Saturday, 9 June 2012

Rumah impian: Daku sedar kini apa yang ku impikan

Ya Allah, kau berikanlah rezeki kepada Bahiyah dan makbulkan impiannya untuk memiliki sebuah rumah impian, amin.

Salam semua

Minggu ni adalah minggu yg penuh memeningkan. Bukan sbb keje tp meneruskan misi mencari rumah impian.  Hari selasa Kak Salmi teman pegi tgok rumah di Taman Semenyih Permai, rumah teres yg masih dlm pembinaan di Jln bangi lama. Kalo nak rumah ni kena cepat coz sekarang ni dah penuh tapi boleh jadik KIV kalo ada loan orang lain yg tak lulus.  Tapi cepat2 tau, dalam bulan Jun ni jgk.  Showroom xada lagi, tak sempat buat tapi lot dah sold out.  Ada 1 corner lot masih ada jugak time sy pegi hari tuh.  Kalo ikutkan design dan workmanship dia mmg cantik, moden design, tanah besar banding rumah teres setingkat yg lain 20 x 75. Tp lepas beberapa detik, Kak su tlh menyedarkan daku yg tgh kelam kabut dan otak dah agak serabut ni ttg misi aku adalah mencari rumah impian. Rumah ni bukan rumah impianku sbb daku perlukan rumah yg agak besar utk persediaan pencen nanti. Takut nanti dah 5 tahun beli, daku meroyan plak carik umah lain.  Dah call Seri pajam n Sime darby di Nilai impian, harga umah teres 2 tingkat yg dorg bina dah RM400++. Hancur luluh hatiku.  Tapi tak pe, aku pun tak nak berlumba2 membeli rumah dan membantu peningkatan harga rumah yang naik mencanak-canak ni, kalau ada rezeki adalah.  Kalo rasa mampu beli...sanggup daku tunggu hingga betul2 berkenan dan fit dengan bajet.  Sime Darby kat Nilai Impian tuh bukan main lagi promote umah link house tu, ada promotion sampai 17 June 2012 ni. Tau le kan mesti rumah dorang cantik banget dan boombastik...tapi GILO KO nak beli rumah harga RM400k?.  Nak makan apa bulan2?

Terima kasih kepada Kak Salmi dan Sal yg sudi teman daku pergi, terima kasih jgk kat Kaksu yg sentiasa sudi menenangkan daku, memberi komen sejujurnya dan nenyokong apa yg daku impikan.  Tq pada hubby yg sudi mendgr n tlg apa yg patut disebalik kesibukan kerje dia.

Esoknya Sal teman plak pergi Semenyih tp xberkenan dgn showmanship rumah tuh. Harga mmg murah tp daku mecari umah impian, jadik tak berkenan. Tak tau le sape le developer dan arkitek rumah ni, naik tangga ke tingkat atas terus jumpa pintu tandas.  Sayang, luas tanah rumah dah ok tapi macam cincai jek developer ni buat rumah. Iskk.iskk malas nak kutuk lebih2.  Ada jugak yg nampak dah buat renovated dan dah jadik cantik, konsep moden.  Boleh beli rumah ni tapi kena make over byk le, yg bestnya tanah dia kat belakang tu rasanya lebih 10 kaki.  Mmg sesuai le tuk aktiviti menanam.  Kawasan dia pun mendamaikan.

Semasa lalu nak balik ke UKM, kami sempat skodeng pembinaan rumah semi-d di Taman Tun Raja Uda di Jln bangi lama menuju ke semenyih. Dari luar lg dah berkenan, bila masuk...pengsan, bgn blik,pengsan dan bgn blik..ketuk kepala kat dinding...baru daku tersedar yg inilah rumah impian ku.  Bila tanya harga, Rm460k mcm tu le. Ni sy share beberapa gambar, kalo berkenan pergi jek site tuh, hari tu ada sebijik jek lagi rumah yg tinggal. Suker sgt dgn rumah ni dan terasa tak sanggup nak keluar dari rumah ni. Sal le yang paksa daku pegi kalo ikutkan hati rasa nak dok situ sampai petang membelek apa yang patut. Sesiapa yg berjaya memiliki rumah ni sangat ler bertuahnya, super duper bertuah ok.  Moga mereka akan hidup bahagia di rumah impian daku itu dan menjadi ibu bapa mithali. Moga anak2 dorang nanti akan jadi pemimpin negara yg berkaliber atau sekurang2nya doktor pakar sakit jantung!!!

