Monday, 23 July 2012

PARAM dan citer pasal makanan time posa


Ni le makmal tempat dagu bertugas

Rosemary Chicken Roaster, masak sebelah ayam jek tuk kami dua org

Ni le dia brand cokelat yg biasa org buat Almond London, sy pun baru pernah tengok.  Harga dalam RM16 tuk 1 kg.  Beli kat kedai jual bahan tuk buat kek.  Macam tak pernah jumpa kat pasaraya biasa.

Tadaaaa...biskut AL  ku, resepi ambik kat Myresepi.

Cheese tart

Salam kengkawan

Selamat menyambut bulan ramadan kepada anda semua.  Ramadan ni adalah ramadan ke-3 kami berdua.  Ramadan pertama dulu hubby masih kat Ipoh, masa tuh kami baru jek kawin dan dia pun masih lagi baru bergelar suami.  Jadik nyer...cara bujang dia tuh masih tebal lagi dan dia masih lagi nak berbuka posa dengan kengkawan dia banding ngan berbuka bersama bini dia ni haaaa.  Ingat lagi time tuh kalo tak silap hanya 2 kali jek dia balik KL tima bulan posa.  Kejam kannnn..  Ni kira ramadan kedua le kami dapat berpuasa sama.  Tahun lepas dan sama seperti tahun ni sy masak jek kat rumah....jarang pun beli kat PARAM coz salu sakit hati jek terbeli makanan yang tak sedap.  Dekat je pun PARAM  dengan rumah, mmg meriah le bazaar ramadan area rumah ni sampai lenguh kaki jalan nak menghabis.  PARAM ni berdepan dengan PPUKM jek, sebelah dengan Stadium Bola Sepak Cheras.  Parking plak ada byk area KFC tuh, kena menapak le skit.  Gerai2 dia memang banyak dan byk jenis makanan ada seperti gerai lain jguak le.   Tapi ada le port2 yang favorite coz tak berani beli kalo tempat yg tak biasa, takut nanti tak sedap.  Antara yg sy suker beli time PARAM adalah sup, nasi kerabu, nasi ayam dara dan lamb chop.  Tapi biasa beli sup je le coz hari biasa tak jumpa, pahtu masak nasi jek. Walau pun sup tuh kira mahal giler coz dia kira by pieces.  Satu pieces tu ntah berapa
ntah, nanti dia akan potong2 jadik kecik2.  Ada paru, daging, perut, tetel, ekor, lidah pun ada.  Biasa ambik dalam 3 pieces jek coz itu pun mesti dalam RM12.  Mmg sedap coz sy suker sup yang berempah.  Sanggup daku beratur tuk dapatkan sup ini.

Menu pertama posa Ikan bawal 3 rasa.  Menu kedua posa Rosemary Chicken Roast dan menu ke-3 posa adalah Daging masak hitam.  Rosemary Chicken Roast tuh tetiba jek coz Cikgu A, kawan sy yang sebut.  Terus le daku yang kebetulan g Tesco beli.  Bahan2 dia mudah jek:  Daun rosemary + tyme + bwg putih + bwg merah + ayam + lada hitam + lemon + sos tiram + minyak zaitun + garam.  Gaulkan sumer dan perap pahtu panggang.  Dulu ada buat Mexican Chickan Roaster yg byk guna rempah.  Yg ni plain dan bhn2 dia pun mudah.  Sy ambik resepi org putih punya coz kalo blog org malaysia nih dia dah tambah2, byk bahan kena carik.  Yg istimewanya tuh dia guna rosemary dan tyme.  Tyme sy jumpa kat tesco yang fresh manakala Rosemary fresh dah habis, jadik sy guna yang kering punya.  Hubby kalo yang western sgt xnak dia, jadik sy buat tuk makan dgn nasi.  Sos dia pun tak sempat nak masak daaaa...  Petang ni xtau le nak masak apa, macam nak masak seafood plak.  Tahun lepas sy ada jadual masakan tuk sepanjang ramadan dan sepanjang ramadan tuh xde ulang tayang masak!!!. Hebat kan!!!.  Tapi minggu2 terakhir tuh hubby byk berbuka kat luar mengikuti jemputan berbuka posa katanya.  Jadi kalo nak masak beria2 ni kat awal posa ni le jek.

