Thursday, 28 June 2012

Tips Menerima Kunjungan Mertua atau Ibu Bapa

Waie, anak buah sy yang colorful dan penuh expression


Salam kengkawan semua


Sy ambik info ini yg disharekan dalam FB, Pertubuhan IKRAM Malaysia.  Sy rasa mmg sesuai info ni terutama pasangan yang baru berkahwin, kekadang kita tak berapa kenal sangat lagi dengan mertua ipar duai etc kan.  Sebagai peringatan jugak pada sy sebab sy pun jenis 'kayu' jugak.  Mula2 dulu sy dan suami punya prinsip 'keluarga aku, aku uruskan.  Keluarga awak, awak uruskan'.  Tapi lelama macam tak sesuai pulak coz kekadang komunikasi kami agak fail dan kekadang family dia yg contact sy.  Almaklumlah rumah tu rumah sy, jadik hubby selamba je ckp 'ini bukan rumah aku' kat family dia.  Aduhaiiiii....pening pala.  


Jadik sy pun dgn lapang dada uruskan termasuk beli bahan2 basah, kemas apa yg patut.  Kekadang happy jugak terima kehadiran tetamu ni, yelah tetamu ni kan pembawa rezeki kata orang.  Syukur, setakat ni family hubby dan family sy tak pernah nak susahkan kami.  Kalo dorang dtg pun, dorang pandai jalan sendiri dan makan jek apa yg kami hidangkan.  Seboleh yg mungkin nak jaga hubungan dengan kedua2 belah ni.  Take and give le.  Kekadang ada jugak kata2 dorang yang agak menyentap kan dada daku maklum le family dorang bak kata suami masa mula kenal dulu memang agak 'kasar'.  Jadi kena terima le seadanya dan sy pun tak simpan dalam hati.  Tak jugak membalas balik kata2 dorang coz tau dorang xberniat jahat, cuma diam saja atau tersenyum dan forget it.  Luckyly sy pun dibesarkan dalam keluarga yang ramai, jadi no hal le.  Adik beradik memang le macam tu kan, mengutuk, bergusti, mengata tu mmg perkara biasa. Ada yang mengutuk dan ada plak pihak yang membela....tu yang best tuh. Syukur alhamdulilah, keluarga dua2 belah pihak memang terbaik.  Ok, cuba hayati tips kat bawah yea.........


Tips Pasangan Muda terima kunjungan Mertua atau Ibubapa

Jika mertua atau ibubapa datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejap elok dilayani mereka seperti berikut:

1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)

2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)

3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).

4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".

5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.

6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).

7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong.

8.Kalau tak sempat nak masak utk mereka atau memang cadang nak bawa mereka makan di luar. Bersiap2 suami isteri secara senyap2. Bila dah siap terus ajak mereka keluar, "Jom ayah dan mak kita makan di restoren" Bila mak dan ayah kata, "Tak payah susah le", terus jawab," memang kami dah rancang awal lagi nak ajak mak dan ayah makan kat luar." (Rasa lega hati mereka kerana semua perancangan bukan kecemasan).

9. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.

10. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)

11. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.

wassalam

Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Kolej UNITI

No comments:

Post a Comment