Wednesday, 13 June 2012

Rumah impian: Ciri-diri rumah impian dan booking rumah

Salam semua

Ni entry 2 in 1, entry pasal ciri-ciri rumah impian dan cerita daku booking rumah kami di Pelangi Semenyih 2.  Sy baru jek booking Pelangi Semenyih Fasa 2A.  Pelangi Semenyih dah ada kat Tesco tuh tapi untuk Pelangi Semenyih 2 ni terpisah dan jauh sedikit ke bawah. Ia sebelum Bandar Tasik Kesuma tuh. Kat PS ni banyak betul rumah2 tengah buat.  Ada yg dah nak siap dan ada tengah siap dan ada yang baru tolak2 tanah.  Rumah yang sy booking ni lebih kurang sama dengan Amber Phase 1A tu.  Amber ni ada 2 jenis, yg besar skit built in dia tapi tanah kat belakang kecik dan yang built in dia kecik skit tapi ada 10 kaki tanah kat belakang.  Sy ambik yg ada tanah kat belakang.  Tapi yg fasa sy ni tak tau nama dia lagi coz brochure dia pun tak buat lagi, nama pun tak tau lagi...tapi seperti biasa dah sold out.  Ada rumah contoh bila masuk ke tapak pembinaan Pelangi Semenyih ni tapi yg saiz besar tu le. Bila tengok workman ship dia mmg bagus dan cantik.  Sy mmg pantang rumah yang serabai dan tangkap muat ni.  Lgpun developer ni kita ok jugak le, cantik rumah2 kat sini.  Menurut guard, kat situ environmant dia bagus, ada byk hutan lagi.  Kalo tengok kat tanah2 yg masih ada, fasa yg sy punya ni le yg last bina rumahnya coz sumer tanah dah penuh dgn rumah dah.  Ada yg siap tahun ni, tahun depan dan yg sy punya siap 2014.  Bila sy tengok kawasan ni mmg sy dah berkenan, bila masuk rumah lagi berkenan tgok dalaman dia.  Harap hasil sebenarnya sama le ngan rumah yg real punya.  Guard tu ckp xleh ambik gambar plak kat dalam rumah tuh, so sy letak gambar kat luar umah jek.  Macam bercinta plak rasa, tak sabar nak tunggu rumah ni siap.  Nanti ikut jejak langkah Husna plak, dok ulang alik tengok rumah yg tgh bina.

Rumah kami kat deretan rumah ke2 tuh, rumah agak ke tengah coz masa tu tak byk pilihan.  Agak terlindung le...nasib le sape nak dtg umah parking le memana ada tempat yek.

Ni kat depan.  Mmg dah tile dah kat luar ni.  Ada tanah skit jek tuk tanam bunga.  Boleh buat BBQ kat luar ni. Panjang porch dan bahagian depan ni 30 kaki.  Panjang rumah 30 kaki dan kebun kat belakang 10 kaki. Apa yang best ttg rumah ni, kat bumbung tangga yg naik tingkat atas ada macam tingkap tau walaupun lot tengah.  Jadik area tangga dan family hall tuh terang benderang.  Ruang ni boleh jadik tempat study jgk.


Dah berpusing2 merata tempat carik umah sewa, bil telefon dah bertingkat2 habis asyik call sana sini, mudah.com tuh dah hampir khatam dari rumah nak jual hingga tanah nak jual.  Apa sebenarnya yang daku inginkan ni?.  Setelah penat2 kesana sini, kat bawah ni adalah kriteria rumah impian saya.  Kriteria ni sy buat sebelum sy jumpa Pelangi Semenyih 2 lagi tau.

a) Besar...luas...besar..luas!  Ni kiranya rumah terakhir le mampu beli dengan gaji sendiri.  Jadik kena cari rumah yg agak besar. Kami mmg tak share dalam membeli aset.  Rumah hubby, rumah dia, rumah saya, rumah sy (tapi dia duduk!!!).  Hubby ada rumah dia sendiri dan sy ada rumah sendiri.  Sebelum kawin lagi, masing2 dah ada rumah sendiri.  Impian mmg nak end lot tapi sure xlepas punya loan.  Ambik je le intermedite ni, terima je le apa yang ada, ngada2 pulak.  Walaupun tadak tanda2 nak penknen lagi tapi sejak dulu nak anak ramai.  Rumah paling minimum nak yang 2 tingkat, luas 20 x 70, luas minimum 1500sqft.  Harapnya bilangan anak kami lebih banyak le dari bilangan rumah kami.