Lagi satu sabtu lepas sy g buat almond london.  Ni favorite sy, jadik mmg kena belajar buat.  Syukur jadik jugak, resepi ambik kat myresepi jek.  Rasa tak berbaloi nak beli almond london ni coz dah le mahal, biasa sebalang tuk daku makan sorang jek.  Sebalang lagi makan kat rumah pas raya. Syukur le rasanya xjauh beza hat yg beli punya.  Nanti dekat raya baru nak buat sikit lagi tuk bawak balik rompin.  Yg buat hari tu xcantik sgt, ada yang terlebih gajah saiz nyer...maklum le first time buat.  Bila daku suh hubby komen, dia ckp 'kukis lebih byk dari cokelat'.  Ha...ha...mmg le coz sy gentel besar2, mula2 utk kecik2 tapi dah sakit pinggan duduk lama sgt, tergentel besar2. Yg masalah skit nak panggang badam tuk kasi ranggup.  Badam ni plak satu hal, dia kalo panas mmg dia jadik liat.  Kena tunggu dia sejuk baru tau dia dah masak ke belum.  Terlebih panggang dia jadik pahit plak.  Dalam resepi panggang 5 minit, tapi tak ranggup jugak.  Terpaksa tambah lagi 5 minit.  Itupun yg saiz besar xranggup2 jgak.  Hangin jek... Hantam je le labuuuuuu.....

Plan nak buat tart nenas dan 2 kuih yg popular kat sabah time raya iaitu kuih makmur dan biskut cerelec.  Kuih makmur ni macam biskut suji ke apa ntah kat semenanjung ni.  Biskut cerelac ni kakak ipar sy punya resepi, dia business jual kuih raya tiap2 tahun.  Ni mmg favorite sy, tiap kali raya g umah dia cari biskut ni.  Ada satu lagi kuih raya yang femes kat sabah iaitu biskut ULAT BULU.  He...he...comel jek kan.  Cuma rupa dia comel tapi rasanya biasa jek.

Ahad lepas ajak hubby g PARAM, dia tak nak dengan alasan dia dah pegi semalam.  Semalam?.  Ish..ish...napa aku tak perasan yek, setahu daku semlm dia bawa balik bubur lambuk dari surau bawah jek. Atau daku yg hilang ingatan?.  Nasib le kan dulu2 dapat pakwe romantik giler, ko tak nak.  Aaaahhhh kan, satu faktor yang buat aku impress pasal expakwe dulu adalah sifat romatis dia tuh.  Sampai mati pun takkan jumpa orang macam tuh lagi.  Adat le kan ko takkan dapat pakej, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.  Macam ex ni dulu dia mmg romantis, sumer keinginan aku dia akan cuba tunaikan, caring gile tiap2 hari call tanya khabar.  Nak g sana sini pun senang, dia akan bawakkan.  Tak pernah dia membiarkan diriku keseorangan jalan sensorang.  Yang penting, masa untukku sentiasa ada.  Salu ajak g tempat2 yang best macam g tengok bunga api kat purtajaya, g pesta flora bagai.  Dia mmg tau yang daku mmg suker sangat tengok bunga api.  Sekarang ni tengok dari balkoni je le setiap awal tahun dan hari kemerdekaan.  Tapi nak buat macamana xde jodoh.  Sumer nyer hanya tinggal kenangan...eeeeh pehal tetiber tingat ex nih.

