Wednesday, 11 April 2012

Rumah impian: Bandar Akademia





Salam semua

Baru balik dari Kuala Rompin, bercuti beberapa hari.  Ni nak share cerita perjalan hari sabtu lepas kami pergi mencari rumah impian. Kebetulan kakak ipar ada bersama, jadik boleh le jadi penasihat skit.

Pilihan pertama





Ni le fasa terakhir tu, 77 unit jek ada, 22 x70 cuma leasehold.  Boleh g tengok sale ofis atau call 03-87068118/8188.

Pilihan ke-2


Ni kalau nak beli apartment, ada byk pilihan design dan keluasan yang boleh pilih.  No telefon pejabat jualan sama ngan Warisan bestari di atas.

Pilihan ke-3



Ni rumah kat BB bangi, harga min rm595k, leasehold, booth dia ada kat warta

Pilihan ke-4


Pemaju sama ngan Taman Arked.  Freehold dan agak luas sebab tu harga dia mahal skit. Tingkat atas ada ruang keluarga.

Pilihan ke-5





Apartment ni menarik sikit coz dia murah, comel dan freehold.  Keluasan tak dinyatakan tapi kalau ikut gambar ni dalam 20 x 30, siap 2012.  Kalau untuk sewa rasanya ok lagi. Ni le sale ofis yang kami pegi hari tu, OIB berhad.  Pemaju untuk Taman Arked. 

Pagi2 seawal jam 8.30 kami menghala ke Dengkil.  Semalam dah bagitau hubby ajak dia g Bandar Akademia tengok rumah, sy dah byr rm100 untuk booking.  Tapi hubby suruh cari rumah yang lagi dekat, dah le semalam minyak petrol dah naik.  Jadik hubby nak cari rumah berdekatan bangi supaya kos hidup tak meningkat mendadak nanti.  Semlm dah call site supervisor bagitau nak datang tengok rumah. Dengar khabarnya tinggal 2 unit lagi tak jual.  Rumah tengah bina dah.  Nak cari tempat tu senang jek, pergi pekan dengkil dan ikut sign board Paya Indah Wetland.  Jalan masuk sama dan taman ni bersebelahan dengan Paya Indah Wetland yg terbiar usang.  Sampai sana akan jumpa perumahan lama dan kami menghala ke belah belakang dimana ada pembinaan baru.  Hubby berkenan tempat ni coz suasananya yang aman dan sejuk coz ada tasik kat paya indah yang bersebalahan.  Ada deretan rumah yang dah siap dan ada beberapa deretan rumah yang tengah bina.  Sy call site supervisor tak angkat, jadi kami pun masuk rumah yang dah siap tuh dan teliti setiap inci.  Oh ya taman ni nama Taman Arked.  Taman ni kecik jek.  Yg tak bestnya kat simpang nak masuk Paya Indah ni lalu sikit punya byk pencawang...rasa ngeri pun ada.  Bila kami masuk ke dalam ruang tamu dia besar yang amat dan dapur pun ok, tanah kat belakang dalam 5 kaki lagi kosong.  Bilik kat bawah ni agak ciput.  Ada stor kat bawah tangga.  Kami naik ke atas, mak aiiii sikit punya besar master bedroom dia coz kat tingkat atas xde family room.  Tapi bilik2 dia yg lain kecik skit.  Kat depan boleh masuk 2 kete dan ada tanah lagi boleh bercucuk tanam.  Mmg rumah ni agak besar skit coz dia 20 X 70.  Tapi tak tau bulit in dia berapa square feet.  Lot yang masih available tu kat belakang sana yang masih dalam pembinaa.  Kami tak tunggu dah site supervisor tu dan terus menghala ke salak tinggi.  Kami call Bandar Warisan punya sale opis kat ERL Salak Tinggi.  Masa call kami masih kat MCD tepi highway, salesgirl tu ckp 'ofis kami kat tepi MDC tu jek.  Rupanya2 tak de le dekat sgt, dalam 1km dari situ...hampeh!!!.  Tepi flyover.

