Friday, 4 May 2012

Kisah bertemu si cilik yg putar alam

Salam sumer

Hari ni ambik half day sbb ada urusan di KL. Seawal 12.15b lg aku dah keluar menghala ke Bdr Tun Razak. Rehat yg lama ni kira ok le half day, yelah takkan sy dr Bangi ke KL pahtu g Bangi lg pahtu blik kl balik kan. Kesian le sama daku...

Sampai Cheras singgah Tesco Extra plak, beli brg basah je tp malas nak mkn coz ntah masih kenyang. Rasa nak blik umah tp dah pukul 2 plak, nanti jam 2.45 dah kena naik LRT blik pegi KL. Hmmm...baik aku g lrt Bd Tun Razak g mkn mamak kat situ.  Lepas parking kete sy g ambik mknn n mkn, masa tu xramai sgt le org kat kedai tu. Tengah sedap2 mkn nasi ngan daging kambing, tetiba ada sorang budak entah from nowhere tetiba duduk kat depan daku. Apalagi terkejut le daku....

Sy tanya 'dah makan?'. Dia jawab 'belum'. Tanya lg 'adik dtg dgn sape?'. Dia jwb 'sorang jek'. Otak sy pun mula terfikir apa le budak ni buat kat sini. Macam terasa pelik plak.  Jarang budak2 merayau sorang2 ni, kecuali le peminta sedekah.  Kalau ada pun yg merayau mesti dengan kengkawan.

Sy pun diam dgn harapan dia blah tp tetiba dia ckp 'sy nak mkn roti canai tp xada duit'. Sy pun tanya 'adik tinggal mana?' Dia jwb kat situ sambil tunjuk Flat Sri Kota. Dia ulang lg dia nak mkn roti canai. Siap ckp lg 'ala murah jek rm0.90 jek'. Mau je sy jawab 'pegi le balik umah minta duit kat mak awak', tapi terasa macam kejam pulak.  Mmg sah le budak ni ala-ala peminta sedekah ni, pandai jek aim daku yg tengah makan sorang2 nih.  Rasa tak sampai hati pulak.  Nampak dia mcm familiar dgn tempat ni, sy  pun suh dia order roti canai, sy ckp g le order dek boleh teman akak mkn, takpe akak byr. Nampak dia g ckp ngan jurujual tuh. Sambil2 tggu roti canai dia siap sy pun g le soal siasat dia, dia ckp sekolah darjah 2 di taman mudah. Sy tanya mak n bpk dia keje kat mana. Heran jgk aku, anak sape le nih merayau ala2 minta sedekah nih. Dia ckp mak pak dia keje. Dalam hati sy, kalo mak bapak dia keje...tak de le susah sgt hidup budak nih.  Bila sy tanya mak pak dia keje apa, dia mcm terkulat2 nak jwb, siap menuduk macam nak dok bawah meja bagai. Sy pun tanya soalan cepu mas 'nape adik tak balik umah baca buku? adik kena belajar betul2 tau'. Tp mcm dia xminat nak jawab pasal pelajaran dia. Tetiba dia ckp 'abg sy eksiden, kaki dia patah'.  Aik pehal plak nak cite pasal abg dia plak, nak simpatikah.  Sy pun tanya pasal abg dia eksiden kat mana. Beria2 dia dok citer pasal abg dia eksiden sampai limpa dia dah kena buang, pahtu kaki pth, buang pinggang tinggal sblh. Terkejut nyer daku, eehhh buang limpa boleh idup lama lg ke, dah le ckp abg dia ada kat umah jek, dah kuar spital. Pahtu sy diam, dia sambung gigih bercerita pasal kesusahan abg dia. Heran pun ada, saintifik nyer explaination budak nih mcm baca skrip pulak. Aku dulu darjah 2 mcm bodoh2 lg.