Time keje Cheras dulu pun suker pergi PARAM jugak, time bujang ni senang.  Beli le apa pun ikut tekak sendiri.  Tapi itu pun jarang pegi jugak coz malas nak menapak dan bersesak2.  Kekadang beli kat kolej jek atau singgah kat mana2 gerai.  Kekadang g umah kawan berbuka sesama.  Kekadang g ngan keqwa kat PARAm deakt velodrom tuh, kat situ punya le susah nak cari parking dan ramai teramat orang.  Maklum le kat situ jek PARAM yg ada area situ.  Sekarang ni sumer dah displitkan, jadik kurang sesak skit. Kami salu pegi jam 4.30 atau jam 4.00, sikit punya awal g PARAM.  Kul 5 balikkk..jahatkan!!.

Dulu masa dok keramat lagi hebat.  Masa tu naik lrt keje kat subang.  10 minit lagi nak berbuka baru sampai rumah.  Pergi le beli apa2 makanan yg masih tinggal.  Beli untuk sahur sekali coz xlarat dah nak masak tuk sahur.  Sepanjang posa tu le membeli nyer kecuali sabtu dan ahad jek masak.  Penah juga berbuka dalam bas yg penuh sesak dgn penumpang.  Penah jugak masa dalam bas lrt, sorang makcik ni memotong barisan.  Apalagi lelaki lembut yg dipotong tu punya le marah direct kat makcik tuh.  Sepanjang perjalanan tu dorang bertengkar sampai le makcik tu turun. Makcik tu ckp budak tuh kurang ajar tapi nasib le kan makcik.  Lain kali tolong le berbaris yea..lgpun makcik tuh bukan le nampak uzur atau sakit.  Sihat walafiat jek tapi xnak beratur.  Free jek kena sound dek lelaki lembut tuh.

Yg paling best kenangan berbuka posa kat KL Tower le kan.  Habis keliling berkali2 ambik makanan.  Selain tuh berbuka ngan kengkawan kat opis pun best jugak.  Penah buat Cheese Tart tuk budak2 opis.  Sampai tak cukup lagi tuh.  Pahtu dah tak larat dah, jumpa sy jek dorang g tagih cheese tart.

Kalo ngan geng bujang suker mkn fast food, terpaksa le book tempat awal2 kat mall.  Takut nanti tadak tempat nak makan plak. Isk..isk macam2 nyer citer pasal posa ni kan.  Byk kenangan silam terbongkar.  Adussss....sebenarnya dah xde ide nak tulih apa.  Mood keje plak makin malas.  Tengah tunggu satu company ni antar signange.  Aduhai punya le particular nyer...dummy jek antar online 2x kali, dummy real plak 1x.  Bila le nak antar dan pasang nih.....hhhhmmmmm nak beli beberapa barang lagi tuk lab nih.  Yea...yea....dah listkan pun nak beli apa.  Nak mengorganize jadik kemas kena le ada modal kan...beli rack itu beli rack ini.  Apa kelas letak barang atas bench atau dalam kotak yg dibuat sendirik.  Skrg dah happy coz lab besar2 dah abis buat 5S dah, tinggal le ada sikit2 nak tambah jek.  Dgn pelawat datang dan audit ni, memasing sibuk kemas lab.  Sumer kemassssss.....i like...



2 comments:

  1. yeah cheese tart k.bai menggiurkan ahaha..
    sy pegi PARAM permaisuri smlm..waah meriah..4.30pm tu dah ramai giler org, dapat laksa langkawi sedap.. ada burger bakar org beratur ramai giller, target lain kali la camni nk pegi lg..tp best la PARAM permaisuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suker Param ni, parking pun tak susah sgt kalo pegi awal. Tapi biasa akak pegi sabtu ahad je le coz sampai sana pun dekat 5.30, time org tgh ramai. Ada rela jaga sekarang ni, jadi smooth je le jalan nyer. Sabtu ahad mmg akak g dalam 4.30 macam tu pun, malas nak bersesak2 ngan org. Kekadang nak beli pun kena beratur kalo gerai yang femes tuh. Eehhh...akak tak jumpa rojak singapore yg biasa beli dulu tu le. Sup sedap tuh dah jumpa dah. Yay..yay...

      Delete