg dari Rompin, manakala Ilah dari Rawang.  Baru jek cerita entry pasal menyambut tetamu yg dtg rumah kan. Hari ni ada plak tetamu dtg umah kami.

Jumaat petang tu lepas keje sy ambik dorang kat LRT BTS, dorang plak turun kat TBS-BTS.  Terpaksa le dorang menapak ke LRT BTS coz sy tak tau yang ada simpang pegi TBS-BTS dari MRR2 menghala ke Bandar tun Razak.  Amat payah le nak terangkan kat dorang mana nak tunggu coz kebetulan LRT BTS tu tengah renovated.  Hubby plak pandai pakat ngan adik badik dia tuh ambik kat situ kan!!!.  Bijak benor laki aku ni.  Tup...tup..bila sampai rumah, dia dah ada tercongok kat rumah.  Hmmmmm...terasa nak marah plak rasanya.

Mlm tuh mula2 nak makan ke Kg Baru tapi ntah jem plak kat Jln Low Yew tuh, jadik kami g makan Sup Meletup kat Bandar Sri Permasuri jek.  Esok pagi nyer daku, Kak D dan Ilah memulakan misi shopping kat Jln Tar.  Hubby siap kasi duit makan RM50.  Kami kuar umah kul 10 pagi dan  balik dalam jam 3.00 macam tuh.  Pegi sogo, gulatis, semua house, jakel, ariani, muaz dan gerai2 disepanjang jln tar tuh.  Sy sempat rembat 3 pcs tudung Ariani, tapi cari tudung yang murah2 jek le.

Selepas pusing2 kat situ tuh carik tudung kami pun blik dan singgah makan kat Tesco Extra.  Balik umah hubby dah ada rupanya.  Kul 6.00, hubby ajak g Kg baru makan Nasi Air.  Rasa semput nak habiskan, almaklumlah hubby yang order makanan ni tgah lapar, dia xmkan tengahari rupanya.  Pahtu cepat2 balik coz tak semayang maghrib lagik.

Esok nyer kami g Wangsa Maju jenguk anak2 Ima.  Mak mertua xjadik balik pulak coz Ima pun nak balik minggu depan, jadik dorang blik sekali.  Terus shoot ke TBS-BTS dan hantar Kak D dan Ilah naik bas.  Canggih yea BTS-TBS ni, nak turun ke platform bawah tuh ada guard tgok tiket dan hanya yg nak naik bas jek boleh turun.  Ala-ala nak naik kapal terbang dorang ckp.  Canggih, macam berada di KLIA rasanya...kik.kikikikikikikiki...  Opsss parking kete pun byk, RM3 per entry jek.

Masa nak pegi perking kete, ternampak Tutti fruti, aduhai punya le lama dah Tuti fruti ni tapi daku xpenah makan lagik.  Jadik g ajak hubby. Confuse nyer, tak reti nak ambik macamana. Rupa2nya kedai ni self servis.  Kita kena ambik cup sendiri dan pegi ke vending mechine dia dan pilih perisa yg kita nak.  Ada jagung, strawbeyy, yam etc.  Tapi tak sebanyak baskin robin le pilihan nyer.  Nak tuang aiskrim tuh, kena tarik handle ke bawah dan tadaaaa..aiskrim pun keluar. Tapi awas yea...sumer nyer pakai timbang ok.  Jgn kasi penuh plak kalo just nak try jek....tapi pokai.  Sebelum byr boleh pilih apa2 toping yang kita nak.  Lepas tu baru g kaunter timbang dan byr.  Yg sy punya ni takde topping coz lepas timbang dan bayar baru ingat kat topping.  Adik tu ckp 'patut tadi pilih topping dulu baru timbang'.  Hampeh...

Masa mula2 filling tuh, sy main tarik je handle tuh, hajat hati nak kasi penuh, pahtu hubby ckp 'eeeiiii main timbang tau..ntah berapa ntah RM nanti kalo awak penuhkan'.  Baru sy terkejut... Jakun betul le daku ni.  Ni fill separuh jek...harga RM12.  Yg pink tuh Stawberry manakala soft purple tuh Yam.

Boleh tahan le rasa dia, mmg sedap dari aiskrim biasa coz dia ada campuran yogurt.  Comel dan sangat sesuai kalo nak jaga badan.  Lagi bagus kalo ada perisa honey + nut kaannnn. Macam ada 8 jek jenis aiskrim yg ada hari tuh. Moga dorang leh berkembang dan tambahkan mcm2 lagi jenis aiskrim nyer nih.



No comments:

Post a Comment