Sunday, 24 June 2012

Our 2nd Anniversary



Salam semua

19hb Jun yg lepas adalah anniversary kami yg kedua. Hmmm tak sangka pejam celik pejam celik dah 2 tahun usia perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami berkekalan hhingga ke akhir hayat yea.  Sejujurnya tak sangka perkahwinan kami ni masih berpjgan (keras sgt ke ayat nih), almaklum sgt le kami ni dulu mula2 kawin mcm anjing ngan kucing. Kalo tak gaduh seminggu sekali  tuh mmg kira ajaib le. Masing2 ada gaya hidup sendiri dan tak nak mengalah.  Ingat lg mula2 kawin stress ngan hubby, sumer nyer tak elok pd pandangan dia. Toilet basah pun bising, sy melepak kat sofa pun kena tegur suh duduk elok2. Itu belum kira bab masak memasak lg tuh, ayat 'mana ada org masak mcm nih', 'tawarlah, tak de rasa'.  Yg paling tak tahan boleh plak kaitkan asal usulku 'kawan sy ckp mmg orang sabah masak tawar bla...bla...blaa'.  Rasa nak campak jek dia dari tingkat 17.  Mmg stress sgt, sumer pun tak betul, sy plak jenis kuat merajuk. Berhari2 merajuk tp xde org pujuk pun. Hampeh....Masa tuh terasa menyesal sgt kawin, terasa hidup bujang lagi best. Nasib le dok umah sendiri, kalo tak dah lama lari dr rumah. Suami plak jenis byk kwn, setiap saat update status dalam fb tapi mengabaikan isteri sendiri. Dia plak br pindah kl, jadik sokmo le kena tinggal bila dia merenda ngan member2 dia. Terasa suami melebihkan kengkwn dari isteri sendiri. Hati mmg terasa sgt masa tuh. Sy mmg jenis yg xbyk kawan tp sume kengkawan sy jenis yg rapat dan sedia menolong bila memerlukan. Bg sy kuantiti tu xpenting, yg ptg kualiti. Kengkwn sy jenis yg baik, dorg pun xkacau bila dah tau sy dah kawin. Ni berbeza ngan kengkawan hubby. Mungkin lelaki berbeza kot ngan pompuan kan. Hubby plak jenis xsampai hati nak tolak kalau kwn dia ajak g mana2. Yg ni tlh menyebabkan konflik yg maha hebat terutama dlm setahun setengah perkahwinan kami. Tau je kan, dia dah established, sy pun dah ada semua yg sy nak. Kalo kami berpisah pun, sy dan dia akan ok. 

Sy tak kisah bergaduh coz dari situ kita akan saling mengenalikan. Dan sy termasuk dlm kategori daring jgk. Ada jugak le sy menyerang sound kawan pompuan dia yg mengedik kat dia kat fb.  Kepada perempuan di luar sana, jagalah maruah dan tingkah laku anda yea.

Kami berjumpa semasa kami mengikuti trip ke Beijing pada hujung mei 2009. Bermula dgn usik mengusik dan usikan kawan serombongan.  Sebenarnya xselesa bila kena usik2 time tgh bercuti, lepas tu rombongan yg seramai 32 org tuh pun bergosip sama. Terasa malu sgt, dah le masa tu g ngan Anum jek.  Yg lain pegi dgn family, jadik kami yg bujang ni terpaksa ikut rombongan bujang nih secara paksa rela.  Terasa tercalar jgk maruah bila kena gosip2 nih.  Terasa sumer org tau cerita, sy ngan Anum jek bodoh2 tak tau plan dorg. Sy plak mmg sokmo jadi mangsa gossip, jadik buat dek je le. Tak sangka perhubungan kami berlarutan hingga sampai ke Malaysia.  Dua minggu balik dari Beijing, kami ambik keputusan untuk kawin.  Sweet kan?. Lepas tu sy ikut dia balik kg (keputusan yg sangat le payah sebenarnya nak ikut2 org blik kg ni).  Dan dia ikut sy balik Sabah.  Lepas tu kami terus lep prepare tuk g kursus kawin, dan beli barang kawin.  Kami jarang jumpa coz dia kat Ipoh dan sy kat KL.  Kalo jumpa pun dia drop by jek otw dia balik kg.