Pilihan ke-6




Sempat jugak kami tersesat masuk ke Bandar Warisan tuh, hubby suker amat tengok deretan teres kat situ.  Dalam tuh ada masjid dan business centre. Tapi area ni panas dan membahang, jauh berbeza ngan Taman Arked yang mendamaikan tuh.  Bila sampai sales opis tu, kami ditunjukkan rumah teres 2 tingkat dalam rm231,105 namanya Warisan Puteri, 4 bilik, luas binaan 1,212++ kaki persegi.  D|imaklumkan yg ini adalah fasa akhir, 22' x 70'.  Mahal tempat ni coz dekat ngan ERL Salak tinggi.  Lease hold. 

Hubby ckp nak g sale opis Taman Arkeb tuh, sale opis dia kat Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan ngan hotel2 kat situ dan berdekatan ngan 7 eleven.  Bila masuk kat situ, sikit punya ramai customer tengah tunggu turn.  Kami dimaklumkan lot yang masih kosong.  Cumanya, tahun ni Bank negara strict skit, susah skit nak dapat loan rumah.  Jadi kita kena check dulu ngan bank samada boleh lulus tak loan, baru kita dtg byr deposit.  Macam dah xde mood dah nak beli rumah impian guna loan bank ni.  Hubby ckp kalo beli kat situ, jarak lebih kurang jek ngan bandar akademia.  Kalau anda sedang carik rumah, pergilah area ni...byk jek rumah2 tengah naik.  Poster rumah ada di belah kiri jalan.  Mmg tempat ni sedang membangun dengan pesatnya coz dekat ngan KLIA dan Putrajaya.  Ramai jugak yang dtg cari apartment, apartment dia bawah RM100k untuk 3 bilik.  Kira kalo nak beli apartment murah lagi le kat sini.  Company ni jugak ada beberapa projek tengah dan akan berjalan.  Cuma company ni tanahnya tak berskala luas.  Bila sy free nanti saya upload gambar2 rumah2 nih. 

Setelah berpusing2 berjam2 kat situ, kami menghala ke Bandar Akademia, Lenggeng.  Senang jek nak pegi, cari sign board ke pekan Beranang, dari pekan tuh ada byk signboard untuk ke Bandar Akademia.  Sampai ke pintu masuk, tulis nama kat pondok guard.  Kat pintu masuk Bandar ni dah jatuh chenta dahhhh. Dalam 2 km ada jumpa macam pondok polis...pening nak cari sale opis dia.  Tetiba terfikir, apa ke jadah pondok polis ada kat sini, sedangkan macam xde orang jek duduk.  Rupa2nya ini le club house dia dan ada mmg opis polis kat sini.  Sale opis dia kat belakang bilik polis nih.  Ha...ha...  Bagus tul le salesman ni, nampak jek kete masuk trus dia tunggu depan tangga.  Guard dia pun sama, tunjuk mana sale opis.  Mmg agak tersorok sale opis dia.  Bila dia masuk, nampak le model bandar akademia.  Dari sini boleh nampak mana tapak sekolah, tapak masjd, tapak rumah, tapak busineess centre.