b) Rumah bawah coz sape yang baca blog sy ni tau le yang saya ni ala2 petani bandar.  Nak tanah ada depan belakang.  Kat depan nak tanam pokok hiasan hijau supaya rumah sejuk. Nak ada rama-rama, burung sumer singgah halaman rumah. Depan rumah nak taman pokok mangga. Tak suka laman depan yg disimen sumernyer.  Kat belakang mesti ada tanah sebab nak menempatkan pasu2 tanaman herba daku yang sekarang ada kat balkoni rumah.

c) Hubby nak rumah yang dekat dgt jln utama supaya senang nak keluar masuk.

d)  Hubby nak rumah yang dekat dengan surau, daku ikut kan aje.  Daku nak rumah yang dekat dengan taman coz nanti dekat nak bawak anak2 main kat taman.  Pahtu kalo dah besar anak xreti2 nak balik umah, daku jeritkan aje dari pintu pagar rumah.

e)  Dekat dengan tempat keje.  Daku keje kat Bangi, kena cari yg dekat2 tapi diluar wilayah bangi yang rumah dia mahal giler. Mood Marah..marah!

f) Deposit yang rendah.  Tak nak ambik personal loan untuk deposit, nak korek2 mana yang ada jek.  Kalo ambik personal loan, sure tak boleh ambik dah rumah teres 2 tingkat, xlepas loan nanti.

g) Jauh dari pencawang elektrik, stesen TNB, menara komunikasi, kolam kumbahan etc.

h)  Kawasan rumah mesti rata, xmo dekat dgn bukit di tarah, curam, cerun etc.  Kena tgok kawasan tu selamat ke tidak.

i)  Jalan nak pergi opis dari rumah kena ada 2 jalan iaitu, highway dan jalan kg. Save duit tol...

j)  Design moden dan cantik. Dalam rumah kena ada pencahayaan yg cukup, xsuker siang hari pun kena pasang lampu.

k)  Bilik yang cukup, almaklumlahkan saudara mara belah saya dan belah hubby mmg ramai.  Lgpun barang kami dua orang pun dah satu stor penuh.

Sekarang ni tengah usha rumah kat Pelangi Semenyih phase 2.  Dah bayar booking pun.  Sesapa nak rumah yang tak perlu keluar modal banyak, boleh try rumah ni.  Developer kasi 7% bumi dan rebet 2%, jadik kita kena settle 1% jek harga rumah yang termasuk dengan duit booking. Harga rumah dari RM341k.  Tadi rumah yang harga ni dah tinggal 2 bijik jek lagi, yg lain RM343k.  Itu belum launching tuh, launching dia Ahad ni yang ada banner Amy Search disepjg jln Semenyih tuh dan semlm ada jugak tgok kat paper.  Selain itu lawyer, MOT untuk developer dan bank disupport oleh developer.  Xada showroom tapi design dia lebih kurang dengan Pelangi Semenyih yang dah siap tuh.  Syukur alhamdulilah dah dapat, ni kena tunggu urusan dengan bank dan developer jek.  Sebelum tuh kengawan, bawak slip gaji ke bank dan minta dorang kira kelayakan pinjaman rumah kita.  Semalam pergi Maybank Bandar Baru Bangi. Tadi developer ckp Maybank adalah panel dorang, jadik senang le sy berurusan dengan bank kat bangi jek.  Urusan jual beli ni tak perlukan ejen dah dan kita kena uruskan dgn bank dgn segera.  Dah lain rupanya proses pinjaman rumah sekarang ni, kalo dulu kena tunggu SNP dulu.

Ok yea kengkawan, doakan sy berjaya dalam urusan nih.  Oh ya siap hujung tahun 2014.  Jadik sempat berjoli2 lagi dalam masa 2 tahun nih.  Bie...nak ikut awak tour Europe boleh?

Jeng...jeng..jeng

Jeng..jeng...jeng

Jeng..jeng..jeng


Ni Pelangi Semenyih yang fasa dulu Amber, lebih kurang cuma ada design batu2 kat depan yg warna hijau tuh...baru nampak design dia up to date kan kan.  

Terima kasih sekali lagi kat Kak Salmi yang teman daku pegi mencari rumah buat yg sekian kalinya.  Aduhai hampir gila...mencari rumah nih.  Merata2 dah daku berjalan, dah hampir hafal senarai harga umah area selatan nih.  Ha...ha.  Harap yg ini ok le.  Duit deposit dari bandar akademia tuh tak dapat pun lagi.  

