Tuesday, 1 May 2012

Kek Pavlova version comel





Salam kengkawan sumer

Tak reti le nak edit comel2 guna samsung galaxy nih. jadik kalo ada slh ejaan tu minta maaf le yer.  Semlm harunya, sdg masak2 kat yard, tetiba plak tertutup pintu yg ntah sejak bila le plak tombol tu kuncinya tertekan. Mula sambung masak, sambil2 tu tgh fikir caner nak buat ni. Hubby dah le g obersee, takkan nak dok kat yard ni tiga hari dua mlm kan. Adehhhhhh.....tadak keje cr keje betul ni.

Tahun lps sy tertinggal kunci kat bilik kat opis, jd mmg nampak le cara tukang kunci tu umpil tombol. Tp sblm tu sy g ambik pisau kat tabletop melalui tingkap n bukak cermin tp dah tgnku yg comel ni xleh sampai plak kat tombol. Sampai tp apalah mlg xleh nak pusing. Siap panjat mesin basuh lagi capai tp xleh jgk.

Jadi langkah terakhir, terpaksa le umpil jgk tombol ni. punya le ketat tombol ni, umpil plak guna pisau n sudip jek. Kalo guna besi kejap jek kot. Rasanya dekat setgh jam jgk le br boleh bukak, habis peluh kuar n rasa dah tadak tenaga dah. Akhirnya terbuka jgk. Lega..syukur le.

Hari ni cuti hari pekerja dan sy nak buat kek pavlova. Semlm dah g beli stoberi n anggur hitam. Senang je rupanya nak buat.  Sy ambik resepi ni kat blog tiffinbiru. Sy buat adunan guna 2 bijik telur @ separuh dr resepi tu dan diameter sy buat 8cm. Cuka mkn tu sy ganti dgn lemon. mangkuk pemutar tu sy bersihkan guna kemon dulu. Sy jgk tengok video cara masak chef nigella dlm youtube. Sy dpt hasilkan 2 disk comel jek. Sebijik sy simoan tuk hubby yg blik esok, letak disk dlm tupperware. Kalo buat double kg cantik kot. Stoberi ni terbesar plak, kalo lwtak rashberry lagi comel. Ini kira versi comel n jimat ke yea. Senang giler buat kek ni kalo bg org yg biasa msk kek le kan. Resepi olak guna cawan n sudu, xyah susah susah nak timbang. Kalau kengkawan nk buat, boleh le cuba yea. tak pyh risau kek bantu ke apa coz bhn bhn dia simple.

Sy pukul kat mangkuk besar

Betul le org kata jek ni cair dimulut. Mcm mkn biskut suji je apa nama dia biskut color putih yg bila mkn cair di mulut tuh. Rasa tak sanggup nak kuarkan duit beli jek ni coz mmg tak mengenyangkan pun. Rasanya lebih jimat buat sendiri le.

Ok ya, tak lengkap letak gambar tanpa kasi resepikan.  Ni yg sy dah olah skit resepi dari blog mat gebu tuh yea.


RESEPI KEK PAVLOA

Bahan-bahan:


2 biji telur saiz A
1/2 cawan gula kastor
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh lemon dan separuh lg lemon utk cuci mangkuk adunan
1/2 camca teh esen vanilla
Whipping cream secukupnya (pakai yang sedia dalam tin tu)
Buah-buahan seperti strawberry, raspberry, blueberry, laici, passionfruit, etc)

Cara-caranya:

1.   Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 8 cm sebanyak  2 helai. Buat bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini sebagai alas pavlova.

2.  Sapu lemon pada mangkuk pemutar dan bersihkan dengan air.  Ini bagi menghilangan gris dan minyak supaya adunan cepat naik.  Putar putih telur hingga berbuih, masukkan pula gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi menggunakan spatula.  Bahagikan kepada dua bahagian dan sendukkan adunan tadi di atas kertas tadi mengikut besar bulatan.  Biarkan adunan tinggi di bahagian tengah.

3.     Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar.  Jgn letak ditepi sgt, nanti buah2an yg berat tuh akan jatuh gedebuk ke bawah.  Hidangkan segera.

Note:  Kalo ikut Nigella, buah2an yg paling baik adalah passionfruit tuh, penah jugak nampak dia letak laici.  Strawberry mcm tak best coz susah nak potong2 bila nak makan kek nih.  Boleh google youtube Nigella untuk tengok video step by step. :)

Disk pavlova boleh  simpan 2 hari dalam container yg bertutup.  Bila nak makan, keluarkan dan piping whipping cream dan hias dgn buah-buahan macam biasa.

Pesan le plak gambar ni tetiba jadik terbalik nih...  Ni pavlova Chef Nigella, dia guna passion fruit + laici + jus rashberry

No comments:

Post a Comment