Sampai sini, saleman tuh explain sikit. Syukur alhamdulilah hubby berminat nak beli rumah sini.  Pemaju setakat ni hanya terima loan gomen jek.  Loan sy mmg dah guna, sib baik hubby masih ada lagi.  Jadik kami guna loan dia dan byran bulanan dan ansuran kami share.  Kat sini nak bina sumer lot2 banglo dan tanah seluas 4000sqft freehold.  Tanah rumah sumer landai tapi dikelilingi dengan bukit2 yg sayup mata memandang. Design rumah, model sumer boleh pilih ikut citarasa dan bajet.  Kami aim rumah Springfield, tanah 50 x 80, build in 1204sqft, teres setingkat, 4 bilik, 2 bilik air, tanah kat belakang ada 10 kaki lagi, tepi kiri kanan ada 10 kaki jugak.   Harga RM266k. Deposit RM3k.  Ada byk area leh pilih.  Memandangkan hubby punya loan, dia le yg pilih.  Dia pilih lot 5B, jom le kengkawan kita berjiran.  Oh ya tempat ni kawan sy, Ana yg bagitau.  Terkecoh2 sy g Warta bangi hari tu ambik brochure.  TQ Ana, lepas ni kita leh berjiran yek.  Umah 3 bilik nama Springdale, 1000 sqft, tanah 4000 kaki, RM226k.  Sebenarnya nanti kita akan dapat rm20k bila rumah dah siap.  Springdale ni design baru, yg lama tu byk komplen coz dapur dia kat tengah2.  Tapi kat belakang ada 20 kaki lagi leh renovate kemudian.  3 tahun nanti siap le rumah kami ni. Byk jugak le yg kami buat hari tu, bila dah melawat kawasan ni rasa lega coz dia bandar yg sgt besar.  Bandar ni tanah dia dipunyai oleh Lion group, jadi kita boleh tengoh future plak dan plan seluruh bandar yang ada.  Kawasan ni nanti jumpa Kg Sg Joi dulu.  Dulu penah pegi kat Bdr Saujana Impian golf tuh, jadik terberimpian plak ada rumah yang byk pokok2.  Pahtu fikir2 nanti dah tua tak larat dah nak naik turun tangga.  Sempat jugak tengok jiran2 kami, bumi ke tak bumi.  Kat sini ramai pembeli dia gomen coz kalo bank susah nak dapat loan skrg ni.  Dari UKM dan putrajaya le ramainya.  Nampak gak cikgu cikgi pakat2 beli rumah berderet sebelah menyebelah.  Yelah kan kalo ada jiran yang kita kenal lagi bagus.  Bandar ni nanti akan jadi macam Sg Long le kot, bandar yang terancang cuma dia tersorok. Adat le kan, nak rumah bawah, murah + freehold mmg le masuk ke hutan belantara skit.  Tak sabar2 dah nak tunggu 2015 rumah siap.  Tak pasti bila le kami nak pindah rumah ni.  Sementara hubby dok keje kat Subang ni mmg le tak boleh nak pindah sana walaupun rumah dah siap.  Nanti nak mulakan operasi menanam dan jadik rumah singgah le buat sementara waktu.  Kat belakang boleh tanam pokok macam rambutan ke apa coz tanah nya luas.  Cuma kena ukur betul2 supaya daun2 tak jatuh ke rumah jiran plak.  Nanti jumpa jiran yang cerewet susah plak. 

Lepas tu kena prepare untuk 3 lawyer coz tanah Lion group lain dan pembina rumah company lain.  Tapi dorang cover tuk S&P sajah, manakalau MOT & stamping dalam rm1.9+++ kita kena byr untuk ketiga2 lawyer.  Jadik kos lawyer + deposit = RM10K jugak le kena standby.  Yg selebihnya pegi le Warta, boleh daptkan penjelasan lanjut dari ejen2 kat situ.  Hubby pun tadi jadik nasi tambah g promote kat orang lain.  Yg dorang promote sekrang ni lot tepi loji air tu tapi kalo pegi showroom dia kat Bandar akademia, kita boleh tengok keseluruhan bandar dan boleh le ambik lot2 yang masih kosong kat mana2 area tuh.  Hubby nak yg dekat ngan jalan utama supaya senang nak kuar masuk.  Yelah nanti bandar ni dah membangun, sure akan jadik jem walaupun pintu keluar dari sini ada 3. Highway pun akan dibina soon.  Pahtu nak umah tepi surau.  Rumah kami dekat ngan surau dan tepi lot corner.  Dekat ngan tasik gak.  Pepagi boleh g jogging jap.  Tempat yg dekat2 ngan air ni sejuk dan nyaman.  Terpegun jap bila g tempat ni, dikelilingi ngan gunung2.  Terasa udara yang dihirup segar dan tenang jek. Ada jugak rumah contoh tapi tuk design yang dah habis dijual. Hari tu tak larat plak nak tengok rumah contoh coz tergesa2 nak balik Rompin.

