Monday, 28 May 2012

Di taman taman : tanaman ulam dan herba

Salam sumer

Korang suker menanam tak? Daku ada byk hobi, menanam ni kira salah satu hobi le. Tapi tak suker sgt tanam bunga, sy lebih suka tanam herba aka ulam ulaman dan jugak sayur sayuran. Time kecik suker tlg mak siram s
ayur,kat kg tanah luas. Jadi mak berkebun sayur ala aka orang nomad. Kejap tanam kat situ, kejap tanam kat sana. Ada 12 ekar tanah keliling umah kan, tak campur lagi belah sinun belah sinin tuh. Kalo pegi lalu jln kg, macam separuh tanah di kg tuh bapak daku yg punya. Padahal tanah ayah kat jalan besar jek coz dulu2 org lain kedekut tak nak biar jalan dibuat kat tanah dorang.  Padahal laluan jalan sebenar kat tempat lain.  Jadi jalan besar tu betul2 membelah tanah ayah. Macam orang kaya baru le plak nampak ayah sekarang nih.  Balai raya, surau, court badminton bagi sumer buat kat tanah ayah.  Org lain kedekut nak kasi.  Jadik ptg2 g ambik air kat sungai dan guna tin yg ditebuk lubang tuk siram.  Biasa siram sayur le mcm kcg, timun, bayam, kangkung, petola, peria etc.  Sekeliling rumah penuh dengan tanaman herba dan pokok buah-buahan.
Pokok pandan Kak Seri sedekah, moga dia hidup subur 

Bila dah dok kondo nih, terpaksa le sesuaikan diri dgn balkoni yg ciput ni.  Sayur xtnm sgt coz kalo tanam pun xcukupkan, tanam sawi 10 pokok, yg membesar hanya 2 pokok. Jadi tanam bende bende yg guna utk masak mcm kunyit, serai, halia, daun kari, limau purut, limau kasturi. Ada jgk aloe vera, bunga raya (macam nak lupus), lengkuas, selasih. Kebetulan jiran selang serumah pun minat menanam, apalagi best le kan.  Hari tu pegi rumah dia, punya subur pokok dia. Jauh panggang dgn api ngan tanam aku yg kering kontang nih.  Bila dia dtg umah daku, terkejut beruk dia tgok pokok aku yg saiz S sumer, xckp zat.  Mau nyer daku xpakai baja kimia, setahun sekali baru letak baja tahi kambing.  Pokok ni aku nak ngap ngap sumer, xelok le letak chemical kan.  Salu siram ngan air basuhan beras, air perut ikan, otak udg, susu extra n lebihan jus carot/buah2an yg aku blender pun aku campak kat dorg nih. Lagipun bukan aku nak dorg demok sgt, nanti balkoni xmuat. Kebetulan
 hubby mmg jenis yang makan ulam.  Ok my lovely hubby, pasni kita beli rumah bawah ok, sila simpan duit banyak-banyak!!!!.  Nanti sy tanam sumer buah2an kegemaran awak.  Yg ptg ada bila nak guna.  Mls nak beli sokmo, pahtu guna nyer sikit jek, pahtu kering kat peti ais.

Tadi g beli pokok tenggek burung n pokok gajus kat tapak semaian baharom. Dengki ngan Kak seri. Ohya kak seri beri kat daku serumpun pokok pandan.  Hamvik kooooo.....serumpun ko.  Dia kasi coz kesian tgok pokok pandan aku dah kering n mati.  Siap pesan lagi letak ke dlm skit, terlindung.  Harap aku boleh jg le pokok nih. Pahtu aku kasi dia serumpun pokok serai.  Ni kira kebanggaan aku le boleh biakkan serai, aku ada 2 pasu serai. Pasni nak semaikan kunyit tuk Kak seri plak.  Daku ni mmg ada pokok yg aku serasi, pokok yang tahan lasak tentunya.  Pokok daun kesum pun xtanam dah sekarang coz kalo pegi balik kg lama, jadik sian kat dia kering manjang.

Aku sebenarnya nak tanam pokok pisang dan bunga kantan. Daun pisang nak guna tuk letak nasi lemak, suker sgt aromanya.  Nak ajak hubby berenti tengah highway meredah hutan g ambik anak pokok pandan, mmg sampai mati pun takkan terlaksana.  Masa kat nurseri td org tu ckp siram pokok tengahari coz masa tuh panas terik n pokok perlu air. Padan le pokok aku byk mati coz aku malas nak siram pepagi. Time mlm le aku free g siram. Aaaaaa antara pokok yg tak serasi ngan aku adalah KAKTUS, coz aku rajin benor siram. Sedih tgok dia berhari hari tak siram.  Lelama dia jadik lebam n mati. Hu..hu..hu...

Kunyit ni kena salu buang daun dan isi dia yg dah mati, selain tu kena siram tiap hari

Ni daku upload tanaman aku yek..... Selain itu, yg tak serasi ngan aku adalah ulam raja (asyik kena serang bende putih2 tuh), pucuk manis (ni langsung tanak idup). Dulu aloe vera pun xelok daku tanam, pahtu selepas buat kajian baru le ok, xleh siram selalu rupanya. Dan yg paling daku geram sampai sekarang ni adalah Daun Sup. Dah le daku salu masak sup, asyik mati...terkulai dan matiiiiii.  Penah gak beli sepasu pudina, xsampai seminggu dah mampus daaaaa....

Daku xle harapkan pokok gajus ni berbuah kan...asalkan ada daun dan pucuk boleh buat ulam  :)


Pokok tenggek burung, pehal plak jadik gambar rupa ini?

Halia ni kekadang ambik jgk kalo dah kehabisan, tak sangka sesubur ini

Daun kari

Serai

Daun selasih, kalo dia berbunga cepat2 trim dia supaya dia xmati.  Dia akan tumbuh lagi subur pastu.  Biasa letak dalam kari, daging masak black paper atau ulam jek.  Subur sampai kekadang trim dan buang jek....


4 comments:

  1. ala..jelesnya akak..leh tanam macam2..
    paling jeles pokok gajus tu..saya suka sangat makn pucuk dia..sedap..tok awet muda;)

    ReplyDelete
  2. QasehnyaRania, Best....boleh jimat belanja dapur. Sy beli byk nya di Tapak semaian baharum, bdr tun razak jek. Ehhhhh pokok gajus tuh paling senang nak jaga tau, lgpun pertumbhan dia lambat. Bukan mcm tengek burung yg kena salu cantas. Sy setakat ni xpenah lg ambik daun dia, nak tunggu dia besar skit. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. gemuk-gemuk halia sis..saya tanam gak tp xdelah segemuk tu...

    puas hati kalau tanaman kita menjadikan..kalau tanam pokok2 yg boleh dimasak ni jimat perbelanjaan brg dapurkan akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Salmizah. Sy suker buang anak2 halia yg tak menjadi atau pokok yg dah tua. Tinggalkan yg besar2 ajek. Tanaman tanpa pestisid ni mmg biasanya tak subur sgt :), takpe yg penting ada.

      Delete