Terima kasih jugak kepada jiran bilik ku, En.Fahmy yg recommend rumah ni.  Kalo tak dia, tak jumpa le kot rumah ni.  Setiap kali balik dari melawat tapak, mesti melawat dia dulu.  Sabar jek le dia mendengar segala rungutan dan bebelan daku tentang harga rumah yang menyebabkan daku naik angin.

Kengkawan yg nak beli rumah, boleh le anda pegi ke Pejabat Pelangi Semenyih, berdekatan Tesco Beranang tuh.  Pejabat dia depan Restoren NAsi Ayam (yg sedapnya biasa-biasa sajek!).  Kalo tak berkenan terus boleh pergi ke Nilai Impian yang promotion dia sampai 17hb ni jugak ok.  Oh ya kat Salak Tinggi pun ada nak bukak area Taman Seroja, 38 unit teres 2 tingkat 22 x 88 tu kalo tak silap.  Tu pun belum launcing lagi tapi developer dia OIB dah kasi borang dah, harga dalam RM370k. Hari tuh ada sale yg email kat saya borang, ada 7% bumi jugak. Nak carik rumah kena rajin call developer, buat muka tak malu tanya projek dorang yang terbaru.  He..he..he..








13 comments:

  1. Tak lama dah tu..insya Allah, sabar2..rezeki anak dan rezeki rumah impian, ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le Husna, sib baik dah jumpa. Kalo xhuru hara idup akak nih. Pasni jadik warga Semenyih plak.... Dlm 2 tahun ni nak travel blik coz kalo dah siap umah nanti, duit dah byk terbang.

      Delete
  2. pernah jugak usha kat pelangi semenyeh 2 ni....konon2 nak amik yg conner lot....lepas tu balik rumah discuss semula dengan husband, tak jadi la pulak....tunggu project lain pulak la...teringin nak beli tanah n bina rumah sendiri.....husband memang berkenan sangat area2 bangi yang dah mahal ni....saya ok je mana2....

    salam kenal & link awk:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Myaini, salam perkenalan. Kawasan ni tgh naik, byk lagi projek perumahan tengah bina. Kalau nak beli tanah, beli kat Bandar Akademia tuh ok jgk. Boleh contact reader yang komen kat entry sy pasal Bandar akademia tuh, dia jual tak jauh beza dgn harga dia beli dulu. Nanti kalau dah ada duit lebih skit, buatlah rumah. Selain itu ada jugak penah nampak iklan tanah nak dijual kat kawasan Kg Sungai Buah, kalo tak silap dalam rm90k untuk lot banglo.

      Delete
  3. deposit kena letak berapa kak?Ada balcony ker kat bilik tidur utama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deposit rm3k. Dlm bilik tido utama tak ada balkoni, cuma ada tingkap bercermin yg memanjang ke bwh. ;-)

      Delete
  4. kalo kte da bayar deposit, sambil tnggu rumah 2 siap, kene bayar ape2 x kak? or after rumah 2 siap baru bayar loan? heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loan mula byr bila rumah dah siap. Tp ocbc ada kenakan interest, bulan ni sy dah mula byr interest dah, hari tu kena rm110. :-)

      Delete
  5. saya jg nak jual rumah pelangi semenyih 1, 2stry, 20x75, lot tengah, no. 35 jln tps 3/4.. jika ada yg berminat call sya 0196759185 owner. tq

    ReplyDelete
  6. saya pon tgh cr umah kat area semenyih jgk. ari tu jumpa ngan saleman dia kat bangi. mgg ni nak g tgk umah contoh lak. kalau ok trs nak byr booking. tp nak kene tgk dulu la.

    ReplyDelete
  7. saya pon tgh cr umah kat area semenyih jgk. ari tu jumpa ngan saleman dia kat bangi. mgg ni nak g tgk umah contoh lak. kalau ok trs nak byr booking. tp nak kene tgk dulu la.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah lma beli kt pelangi semenyih. ..skang harga dh mhl...tapi still rasa rugi sbb tau lmbt...huhuhu rumah utk weekend je tunggu beberapa tahun lg baru nk duduk skang duduk di kl....lgpun saya suami isteri org johor so mmg good area for us utk beli umh kt sini...semua ade...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalo beli dulu lagi murah. entah2 boleh beli yg lebih besar. Sy beli lambat sbb baru pindah keje bangi dan gaji dulu tak berapa nak cukup. Pahtu tau je lah jem kat area plaza pheonix tuh caner. Sy beli kat sini sbb nak lari jauh sikit dari bandar, Banyak kemudahan dah ada skrg.

      Delete