Biar le sy ckp yg tak berapa nak indah pasal umah idaman kami ni kan.  Bkn nak buruk2 tapi supaya anda boleh fikir2kan.  Jalan nak pegi sini mmg akan jem le.  Tapi akan ada highway yg dorang dah poposed tuk sambungkan ke LEKAS.  Selain itu, bilik tetamu dan bilik utama hanya semen biasa jek.  Pemaju ckp setiap orang ada pilihan masing, jadik kalo kami nak tile 2 x 2 untuk dalam dan 1 x 1 untuk porch, kena tambah rm12k....warna boleh pilih dan tiles dia kualiti mmg tinggi yg kilat2 tuh.  Tetiba terasa macam beli tiket AA plak, nak tambah2 kena byr..Kik...kik...kik... Tapi setakat ni, tu jek le yg tambah nya.  Dorang jugak kasi free 1 aircon2, tile bilik air dah dapur full sampai ke atas.  Rumah kami dah full dah, lepas ni tak boleh extend lagi dah.  Cuma nanti dah pindah kena pasang kitchen kabinet jek lagi.  Sebenarnya boleh jek cari sendiri kontraktor nanti tapi malas dah nak uruskan.  Dah kami ni busy sokmo, lepas tu ntah apa lagi nanti prioseduri nak buat renovation.  Selain tu, akan ada maintenance fee tapi dalam rm50 k coz kawasan ni nanti ada guard.  Bila g warta dah byr booking, kalau nanti bila kita g bandar akadmia kita berkenan kat lot lain pun kita boleh tukar, tertakluk kpd kekosongan.  Kena prepare rm3k siap2 masa lawat tapak coz kat situ jauh dari bandar. 

Syukur le, dapat jugak le rumah impian kami.  Setelah bertahun berangan.  Lepas ni boleh beli samsung galaxy plak.  Balik hari tu g kerat keratan akhbar harga2 henpon...pahtu hubby sound 'tak habis-habis berangan' dengan sound ala2 menyanyi.  Cissss......  :) Harap loan hubby lulus le, kalau tak sampai le rm270k, kena le tukar jadik umah 3 bilik plak.  Tak kisah le, yg penting tanah dah ada.  Buat masa ni kena dah mula byr tanah punya loan le lepas sign snp nanti.  Kengkawan jom le kita berjiran...kita buat bandar tu nanti macam bandar kita!!!!  Ha..ha...ha...





63 comments:

  1. Rai pun bcdg nk bli kt situ. Tgh survey lg ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Pergilah warta bangi jumpa salesgirl dia. Atau terus ke bandar akademia tengok kawasan. Sekarnag ni dorang promote fasa kat belakang tu, tapi hari tu ada fasa 5b kat depan masih ada lagi kosong beberapa lot, hubby ambik yang tu. Kalo pegi awal boleh pilih lot yang best macam tepi padang permainan, dekat dengan jalan besar, dekat dengan sekolah, tasik dan surau dan boleh pilih jiran. :) Kalau tak, boleh pegi tengok kat Pajam tuh, kawan sy beli kat situ jgk...dah siap pun rumah dia.

    ReplyDelete
  3. saya pun dalam proses untuk beli kat akademia. fasa 4a. ambik 3 bilik. 3000 dah bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, kwn sy pun beli kat fasa 4 tp tak tau yg a atau b. Dia dah nak start byr byran ulanan tanah dah coz dia bli dr awal tahun lg. Harap2 rumah kita tu akan success le kan pembinaannya.,risau jgk tgok kat tv ada rumah terbengkalai. :-)

      Delete
  4. saya pun dah bayar booking baru2 nie... saya amik fasa 4a... harap segala urusan yang kita laku kan di permudahkan oleh NYA...amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah!! Tengok tapak umah tuh jauh ke dekat dengan pencawang eletrik tuh. Sebenarnya sy beria2 buat entry pasal bandar akademia ni tapi sebenarnya tak jadik pun ambik. Guna loan hubby tapi hubby separa gomen, rumah tu diatas harga penilaian, kena tambah dalam rm60 lg kalo kami nak ambik. Bukan rezeki sy agaknya hu..hu..hu... Apa2 pun tahniah kepada Intan, rumah tu mmg cantik. :)

      Delete
  5. saya dah pegi tgk rumah tu...tak ingat la dekat pencawang ke tak... skrg nie tgh tgk2 forum pasal rumah BA nie...risau la plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok dah, bukan belah pencawang tu awak punya. Awak punya area tangki air tuh. :) Kawasan tuh tinggi skit dari kawasan lain, view mesti lebih cantik. :)

      Delete
    2. ye ke...saya pun dah lupa... harap2 impian menjadi kenyataan.. habis tu awak beli rumah area mana?...

