Wednesday, 30 May 2012

Sugar glider: Tetamu comel di subuh hari

Salam sumer

Sekarang ni panas betul cuaca malam di KL ni.  Semlm tengah2 malam sy berpindah ke bilik tetamu yang lebih sejuk sebab ia terlindug dekat dengan pintu masuk rumah.  Seblm pindah ckp ngan hubby yang kami perlukan air-cond coz takkan tetiap mlm sebelum tido kena mandi, kang tak pasal2 kena pneumonia plak.  Kena kumpul le duit tuk beli air cond.  Tak tahan betul, siang atau pagi tadak masalah coz angin kuat kat tingkat atas nih.  Tengah2 malam panas macam sauna, menjelang subuh baru sejuk.
31.5.2012 Ni dia, tido kat langsir ruang tamu,hubby sempat ambik gambar dia pagi semlm. Ptg balik keje semlm g singgah beli epal kat Pak aji tuk dia nih la, dah balik umah cari dia xde.  Memlm dia merayau kot, mlm tadi sy letak biji buah mangga kat dapur.  Pagi ni sy tengok biji buah tuh ada kesan gigitan.  Confirm dia mmg ada dtg mlm tadi.  Entah2 dia ni larik dari umah pahtu merayau2. Xpe, mlm karang sy letak jek buah kat dapur tuk dia mkn. :)

Dia dok kat rod langsir tuh.  Sedih semlm xnampak dia.  Ada tak sape2 nak sedekah kat daku binatang nih...hu...hu...huu

Pagi tadi dalam kul 6 macam tuh, sy terdengan macam ada bende berjalan dalam bilik tetamu tuh.  Sy ingatlah lipas, tapi tetiba sy nampak macam ada semacam binatang memanjat langsir dan duduk kat rod langsir.  Sy ingatkan tikus, suprise jgk coz tak penah nampak tikus kat vista amani lagi setakat ni.  Mmg bangle cleaner jaga umah ni dengan baik kot.  Sy rasa tak sedap hatim sape plak yang mengendap daku tengah tido nih.  Sy pun bangun dan gerak2kan langsir. Binatang tu tak bergerak, aaaaa confirm bukan tikus.  Kalo tikus, dah sah2 sebelum daku sempat gerakkan langsir dah cabut larik dah.  Amboooiii kelawar sesat ke?.  Pahtu sy bukak lampu, aikkkk...muka macam tikus tapi kenapa ada ekor?.  Alaaaaa tomei...tomei..macam tupai plak.  Sy acah2 dia tapi dia tenung dan dok jek atas rod langsir tuh tak bergerak2.  Baru tingat beberapa bulan lepas sy ckp ngan hubby pasal sugar glider (nama nyer sebenarnya baru tau bila hubby ckp tapi mcm tak berapa nak dengar...kedengaran macam paraglider plak).  Sy ckp kat hubby macam nak pelihara tupai kecik ni kat umah coz skrg ni trend pelihara benda alah nih.  Tapi impian tinggal impian bila hubby ckp binatang ni beratus2 harganya.

Comel tak saya?.  Tetamu kami tadi tuh baby lagi kot.  Ekor dia panjang, sebijik macam tupai.  Lovely tomei...tomei.  Gambar ni sy ambik dari blog org lain,xsempat snap gambar dekat tadi pagi. :)