Semlm pegi Bt 16 dan 18 Hulu Langat tgok tanah. Yelah dah pening carik umah ni, tukar plan plak cari tanah.  Ngan hubby-hubby sekali g skodeng kat mudah.my tuh.  Tunggu dorang kat pekan Batu 18 tuh, pahtu ikut dorang g Jalan Sungai Lui, area Kampung Jawa.  Kecut ikut org g msk hutan sensorg, dilaluan tuh jumpa beberapa rumah dan nampak sekumpulan org tgh makan durian.  Tetiba 2 orang lelaki tu naik motor dan ikut kami.  Hati ku dah kecut dah, ntah2 dorang ni berpakat kot.  Terus sy slowkan kete terasa nak u-turn balik jek, jln sikit punya sempit hanya boleh lalu 1 kete jek, kiri kanan hutan belantara.  Tapi rupa2nya motor tuh pegi simpang lain, lega skit, daku terus follow kete depan. Masuk lagi lalu jln tanah merah dan berlubang2 dan berhenti di satu kawasan lapang.  Baru le berkenalan dengan ejen tuh.  Hatiku dah rasa tak selesa dan dorang pun dah nampak muka sy mcm seram jek cam baru nampak hantu.  Eerrr...umah daku kat Sipitang pun xhutan macam nih...scary..scary.  Seram pahtu fikir, caner le nanti aku nak berulang alik ke bangi ni sikit punya ke dalam.  Rela dok hotel kat bangi agaknya dari balik rumah kat sini memlm.  Confirm daku tak kuar dah sabtu ahad, rela makan nasi dengan kicap dari keluar beli barang dapur.  Dah le simpang nak masuk tadi kena mendaki bukit pahtu dikirinya plak KUBUR.

Tp hold dulu tanah tu coz mcm jauh sgt pulak dari bangi. Hubby pun ckp area tu kawasan jem time peak hour. Mlm tu hubby dan daku sikit lagi nak terkeluar bijik mata tengok peta topo kawasan tu melalui satelit map. Tanahnya landai rupanya dan mmg sekeliling tuh masih byk hutan.  Nampak le beberapa rumah kat atas tu dari imej satelit.  Uiiii...tingat dulu ada ambik paper geologi, pahtu guna alat apa ntah tuk tengok peta topo.  Tapi sekarang ni dah canggih, boleh cari dalam satelit map jek.  Ntah2 bila search peta Sipitang, nampak mak tengah berkebun kat belakang rumah.  He...he...he..  Tanah tu mmg cantik utk yg suker dok dlm hutan, kena tunggu jiran2 buat umah dulu kot. Iklan tu boleh cari kat mudah.my. Kalo daku dah ada rumah impian dan nak cari rumah persinggahan yg aman dan tenang, tempat ni le akan jadik pilihan ku.  Bosan2 g jek jln besar tu dan terjun ala-ala superman mandi manda kat sungai di tepi sungai tuh.  Kat rumah confirm xbanjir, confirm xkena air perkakas elektrik korang coz tanah tuh di kawasan tinggi tapi bukan curam2 tau. Berpusing2 daku menengok samada nampak curam ke tidak, terngiang2 kata-kata Prof pakar geologi yg bagi talk hari tu pasal tanah runtuh kat Hulu Langat tu, siap bagi tip caner nak pilih2 rumah lagi. Tanah tinggi yg rata, rata serata ratanya.  Nanti kalo banjir kat Hulu Langat, mungkin kena cari hotel dulu, dah abis banjir baru balik rumah. He..he..he...

Daku????......masih lg dlm misi mencari.  Doakan daku dapat rumah impian yek.  Terima kasih sebab doakan daku kat paragraph mula2 entry tuh.  Tlg baca dengan ikhlas ok.  Moga doa kalian akan membantu daku mendapat rumah impian.


Pintu depan dia, tengok pintu depan dia pun sy dah jatuh chenta

Ni gambar dia dlm iklan

Living room

Dapur dry kitchen, ada island kat tengah-tengah

Master bedroom

Ni yg paling sy suker, pehal makin tua sy makin suker lukisan nih? Nak kalo g obersee nak cari le lukisan mcm nih

Island kat kitchen.  Yg membuatkan daku jatuh cinta lagi adalah siling rumah yang tinggi.  Macam siling rumah sy sekarang nih.  

Tepi belah kanan, kat belakang ada tanah 10 kaki lagi tuk jadik dusun buah-buahan

Nampak tak meja makan dia ni, kat belakang tuh dia letak cermin besar gajah

Ni dry kitchen, ni pun dah cukup besar mcm kitcen biasa dah luasnya, pintu umah ni kayu dan sy berkenan sgt coz tinggi dan simple + moden.  Sliding door memisahkan wet kitchen dan dry kitchen.

Harap2 le sy dapat rumah impian sy nanti.  Hhhmmmm apa daaaa, nafsu besar tapi gaji ciput!!! Caner nih?

8 comments:

  1. bahiyah,setiap org mengimpikan sesuatu,pasti akan berjaya mencapainya dengan usaha,doa dan twaqal padanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tuh. Syukur alhamdulilah dah tercapai dah beli rumah impian walaupun x sebesar yg nih. :)Tahun depan impian lain plak, nak ada baby. doakan yea...

      Delete
  2. Slm..bahiyah bli umh impian ktne?sy pn tgh cr umah impian ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ally, sy beli kat Pelangi Semenyih 2. Detail ada kat bahagian Sharing is Caring tuh. :)

      Delete
  3. Slm..bahiyah bli umh impian ktne?sy pn tgh cr umah impian ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan diperkenankan amin..

    ReplyDelete