      Delete
    3. Belum fikir lg tp nak aim second hand area bukit mahkota n nilai. Kena kumpul 10% deposit dgn gigihnya lepas ni. Tadak rezeki nak buat caner. Doakan sy yea....:-)

      Delete
    4. InsyaAllah semua nya akan di permudahkan...

      Delete
    5. Lepas ni akan ada buka rumah teres di situ..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. saya berminat juga dengan springfield dan nak bayar 3k untuk booking, sapa yang dah booking 3k tu berapa lama ye tempoh nak dapat s&p?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dalam 1-2 minggu ejen dah call dah suh sign S&P dan bayar kos lawyer sekali. Tapi kami tak jadik sign S&P sebab problem dengan loan. :)

      Delete
  8. Salam Sis..sy pun bru amik brochure kt warta psal bandar akademia 2..mcm tringin jgk nk beli..cuma skrg sy pning sbb hal2 beli rumah ni mmg sy zero..xthu pape..almaklum la nk beli rumah pertama..huhu
    nak tanya klau kite dh byar booking yg dlm 3k tu..then loan xlulus, deposit 2 burn la ek??..pastu nk minta bantuan sis, klau ada cdangan psal nk beli rumah ni boleh emailkan kt sy ye..pening sgt ni.xthu nk mula dpda mana...tq sis

    ReplyDelete
  9. ops sory..ni email sy..nurain86@ymail.com

    ReplyDelete
  10. salam..nak tanya....after kita byr booking 3k then lulus peh tu sign S&P kite akan start bayar loan tanah kan? xsilap 350 sebulan hingga 10 bulan je kan???? atau smpai rumah kite siap???

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Ya...loan tanah mmg kena bayar dulu. Kalo ikut kawan sy tuh, loan tanah dia untuk 30 tahun. Skrg ni dia dah mula byr loan tanah dah. Dia booking bulan Mac hari tuh.

      Delete
  11. utk pembeli2 di BA, boleh join fb group Komuniti Bandar Akademia. Banyak persoalan akan terjawab & ramai yg blh membantu anda..

    ReplyDelete
  12. cuba try survek dekat BANDAR ENSTEK..berhampiran KLIA..pemaju dia Tabung Haji Properties, x silap ada umh 2 tgkt 22x70 harga dia RM 280K

    ReplyDelete
  13. https://www.facebook.com/#!/groups/bandarakademia/ <--- group BA...bleh baca n bertanya psl BA

    ReplyDelete
  14. Selamat berjiran.... loan tanah dahpun lulus , cuma tunggu tukar nama dan boleh submit untuk loan umah plak..

    ReplyDelete
  15. Aiseh tak dapat ke kak? Kalau tak boleh berjiran... Berjiran 5000 rumah sebab saya fasa lain :)
    Anyway keep up the good work! Kalau ada tempat lain yang menarik boleh share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdpt le Ibn MuSa, ada problem dgn loan suami sy. Sy dah beli kat Pelangi Semenyih 2 pun. Skrg ni ada rumah baru nak bina kat Nilai impian, nama Delfina 20x70, design moden tp xtau harga berapa. Byk poster dia kat tiang2 lampu kat dpn pkns bangi. Selain tuk ada nampak rumah nak bina kat bangi lama, belakang bukit mahkota, teres 2 tingkat dari rm380k. :-)

      Delete
  16. Selamat berjiran.. Saya Fasa 2B.... hehehe

    ReplyDelete
  17. tqvm for u information sis.. :)

    ReplyDelete
  18. saya pun berminat di beli di BA tapi tgk rmah atas tu wayar kabel eltrik perlu tak saya beli or cr lain...tapi view cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..take your timelah pusing2 carik rumah dulu sana sini, byk jugak rumah2 tengah bina area semenyih, salak tinggi, dengkil, nilai, beranang,bangi, kajang etc. Kat BA tu ada je lot-lot yang agak jauh dari wayar kabel, cuba pergi ke sale opis kat BA tuh tengok mungkin ada lot yg masih kosong lagi. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  19. Hi..beh tanya..pencawang tu dekat ngn fasa apa ye? Kalau umah (maybe tak tahu jalan or umah nama tilia) jenis tilia katanya. Dekat tak dengn pencawang? Nak pergi tengok kwsan tp lum ada masa

    ReplyDelete
  20. Delfina yg kat nilai tu saya dah survey dah, harga 400k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ker? Mahal nyer. Tp kan umah area nilai mmg mahal le. Dah tgok pelangi semenyih 2? Gallery home area situ pun nampak harga cam ok skit. Pajam pun ada jgk yg best tp jauh le, area mantin sana. Nak demam tgok harga umah skrg ni. Seblm ni sy ada tgok iklan untuk rumah pertamaku, teres setingkat di salak tinggi, harga bwh rm200k.