Jadi bila sy tengok binatang ni sy tau le dia ni le sugar glider nyer.  Tapi sy tak pegi panjat dan usik dia, sy biar jek.  Nak g pegang takut dia ni spesies tikus...eeee gelik gelik tikus.  Masa tu risau gak kalo tetiba dia terbang terjah aku. Ha...ha...jakun betul.  Sy pun g kejut hubby dan bagitau ada binatang masuk dalam rumah.  Hubby selamba jek ckp 'syaitan kot'.  Cissss...menyeramkan aku pepagi buta.  Terus tunjuk kat dia.  Hubby ku yang kebiasaan nyer TADAK PERASAAN senyum dan ckp ni sugar glider nih.  Terus dia g panjat katil dan ambik, berkejar2an jugak le ngan si tomei tomei nih.  Dapat tangkap hubby bawak g ruang tapi, tapi dia tak biasa agaknya dia meronta2 dan terus memanjat langsir (langsir lagik!!) dan dok tercongok kat situ.  Kami pun tak kacau dah dia.  Sebelum kuar tadi sy letakkan kismis kat pinggan kecil, mana tau dia lapar.  Kami pun tak nak kurung dia ke apa coz ni bulan kami punya dan mana tau nanti dia pandai balik umah dia sendiri.  Dah le dia nih comel, mahal plak ni...mau nyer tuan tanah dia nanti meroyan mencarik!!!.

Sy tanya hubby binatang ni mkn apa, hubby ckp mkn epal dan hubby suh kasi kismis.  Rupa2nya adik ipar kat rompin ada jek baru bela binatang nih.  Sugar glider ni haiwan Marsupial yg ala ala sejenis dengan Kanggaro tau...bukan tupai apatah lagi tikus.  Kelas gitew.... Rupa2nya ia haiwan jinak tapi dia xjinak pun ngan kami.  Sedih...sedih...  Siang dia tido dan malam dia berjaga.  Ooooo...itu sebab le ko merayau dari rumah sebelah ke umah kami yea.  Confirm dia dtg dari umah sebelah, caner tau?.

Mudah saja, beberapa bulan kebelangan ni kami terganggu 'bau' lain macam.  Hubby ckp kalo tak bau kucing, bau ayam.  Pe ke jadah nyer pelihara ayam kat tingkat 17 nih.  Sy diam jek tapi beberapa kali le sy merungut yang bau ni semakin lama makin kuat.  Tengik..menusuk2.  Bau ni kuat berdekatan dengan dapur yg bersebelahan dgn dapur rumah sebelah.  Tapi yg herannya tak penah kami dengar bunyi miaw miaw plak.

Tadi semasa hubby pegang dia, sempat lagi si tomei ni g kencik kat hubby.  Itu pun hubby buat dek jek, dia hulurkan tangan dia kepada daku tuk cium.  Wekkk...wekkk...ini le bai yg sy cium selama ini yer. Aduhhhh si kecil yg tomei....selama ni ko punya keje le yea!!!!!.  Hubby ckp biasa binatang ni hidup berpasangan.  Cian pulak, mesti ni jantan coz tadak kantung kat perut dia.  Tak sangka si pengendap daku tido sebenarnya si tomei tomet jantan!!!.  Padan le dia xg masuk bilik master bedroom. Ha...ha...

Tapi sy suprise tengok hubby, di sebalik kemachoan suamiku itu, terselit sifat penyanyang dia.  Terkejut sy, tak penah sy nampak sifat dia yg satu ini selama hampir 2 tahun kami kawin.  Dulu bila mula2 kawin sy suh dia pegang baby 2 bulan, terus dia menepis dan ckp tak suker baby.  Boleh?.  Dari situ sy tak rasa dia ni suker bende2 macam nih.  Pagi tadi nampak dia g pegang2 bende ni, terkujat den.  Sy ingatkan dia tengok lepas tu blah jek.

Sebelum pegi keje tadi, sy g tengok dia.  Masih lagi kat atas rod langsir tu tengah TIDO!!! dengan khusyuk nyer.  Sy malas nak kacau dia, cuma sy pesan kat dia suh dia balik rumah dia balik.  Nanti tuan dia tercari-cari plak.  Kalo dia ada kat umah lepas ni dan kalo dia nak dok umah kami.....itu rezeki namanya.  Nanti le suh hubby tangkap dia dah kasi balik kat tuan dia.  Terlepas agaknya.  Sy tak kenal sgt jiran sebelah kanan rumah nih.

Windu plak ngan si kecik tomei tomei nih....



No comments:

Post a Comment