Kini melalui usia perkahwinan untuk yang ke tiga tahun ni, kami lebih memahami antara satu sama lain.  Hubby dah mula le berubah sikit dan tak buat bende yang tak sepatutnya.  Benarlah kata orang, lelaki ni susah sikit nak berubah dari zaman bujang ke alam rumahtangga.  Ia akan mengambil masa yang lama dan mmg kena byk2 bersabar.  Sebagai isteri, kita jugak berperanan untuk mendidik suami kita, sama seperti dia mendidik kita.  Dia bukan lelaki sempurna dan percayalah, hasil kesabaran kita itu nanti mesti akan membuahkan hasil.  Jangan dipaksa dan mengongkong tapi kadang kala kena tegas demi untuk rumah tangga kita.

Ni nak mengimbau detik2 perkahwinan kami pada 19 Jun 2010 hari tuh.  Semoga ini akan menjadi memori terindah kami hingga ke akhir hayat.






Hubby lafaz sekali jek...senang sebab?.  SEBAB ada text yg ustaz sediakan (nampak tak kertas depan hubby tu?).  Just baca dan fill nama isteri jek.


Ni tak tau adat ke apa, coz kat semenanjung xde kan?  Terkial2 hubby sampai ustaz kena bantu coz dia tak sangka ada part nih agaknya


Berkahwin melangkau laut ni best jugak, bukan satu yg rutin dalam masyarakat kami dapat barang kemas selain cincin.  'Menderhaka' skit le perkahwinan kami ni, byk buat bende baru,adat lama tinggal.

Hubby sponsor

Kakak ku yang sponsor


Yg ni kakak sulung yg sponsor. Dia mmg suker sgt sponsor org2 kampung dlm bentuk bunga pahar. Kalo pegi KL dia suker beli banyak2 supaya senang nak bagi kalo ada saudara mara kawin.

Tq Kak Yan yg sponsor cokelat ni dari Brisbande

Ramai kan?.  Ini tak sampai 1/3, yg lain sumer dok tunggu kat luar rumah.

Dorng ni ambik gambar tak panggil kami, pahtu merajuk kat kami coz xdpt gambar sama ngan pengantin.  Kami busy ok, nanti cuba le tgok kamu kawin caner.  Lain kali PANGGIL..PANGGIL OK...communication fail korang nih..

Tgok cam ni, tarik pengantin yang tgh ambik nasi tuk bergambar....baru le ada gambar ngan pengantin..kena DARING skit....NDA MAJAL NDA BALUIH. 

Adik ku berdua yg busy sokmo, pehal yg korang busy sgt ni?. Katering kan..bukan korang kena menyinsing lengan memasak...dah pengantin dok sorang2 kat bilik.  Sbb tu ambik katering supaya kita ada byk masa bersosial.

Keluarga Rompin

Keluarga Rompin + Sipitang

Best ada byk anak buah nih...hidup sentiasa meriah dgn keletah dorang

Abg ke-2 yg sepatutnya jadik wali...tapi dia ada masalah penglihatan.  Syukur sekarang dah boleh nampak balik.  :)

Tq yea Pakcik Rus yg sponsor

Ni makan2 pada malam sebelum nya, sesi berkenalan dgn rombongan dari Rompin.  Sepatutnya ada majlis berinai tapi kami skip majlis berinai coz nak cut bajet.  Ikan besar2 disponsor oleh abg, dan dipanggang olah anak-buah lelaki.

Ya Allah org berkenal2an di ruang tamu...ni otai2 pegi makan ambuyat plak kat dapur.  Buat party sendiri plak time kawin daku.  Org Sabah memang pemalu yek dan sgt bertolak ansur,family kami memang kurang peramah.  Ada le beberapa orang yg peramah yg entertain tetamu.  


No comments:

Post a Comment