Sunday, 15 April 2012

Gadget baru: Samsung Galaxy Tab

Salam semua



Entah kenapa laptop antik telah meragam, nak bukak internet pun berjam-jam tunggu.  Rasa kesabaran dah di tahap maksimum dah.  Beli lapto ni masa kak yan nak g brisbane sambung phd, sekarang ni dia derdah dekpoat 2 tahun balik dah.  Lama kan?.  Lgpun dah lama berangan nak pakai samsung galaxy tab.  Bila bincang2 ngan hubby, ayat pertama yg kuar dari mulut dia 'kenapa n.ak beli samsung galaxy'.  Sy jawab tak nak sama ngan dia kalau beli ipad.  Dengan kebusyian dia baca buku tuh sempat jugak dia tlg surveykan pakej2 celcom dan harga2 guna laptop dia. 

Jadi semalam sy dengan penuh keterujaan pergi ke PC fail kat KLCC.  Semata2 pegi ke PC fair ni jek, lepas beli terus naik lrt balik umah.  Jeling pun tidak kat kedai2 branded dalam klcc tuh.  Mula2 nak beli samsung galaxy tab 10.00 tapi yang tak ada 3g harga RM1399 dah habis le plak.  Yg tinggal yg ada wifi + 3g rm1599.  Tapi harga dia boleh tahan le coz sumer booth jual harga sama, lg murah dari dalam brochure samsung beberapa minggu lepas.  Sy 3 kali pegi kat booth samsung coz hubby pesan jgn beli yg tiruan punya. Tak tau caner nak bezakan yg tiruan ke tidak, kalau henpon nokia tu tau le...kena beli kat kedai nokia.  Yg ni sumer tulis samsung dan ada booth samsung tapi bila kasi brochure tulis nama kedai komputer.  Akhirnya jumpa booth samsung kat Hall 4.  Setelah kali ke-3 singgah situ, salegirl tu tanya 'still consider which one?'.  Termalu plak sekejap coz tadi dah tanya byk kat dia.  Terus call hubby, bila fikir lama2 baik beli yg ngan henpon sekali ada coz senang nak bawak ke sana sini.  Akhirnya beli yang ini:

-
-
-
-
Samsung Galaxy Tab 7.0


Ingatkan masalah dah selesai bila ada henpon + tablet baru.  Aduhhhh sungguh susah nak operate ni, benda canggih ni dah lama tak ada dalam dairy hidupku. User manual nye plak kena pakai kanta baru boleh baca, itu pun ciput jek.  Tergolek2 le sy kat sofa sambil membebel caner nak guna benda alah ni. Nak campak keluar rasa syg plak.  Sim card pun tak boleh nak masuk, rasa cam nak gunting jek sim card ni.  Setelah byk kali mencuba baru boleh nampak gambar sim card sikit punya besar kat belakang samsung ni.  Excited punya pasal, itu pun tak perasan.  Settle hal sim card.  Pindah info list nama dalam samsung, alamak tunggang terbalik nama2 dalam tuh jadiknya, dah tak ikut susunan.  Aduhai..kena le cari 1 hari tuk susun semua nama2 nih.

Dah puas tekan, geget, nape le tak boleh plak nak guna wifi ni.  Terus msg hubby suh dia balik cepat.  Sib baik dia balik dan tlg set upkan. Tadi dah masukkan dah password wifi streamyx tapi tak jadik2 jugak, apa hal le aku ni ketinggalan zaman sgt.  Semain bertambah usia ni malas nak menyerabutkan otak ngan hal2 teknologi ni.  Tengok hubby pakai ipad, rasa cam nak beli gak tapi tertangguh jek...tinggal angan-angan semata.   Tapi heran pehal prepaid ni asyik abis jek ni, baru topup dan msg beberapa kali dah habis baki tinggal 0.  Sib baik pagi ni bawak g bilik staf, dorang tlg settlekan.  Dah tak pasal2 sumer orang tau sy ada gadget baru.  Tadi nak ambik call pun tak reti, rupanya kena tekan dan tarik...mana le tau. Semalam main2 msg jek dan bukak internet.  Risau giler bila org call tapi tak boleh nak angkat ni, berjanggut org ni tunggu kat ruang tetamu.  Nasib le sape suruh dia dtg awal setengah jam kan.  Dah le pagi2 lagi hubby dah g outstation.  Tak best nyer hubby tak de minggu ni...hu...hu...hu..

No comments:

Post a Comment