Saturday, 19 May 2012

Lawatan pelajar ke ladang lembu, Semenyih (biogas)

ASsalammulaikum kengkawan

Semlm bawak pelajar tahun 2 pergi lawatan ke ladang lembu di Semenyih. ada seramai 53 org pelajar semuanya. Tujuan pergi sana untuk melihat teknologi penghasilan biogas, teknologi ni dibeli dari Germany. Sebenarnya tuan punya ladang ni org lain, tapi syarikat yg punya teknologi ni dgn kerjasama jabatan veterinar berkerjasama pulak dgn pemilik ladang utk bgnkan loji biogas kat sini dlm skala kecik.

Student baru sampai ke ladang setelah berjalan kaki menaiki bukit. Mesti gembira mak pak budak2 ni tengok gambar nih, sejuk perut mak mengandung.  Ingat senang nak masuk UKM! :)

Gas metana adalah komponen kimia dengan formula kimianya CH4

Kenapa perlukan kerjasama dgn ladang ni? Oooooo...sebab penghasikan biogas ni memerlukan pooo..poooo @ najis dari lembu nih. Najis ni akan menghasilkan gas methane yg akan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Gas ini dijana melalui fermentasi bahan organik.  Utk projek ni, hanya memerlukan poo poo dr 25 ekor lembu shj.

Projek ni sesuai utk kawasan dimana tenaga ekektrik belum sampai lg dan berbanding dgn tenaga suria, sumber gas ni boleh dijana 24 jam.  Ok let pictures talking.....


Gambaran keseluruhan loji biogas ni


Setiap pagi poo poo lembu akan dibersihkan dan dialirkan le longkang khas yang akan ditapis dan di ukur isipadu yg dikehendaki dan dialirkan ke biogas plant

Pepehal poo poo tuh kena tapis dulu



Ni le dia biogas plant dia tuh.  Dari atas nampak macam bola jek, plant sebenar ditanam ke bawah tanah.  Masa kami pergi ni, ada katak jadik penghuni tempat ni.  Air ni adalah sebagai indikator jika ada terdapat kebocoran di plant ni tau, nanti kalo bocor akan ada bubble le kan.  Bukan tempat pembiakan nyamuk tau!!!

Selepas dari biogas plant tadi, gas dialirkan ke sini.  Alat ni utk mengukur tekanan gas.  Tapi sebenarnya dorang tak guna pun coz tekanan mmg rendah.  Yg belah kanan tuh water heater yang guna gas biogas ni.

Dari gambar di atas tadi, gas dialirkan ke sini.  Di sini gas hidrogen sulfida yg tidak dikehendaki di keluarkan.  Alamak ada 1 gambar lagi missing, gambar balon tempat simpan biogas tuh. Belah kiri tu le ballon nyer.  Kalo gas yg dihasilkan melebihi had ballon ni, gas tersebut akan dibuang ke udara.

Ni dia ballon tuh...akhirnya dpt download

Ni dapur yg guna biogas ni.  Tempat ni agaknya dah biasa jadi tempat lawatan student, jadik dah jadik macam muzium plak.  Ada lampu, ada generator, ada mcm2 lagi le perkakasan elektrik yg diletak di sini, semuanya menggunakan biogas nih

Pegawai penyelidik PPTC menerangkan kepada pelajar

Bos Syarikat Multitec bagi penerangan jugak

Cantikkan tempat ni...atas bukit dan dikelilingi bukit

Sisa lebihan yang tidak diproses dialirkan ke sini tuk jadi baja.  Yg ni sebenarnya terletak bersebelaha dengan biogas plant tuh, tak tersusun dah gambar ni.

Ni tak termasuk dalam jadual, selepas budak2 tuh naik bas, kami pun pergi tengok dorg perah lembu sebab kami nak beli susu lembu dan kambing.  Dorg ada buat penghantaran fresh milk, kalo nak no telefon org ni boleh email sy kat bayubaiduri@hotmail.com.

Tenaga biogas ni baru lagi di Malaysia, tapi ia sesangat le popular di negara luar macam German dan Jepun. Dorang dah mula explore tenaga ni sbb murah dan boleh didapati sepanjang masa.  Tak semua sisa buangan ada menghasilkan gas metana, antara yang sy dengar projek nak mula adalah di ladang ternakan ayam di Pajam.  Selain itu, sisa buangan sampah, sisa kumbahan, poo poo babi, kambing,  Sesuai tenaga ni dibangunkan dikawasan terpencil macam di Sabah dan Sarawak di mana tenaga elektrik tidak ada lagi.  Ia juga sesuai untuk ladang2 ternakan sebab ia punya sumber poo poo yang berterusan.  Ada sesapa nak cuba bina loji biogas di tempat anda?  Sykt SP Multitech ni ada kepakarannya.  He...he...he..






5 comments:

  1. salam....
    sy amat berminat utk membuat lawatan ke tmpt ini...
    apakah cara utk sy hubungi n bagaimana nk deal dgn pihak syarikat ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, sy tak deal direct dgn company ni, xde no telefon dorg. Tp boleh buka website www.spmultitech.com untuk dptkan info ttg company ni.

      Delete
  2. wau.. dia jualtak biogas 2.. kalu jual nak beli.. mmg sangt2 nk beli nh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12345, tak jual. Untuk kegunaan ladang ni jek. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Kepada tuan ladang, saya berminat untuk membuat lawatan ke ladang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses biogas itu.
    Dengan siapa saya perlu berurusan?
    Adakah sistem biogas itu masih berfungsi sehingga kini?

    ReplyDelete