      Delete
  21. BA ni start projek thn brp yer...

    ReplyDelete
  22. tgk forum, katanya start 2008 lagik...semalam baru gi...tp nmpk cm lmbt ja...umah dh siap pn masih lum dpt CF...umah tu pn dh buruk..confius snbrnya...pa prgrees kontrktr n pemaju ni..

    ReplyDelete
  23. salam... encik rhu rendang... lmbt sbb proses loan lambat rasanya... klu cepat approved loan..cepatlah diarang bina umah..baru2 nie saya submit permohonan tukar nama kat geran di JPPH Seremban...pegawai kat sana ckp..ramai org beli rumah kat situ, dan perkembangan sgt baik, setiap haridiarang akan ke snaa buat penilaian tanah..saya pun dh submit permohonan loan tanah ke BPP.. 2 minggu yang lalu...dlm 2 ke 3 bulan baru lulus sbb org BPP ckp..ramai yang apply...

    ReplyDelete
  24. salam... encik rhu rendang... lmbt sbb proses loan lambat rasanya... klu cepat approved loan..cepatlah diarang bina umah..baru2 nie saya submit permohonan tukar nama kat geran di JPPH Seremban...pegawai kat sana ckp..ramai org beli rumah kat situ, dan perkembangan sgt baik, setiap haridiarang akan ke snaa buat penilaian tanah..saya pun dh submit permohonan loan tanah ke BPP.. 2 minggu yang lalu...dlm 2 ke 3 bulan baru lulus sbb org BPP ckp..ramai yang apply...

    ReplyDelete
  25. nak tanye gak nie..klu pakai loan gomen..mmg kene bayar tiap2 bulan rm350 ke harge tanah..bkn ke sekali dgn pinjaman..abis tu..mcm ane iyer...

    tgh mencari rumah teras...de tak kekawan tau kt ane..serius nk beli..

    ReplyDelete
  26. BAHIYAH AMANI...nk tanye la...de ke uamh kt area semenyih..umah teras bwah rm200k..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa dah yg baru harga mcm tuh, yg setingkat pun xde! Mungkin 2nd hand ada kot area Bdr Tasik Kesuma tuh. Cuba cari kat mudah.my.

      Kpd sapa2 yg tgh cari umah tuh, cuba cari kat area Sg. Long/bandar mahkota/hulu langat mcm Taman Desa Budiman ke, bwh rm400k mungkin boleh dpt, kalau masih adalah yg xjual lg.

      Delete
  27. Bahiyah, kampung di Rompin kat mana? Kampung sy di Batu 4 menghala ke Tg. Gemok.
    Sy pun baru bayar RM100 deposit kat Warta Bangi haritu, hujung minggu ni baru nak pergi tengok tapak. Belum putuskan lagi nak beli ke tak..masih menilai dan menimbang.
    Tapi dok pikir2 BA ni memang terbaiklah, kita ada rumah dan yg penting ada tanah sekali..agak luas juga.

    ReplyDelete
  28. Bahiyah, kampung di Rompin kat mana? Kampung sy di Batu 4 menghala ke Tg. Gemok.
    Sy pun baru bayar RM100 deposit kat Warta Bangi haritu, hujung minggu ni baru nak pergi tengok tapak. Belum putuskan lagi nak beli ke tak..masih menilai dan menimbang.
    Tapi dok pikir2 BA ni memang terbaiklah, kita ada rumah dan yg penting ada tanah sekali..agak luas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami sy punya kampung kat Kg Kolam, dekat dgn hospital baru tuh En. Moshuchi.