Tetiba roti canai dia dtg, terkejut daku, naper bungkus plak. Pahtu nampak dia terkulat2, pahtu ckp 'ala sy nak mkn nasi lemak'. Alahai, td beria2 nak mkn roti canai, dah siap2 tapau nak nasi lemak pulak!. Mmg tak suke pangai mengada2 nih.  Mula le aku ni suspicious ni, kang aku jadik CSI kang. Pahtu merayu2 le nak nasi lemak. Sy tanya mana ada nasi lemak kat sini. Amboiiii..siap tunjuk lg gerai nasi lemak hujung jln sinun. Sebenarnya penah gak beli nasi lemak kat gerai tuh tp rasanya bukak ptg. Ish..isk budak ni biar betul sambil daku terjenguk2 tgok kat luar, mcm tadak org. Sy dah mula feedup ngan budak ni, sy suh dia mkn jelah roti canai tuh. Dah org belanja tuh dah untung besar, dah le ganggu org tgh makan plak tuh, ni nak byk cekadak plak.  Mula le dia merayu2, dia ckp nasi lemak tuh rm1 jek harga. Nasi lemak tuh harganya rm1.20 coz penah beli dulu. Hangin betul ngan budak ni, sindikit ke yg ajar dia karang mengarang ni. Bukan apa, kalo betul le ko lapar, tadak nyer ko nak pilih2 menu betul tak?. Kira dah ckp sabar dah aku layan budak ni. Dah le dtg time aku tgh mkn.

Sy pun dah malas nak layan, terus ckp ngan dia sy nak blik dah. Sblm tuh dia tanya lg nape mkn xabis, sy jwb xlarat dah. Ada le tinggal tak sampai 10 butir pun lagi nasi.  Biasa mmg sy makan habis licin, jarang betul sy makan tak habis macam ni.   Mana nak selera layan pangai ko. Kalo ko tak dtg confirm habis licin nasi aku ni.  Ni tak, terus sy nak cabut dari situ secepat yg mungkin.  Bila daku sdg menghabiskan teh ais, dia tanya 'itu teh ais ke'. Dgn hati kering sy jwb, IYE! Minta maap, aku takkan biarkan ko pau aku. Dan selamba g cuci tgn n tuju kaunter. Boleh plak dia ikut sy g kaunter dan minta lg belikan nasi lemak. Sy booo lyn n pas byr terus beredar tanpa menoleh ke belakang, scary pulak!. Ya Allah, dah le aku sorang2 nih.

Sampai Masjid jamek terpaksa blik ke Bdr Tun Razak blik coz tak jadik plak urusan tuh. Bila sy lalu blik dpn warung nasi lemak tuh, CONFIRM WARUNG TUH X BUKAK!. Apakah?

Ya Allah sib baik xikut budak tuh, kalo ikut agaknya ntah g mana dia bwk aku. Penah dgr satu kes mcm ni jgk tp xingat berlaku kat mana. Ada sorg budak bwk sorg pompuan blik umah dia, budak tuh kasi alasan apa ntah, lastly bila sampai umah org lain yg tunggu, yg pasti kena rompak le pompuan tuh.

Minta maaf ke dik, bukan kedekut tp makcik bwk duit dlm beg pun dah ada rm1k ni haa nak g byr lawyer jap lg. Zaman skrg ni sikit punya byk kes jenayah, xleh mudah2 percayakan org. Tempat ni mmg black area plak. Makcik halalkan roti canai tuh, harap boleh alas perut sementara tunggu mak pak blik dr keje, Makcik pun dulu org susah tp sanggup le minum air paip jek kat sekolah kalo tadak duit nak mkn.

Makcik harap adik bila besar nanti jadik le org yg berguna. Minta maaf byk2 tak dapat tunaikan hajat adik nak mkn nasi lemak tuh tp sekurang2nya hajat nak mkn roti canai tu dah termakbul kan? Ya Allah,jgn le aku terjumpa perkara mcm ni atau yg seangkatan dengannya.  Ngeri dah nak kuar sensorang macam nih!!!

2 comments:

  1. k.bai kena hati2..takut sindiket ke..kalau saya tak layan budak tu k.bai..dah macam2 sgt skrg ni susah nk bezakan mana yag baik..lps ni lebih hati2 ye

    ReplyDelete
  2. Tq..tq. Tu le Husna, tau le akak ni kan lurus bendul skit. Kadang2 otak tak seiring ngan perbuatan. He...he.. Masa tuh akak tengok jek budak tu, rasa kasihan pun ada, nape le budak ni jadik macam nih..kurus kering jek. Dah le akak kan dah lama nak ada anak sendirikan. Ada anak dipersiakan, ramai lg org nak anak tak dapat2 (aku le tuh).

    ReplyDelete