Monday, 25 June 2012

Aktiviti Hujung Minggu: Team Malaysia Fun Run

Assalammualaikum dan salam sejahtera




Ahad lepas sy joint larian Team Malaysia Fun Run kat Dataran Merdeka.  Seperti biasa le pegi ngan Husna, tak best le pegi sorang2kan.  Lari dalam 3 km jek.  Tapi rasa larian ni le yg paling best coz semangat dengan sorakan peserta dan penganjur.  Walau pun tak nampak dan tak kenal sgt atlit2 yang datang tuh, tapi semangat sorakan dari rakyat Malaysia tu mmg terasa.  Park kat BTR dan bertunggu2an ngan Husna, lepas tu naik lrt ke Masjid Jamek.  Ada sorang pakwe tegus sy masa kat BTR tuh 'kak, confirm menang ke?'. Sy gelak jek...he..he..lari bukan le nak menang bang...saja enjoy2.  

Peserta 7km mula dilepaskan, kami yg datang on time ni terkial2 cari tempat.  Nak jugak mengendeng di tepi podium tengok VVIP kat situ. Punya le ramai orang....sumer nyer sporting dan tak sabar2 lagi nak lari. Terhibur mendengar keletak 2 orang emcee hari tu.   Bila team 7 km dilepaskan, baru le kami boleh masuk ke tempat permulaan.  Best lari ni, kira kami lari tak berhenti le dalam masa 3km tuh. Lg best bila nak dekat Dataran tu ada geng palu gong, tambah semangan nak lari nyer. Seperti biasa daku le yg slow nyer, membontoti Husna kat depan.  Bila nak sampai ke Dataran Merdeka, hujan mencurah2 dengan lebatnye.  Belum lagi sampai tuk berlindung dah basah lencun.  Kami hampir berputus asa, sib baik dalam setgh jam hujan reda dan acara bersambung.  Tak tau le sape yg lari 7km tuh mana le dorang berteduh tuh.

Usai hujan berhenti, kami g cari makanan dan tengok persembahan artis.  Ambik gambar, tunggu cabutan bertuah.....tak bertuah kami hari ni.  Dah mula redha dah xdapat iphone.  Pahtu balik (dgn hati yg agak kecewa!!!).............


No comments:

Post a Comment