      Mmg BA ni tanah luas, nanti rumah ala2 banglo le sumer kat situ. :)

      Delete
  29. sis, saya baru planning nak survey tempat ni,tgh fikir nak ke tempat keje arah KL jauh ke dekat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba le test drive pepagi time peak hour dan jugak masa hujung minggu! :)

      Delete
  30. Ya....rumah yang sangat menawan

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. Saya dah beli di 5B :)

    ReplyDelete
  33. Hye semua..sy br booking rmh di ba..skrg ngh fikir..

    ReplyDelete
  34. Apa crita rmh2 tu smua dh mula di bina atau blm...?

    ReplyDelete
  35. As slm, tumpang tanya..ttg sekolah terdekat di BA. Terima kasih kpd yg memberi info.

    ReplyDelete
  36. salam.. sye baru pegi last week ke BA sane.. ade hati jugak nk beli... tapi apekan daya sy ni swasta.. loan memang x dpt r... klu nk beli kene cash... nk menangis jugak r rasenye.. huhu.. tp sale sane ade bgtau next month ade lounching rumah teres setingkat ngan 2 tgkt.. yg 2 sale kate akan ade loan untuk swasta... jadi kene r tunggu shg die launch... sekadar memberi info.. huhu

    ReplyDelete
  37. salam..

    sahabat semua, buat masa ni ada lagi tak kekosongan kat BA?pagi ni kawan saya ada inform kalau yg jauh dari pencawang dh tak banyak..saya pun tak pergi lagi warta & site nk tengok mcm mana kan...tp saya berharap sangat nk ada rumah sendiri..cuma sekarang dalam dilema si suami tgh dok nk memikir...mudahan-mudahan Allah permudahkan urusan dan masih ada rezeki untuk saya & suami bli rumah kat sini......KAK BAHIYAH, nak tanya...tabika,sekolah rendah & menengah ada ke area situ?

    ReplyDelete
  38. salam..
    encik ahmad firdausi...sy nak tanya, masa pergi haritu banyak lagi tak lot yang kosong?teringin sangat2 nak beli rumah kat sini sebab ada kawan kata bgs sangat2...kawan saya dh bli rumah kat sini rm430k.....kak Bahiyah, sekolah yg dlm plan tu akan buka 2015/2016 juga lh yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, ttg sekolah tu sy tak pasti. Yg sy tahu, minggu lepas ada kawan sy pergi BA tgok rumah, tak banyak dah yg tinggal. Jadi kalo nak tu, cepat2 le yea g tgok kat BA. Kat fb ada dah page untuk BA ni, korang boleh tanya admin kat sana. :)

      Delete
  39. Salam..saya juga salah seorang BA buyer......last year visit tapak, terus jatuh cinta..lagipun ini pertama kali saya nak buat loan as kakitangan kerajaan......so far ok...cuma sedih sikitlah BPP lewat uruskan pembayaran sehingga saya kena denda late payment..sabor jelah....kalau saya fight ngan Lion Group Property Division agak2 buleh menang tak sebab bukan kesalahan kita...any advice? tqvm

    ReplyDelete
  40. aku punya pandangan x payahlah BA nie mmg utk masa akan datang membangun tp kawan aku beli tanah baru je settle dah setahun lebih masa tu aku baru nak cari2 rumah..... skang alhamdulillah aku dah ada rumah dan dah renovate n dah duduk hampir setahun member baru lulus loan tanah.... nak tggu bila tu rumah siap... sampai bila nak menyewa.... urusannya sangat lambat. tapi kalau untuk kumpul aset teruskanlah... kalau baca entry BA nie dari tahun 2009 lg dah ada rumah nieeeee...... mcm problem jeeee....

    ReplyDelete
  41. salam Kak Bahiyah,
    Sy iza..just nak buat pertanyaan..boleh tak Kak Bahiyah bagi tahu process flow dari awal hingga akhir process pembelian rumah di Taman Akademia Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf banyak-banyak, sy tak jadi beli rumah kat BA. Sy beli rumah kat Pelangi Semenyih 2. Kalau nak tau lebih lanjut pergilah ke Warta Bangi atau BA sendiri, ada ejen kat situ yang boleh terangkan proses pembeliannya dengan lebih lengkap. :)

      Delete
  42. salam kak, boleh terangkan cmne nk beli umah ni. tlg email kt mimy.marizd@gmail.com. tq kak

    ReplyDelete